Anda di halaman 1dari 12

WANITA YANG MENYUKAI FITNAH Fitnah dan rosaknya zaman kini lebih diakibatkan oleh bermaharajalelanya wanita yang

mendedahkan aurat. Dengan itu fitnah mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat menimbulkan bencana dan memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman. Begitu buruknya fitnah itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa Fadl Ibnu Abbas menoleh kepada seorang perempuan Khatham yang terlarang untuk dilihat, segera baginda memalingkan wajah Fadl. Tidaklah hal tersebut dilakukan oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak dapat menjamin tiadanya fitnah yang bakal terjadi di antara Fadl dan perempuan Khatam tersebut. Oleh sebab itu siapa pun yang mengetahui keadaan masyarakat moden dan keadaan di dalamnya yang penuh dengan kerosakan, pastilah menyedari bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat membawa manusia kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan. Sebeb wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah. Fitnah wanita yang mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih berbahaya daripada fitnah yang lainnya. Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang bersabda: Tidaklah kutinggalkan nanti sesudahku fitnah yang lebihberbahaya bagi lelaki selain fitnah dari perempuan.Demikianlah peringatan Nabi SAW kepada manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam jeratan

wanita, tipu daya mereka tau pun tergelincir kerana mereka. BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG Tudung yang dikenakan perempuan saat keluar rumah disyaratkan haruslah tebal, tidak nipis pada bahagian bawahnya dan bukan tudung yang bercorak perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan wanita di zaman ini. Memakai pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan memakai perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti memancing timbulnya fitnah yang sememangnya harus dihindari. 1. Memakai Pakaian Nipis Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan tersebut: 1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua golongan dari ahli neraka yangtidak mahu saya lihat: Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia. Perempuan-perempuan yang berpakaian namun terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan. Kepala-kepala mereka bagaikanpunuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mendapatkan harumnya (syurga). Sesungguhnya

harumsyurga itu terdapat pada perjalanan begini dan begini. Al Hafidh Ibnu Abd. al Birri berkata: Maksud dari sabda Rasulullah SAW Berpakaian tetapi terlanjang adalah gambaran tentang perempuan yang berpakaian dari kain yang nipis yang dapat memberikan gambaran bentuk tubuh dan bukan bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan seperti ini secara zahir dan secara sebutannya sahaja berpakaian, namun pada hakikatnya mereka berterlanjang. 2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan tabarruj (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya. Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya dan tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini dengan matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki marwah dan harga diri yang sempurna.

Bagaimana dengan perempuan-perempuan di zaman kita sekarang. Mereka telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah pakaian yang sempit, pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali mereka hanya dapat mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui tetap mendirikan solat, membayar zakat malah juga memuliakan Allah dengan berhaji ke rumah-Nya yang suci. Sebagaimana wanita dilarang berpakaian ketat yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya, demikian jugalah dilarang bagi para muhrim untuk melihat yang tergambar dari auratnya. Sedangkan kepada lelaki asing dilarang untuk melihat yang tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita. Walau pun pakaian yang dikenakan itu tebal serta tidak nipis. 3. Memakai Pakaian Warna-Warni Dasar dari menutup aurat ke atas wanita adalah untuk menutupi bentuk tubuh dan mencegah pandangan orang kepadanya. Maka jika hijab diperindah dengan gambar-gambar yang menawan, warna-warni atau pun jahitan yang indah dan dapat menarik perhatian orang lain, akan hilanglah hikmah memakainya. Hijab yang seperti itu tidak berfungsi untuk mencegah pandangan orang lain, tidak pula dapat menolak kesan yang bakal ditimbulkannya. Oleh itu pakaian yang seperti itu dilarang untuk dipakai. Dengan itu pakaian-pakaian seperti itu termasuklah ke dalam senarai pakaian-pakaian yang tidak boleh untuk ditampilkan dan dipakai. Padahal dengan menutup aurat yang

sempurna, akan tertutuplah salah satu sebab dari pelbagai sebab yang dapat menimbulkan fitnah, dan tertutup pulalah ancaman mangsa bagi manusia yang telah sakit jiwanya. Wanita Yang Menyerupai Lelaki DARI SEGI PAKAIAN Tidak dibenarkan seorang wanita menyerupai seorang lelaki atau pun sebaliknya seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Penyerupaan tersebut dilarang samada dalam suara, bentuk tubuh, cara berjalan, gerak-geri, pakaian mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya telah terdapat perbezaan. Allah Taala telah menciptakan wanita dan lelaki. Bagi masing-masing diciptakan pula tabiat yang khusus sehingga mereka saling berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik kepada yang lainnya. Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya kepada pasangannya. Dengan begitu kehidupan manusia akan berlanjut untuk memakmurkan dunia. Namun sebaliknya penyerupaan antara yang satu dengan yang lain merupakan kenyataan yang melanggar norma kehidupan. Sekaligus sebagai penderhakaan terhadap fitrah wanita dan lelaki yang telah ditetapkan Allah kepada mereka. Lalu berkecamuklah di hadapan mereka faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan alami di antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan spesifikasi khas yang dimiliki dan yang membezakannya. Hingga mulailah terdapat kecenderungan wanita untuk bersifat jantan (kelelakian) dan lelaki pula bersifat kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak dipentingkan kerana memperturutkan kemahuan sesama jenis.

Dengan begitu bermaharajalelalah homoseksual. Terjadilah perbuatanperbuatan yang dapat menjauhkan rahmat Allah. Kehinaan mengambil tempat kemuliaan. Perbuatan seks dengan sesama jenis meminggirkan tempat-tempat pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal ini dapat disaksikan di Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis hingga kepada penghambaan terhadap nafsu syahwat. Malahan sebahagian perempuan dari masyarakat tersebut dapat menjadikan anjing sebagai tempat pelampiasan hawa nafsunya. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini mulai menyerang belia-belia Islam. Dimulai dengan mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh mahupun kegemaran-kegemaran yang tidak lazim, pemuda di dunia Islam mulai memanjangkan rambutnya, mencukur janggutnya, menghaluskan suara dan juga menyempitkan pakaiannya. Sedangkan gadisnya memendekkan rambut, merokok, bersuara lantang bagaikan lelaki. Semua itu dilakukan tanpa rasa malu yang dapat menghalangi perbuatan tersebut. Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata: Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaianperempuan atau pun perempuan yang memakai pakaian lelaki. Dari Ibnu Abbas yang berkata: Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan danperempuan yang menyerupai lelaki.

Al Hafiz Ibnu Hajr berkata: Menurut at Tabari, maknanya bahawa tidaklah dibolehkanlelaki menyerupai perempuan dalam pakaian atau pun perhiasan yang memang dikhususkan untuk perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian pula kiranya dalam berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan tetapi perempuan dibezakan dengan berhijab dan menutupi dirinya (tubuhnya). Tentang penyerupaan dalam suara dan berjalan, hal ini dikhususkan kepada mereka yang memang sengaja melakukannya. Namun apabila penyerupaan tersebut memang dari asalnya (pembawaan lahir/semulajadi) dia hanya diperintahkan untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun dan beransur-ansur untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu, lalu dia pun tetap dalam kebiasaan tersebut, maka dia akan mendapat celaan. Bila keadaannya seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan lafaz (menyerupai). Sedangkan yang telah pasti seperti menurut an Nawawi: seorang pondan semulajadi (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia tidak mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam berjalan, berbicara, setelah berubat dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat merubah (pembawaan lahir) tersebut walau pun secara beransur-ansur sedangkan dia menolaknya, maka dia mendapat celaan. Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata: Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bersifat keperempuanandan

perempuan yang kelelakian. Sabdanya: Keluarkanlah mereka dari rumah-rumahmu. Ibnu Abbas berkata: Nabi SAW mengeluarkanseorang lelaki seperti itu dan Umar mengeluarkan perempuan yang seperti itu. Jika seorang perempuan mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan tangannya yang sempit, bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia akan mendapat laknat dari Allah. Demikian pula dengan suaminya yang membiarkannya seperti itu atau pun redha kepada perbuatan isterinya serta tidak melarang dan mencegahnya padahal para suami diperintahkan untuk memelihara isteri mereka agar teguh di dalam ketaatan kepada Allah. Para suami juga diperintahkan untuk mencegah isteri mereka dari perbuatan maksiat. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari berbuat maksiat kepada Allah. (At-Tahrim: 6) Wanita Yang Menyerupai Orang Kafir DARI SEGI PAKAIAN Tidak dibenarkan seorang muslim menyerupai orang kafir di dalam perbuatan, ucapan dan perayaan hari raya mereka. Hal ini dimaksudkan agar masyarakat Islam dapat memiliki keperibadian yang berbeza dari yang lain dalam segala cara kehidupan mereka. Selain itu kesepakatan masyarakat muslim dengan masyarakat kafir di dalam perbuatan,

ucapan, pakaian mahupun hari-hari raya mereka dapat mendorong mereka untuk menyerupai masyarakat kafir. Tentunya hal ini dapat menimbulkan kerosakan akidah dan dapat menghilangkan identiti keperibadian masyarakat muslim. Dan kemungkinan lebih jauh, bahawa mereka menjadi pengikut masyarakat yang memusuhi mereka. Padahal Islam tidak menghendaki penganutnya menjadi pengikut musuh-musuhnya. Akidah yang mereka pegang mengajarkan mereka menjadi pemimpin bagi manusia, bukannya menjadi pengikut bagi setiap pendusta dan penyeleweng. Firman Allah yang bermaksud: Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedihhati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran: 139) Adapun larangan untuk menyerupai dengan masyarakat kafir terdapat pada beberapa tempat di dalam al Quran al Karim. Demikianpula, terdapat di dalam sabda Rasulullah SAW. Firman Allah yang maksudnya: Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dariurusan agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnyamereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari seksaan Allah. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung bagi

orang-orang yang bertaqwa. (Al Jatsiah: 18-19) Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa sebahagian dari masyarakat kafir adalah wali bagi yang lain samada di dunia mahupundi akhirat. Namun tidak seorang walupun dari mereka yang dapat memberikan manfaat untuk mencapai pahala ataupun untuk menghindarkan diri mereka dari azab Allah. Sebaliknya, masyarakat muslimin yang bertakwa dan mendapat petunjuk, sesungguhnya Allah lah Tuhan mereka. Syeikh Ibn Taimiyah berkata: Allah telah menjadikan bagi Nabi Muhammad SAW sebuah syariat lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengikuti syariat tersebut serta melarangnya agar mengikuti kehendak hati orang-orang yang tidak mengetahui. Termasuk ke dalam pengertian orang-orang yang tidak mengetahui tersebut adalah orang-orang yang menentang syariat yang dibawa Nabi Muhammad SAW. MEMAKAI PAKAIAN YANG ADA TANDA SALIB Tidak dibolehkan mengenakan pakaian yang tedapat gambar salib di dalamnya atau pun seumpamanya. Pkaian yang dilarang tersebut termasuklah tudung yang dipakai untuk keluar atau pun untuk yang lainnya. Larangan terhadap salib ini dapat difahami kerana salib adalah syiar dan lambang dari agama Nasrani (Kristian). Mereka telah membuat salib tersebut sebagai lambang untuk sebuah akidah yang sesat. Iaitu anggapan yang mereka yakini bahawa Nabi Isa as. telah dibunuh dan disalib. Oleh itu mereka mensucikan salib sebagai dasar

ketaatan terhadap akidah mereka dan menghormati atau pun mengagungkannya adalah cara untuk mendekati Tuhan. Allah Taala menyatakan bahawa anggapan mereka tersebut adalah dusta dan kebohongan. Firman Allah yang bermaksud: Dan kerana ucapan mereka: Sesungguhnya kami telah membunuhal Masih Isa putera Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang merekabunuh) ialah orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) itu benarbenar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka. Mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An Nisa: 157-158) Hadis-hadis berikut ini menunjukkan adanya larangan mengenakan pakaian apa sahaja yang terdapat salib dan seumpamanya.Dari Imran Ibnu Hitthan, sesungguhnya Aisyah ra. memberitahunya bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya terdapat sesuatu yang ada salibnya kecuali dihilangkannya. Dari Aisyah ra. yang berkata: Kami tidak memakai pakaian yang terdapat gambar salibpadanya. Dari Abu al Jahhaf, katanya:

Saya bertanya kepada Abu Jaafar tentang kotak Tabut yang ku miliki dan padanya terdapat gambar-gambar. Lalu Abu Jaafar memberitahuku bahawa dia melihat Umar membakar pakaian yang adagambar salibnya, dia pun menghilangkan salib dari pakaian itu. Dari riwayat para sahabat ini terdapat petunjuk tidak boleh memakai pakaian yang terdapat padanya salib. Kalau tidak tentu Umar ra. tidak berani membakar pakaian tersebut. Dari Ibnu Aun dari Muhammad bahawa Rasulullah SAW melihat pada tirai beberapa isterinya gambar salib, lalu baginda memerintahkan hingga mereka memotongnya. Dari beberapa hadis mahupun riwayat tersebut diatas, terdapat petunjuk yang jelas yang melarang memakai pakaian terdapat padanya gambar salib. Bila tidak, bererti kita menyerupai masyarakat Kristian yang telah menjadikan salib sebagai lambang akidah mereka yang batil mahupun sebagai syiar syariat mereka yang telah diselewengkan. Ibnu Qudamah berkata: Dibenci adanya gambar salib dalam pakaian kerana Imran Ibnu Hitthan telah meriwayatkan dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya sesuatu yang adasalibnya kecuali dihancurkannya.

Salam Ukhuwah..~

Anda mungkin juga menyukai