Anda di halaman 1dari 11

PENGAJIAN AM

TAJUK PEMILIHAN PELAJAR UNTUK TINGGAL DI KAWASAN


LUAR SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT TINGGAL DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PITAS

NAMA:CHLISGRILD JOHN
NO.KAD PENGENALAN:020819-12-1096
ANGKA GILIRAN:SE0220/1006
Zaman persekolahan merupakan zaman yang sangat berharga dan bermakna bagi
seseorang pelajar kerana banyak kenangan manis dan pahit yang dialami.
PENGENALAN

Itulah zaman di mana pelajar menghabiskan hampir sepanjang hari di sekolah untuk menimba
ilmu pengetahuan.Walau bagaimanapun,ketika inilah pelajar perlu memilih tempat tinggal
mereka semasa bersekolah iaitu sama ada di asrama ataupun di kawasan luar sekolah seperti di
rumah sendiri.

Tempat tinggal adalah suatu ruang hidup yang digunakan sebagai kediaman tetap
atau separuh tetap bagi seseorang individu,keluarga, atau isi rumah.Tempat kediaman
adalah seperti rumah,pangsapuri atau bangunan yang memberi kawasan atau
kemudahan untuk beristirehat,tempat tidur dan sebagainya.
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat(2005),`pemilihan’ ditakrifkan sebagai suatu hal atau
perbuatan memilih.Manakala `pelajar’ didefinisikan sebagai orang atau anak yang sedang belajar
atau berguru.Definisi `tinggal’ adalah diam atau menetap di sesebuah kawasan.`Tempat
PENGENALAN
tinggal’ pula didefinisikan sebagai tempat tinggal atau rumah yang diduduki seperti
pondok,gua dan sebagainya.

Rasional kajian ini adalah,pengkaji ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang faktor-faktor
pelajar lebih memilih untuk tinggal di kawasan luar sekolah sebagai tempat tinggal.Di samping
itu,pengkaji juga ingin mengetahui kesan daripada pemilihan tersebut sama ada memberikan
kesan yang baik atau sebaliknya.

Persoalan yang dibangkitkan daripada kajian ini adalah tentang apakah faktor-faktor
pemilihan pelajar untuk tinggal di kawasan luar sekolah sebagai tempat tinggal dalam
kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas.Selain itu,persoalan tentang
apakah kesan-kesan pemilihan pelajar untuk tinggal di kawasan luar sekolah sebagai
tempat tinggal dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas.
OBJEKTIF KAJIAN
I. Mengenal pasti faktor-faktor pemilihan pelajar
untuk tinggal di kawasan luar sekolah sebagai
tempat tinggal dalam kalangan pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Pitas.
II. Mengkaji kesan-kesan pemilihan pelajar untuk
tinggal di kawasan luar sekolah sebagai tempat
tinggal dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pitas.
SEKOLAH
LOKASI KAJIAN
 Terletak di Pekan Baru Daerah

MENENGAH Pitas.
 Terletak bersebelahan dengan

KEBANGSAAN
Pejabat Urusetia Daerah Pitas yang
berjarak 500 meter.
 Mempunyai asrama untuk tempat
PITAS tinggal pelajar.
SAMPEL INSTRUMEN
KAJIAN KAJIAN
Soal selidik
-25 Orang Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian,iaitu
responden Bahagian A(Demografi responden),Bahagian B(Objektif
pertama) dan Bahagian C (Objektif kedua) dengan
menggunakan skala Likert 5 aras.

Pemerhatian
-pelajar yang tinggal di Penyelidik memerhati sendiri keadaan kawasan
kawasan luar sekolah kajian (SMK Pitas).
-pelajar SMK Pitas
Rujukan Kepustakaan
Instrumen kajian utama yang diperolehi daripada
bahan ilmiah seperti buku-buku,kamus dan sumber
internet yang berkaitan tentang SMK Pitas termasuklah
faktor-faktor dan kesan pemilihan pelajar untuk tinggal
di kawasan luar sekolah.
DAPATAN KAJIAN

DEMOGRAFI RESPONDEN

JANTINA KEKERAPAN PERATUS(%)

LELAKI 7 28

PEREMPUAN 18 72
BANGSA KEKERAPAN PERATUS(%)
Tombonuo 10 40
Dusun 4 16
Rungus 5 20
Sungai 3 12
Lain-lain 3 12

AGAMA KEKERAPAN PERATUS(%)


Kristian 20 80

Islam 3 12

Lain-lain 2 8
MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PELAJAR
UNTUK TINGGAL DI KAWASAN LUAR SEKOLAH SEBAGAI
TEMPAT TINGGAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PITAS

PERKARA MIN

1.Bebas melakukan aktiviti harian. 4.48

2.Lebih selesa. 4.44

3.Bebas bergerak. 4.36

4.Boleh memasak sendiri. 4.32


MENGKAJI KESAN-KESAN PEMILIHAN PELAJAR UNTUK
TINGGAL DI KAWASAN LUAR SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT
TINGGAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PITAS

PERKARA MIN
1.Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 4.64

2.Dapat membantu ibu bapa di rumah. 4.52

3.Dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam 4.44


sesebuah keluarga.
4.Pelajar dapat kasih sayang dan perhatian penuh 4.40
daripada keluarga.
5.Kesihatan pelajar lebih terjamin. 4.28
RUMUSAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini,pengkaji merasakan perlunya dibuat kajian


lanjutan untuk memperkukuh dan mendalami bidang kajian.Dalam kajian
ini,pengkaji hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja dan hanya
membincangkan tentang faktor pemilihan pelajar untuk tinggal di kawasan luar
sekolah sebagai tempat tinggal dan kesannya.Bagi penyelidikan akan
datang,pengkaji mencadangkan agar kajian tersebut akan membincangkan
tentang cabaran serta kepentingan pemilihan pelajar untuk tinggal di kawasan
luar sekolah sebagai tempat tinggal di kawasan lain.Dengan cara ini,dapatan
kajian akan lebih menyeluruh dan dapat dijadikan bahan rujukan oleh pelajar-
pelajar yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai