Anda di halaman 1dari 5

1

CONTOH KARANGAN TENTANG PELAJAR PONTENG

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pelbagai usaha

telah di jalankan untuk membangunkan Malaysia setanding negara-negara maju. Serentak

dengan kemajuan tersebut, Kuala Lumpur sebagai ibunegara telah menghadapi tempias

sebagai kesan dari pembangunan segera seperti cabaran dari kesan globalisasi,

liberalisasi, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, peningkatan jumlah

penduduk kota, kepadatan penduduk, serta terjadinya perubahan sosio budaya masyarakat

Kuala Lumpur.

Kemasukan buruh-buruh asing serta kehadiran penduduk dari luar bandar yang

mencari rezeki di Kuala Lumpur telah menjadikan kotaraya ini berkembang dan

mengalami masalah tempat tinggal terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Melihat kepada perkembangan tersebut, demi untuk merealisasikan pembangunan,

kerajaan Malaysia telah mewujudkan beberapa kawasan perumahan rakyat dalam rangka

menampung tempat tinggal bagi penduduk Kuala Lumpur itu sendiri. Melalui Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Perumahan yang berkerjasama dengan agensi

swasta lain serta agensi-agensi kerajaan telah berjaya mewujudkan beberapa buah

kawasan perumahan penduduk di beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Sehingga 20 April

2010, sebanyak 21,611 unit rumah perumahan awam kos rendah telah disediakan

antaranya di kawasan Bandar Tasik Selatan, Desa Tun Razak, Taman Raya Permai, PPR

Seri Malaysia, PPR Desa Petaling, PPR Pudu Ulu, dan PPR Taman Mulia,.
2

Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu projek kerajaan yang

dirancang secara baik dalam menyediakan perumahan untuk rakyat, namun pemusatan

penduduk yang terlalu padat juga menjadikan kawasan tersebut merupakan sebuah

Taman Perumahan Kos rendah yang agak padat. Kepadatan ini sekaligus menjadikan

kawasan ini mempunyai ramai anak anak yang bersekolah dan tinggal dalam kawasan

yang sama, dalam bangunan blok yang sama.

Anak anak mereka yang tinggal dalam satu kawasan perumahan yang sama

khususnya di kawasan program perumahan rakyat termiskin atau perumahan rakyat

awam kos rendah atau blok pangsapuri yang sama dan mereka bersekolah di sekolah

yang sama, situasi ini telah mengakibatkan terjadinya keakraban atau percampuran

antara mereka sehingga dengan mudah boleh terjadinya gejala ponteng sekolah secara

berleluasa.

Kajian ini dibuat dalam rangka untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi terjadinya gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar yang tinggal di

perumahan rakyat awam atau perumahan rakyat termiskin di Bandar Tasik Selatan

Sungai Besi Kuala Lumpur. Disamping itu juga diharapkan dapat dikenalpasti apakah

faktor-faktor tersebut berpunca dari persekitaran atau keaddan sekolah itu sendiri ataupun

kondisi perumahan rakyat tersebut. Diharapkan dengan penemuan itu nanti dapat

dihasilkan sebuah kesimpulan bagi merancang aspek-aspek pembangunan kawasan

perumahan rakyat di masa akan dating oleh pihak pihak berkenaan.


3

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Gejala ponteng sekolah merupakan masalah utama yang dialami oleh pihak

sekolah dan ibubapa khususnya, menurut Kamus Dewan :( 979), istilah ponteng telah

didefinisikan sebagai lari dari tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Justru kalau

dilihat mengikut pandangan umum atau mengikut kefahaman ramai, ponteng dapat

disebut sebagai ketidakhadiran seseorang secara tidak sah di sebuah tempat untuk sesuatu

urusan tugas. Oleh yang demikiannya secara umum ponteng sekolah dapat kita takrifkan

sebagai ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa kebenaran gurunya serta tanpa

pengetahuan ibubapanya.

Selain itu gejala ponteng sekolah boleh juga ditakrifkan sebagai melarikan diri

buat sementara waktu dalam sesuatu tempoh dari kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak

sekolah serta tidak juga sepengetahuan ibubapa tanpa alas an yang munasabah. Masa

yang sepatutnya mereka berada di bilek darjah dan menimba ilmu pelajaran telah

digunakan untuk kegiatan-kegiatan di luar sekolah secara tidak berfaedah seperti lepak di

tangga-tangga kawasan perumahan, di bawah blok bangunan, di warung berinternet, atau

di pusat membeli belah.

Walaupun di sekolah, telah terdapat peraturan atau disiplin yang dirangka untuk

membendung gejala ini namun walau sekuat mana sekalipun undang-undang atau

peraturan sekolah para pelajar yang mempunyai kemahuan yang kuat untuk ponteng

sekolah tetap berusaha mengatasi peraturan tersebut. Malah masalah ponteng ini

merupakan satu gejala yang identik dengan remaja khususnya para pelajar sekolah di

Malaysia. Mungkin juga gejala ponteng ini boleh dihindari seandai nya semua pihak

terutama para ibubapa dapat menyediakan satu kemudahan bagi memastikan yang
4

anaknya tepat tiba ke sekolah dan pulang ke rumah dalam keadaan baik tanpa

mempunyai kesempatan untuk melencong ke tempat lain. Situasi sedemikian bukan

hanya menuntut ibubapa lebih perihatin namun kita juga tidak boleh mengenepikan

situasi persekitaran dan keadaan sosio ekonomi keluarga mereka, inilah juga salah satu

aspek yang akan diperhatikan dalam kajian ini.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

i) Mengapakah masih wujud gejala ponteng sekolah sedangkan negara telah

membekalkan peralatan serta teknik mengajar yang canggih dan fizikal sekolah

yang begitu baik.

ii) Apakah pemahaman ibubapa murid, dan murid itu sendiri yang telibat dengan

gejala ponteng sekolah terhadap institusi pendidikan, sekolah, pelajaran dan

masadepan mereka sendiri.

iii) Apakah tahap pendidikan ibubapa murid yang terlibat dengan gejala ponteng

sekolah ini sehingga mempengaruhi perhatian mereka terhadap anak mereka.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

i) Mengenal pasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi murid untuk keluar dari

sekolah atau ponteng dari sekolah,

ii) Mengenal pasti apakah situasi persekitaran yang menjadi faktor pendorong untuk

murid ponteng sekolah, antara situasi persekitaran tersebut adalah dibahagikan

kepada beberapa bahagian iaitu :


5

a. persekitaran di luar sekolah, iaitu apakah terdapat unsure unsure hiburan

seperti warung siber internet, kedai permainan elektroknik yang terletak

berhampiran sekolah

b. atau suasana dalam sekolah itu sendiri, termasuk faktor guru yang mungkin

juga menjadikan murid tidak betah untuk berada dalam darjah,

c. persekitaran perumahan kos rendah, persekitaran kejiranan,

d. masalah dalaman rumah tempat tinggal pelajar, apakah ianya juga melibatkan

sikap keluarga terhadap pelajar

iii) Mengenal pasti apakah peranan rakan sebaya yang berada di luar sekolah menjadi

salah satu daya penarik untuk pelajar keluar dari sekolah.

1.5 TEORI

Landasan teori yang akan digunakan bagi kajian ini adalah

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan beberapa pendekatan dalam mengumpul dan menganalisis

data yang diperolehi,

Anda mungkin juga menyukai