Anda di halaman 1dari 2

WACANA (DISCOURSES)

Erti Perkataan Wacana

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti: Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasangagasan; atau percakapan Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bererti: Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Batasan Wacana Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, ada baiknya kita melihat batasan (definisi) wacana dariapada beberapa tokoh bahasa di bawah ini:

STUBBS, MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti

pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas; yang disebut teks bagi wacanaadalah ayat bagi ujaran.

ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggiyang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Huraian daripada beberapa batasan wacana ini memperlihatkan persamaan dan perbezaan pendapat, namun begitu kita dapat mengemukakan bahawa hakikat wacana itu adalah terdiri daripada lapan unsur penting, iaitu 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Satuan bahasa Terlengkap / terbsesar / tertinggi Mengatasi ayat / klausa Teratur / tersusun rapi / rasa koherensi (kepaduan) Berkesinambungan Rasa kohesi (kepautan) Lisan / tulisan Awal dan akhir

Anda mungkin juga menyukai