Anda di halaman 1dari 3

Resepi Biskut Coklat dengan Oat 2 1/2 cwn oat segera 1/2 cwn serbuk koko 1 1/2 cwn

tepung gandum 1 1/2 cwn tepung kentang 1 cmt baking powder 1 cmt soda bikarbonat 1 cwn mentega/majerin 1 cwn gula pasir 1 cwn gula perang 2 bj telur 1 cwn coklat chip / cincangan coklat

Cara membuat Biskut Coklat dengan Oat Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, koko, oat dan lain-lain. Pukul mentega dengan gula dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati. Campurkan adunan dengan bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula. Setelah semuanya sebati, rehatkan adunan lebih kurang setengah jam. Bentukkan mengikut suka dan hias dengan coklat chip, kacang dan sebagainya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 12 - 15 minit sehingga masak. Tip Masakan Berguna Oat biasanya menjadi pilihan untuk menambahkan khasiat dalam biskut berbanding bijirin lain seperti nestum, cornflake kerana ia lebih asli tanpa bahan-bahan tambahan yang lain. Menggunakan tepung kentang adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan biskut kegemaran lebih rangup. Walaubagaimanapun kerangupannya akan berbeza kerana kerangupan menggunakan tepung kentang lebih kepada kerangupan snek. Jika tepung kentang yang digunakan berlebihan, akan mengakibatkan biskut menjadi garing seperti makanan ringan. Alternatif terbaik untuk mengurangkan rasa manis pada biskut tanpa mengubahsuai resepi adalah dengan menggunakan gula perang. Dengan demikian, kuantiti gula dikekalkan dan tiada perubahan kuantiti pada bahan-bahan lain.

250gm cornflakes (kotak kecil) 125gm butter (1/2 buku) 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)

5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu) manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara
1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter 2. (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min) 3. masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup) 4. aduk sampai rata 5. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

Bahan suji crystal 250 gm tepung gandum 125 gm gula halus 125 gm minyak sapi pewarna..merah ..kuning dan hijau Caranya: 1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. 2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau. 3. Bentukkan adunan saperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar. 4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180C selama 20-25 minit. 5. Bila dah sejuk taburkan gula halus. 6. Simpan dalam balang kedap udara.
Bahan-bahan untuk Biskut Oat Chrunchy 1 1/2 cwn Tepung Gandum 1 cmt Soda 1/2 Garam 1 cwn Majerin 1 cwn Gula Pasir Kisar 1 bj Telur 1 cmt Esen Vanila 3 cwn Oat Segera 1 cwn Chocolate Chip Cara membuat Biskut Oat Chrunchy 1. Pukul majerin dan gula sedikit kembang dengan kelajuan sederhana. 2. Masukkan esen vanila dan telur sambil terus dipukul 3. Kisar oat dengan pengisar bijirin. 4. Masukkan satu persatu sambil dikacau dimulakan dengan tepung kemudian oat dan akhir sekali coklat cip. 5. Bentukkan bulat sebesar guli dan leperkan setebal 1/2 cm. 6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sehingga masak. 10 minit jika menggunakan turbo fan. 7. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Anda mungkin juga menyukai