Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIA A (35 markah)

Jawab SEMUA soalan

1. Soalan 1 berdasarkan gambar 1 hasil cetakan lino di bawah.

Gambar 1
Berdasarkan karya cetakan lino di atas, terangkan bagaimanakah pengkarya mengaplikasikan kesan
ruang di bawah.
i. Ruang Rata [3M]
Ruang rata menunjukkan jarak antara objek adalah tidak ketara dan wujud dalam satu satah.
Biasanya ruang diwujudkan menggunakan perbezaan warna. Antara aplikasi dapat dilihat dalam
karya cetakan lino di atas adalah jambatan dan jalinan pada kayu-kayu serta air sungai atau tali.

ii. Ruang Cetek [3M]


Ruang cetak menunjukkan jarak antara satu objek dengan objek lain digambarkan berdekatan
misalnya bahagian tengah jambatan, daun-daun, pokok atau ranting-ranting dan rekaan seakan-
akan bunga.

iii. Ruang Dalam [3M]


Jarak di antara objek digambarkan adalah ketara berjauhan, ruang dalam biasanya melibatkan
kesan ruang perspektif iaitu ruang yang menunjukkan jarak antara objek berubah dari segi saiz,
ketinggian, warna mengikut jarak tertentu. Antara aplikasi yang dapat dilihat dalam karya di atas
adalah kawasan perumahan/ rumah-rumah dan kaki langit.

2. Terangkan maksud peranan seni visual di bawah dari aspek sosiologi :


(i) Persekitaran sosial [3M]
Persekitaran sosial merujuk kepada persekitaran yang wujud dan berlaku dalam kehidupan
manusia. Persekitaran sosial dapat membentuk perpaduan sesame manusia. Misalnya, hubungan
manusia antara individu dengan individu lain atau individu dengan kumpulan.

(ii) Propaganda [3M]


Menurut kamus dewan, Propaganda adalah penyampaian ideologi untuk mendapat sokongan atau
pengaruh. Propaganda adalah cara untuk menyebarkan idea, dakyah atau hasrat pada orang ramai
demi tujuan politik.
3. Merujuk kepada Gambar 2, karya Claude Monet “ Donna con Parasol“ Cat minyak. Terangkan
mengenai prinsip rekaan berikut ;

a. Harmoni
Fakta : Unsur warna
Huraian : Dalam karya ini, unsur warna harmoni jelas kelihatan iaitu penggunaan kombinasi
warna panas dan warna sejuk. Ulangan warna kelihatan pada warna biru, kuning
dan merah. Kesan jalinan juga kelihatan berulang pada imej bunga-bungaan dan imej
awan.
b. Imbangan
Fakta : Imbangan Tidak simetri
Huraian : Kadar banding dari aspek berat atau timbangan di dua zon atau kawasan berbeza di
dalam karya atau pada sesuatu benda. Ia juga menjelaskan persamaan dan
pepadanan pada kedua-dua belah bahagian contoh kiri dan kanan. Dalam karya
Claude Monet “Donna con Parasol”, aplikasi di dalam karya ruang kanan dan ruang
kiri yang hampir berpadanan, manakala ruang atas dan bawah yang jelas berbeza,
serta kedudukan subjek yang berada di tengah-tengah karya serta kedudukan dan
saiz awan pada kiri dan kanan. Kelihatan juga unsur warna panas diimbangi dengan
warna sejuk.
c. Penegasan
Fakta : Imej figura
Huraian : Penegasan merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pengkarya untuk
menjadi sesuatu di dalam karyanya menjadi paling berkuasa atau berpengaruh dan
menjadi titik tumpuan. Dalam karya Claude Monet “Donna con Parasol”, aplikasi
elemen-elemen unsur seni, teknik-teknik, tema atau imej yang paling banyak
diberikan penekanan termasuk juga jalinan pada pakaian, jalinan pada rumput dan
awan. Pada karya, kedudukan imej figura wanita menjadi penegasan karya apabila
imej tersenut diletakkan di tengah-tengah karya.

4. Berikan maksud ringkas prinsip rekaan berikut


a. Harmoni
Persamaan dalam satu kumpulan, tidak wujud ciri-ciri bercanggah atau berlawanan di dalam karya.
Aplikasi pengulangan elemen unsur seni seperti garisan, warna, bentuk atau rupa.
b. Ekonomi
Penggunaan elemen yang paling sedikit atau paling asas tetapi mempunyai kesan yang sangat baik
da tidak berlebihan.
c. Penegasan
Bermaksud usaha-usaha yang dilakukan oleh pengkarya untuk menjadi sesuatu di dalam karyanya
menjadi paling berkuasa atau berpengaruh dan menjadi titik tumpuan.
d. Irama dan Pergerakan
Susunan atau olahan objek-objek yang membentuk seakan-akan irama atau susunan. Susunan secara
berulang-ulang ini juga membentuk seakan-akan pergerakan; kelajuan, kepantasan, membuai atau
mengalir.
e. Kesatuan
Olahan kesemua elemen di dalam karya yang membentuk satu kesatuan tema, atau persoalan iaitu
tiada unsur-unsur bercanggah atau berlawanan.
Soalan 5 berdasarkan gambar 3 di bawah

Gambar 3
5. Ibrahim Husein. Man With Possisions (Oil on canvas – 1964)
Gambar di atas merupakan satu hasil catan cat minyak Ibrahim Hussein bertajuk “Man With
Possissions”. Bincangkan bagaimana pengkarya mengaplikasikan Aspek formalistik terhadap imej
dalam karya tersebut [15M]

Pengenalan : Sebuah karya yang hebat dan menarik biasanya wujud dari segi kekuatan aspek
formalistiknya. Pengkarya menghasilkan karya melalui bahasa seni visual dengan
membuat susun atur aspek formalistik yang merangkumi unsur seni dan prinsip
rekaan yang diolah secara bersesuaian. Organisasi olahan dapat menimbulkan ruang
dan membentuk kesatuan dalam sesebuah karya.
Fakta 1 : Unsur warna
Huraian 2 : Dalam karya di atas, terdapat pelbagai jenis dan suhu warna. Kelihatan juga
kombinasi warna asas/ pri,er dan sekunder pada imej dan lataran karya. Suhu warna
sejuk dapat dilihat pada imej serta latar yang berwarna kebiruan namun terdapat
warna panas pada imej/ subjek di tengah-tengah karya yang menggunakan cat merah
dan kuning.
Fakta 2 : Unsur rupa
Huraian 2 : Rupa bermaksud sambungan beberapa garisan luar seseuatu imej/ objek yang
bertemu pada titik yang awal. Dalam karya Ibrahim Hussein “Man with Possissions”
jelas kelihatan gabungan rupa-rupa geometri dan organik. Rupa organik diaplikasikan
pada imej karya di bahagian tengah manakala rupa geometri pula jelas kelihatan
pada
imej petak-petak warna di bahagian latar karya.
Fakta 3 : Prinsip Harmoni
Huraian 3 : Prinsip harmoni merujuk kepada persamaan dalam satu kumpulan yang dilukis
secara
berulang-ulang, sama, seragam atau sewarna. Kewujudannya
memperlihatkan tiada
ciri-ciri bercanggah atau berlawanan di dalam sesebuah karya. Aplikasi
yang dapat
diperhatikan dalam karya Ibrahim Hussein “Man with Possissions”
adalah
pengulangan elemen unsur seni seperti garisan-garisan melengkung
dan warna sejuk
yang kelihatan berada di tengah-tengah karya. Begitu juga
pengulangan rupa
geometri pada latar belakang karya dan rupa organik di tengah-tengah
karya.
Rumusan : (keberkesanan olahan pengkarya)

Pengenalan : 1 Markah
Fakta : 3 Markah (1 Isi, 1 Huraian dan 1 Contoh)
Penutup : 1 Markah, Impak : 1 Markah (Huraian lancar dan matang)
6. Gambar 4, Merupakan gambar foto Petaling Street, Kuala Lumpur, tahun 1970 Berikan
interpretasi anda terhadap imej dalam karya tersebut.

Pengenalan Maksud : Interpretasi Melihat ikon, imej, warna, subjek yang


Definisi : (interprétasi) tafsiran, penjelasan dipilih dan olahan-olahan oleh pengkarya
(tentang makna, tujuan, implikasi, dsb
sesuatu)

Fakta 1 Kepesatan pembangunan bandaraya Contoh di dalam karya


Kuala Lumpur
Fakta 2 Sektor ekonomi; perniagaan amat Contoh di dalam karya
pesat di Petaling Street pada tahun
1970
Fakta 3 Sektor ekonomi perniagaan banyak Contoh di dalam karya
dikuasai oleh orang cina
Fakta 4 Petaling Street menjadi tumpuan Contoh di dalam karya
(Tambahan) penduduk di ibu negara
mendapatkan keperluan harian
mereka
Penutup Keberkesanan olahan pengkarya

Pengenalan : 1 Markah
Fakta : 3 Markah (1 Isi, 1 Huraian dan 1 Contoh)
Penutup : 1 Markah, Impak : 1 Markah (Huraian lancar dan matang)
Gambar 4
7 Gambar 6. Karya Dzulkifli Buyong yang berjudul “Murid Sekolah”. Huraikan aspek psikologi yang
terdapat dalam karya itu.
Pengenalan Maksud aspek psikologi Contoh olahan atau
aplikasinya di dalam karya
Fakta 1 Emosi yang tidak bersedia untuk bangun 1-2 contoh
awal dan pergi ke sekolah untuk belajar
Fakta 2 Ekspresi wajah murid ini yang masih
mengantuk, malas dan tidak bersedia
Fakta 3 Pakaian yang tidak kemas kerana kurang
peduli dengan keadaan diri dan
penampilannya
Fakta 4 Perlakuannya tidak mesra, pasif dan
belum bersedia untuk belajar
Penutup Karya sangat berjaya membawakan ciri-
ciri psikologi dengan sangat berkesan
Pengenalan : 1 Markah
Fakta : 3 Markah (1 Isi, 1 Huraian dan 1 Contoh)
Penutup : 1 Markah, Impak : 1 Markah (Huraian lancar dan matang)

8. Jelaskan maksud peranan seni visual dari aspek sosiologi berikut;


a. Kebudayaan
Kebudayaan material yang melibatkan fungsi, gunaan dan nilai estetika. Objek-objek yang dihasilkan
di dalam sesuatu kebudayaan mempunyai nilai-nilai tadi berserta falsafah dan pemikiran. Material ini
dihasilkan dalam aktiviti-aktiviti kehidupan seharian manusia dalam kebudayaan tersebut. Objek-
objek material tersebut disesuaikan dengan keperluan dan keadaan persekitaran mereka.

Memenuhi keperluan fizikal mereka seperti kenderaan untuk memudahkan perjalanan, senjata untuk
tujuan memburu serta mempertahankan diri, peralatan dapur untuk memasak dan alat muzik untuk
hiburan.

Selain itu penciptaan imej hiasan yang berkaitan dengan falsafah dan kepercayaan yang dimiliki oleh
masyarakat tersebut.
b. Kepercayaan.
Kepercayaan ialah sesuatu yang berkaitan dengan spiritual atau tatacara keagamaan. Ia melibatkan
sistem kepercayaan oleh masyarakat dalam sesebuah organisasi sosial. Ia juga merupakan keperluan
emosi dan ekspresi individu dan masyarakat.

Kepercayaan juga adalah satu peraturan yang diwujudkan oleh sesetengah golongan masyarakat
sebagai penghubung antara dunia realiti dan dunia fantasi.
Bahagian C [15 markah]
Jawab Satu soalan.

9. Merujuk kepada gambar 1; ‘Dunia Kanak-kanak Perempuan’. Bincangkan kekuatan karya dari unsur
seni dan prinsip rekaan bersertakan alasan yang wajar berpandukan karya. (15 Markah)

Pengenal Maksud Aspek formal dan elemen-elemen Contoh di dalam karya


an yang termasuk dalam aspek formal
Fakta 1 Unsur Seni – Ruang
Fakta 2 Unsur Seni- Garisan
Fakta 3 Prinsip Rekaan – Kesatuan
Fakta 3 Prinsip Rekaan harmoni
Penutup Keberkesanan aplikasi aspek formal

engenalan : 1 Markah
Fakta : 3 Markah (1 Isi, 1 Huraian dan 1 Contoh)
Penutup : 1 Markah, Impak : 1 Markah (Huraian lancar dan matang)

10. Merujuk kepada gambar 2; Bincangkan empat kekuatan karya dari aspek formal; Prinsip rekaan.

Pengenal Maksud Aspek formal dan elemen-elemen Contoh di dalam karya


an yang termasuk dalam aspek formal
Fakta 1 Unsur Seni – warna
Fakta 2 Unsur Seni- jalinan
Fakta 3 Prinsip Rekaan – kesatuan
Fakta 3 Prinsip Rekaan harmoni
Penutup Keberkesanan aplikasi aspek formal
Pengenalan : 1 Markah
Fakta : 3 Markah (1 Isi, 1 Huraian dan 1 Contoh)
Penutup : 1 Markah, Impak : 1 Markah (Huraian lancar dan matang)

Anda mungkin juga menyukai