Anda di halaman 1dari 60

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

1.0 KAJIAN CIRI-CIRI BAHASA BERDASARKAN BUKU HIKAYAT ABDULLAH


Buku Hikayat Abdullah Baba 7 1.1 Kajian Dari Aspek Morfologi Kajian morfologi melibatkan kajian tentang aspek struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. 1.1.1 Kajian bahasa dari aspek bentuk kata meliputi kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. 1.1.1.1 Kata Tunggal Dalam buku sastera Hikayat Abdullah dalam bab ketujuh yang bertajuk Dari Hal Lord Minto terdapat banyak kata tunggal yang digunakan. Contohnya:i. ii. iii. iv. v. kiamat kompeni hormat pangkat penjara m/s 97 m/s 98 m/s 99 m/s 100 m/s 101

1.1.1.2 Kata Terbitan Kata terbitan dalam buku Hikayat Abdullah bab tujuh meliputi penggunaan kata imbuhan iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan. Antaranya ialah:Imbuhan Awalan i. berhimpun m/s 97 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 1

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

ii. iii. iv. v.

memakai disambut memberi menjaga

m/s 97 m/s 98 m/s 99 m/s 101

Imbuhan Akhiran i. ii. iii. iv. umpamaan bakarkan kasihan kurasai m/s 100 m/s 102 m/s 103 m/s 103

Imbuhan Apitan i. ii. iii. iv. v. mengatakan perjalanan melainkan menceterakan diseksakan m/s 97 m/s 98 m/s 99 m/s 100 m/s 102

Imbuhan Sisipan Imbuhan sisipan tidak dapat dikenalpasti dalam petikan.

1.1.1.3 Kata Majmuk Kata majmuk jarang digunakan dalam Hikayat Abdullah dalam bab tujuh ini. Kata majmuk yang terdapat ialah bentuk kata majmuk yang telah mantap, penggandaan kata majmuk dan pengimbuhan kata majmukS. Antara contoh yang terdapat dalam petikan ialah:Bentuk Kata Majmuk Dari Rangkaian Bebas i. ii. penjara gelap buang air m/s 102 m/s 102 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 2

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Kata Majmuk Yang Berbentuk Istilah i. api neraka m/s 102

Bentuk Kata Majmuk Yang Telah Mantap i. ii. iii. darihal jikalau sukacita = dari + hal = jika + kalau = suka + cita m/s 100 m/s 100 m/s 101

Penggandaan Kata Majmuk i. ii. orang besar-besar m/s 98 raja-raja melayu m/s 105

1.1.1.4 Kata Ganda Terdapat terdapat tiga jenis penggandaan yang digunakan dalam karya ini iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan beritma. Penggandaan Penuh i. ii. iii. iv. v. vi. vii. supai-supai orang-orang besar-besar tuan-tuan baris-baris sendi-sendi raja-raja m/s 97 m/s 97 m/s 98 m/s 100 m/s 101 m/s 102 m/s 105

Penggandaan Beritma i. ii. riuh-rendah lemah-lembut m/s 97 m/s 99 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 3

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Kata Ganda Dengan Imbuhan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. bunyi-bunyian perlahan-lahan berturut-turut bermula-mula mudah-mudahan tergopoh-gopoh mengalu-alu melihat-lihat m/s 97 m/s 100 m/s 101 m/s 101 m/s 102 m/s103 m/s103 m/s103

Dalam karya Hikayat Abdullah bagi bab tujuh, terdapat banyak perkataan lama yang tidak meluas penggunaannya pada masa ini dan mungkin sudah mengalami pembaharuan kata. Contohnya:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. tambur suling supai-supai sehaklah sekoci sakhlat cepiaunya piung merinyu terungku suatapun m/s 97 m/s 97 m/s 97 m/s 98 m/s 98 m/s 99 m/s 99 m/s 101 m/s 102 m/s 102

1.1.2 Kajian bahasa dari aspek penggolongan kata meliputi kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. 1.1.2.1 Kata Nama

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 4

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Kebiasaanya kata nama akan wujud dalam setiap ayat. Berdasarkan buku Hikayat Abdullah bab 7, terdapat tiga jenis kata nama iaitu kana nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Contoh kana nama am yang terdapat dalam buku tersebut ialah :i. ii. iii. iv. v. bukit laut senapang penjara rumah m/s 97 m/s 98 m/s 99 m/s 101 m/s 104

Contoh kata nama khas yang terdapat dalam buku tersebut ialah :i. ii. iii. iv. Kapal Lord Minto Melaka Tuan Raffles Cina m/s 97 m/s 97 m/s 98 m/s100

Contoh kana nama ganti nama diri yang terdapat dalam buku tersebut ialah :Kata ganti diri pertama i. aku / ku

Kata ganti diri kedua i. engkau

Kata ganti diri ketiga i. mereka

1.1.2.2 Kata kerja Terdapat banyak kata kerja yang dikenalpasti dlaam teks tersebut. Antaranya ialah :-

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 5

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

i. ii. iii. iv. v.

memakai mendayung tersenyum berkocak menangis

m/s 97 m/s 98 m/s 99 m/s 100 m/s 101

1.1.2.3 Kata Adjektif Kata adjektif yang terdapat dalam petikan ialah :i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. rendah laju hitam masyhur riuh-rendah berkilat-kilat merah tinggi lemah lembut manis kurus jauh-jauh baik penuh miskin baru m/s 97 m/s 97 m/s 97 m/s 97 m/s 97 m/s 97 m/s 98 m/s 98 m/s 99 m/s 99 m/s 99 m/s 99 m/s 99 m/s 100 m/s 100 m/s 100

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 6

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

1.1.2.4 Kata Tugas Kata tugas yang terdapat dalam petikan meliputi beberapa pecahan iaitu: i. ii. iii. iv. v. Kata Hubung dan serta sebab kerena selalu kerana

Kata Seru

Tiada penggunaan kata seru

Kata Perintah i. ii. iii. jangan kupohonkan memintakan

i. ii. iii. iv. v.

Kata Pangkal Ayat Kalakian Maka Adapun Syahdan Hatta

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 7

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

i. ii. iii.

Kata Bantu akan sudah pernah

i. ii. iii.

Kata Penguat terlalu belaka begitu

i.

Kata Nafi tiada tidak ada

i.

Kata Pemeri Tiada dalam petikan

i. ii. iii. iv. v. vi.

Kata Sendi Nama di ke pada daripada apabila dari

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 8

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

i. i. ii. iii.

Kata Pembenar Tiada dalam petikan Kata Arah tepi atas bawah

i. ii.

Kata Adverba selalu diam-diam

i.

Kata Pembenda & Kata Penekan nya

i. ii.

Kata Penegas lah pun

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 9

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

1.2 Kajian Dari Aspek Semantik Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang aspek binaan ayat dalam petikan. 1.2.1 Binaan ayat dalam teks Hikayat Abdullah bab tujuh, banyak menggunakan penanda wacana klasik seperti kalakian, hatta, maka, adapun dan syahdan. Contoh ayat yang menggunakan penanda wacana klasik ialah :i. Kalakian dalam dua tiga hari lagi, maka pada suatu pagi kelihatanlah kapal rendah, terlalu laju, lagi disapunya hitam. (m/s 97) ii. Syahdan apabila aku melihat rupanya dan sifatnya Lord Minto itu takjublah sangat hatiku, kerena kusangkakan bagaimanakah rupanya dan tampannya dan tinggi besarnya dan pakaiannya. (m/s 98)

1.2.2 Pengulangan penanda wacana maka dalam satu perenggan turut dikenal pasti dalam teks yang dikaji. Contohnya :i. Maka adalah rasa hatiku tiada boleh ia mengangkat dua puluh kati, begitulah lembut orangnya. Maka pakaiannya kulihat baju sakhlat hitam, dan seluarnya hitam, tiadalah apa yang lain yang hendak kusebutkan. Maka adapun segala orang besar-besar yang hendak menyambut dia itupun undurlah jauh-jauh, seorang pun tiada berani mengunjukkan tangan kepadanya, melainkan sekaliannya membuka cepiaunya dan memeluk tubuhnya. Maka meriampun selalu berbunyi juga. Maka iapun tiadalah berhenti tangannya daripada memberi tabik juga, serta dengan kelakuan yang tertib dan hormat. (m/s 99)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 10

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

1.2.3 Terdapat banyak penggunaan kata hubung dalam teks tersebut seperti dan, serta, atau dan sebagainya. Terdapat juga pengulangan kata hubung dalam satu ayat. Contohnya :i. Maka adalah sifatnya kulihat orangnya telah lalu separuh umur, dan tubuhnya kurus, dan kelakuannya lemah-lembut, dan air mukanya manis.

1.2.4 Penggunaan bahasa asing / perkataan asing dalam teks seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, dan bahasa Sankrit. Contohnya:i. Maka kalau bunyi tambur dan suling, dan band, dan segala bunyi-bunyian seperti kiamat dan bunyi kaki manusia seperti ribut besar adanya. (m/s 97) ii. Maka pada ketika itu, tefekurlah aku terkenangkan banarlah umpamaan Melayu, mengatakan, Jikalau ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya.

1.2.5 Dalam teks ini juga, terdapat penggunaan peribahasa (simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan). contohnya:i. ii. Jikalau ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya. (m/s 99) Adakah air yang penuh dalam tong itu berkocak? Melainkan air yang setengah tong itu juga yang berkocak. (m/s 100) iii. Monyet mendapat bunga, adakah ia tahu akan faedah bunga itu? Melainkan dikoyak-koyakkannya, lalu dibuangnya ke tanah. (m/s 100) iv. Berapakah tingginya terbang bangau itu, akhirnya ia hinggap di belakang kerbau juga. (m/s 100) v. Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang. (m/s 100)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 11

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

1.2.6 Penggunaan kepelbagaian ayat. Antara ayat tanya juga turut terdapat dalam teks ini. Contohnya:i. ii. Engkau ada baik? (m/s 103) Bagaimanakah engkau boleh tulis cepat? (m/s 104)

Antara ayat penyata yang terdapat dalam teks ini ialah:i. ii. Engkau baik belajar bahasa Inggeris, dan membaca Inggeris. (m/s 104) Saya terlalu suka mahu belajar, tuan.

Antara ayat seruan juga terdapat dalam teks ini iaitu:i. Semua orang keluar! Tuan besar Lord Minto suruh lepaskan. (m/s 101)

Antara ayat larangan yang terdapat dalam teks ini ialah:i. ii. Jangan. (m/s 101) Jangan kamu orang susah, nanti sebentar semuanya orang boleh lepas. (m/s 101)

1.2.7 Banyak menggunakan partikel -lah dan -pun. Contohnya:i. Maka adalah kira-kira sejam lamanya, maka turunlah ia dari laut. Maka apabila ia turun, menembaklah kapal itu. Apabila kedengaran, maka disambutlah dari darat. Kemudian segala kapal-kapal yang ada di laut itupun semuanya menembaklah, bunyinya seperti bertih digoreng.(m/s 98) ii. Maka adapun segala orang-orang besar yang hendak menyambut dia itupun undurlah jauh-jauh, seorangpun tidak berani mengunjukkan tangan kepadanya, melainkan sekaliannya membuka cepiaunya dan memeluk tubuhnya. (m/s 99)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 12

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.0 TULISAN JAWI


2.1 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Tulisan Jawi kebiasaannya dikaitkan dengan masyarakat Arab. Menurut kajian tokoh-tokoh terdahulu, tulisan jawi merupakan skrip Arab yang digunakan pada suatu ketika dahulu dan masih diguna pakai sehingga kini. Kedatangan tulisan jawi di Asia Tenggara turut diikuti dengan kebangkitan dan penyebaran agama Islam. Sebelum kita meneroka sejarah tulisan jawi, lebih baik sekiranya kita mengenalpasti sejarah tulisan dalam masyarakat Melayu. Jika disebut sahaja perkara berkenaan tulisan, para pengkaji sejarah akan mengaitkannya dengan penemuan-penemuan batu bersurat di sekitar Asia Tenggara. Batu bersurat yang tertua telah dijumpai di sekitar rantau ini ialah Batu Bersurat Kutai. Batu Bersurat Kutai merupakan bukti kemasyuran penduduk terdahulu dalam sistem tulisan. Batu bersurat tersebut telah dijumpai di muara Sungai Mahakam, daerah Kutai, Kalimantan Timur. Batu bersurat yang ditemui ini sebenarnya terdiri daripada tujuh tiang Yupa yang ditulis dalam bahasa Sanskrit dengan menggunakan skrip Pallava. Pallava merupakan suatu jenis skrip yang berasal dari India Selatan. Oleh yang sedemikian kita dapat ungkapkan bahawa pengaruh India telah lama bertapak di nusantara ini. Berdasarkan tulisan yang tertulis di batu bersurat tersebut, tulisan yang terukir merupakan ciri bentuk tulisan atau paleografi yang dianggarkan ditulis pada abad ketiga atau abad keempat. Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa sistem tulisan telah ribuan tahun wujud di nusantara ini. Kenyataan ini dikuatkan dengan penemuan batu bersurat yang kedua tertua di Jawa Barat, di sekitar Bogor yang dianggarkan tarikhnya 450 Masihi berdasarkan anggaran paleografi. Namun yang sedemikian, bagaimanakah sistem tulisan ini boleh wujud di sekitar kepulauan ini. Menurut sejarah, aktiviti perdagangan iaitu melalui pelayaran antara pedagang Timur dan Barat telah berlaku dengan rancaknya dan medan nusantara sekitar kepulauan Melayu dijadikan tempat persinggahan yang sangat sesuai. Oleh itu penerapan budaya dari luar secara tidak langsung telah terjalin Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 13

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

di kepulauan ini. Demikianlah serba ringkas sejarah awal tulisan yang telah lama wujud di nusantara ini. Berbalik kepada tajuk utama iaitu sejarah tulisan jawi, tulisan jawi tiba di kepulauan Melayu seiring dengan agama Islam. Oleh itu dapat kita katakan bahawa tulisan jawi berkait rapat dengan agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan kalam Allah Al-Quran yang telah wujud sejak ribuan tahun dahulu kala. Al-Quran merupakan pegangan utama umat Islam di dunia ini dan tulisannya yang terkandung dalam Al-Quran ialah tulisan jawi yang menjadi tulisan utama masyarakat Arab. Menurut para pengkaji sejarah, Islam telah wujud di Asia Tenggara melalui dua haluan ialah kedatangan dari haluan Timur ke Kedah dan Palembang (878 M), Permatang Pasir, Pekan, Pahang (1020 M), Champa dan Kampuchea (1039 M), Brunei (1048 M) dan Leran, Grisik, Jawa (1082 M). Haluan yang kedua ialah kedatangan Islam melalui haluan Barat samada dari tanah Arab, Parsi ataupun India. Berdasarkan kenyataan Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam Hikayat Acheh menyatakan bahawa Islam telah masuk ke Sumatera Utara sekitar tahun 1112 Masihi. Individu yang membawa agama Islam pada waktu itu ialah Syeikh Abdullah Arif dan dibantu serta disebar oleh anak muridnya iaitu Syeikh BurhanlDin ke pantai Barat Sumatera. Seterusnya penubuhan dan perkembangan agama Islam tersebar sekitar tahun 1204 Masihi apabila Sultan Johan Shah menaiki takhta kerajaan. Persoalannya, bagaimana pula dan bilakah kedatangan Islam ke Malaysia (Tanah Melayu)? Kajian telah dijalankan demi mencari jawapan kepada persoalan itu. Hasilnya, satu penemuan sekeping wang syiling telah ditemui di Kelantan yang tertulis pada mukanya bertarikh 1161 M dan terdapat tulisan jawi Arab al-julus Kelantan yang bermaksud menduduki (singgahsana) Kelantan dan tertulis al-Mutawakkil pada muka yang sebelahnya iaitu gelaran rajanya yang bermaksud yang bertawakal (kepada Allah). Hal ini membuktikan bahawa satu kerajaan Islam telah tertubuh di Semenanjung Tanah Melayu dalam pertengahan kedua abad ke 12 M. Pendapat ini telah dinyatakan oleh Wan Azmi (1980:144)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 14

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyatakan beberapa perkara penting telah berlaku. Berikut merupakan ringkasan peristiwa yang diceritakan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Sekitar abad ke 14 Masihi

Pasai berada dalam zaman pemerintahan Malik al-Zahir (Cucunda kepada Malik al-Saleh)-Raja Pasai pertama yang memeluk Islam.

Menjadikan Pasai sebagai pusat pengajaran dan penyebaran Islam yang terawal di Kepulauan Melayu.

1416 Masihi

Penduduk-penduduk Aru, Samudra, Pedir dan Lambri tercakup dalam tanah Aceh telah memeluk agama Islam.

Mengembangkan Islam ke kawasan selatan.

Akhir abad ke 14

Melaka (di Tanah Melayu) telah dibangunkan oleh anak Raja Palembang iaitu Parameswara.

1409 Masihi

Baginda telah memeluk agama Islam dan namanya di tukar menjadi Sultan Iskandar Syah.

Pasai berhubungan dengan Melaka melalui perkahwinn antara Sultan Melaka dengan Puteri Sultan Pasai.

Pasai dan Melaka menjadi pusat pengajaran dan penyebaran Islam ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Rajah 1 : Ringkasan kenyataan Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1969 :12) Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 15

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

TAHUN

TEMPAT / KAWASAN

BUKTI / CARA PENYEBARAN

1161 M

Kelantan

Penemuan sekeping wang syiling emas yang tertera 116 M Penemuan batu bersurat bertarikh 1048 M. Di Limbungan dekat Bandar Seri Begawan terdapat kubur-kubur tua Islam bertarikh 1218 M dan 1444 M Oleh Maulana Malik Ibrahim (Pendakwah) Penyebaran Islam oleh pendakwah-pendakwah / perdagangan / perkahwinan Melalui pemerintahan beraja

Abad ke 11 Masihi

Brunei

1400 M

Kepulauan Sulu

1409 M

Pasai dan Melaka

1416 M 1447 M 1451 M

Aru, samudra, Pedir dan Lambri

Jawa

Oleh Raden Rahmat (Pendakwah)

1468 M

Demak (di Jawa)

Oleh Raden Patah (Pendkwah) Oleh Syarif Muhammad Kebungsuan dan pendakwah dari Brunei, Acheh, Mindanao dan Sulu

1475 M

Mindanao, Pulau Luzon , Filipina

Abad ke 15

Banjarmasin Kalimantan Selatan Tidore, Gorontalo, Bachan, Halmehara, Sulawesi, Ambon, Banda, Pantai Barat New Guinea

Melalui pusat penyebaran dan kekuasaannya di Tenate.

Rajah 2 : Penyebaran Islam di Kepulauan Melayu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 16

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.1.1 Kemunculan Skrip dan Istilah Jawi Telah dinyatakan sebelum ini bahawa skrip Jawi berasal dari skrip Arab dan telah disunting beberapa penyesuaian dan penambahan yang bersesuaian. Jika diimbas kembali terdapat beberapa barangan lama yang dijumpai bagi meyakinkan kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. Contohnya batu nisan di Kepulauan Melayu yang tertulis dalam skrip Arab sebelum abad ke 13 M yang dijumpai, misalnya di Brunei pada 1048 M, di Leran pada 1062 M dan di Aceh pada 1297 M serta kepingan syiling emas dijumpai di Kelantan yang bertarikh pada 1161 M. Walaupun penemuan artifak-artifak ini dijumpai pada abad yang awal, namun mengikut pendapat kebanyakkan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasi sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dilakukan sesudah abad ke 13.Bukti ini diperkukuhkan dengan adanya skrip Jawi yang tertera pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M. Terdapat banyak pendapat yang mengutarakan asal usul perkataan Jawi. Namun yang sedemikian, kini masih lagi kabur dengan asal-usul perkataan Jawi. Berikut merupakan antara pendapat tokoh-tokoh terdahulu:Perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok Jawi-jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza dengan beras pulut dan juga dengan makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau. Dipetik dari Omar Awang (1985:190) berdasarkan petikan dari kamus RJ Wilkinson (1959:452) Kemungkinan perkataan Jawi berasal daripada perkataan Arab al-Jawah. Kata tersebut pernah digunakan dalam abad ke-14 M untuk menamakan Pulau Sumatera misalnya Yaqut dalam Mujam al-Buldan, Abu al-Fida dalam Taqwin al-Buldan dan Ibn Batutah dalam Rihlat Ibn Batutah. Pendapat Omar Awang (ibid.)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 17

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan jawa yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi Pulau Sumatera. Pendapat G.H Werndly (Ketua penterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1731 33 M) Perkataan Jawi bagi orang Melayu bermaksud kacukan (mixed or crossed) seperti dalam ungkapan anak Jawi, iaitu kacukan daripada bapa Keling dan ibu Melayu (dengan demikian timbulah istilah Jawi Peranakan); oleh itu bahasa Jawi ialah bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Arab. Pendapat Raffles Jawi itu bermakna Melayu, misalnya dalam ungkapan Jawikannya yang bermaksud terjemahkan ke dalam bahasa Melayu (tentunya dalam tulisan Jawi), atau seperti yang disebut dalam Kitab Seribu Masalah, iaitu (kitab) yang daripada bahasa Parsi dipindahkan kepada bahasa Jawi (Melayu)..oleh Muhammad Mizan bin Haji Khatib Taha. Pendapat Wilkinson (op. cit.)

2.1.2 Bentuk Skrip Jawi Dan Sejarah Kajiannya Sehingga kini, para pengkaji sejarah menjelaskan bahawa skrip Jawi merangkumi 29 abjad Arab dan enam abjad tambahan. Pada mulanya terdapat lima abjad tambahan sahaja iaitu , , ,dan berdasarkan kajian tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat Terangganu 1303 M. Namun setelah, sidang pengkaji bersidang, satu lagi abjad tambahan ditambah iaitu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hasil daripada keputusan Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 18

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Berikut merupakan abjad-abjad Jawi yang digunakan sehingga kini. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 HURUF JAWI (Bentuk Tunggal) PADANAN RUMI

a b t s (th) j h kh d z (dh) r z (dh) s (th) sy (sh) s () z () t () z () a (') gh f k (q) k l m n w v h k (') y c ng p g ny Rajah 3 : Huruf-huruf Jawi Arab dan 6 abjad Jawi tambahan Melayu

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 19

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Berdasarkan sejarah, para pengkaji Barat juga turut serta dalam kajian tentang perkembangan sistem tulisan Jawi di Kepulauan Melayu. Agak tidak rasional jika pengkaji Barat sibuk mengkaji perkara yang tiada kaitan yang rapat dengan kehidupan mereka. Namun yang sedemikian lumrahnya manusia tidak akan melakukan sesuatu jika kerja tersebut tidak memberi apa-apa faedah. Pengkaji Barat mengkaji perkembangan sistem tulisan Jawi bagi urusan pentadbiran, perniagaan, agama Kristian dan juga kecenderungan kesarjanaan mereka dalam bidang yang tertentu. Tokoh Barat yang terkenal dalam pengkajian ini ialah Shellabear iaitu seorang penulis artikel tentang

perkembangan ejaan Melayu (Jawi) pada 1901 (the Evolution of Malay Spelling, JMBRAS, 1901, vol 36:75.135). Shellabear telah menyenaraikan beberapa orang pengkaji Barat yang telah menyelidik bahasa Melayu termasuk ejaannya (Jawi). Mereka ialah : van Rongkel van Elbinch Robinson Gerth v.Wijk Werndly van der Wall Cohen Stuart de Hollander van der Tuuk Pijnappel Kimkirt Wilkinson

Kesemua pengkaji Barat ini berasa kagum dengan keseragaman ejaan Jawi yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip sebelum kurun ke 17 Masihi. Pertama, bagi mereka tulisan Jawi merupakan kemahiran menulis yang sangat unik dan keduanya ialah teks pada masa itu kebanyakkan terdiri daripada dokumen-dokumen rasmi tentang agama dan kerajaan yang ditulis oleh mereka Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 20

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

yang terpelajar sahaja. Berdasarkan kajian mereka terperinci, mereka mendapati tulisan Jawi datang ke Kepulauan Melayu terus dari tanah Arab. Tulisan Jawi kebiasaannya ditulis tanpa menggunakan baris (kecuali dalam Al-Quran). Rentetan daripada itu, ramai orang yang keliru untuk melafazkan dan menyebut tulisan yang tertera. Hal ini kerana dalam dunia bahasa Melayu tidak dapat diramal sebagaimana seperti bahasa Arab. Menurut Shellabear, tanda baris digunakan (termasuklah tanda tasydid) tetapi setelah jurutulis-jurutulis sudah biasa dengan ejaan Jawi maka tanda baris digugurkan. Takkan Melayu hilang didunia kata-kata pujangga yang dituturkan oleh Laksamana Hang Tuah, laksamana Melaka suatu ketika dahulu. Tokoh-tokoh Melayu juga tidak ketinggalan menempa nama menjadi pengkaji bahasa-bahasa yang berlegar di negara ini. Kemungkinan besar, Raja Ali Haji (1809 M 1869 M / 1875 M) merupakan tokoh Melayu pertama yang membuka minda memperkatakan tentang sistem ejaan Jawi seperti yang telah tercatat dalam hasil penanya Bustan al-Katibin (1857 M) yang dimuatkan di dalamnya sebanyak sepuluh bab. Kenyataan dan pendapat Mohd Taib Osman (1976 : 140) dan Haji Hamdan Bin Haji Abdul Rahman (1984 : 4) Muhammad Ibrahim nama diberi merupakan anak kepada tokoh Melayu tersohor iaitu Abdullah Munshi telah menerbitkan Kitab Pemimpin Johor pada tahun 1878 bagi membuktikan bahawa bangsa Melayu tidak ketinggalan mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan Melayu. Berikut merupakan ringkasan kepada susur galur perkembangan pengkajian oleh pengkaji-pengkaji Melayu terhadap sistem tulisan Jawi.

1857 : Bustan al-Katibin catatan yang telah di tulis oleh Raja Ali Haji

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 21

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Muhammad Ibrahim yakni anak kepada Abdullah Munshi telah mengilhamkan Kitab Pemimpin Johor (ilmu tentang pelajaran dalam ilmu tulis-menulis Melayu) pada tahun 1878

Zainal Abidin Bin Ahmad (Zaba), tokoh Melayu pertama yang menganalisis sistem ejaan Jawi dengan bersungguh-sungguh. Jawi Spelling (JMBRAS, vol. IV, 1928, hlm 80-104) menjadi bukti kesungguhan beliau. Beliau telah memperkatakan tulisan jawi dari segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan intonasi, kepanjangan penggunaan abjad alif, ya, wau, penggunaan abjad alif dan hamzah dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata.

Zainal Abidin Bin Ahmad (Zaba), meneruskan perjuanggan beliau dengan menghasilkan buku nahu yang sangat masyhur iaitu Pelita Bahasa Melayu Penggal I pada tahun 1940.

Zainal Abidin Bin Ahmad (Zaba), sekali lagi menerbitkan buku yang sangat berguna yang bertajuk Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949

Raja Haji Muhammad Tahir bin Almarhum Murshid Riau telah menerbitkan buku yang berjudul Rencana Melayu (1928) dalam buku ilmiah tersebut, beliau telah menyatakan peri menyatakan tulisan Melayu yang mengandungi juga ringkasan huruf, barisan huruf yang dirangka, hamzah pada tulisan, hamzah dibantahi oleh gof dan ga dan segala huruf telor

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 22

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Mejar Datuk Hji muhamma Said Sulaiman telah mengilhamkan buku yang bertajuk Buku Katan dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB. Kedua-dua buku ini diterbitkan pada tahun 1936

Jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Malaya kedua di Seremban telah membuat perbandingan sistem tulisan Jawi dan Rumi pada tahun 1954. Rentetan daripada kajian itu, hasilnya dibukukan dalam Memorandum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954. Ahli jawatankuasa berjaya mengemukakan 11 kelebihan tulisan Rumi berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi dan satu kelemahan tulisan Rumi berbanding dengan satu sahaja kelebihan tulisan Jawi. (lihat Memoranda Angkatan Sastrawan 50 Edisi Kedua, 1987: 13-20)

JENIS TULISAN

KELEBIHAN

KELEMAHAN Kekurangan abjad vokal dan diftong. Tiada sistem huruf besar. Aturan ejaannya tidak dapat ditentukan. Perkataan-perkataan asing sukar untuk dibunyikan melalui ejaan Jawi. Sukar untuk membentuk bunyi bahasa umum bagi bahasa Melayu. Memisahkan bahasa dan persuratan Melayu di Indonesia yang telah menggunakan Rumi. Bentuk abjad Jawi banyak berubah apabila disambung-sambung. Adanya 14 abjad Jawi yang nilai bunyinya tidak sesuai dengan lidah Melayu.

Segala perkataan Arab dapat dieja menurut ejaan Arab (Jawi) dan menurut bunyi lidah Arab. JAWI *namun kelebihan ini menjadi perdebatan kerana apakah perlunya perkataan Arab dieja menurut ejaan Arab dan menurut bunyi lidah Melayu dengan tulisan Rumi?

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 23

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya kenyataan dari Memoranda Angkatan Sastrawan 50 Edisi

Keputusan yang telah dibuat telah diterima dan dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, di Singapura / Johor Bahru, 1956 sambil mengambil ketetapan membentuk satu badan untuk mengkaji bagaimana hendak memelihara tulisan Jawi di Malaya dengan yang di Indonesia (ibid.: 182).

Raja Mukhtaruddin Dain 1972 pula telah mengetengahkan satu sistem pemvokalan ejaan Jawi melalui penggunaan tanda-tanda baris sepenuhnya dengan mengetepikan penggunaan abjad alif, ya, wau untuk menandakan bunyi vokal (Raja Mukhtaruddin Dain, 1972: 309-312)

1981 Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesyorkan supaya ejaan Jawi pada masa itu dikaji semula dan diperkemaskan. Buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi telah diterbitkan selepas kajian dijalankan.

Awang Mohamad Amin bersama-sama DBP telah bekerjasama membuat penyelidikan tentang tulisan Jawi Satu Kajian Terhadap Kaedah Ejaan Jawi Zaba pada tahun 1983. Mereka turut mengutarakan tujuan penyelidikan dibuat untuk mencari data tentang ejaan Jawi bahasa Melayu dengan harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai asas untuk menyempurnakan ejaan tersebut, iaitu sebelum diajarkan kepada pelajarpelajar khasnya dan orang ramai amnya. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 24

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Feb 1983 : Raja Mukhtaruddin Dain telah membahaskan dalam artikelnya Laporan Tentang Satu Kajian Kaedah Ejaan Melayu Zaba yang dibuat oleh Tuan Awang Mohd Amin, dan Haji Hamdan Bin Haji Abdul Rahman melalui artikelnya Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu Bagi Memenuhi Keperluan Masa Depan

Hasilnya : Satu jawatankuasa ejaan Jawi DBP telah dibentuk bagi menyemak sistem tulisan yang ada pada masa itu dan memperkemaskannya.

Hakikat ini ditegaskan oleh pengerusinya Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman, iaitu tugas Jawatankuasa itu mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang longgar (jadi) yang (akan) dihasilkan hanyalah sistem ejaan Jawi Zaba yang dikemaskan dan dinyatakan semula perkataan baharu (Haji Hamdan Haji Andul Rahman, 1984:1)

Sistem ejaan ini di bengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu pada bulan April, 1994. Sistem ejaan ini diterima oleh konvensyen dan sebagai natijahnya, pada tahun 1986, diterbitkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP. Pada bahagian prakata buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan itu dinyatakan risalah ini terkandung kaedah-kaedah ejaan Jawi yang telah disemak daripada buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi Zaba (1936) tidak banyak perubahan yang dilakukan,,, Di antara perkara baru yang diperkenalkan ialah konsonan untuk melambangkan huruf v dalam tulisan rumi penulisan imbuhan an, -i diseragamkan kaedah penulisan kata ulang dan nama gelaran, singkatan dan akronim (1986:v)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 25

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

1988 : DBP menerbitkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi perbendaharaan kata dasar umum bahasa Melayu termasuklah kata pinjaman umum daripada bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain. Kata-kata ini disusun menurut abjad Rumi dan padanan Jawi diberikan disebelahnya (hlm ix). Kaedah ejaan Jawi yang digunakan berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.

Bagi sebelah arah Timur pula, seorang tokoh berasal dari Korea tampil sebagai pengkaji tulisan Jawi di Malaya. Beliau ialah Kang Keong Seock 1986 Korea. 1986 - Kang telah menjalankan kajian tentang Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Ini merupakan Tesis beliau semasa pengajiannya di Universiti Malaya.

1990 DBP telah menerbitkan hasil Tesis beliau.

Kang - Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi : menunjukkan perkembangan bentuk-bentuk tulisan Jawi daripada bentuk Arab kepada Melayu asli.

1) Menggunakan sistem pemvokalan berdasarkan tanda-tanda baris dan tasydid. Perubahan yang dilakukan.

2) Tanda-tanda baris dihapuskan tetapi tanda tasydid masih digunakan.

3) Tasydid dihapuskan

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 26

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Menurut Kang, perubahan 2 dan 3 kadang-kadang tercapai dan kadang-kadang sebaliknya.

Unsur Melayu muncul, bunyi vokal pada suku kata kedua ditandai . , ,

Kemasukkan lambang-lambang vokal pada suku kata terakhir yang menggunakan abjad . , ,

Kang telah menganalisis pembelajaran tulisan Jawi iaitu mempelajari abjad-abjad, hukum-hukum, penggandingan huruf dan lain-lain. Kang juga turut meneliti tulisan jawi oleh penerbit-penerbit buku, akhbar dan malajah Jawi di Malaysia.

PERINGKAT 1 Antara 1300 M 1600 M iaitu penghilangan unsur-unsur Arab dalam tulisan Jawi.

Seterusnya beliau telah menekankan betapa pentingnya tulisan Jawi terus diselidik, diajar dan dipergunakan terus-menerus. Pada bab Penutup Kang telah membuat peringkat perkembangan tulisan Jawi kepada tiga iaitu :-

PERINGKAT 3 PERINGKAT 2 Antara 1900 M 1986 M . hampir semua vokal dinyatakan selain daripada alif yang ada pada suku kata yang tertutup dan beberapa perkataan yang bersifat konservatif (iaitu) yang telah dibekukan dan lagi perkataanperkataan yang berasal dari bahasa Arab (ibid : 118)

Antara 1600 M 1900 M penyataan gejalagejala vokal secara wajib dalam suku kata terbuka dan pada tempat-tempat yang lain lagi.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 27

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Namun kata Kang lagi dalam peringkat ketiga ini pun kita boleh menjumpai orang yang masih menggunakan sistem tulisan jawi yang serupa bentuknya dengan tulisan yang digunakan dalam peringkat pertama dan kedua (ibid : 118) Kajian Kang tidak terhenti di situ sahaja, beliau meneruskan kajiannya tentang ejaan Jawi dengan mengaplikasikannya dalam kajian tesis Ph.D di Universiti Malaya pada tahun 1991 dengan judul Analisis Gaya Bahasa Melayu dan Sistem Tulisan Jawi berdasarkan beberapa manuskrip Sejarah Melayu. Kang membuat kajian tersebut demi mencapai objektif yang bagus iaitu :- untuk mengesani tahap perkembangan bentuk-bentuk ejaan Jawi lama dengan digunakan satu jenis pendekatan, iaitu konsep gaya dalam konteks (hlm, iii). Berdasarkan penulisan Kang dalam bab 4 tesisnya, Kang telah menghuraikan perkembangan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu, iaitu daripada tahap Batu Bersurat Terengganu, kepada tahap Surat 1602, Kitab Sirat al-Mustaqim, majalah Dian, Daftar Ejaan Melayu 1938 (1949), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan 1986. Turut dibincangkan beberapa aspek pengejaan dan penyebutan lambang vokal dan konsonan. Dalam bab yang seterusnya iaitu bab 5, Kang telah menghuraikan analisis tulisan Jawi dalam tiga naskah manuskrip Sejarah Melayu iaitu dari segi sistem tulisan Jawi yang digunakan, penggunaan huruf ga ( ,)nya ( ,)perenggangan dasar kata dengan imbuhan dan partikel, kesilapan tulisan, penggandaan kata, penggunaan hamzah ( ,)pertukaran daripada qof ( )kepada kaf ( )dan penggunaan vokal alif ( ,)wau ( ,)ya ( .)Mengakhiri penutup beliau, Kang menyatakan hubungan antara gaya dengan sistem ejaan Jawi dan

mengesyorkan satu sistem gaya ejaan tulisan Jawi yang baharu seperti berikut:1. Mengekalkan prinsip penggunaan baris yang ada pada ejaan Arab bagi bunyi-bunyi vokal pada suku kata tertutup. 2. Bunyi vokal dalam suku kata terbuka mesti dilambangkan oleh abjad vokal yang sebenar.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 28

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.1.3 Sistem Ejaan Jawi Dalam Inskripsi Batu Bersurat Terengganu. Setelah pengkaji sejarah meneliti dengan bersungguh-sungguh ukiran yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu itu, mereka mendapati bahawa ukiran Jawi tersebut merupakan kombinasi sistem ejaan Arab yang menggunakan sistem irab dengan sistem Melayu. Para pengkaji batu tersebut mendapati, dalam sistem tersebut dicipta penggunaan aif, ya, wau sebagai tanda vokal selain digunakan untuk separuh vokal dan diftong. (Dalam sistem ejaan Arab abjad alif, ya, wau digunakan sebagai tanda madd atau kepanjangan suara dalam bunyi vokal selain tanda bunyi separuh vokal dan diftong). Contoh kombinasi sistem itu dapat dilihat dalam petikan perkataanperkataan Melayu daripada Batu Bersurat itu adalah seperti berikut :-

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 29

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Kombinasi sistem ejaan Arab dan Melayu wujud dalam satu perkataan secara sekaligus. Misalnya dalam perkataan-perkataan (yang boleh dilihat mengikut sistem pemvokalan alif, wau, ya pada suku kata pertama atau suku kata bukan pertama)

Pemvokalan abjad alif, wau, ya pada suku kata bukan akhir.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 30

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Seperti yang diketahui, tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu menggunakan dua sistem ejaan Jawi iaitu ejaan Jawi Arab dan ejaan Melayu. Hasil kajian itu membuktikan bahawa pada permukaan ejaan Jawi itu keseluruhannya didasarkan pada sistem ejaan Arab. Dalam sistem ejaan Arab semua huruf adalah konsonan termasuklah abjad alif, ya dan wau. Sistem pemvokalan dalam sistem ini diwakili oleh tanda baris seperti yang berikut: tanda baris atas : fathah untuk a dan e

tanda baris bawah : kasrah untuk tanda i dan e tanda baris depan : dzammah untuk tanda vokal u dan o tanda baris depan : jazm / sukun untuk tanda suku kata tertutup iaitu tanpa pemvokalan

Penggunaan alif, wau dan ya meliputi : lambang konsonan separuh vokal dan diftong lambang kepanjangan vokal dilambangkan oleh tanda tasydid

Lumrahnya dalam bahasa Melayu sistem pemvokalan, bunyinya tidak ditentukan oleh fungsi nahu perkataanya. Oleh sebab yang sedemikian, timbulah kekeliruan tafsir pada bunyi vokal itu. Contohnya :-

Dengan demikian pada Batu Bersurat Terengganu

Penggunaan abjad alif, wau, ya sebagai lambang vokal yang banyak pada perkataan-perkataan yang ditunjukkan di atas itu, sebagai satu usaha untuk menggalakkan kekacauan tafsir yang disebut itu. Bagi perkataan yang tidak

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 31

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

menyebabkan kekacauan mentafsir maka pemvokalan huruf-huruf alif, wau, ya tidak digunakan. Contohnya perkataan seperti di bawah

Oleh sebab itu, wujudlah kombinasi sistem tulisan Arab dengan pemvokalan secara abjad alif, wau, ya dalam sistem ejaan Jawi seperti yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu. Satu perkara yang menarik tentang Batu Bersurat Terengganu, ukiran ejaan Jawi yang terdapat pada batu tersebut turut menggunakan abjad baharu yakni dengan memasukkan titik pada abjad yang sedia ada iaitu . , , , ,Namun yang sedemikian, dalam inskripsi batu itu, titik-titik bagi abjad-abjad itu kecuali tidak kelihatan. Mungkin titik yang dibuat sudah terhakis. Selain itu, mengikut Omar Awang (1985: 195) tanda tersebut memang tidak dipahat pada mula lagi seperti halnya dengan tanda-tanda titik bagi abjad Arabnya seperti yang berikut:-

,,,,
Pada Batu Bersurat Terengganu, abjad wau dan ya sebagai huruf yang melambangkan konsonan separuh vokal selain lambang vokal, juga telah digunakan iaitu dalam perkataan (raya), (attawa).

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 32

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.1.4 Batu Bersurat Terengganu

Agak aneh dan pelik kenapa Batu Bersurat yang mengandungi ayat Quran serta tulisan aturcara itu telah di gunakan sebagai alas kaki guna membasuh kaki di Masjid Kampung Buloh dimana ianya di gunakan. Mengikut beberapa sebab yang di ceritakan oleh penduduk tempatan bahawa semasa Batu Bersurat itu di jumpai, ianya telah bersalut dengan selaput batu luaran dan hanya setelah sekian lama ianya di gunakan, saluran batu luaran itu terhakis sedikit demi sedikit sehinggalah menampakan tulisan di atasnya. Sebab lain yang di berikan adalah bahawa para penduduk tidak dapat membaca atau memahami tulisan jawi yang kebanyakannya mengandungi bahasa jawa kuno sehinggalah ianya di terjemahkan oleh pihak kerajaan Inggeris. ......Pada tahun 1902, Saiyed Husin Ghulam al Bukhari singgah di masjid Kampong Buloh untuk menunaikan sembahyang zohor. Bila sampai di masjid. Saiyed Husin ternampak setongkol batu bertulis dengan tulisan jawi terletak di Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 33

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

tangga masjid digunakan untuk pelapik tempat orang membasuh kaki. Selepas sembahyang, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali bin Sulaiman dan bilal masjid membawa batu itu ke perahu untuk di persembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III. (Catatan Mohd Zabidi Haji Saidi Hulu Terengganu Menuju Keemasan) Hasil dari pendapat ini, timbul pendapat yang mengatakan bahawa Batu Bersurat yang di tuliskan itu berasal dari Tanah Jawa dan di tulis oleh orang jawa. Sekiranya pendapat ini benar, dengan sendirinya akan menyingkirkan pendapat bahawa Batu Bersurat itu di bawa dari negeri Cina kerana kandungan bahasa yang di gunakan itu.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 34

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.1.4.1 Tafsiran Muka 1

Rasulullah dengan yang orang sentiasa mereka sir Asa pada Dewata yang Mulia Raya memberi menamakan negara Agama Islam Dengan benar bicara dari diajar mengesahkan bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya Di Benua aku ini penentu agama Rasulullah s.a.w. Raja Mandalika yang benar secara Islam Dewata Mulia Raya Bahumi ini penentu itu fardhu pada sekalia Raja Mandalika Islam menurut sembah Dewata Mulia Raya Dengan benar bicara secara hal ehwal kerana Hukum Mu Asma Illahi Mu Maka titah Seri Paduka Tuhan menduduki Tamir ini di benua Terengganu ini ada purnama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di Sasakala Baginda Rasullullah telah lalu Tujuh Ratus Dua

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 35

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.1.4.2 Tafsiran Muka 2

Keluarga di benua jauh jika (minta bahagian) Datang berikan. Keempat (derma) orang berpiutang Jangan mengambil (laba jika diambil) hilangkan emas Kelima derma barang orang (laki-laki) merdeka Jangan mengambil tukul (buat pakai) emas Jika ambil hilangkan emas. Keenam derma barang Orang berbuat balacara laki-laki perempuan satitah Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu Seratus rotan. Jika beristeri Atau perempuan bersuami ditanam hinggakan Pinggang di hambalang dengan batu matikan Jika ingkar (balacara) hambalang jika anak Mandalika Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 36

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.1.4.3 Tafsiran Muka 3

Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika........ Menteri bujang dandanya tujuh tahil (sepaha)........ Tengah tiga, jika tertua (ketua) bujang dandanya lima (tahil)..... Tujuh tahil sepaha masuk bendahara, (jika) orang....... Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak (berkahwin)........ Tiada dapat bersuami, jika berbuat balacara jika tiada (saksi)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 37

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

2.1.4.4 Tafsiran Muka 4

......tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma .......(Titah) Seri Paduka Tuhan siapa tiada terpedaya dendanya sepuluh tengah tiga ........jika anakku atau pamanku atau cucuku, atau keluargaku atau anak (saudaraku) ........Tamir ini segala isi Tamir barang siapa tiada mengikut Tamir ini laknat Dewata Mulia Raya .........dijadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgarcara Tamir ini

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 38

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

3.0 TEKNIK TERJEMAHAN & PENTERJEMAHAN


3.1 Konsep Terjemahan Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Dalam bahasa Arab pula terjemahan disebut sebagai terjamat. Menurut Hakim bin Zainal perkataan terjemah ini mempunyai tiga makna. a. Pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang sama dan ia disebut sebagai tafsir. b. Pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang lain dan ia disebut terjemah tafsir. c. Memindahkan dari satu bahasa ke bahasa lain. Ia terbahagi kepada dua: terjemah harfiah dan terjemah makna. Makna ketiga inilah yang dimaksudkan tetapi ia masih bersifat umum. Menterjemah ialah aktiviti menggantikan bahan teks dalam bahasa sumber dengan bahan teks dalam bahasa sasaran. Dalam aktiviti menterjemah, penterjemah menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya. Kesimpulannya, terjemahan ialah hasil daripada pemindahan bahasa asal ke satu bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 39

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

3.1.1 Teknik Terjemahan 3.1.1.1 Teknik Terjemahan Terus Metafrasa iaitu terjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi baris Dinamakan juga terjemahan hurufiah atau literal. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dalam bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber. Semua tanda bacaan dikekalkan.

Contoh :Teks Asal : My brothers and sisters: I am sure that the most presistent and restless desire of my life is to be fully human and fully alive. Terjemahan : Abang-abang dan kakak-kakakku: saya percaya bahawa hajatku yang paling utama dan meresahkan ialah untuk menjadi manusia yang sepenuhnya dan hidup sepenuhnya.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 40

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

3.1.1.2 Teknik Terjemahan Struktural Prafrasa, iaitu terjemahan yang setia pada karya asal, tetapi yang diikuti ialah maknanya, bukan perkataannya ataupun susunan ayat-ayatnya. Teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau dipecahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Dilakukan ke atas pecahan-pecahan ayat itu. Memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan. Terjemahan perkataan-perkataan bahasa sumber mestilah serupa dengan perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran (tidak boleh diterjemahkan secara sepadan). Contohnya: peribahasa Until cows come home diterjemahkan sebagai sehingga lembu-lembu datang pulang, bukan dipadankan dengan peribahasa Melayu Menanti kucing bertanduk. Contoh :Teks Asal : Industrialized countries lead the way in collection and preservation of cultural treasures that belong to the developing world. Terjemahan : 1. jalan. 2. In the collection and preservation dalam mengumpul dan memelihara. Industrialized countries lead the way Negara-negara industri mendahului

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 41

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

3.

Cultural treasures that belong to the developing world harta kebudayaan

itu kepunyaan kepada dunia membangun.

3.1.1.3 Teknik Terjemahan Global Teknik terjemahan global juga dikenali sebagai teknik terjemahan tiruan atau saduran (Dry den, 1680). Tiruan ataupun saduran, si penterjemah mengambil sikap bebas apabila mengubah perkataan dan makna jika dirasakan perlu demi kepentingan teks asal. Terjemahan dilakukan secara menyeluruh dengan menggantikan unsurunsur bahasa sasaran yang sepadan. Terjemahan keseluruhan mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran. Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran. Namun demikian, makna atau maksud asal petikan atau teks masih kekal dan terpelihara. 3.1.1.3.1 Kekuatan Terjemahan Global Memeliharaan makna yang disampaikan oleh pengarang. Dapat melambangkan keindahan bahasa penterjemah melalui gaya bahasa yang digunakan dalam menterjemah. Peluasan perbendaharaan kata. Keluwesan Teknik Terjemahan Global bersesuaian dengan pemikiran mahasiswa. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 42

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Wujud budaya membaca.

3.1.1.3.2 Kelemahan Terjemahan Global Teknik terjemahan global ini tidak sesuai digunakan untuk golongan penterjemah di peringkat awal terutamanya pelajar sekolah rendah. Penterjemah perlu pakar dalam menggunakan istilah teknikal dan kompleks bahasa asing. Dapat mengelirukan penterjemah atau pembaca itu sendiri. Keperluan masa terjemahan yang lama.

Contoh :Teks Asal : Maintain good body resistance through a balanced diet, regular exercise, having dequate rest, reducing stress and not smoking. Terjemahan : Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 43

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

3.2 Konsep Penterjemahan Penterjemahan dalam kamus dewan bermaksud perihal kerja-kerja atau usaha menterjemah. Penterjemahan yang diberi dalam wikipedia pula, peneterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbikan semula dalam bahasa asing. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (bahasa sumber). Menurut Haji Abdul Ghani Shamsudin dalam penulisannya mengatakan penterjemahan merupakan satu bidang kerjaya yang khusus dan berprestij. Menurut Eugene A Nida, penterjemahan ialah penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam persamaan bentuk yang terdekat dan bersahaja; pertama dari segi maknanya dan kedua dari segi gayanya. Kesimpulannya, penterjemahan ini ialah satu kerja atau proses

menterjemah untuk menghasilkan satu karya terjemahan daripada bahasa asal (bahasa sumber) kepada bahasa penerima (bahasa sasaran).

3.2.1 Proses Penterjemahan Untuk menterjemahkan sesuatu karya, kita perlu mengikuti 4 proses penterjemahan iaitu proses membaca teks, analisis teks sumber, terjemah teks sumber dan semak hasil terjemahan. Proses-proses ini perlu dilakukan untuk menghasilkan satu hasil karya terjemahan yang berkualiti.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 44

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Membaca teks Baca berulang kali Baca untuk memahami teks Baca untuk menterjemah yakni kenalpasti niat dan tujuan penulis (isi kandungan teks) dan kenalpasti siapakah khalayak pembaca (jenis

pembaca menentukan jenis / cara penterjemahan). Analisis teks sumber Kenalpasti istilah Cari makna dan padanan yang sesuai dan tepat Kenalpasti budaya teks asal (jika ada) Kenalpasti simbol dan bahasa bukan verbal dalam penulisan (jika ada)

Terjemah teks sumber Guna perkataan secara tekal Guna gaya secara tekal Pastikan yang diterjemah ialah MAKNA dan bukan bahasa atau struktur bahasa asing Peram hasil terjemahan seketika

Semak hasil terjemahan Sunting bahasa, ejaan dan tanda bacaan Semak semula idea/makna terjemahan Terjemah ke belakang (back translate)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 45

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Rajah 4 : Proses Penterjemahan

3.2.2 Prinsip-prinsip Penterjemahan Pakar-pakar penterjemah telah menampilkan berbagai-bagai prinsip. Antaranya ialah apa yang diketengahkan oleh Etienne Dolet (1509-1546). Beliau mengemukan prinsip-prinsip tersebut : 1. Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal. 2. Penterjemah mestilah memahami dengan baik bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu. 3. Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan, justeru kaedah terjemahan sebegini akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah lagi apabila dibaca, padahal teks asal mungkin sangat sedap dan mudah dibaca.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 46

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

4. Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan didalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya. 5. Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat teks asal.

Alexender Fraser Tyter (1970) dalam bukunya The Principles of Translation, mengemukakan tiga prinsip terjemahan : 1. Sesuatu terjemahan hendaklah mengekalkan semua makna yang terkandung dalam teks asal. 2. Stail dan gaya terjemahan itu mestilah sama sifatnya dengan stail dan gaya teks asal. 3. Terjemahan itu mestilah dirasakan seolah-olah ia adalah karya asli.

Tyler menperkenalkan teknik-teknik yang sangat moden dan dapat digunakan hingga ke saat ini. Menurut beliau : 1. Penterjemah boleh membuat tambahan-tambahan sekiranya hal itu penting bagi mengekalkan makna asal ataupun apabila dengan memberi tambahan itu ia dapat menjelaskan lagi hal tersebut. 2. Jumlah perkataan boleh dikurangkan apabila perkataan-perkataan itu tidak ada fungsi penting, iaitu dengan mengurangkan jumlah perkataan itu ia tidak mengurangkan atau mencacatkan makna asal, malah membuat makna asal lebih jelas. 3. Apabila makna teks asal kabur, penterjemah meti membuat keputusan sendiri dan memilih makna yang paling secocok dengan konteks, ataupun ia paling selesa dengan jalan pemikiran penulisnya. Penterjemah tidak patut mengekalkan kekaburan makna pada teks asal ialah suatu kesalahan. Kesalahan yang lebih besar lagi ialah apabila makna yang jelas dalam teks asal menjadi kabur dalam terjemahannya.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 47

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

3.2.3 Prinsip Penterjemahan Dinamis Eugene A. Nida menagjukan prinsip yang lebih terperinci seperti berikut: 1. Pengyalinan semula maklumat Menyalin semual maklumat yang terkandung dalam teks asal ke dalam bahasa penerima. Penterjemah terpaksa membuat menyesuaikan semuala tatabahasa dan perkataan. 2. Persamaan lawan keserupaan Penterjemah hendaklah memcari bentuk yang sama, bukan yang serupa. Dengan kata lain, tugasnya menyalin semula maklumat bukan menyalin bagaimana maklumat diungkapkan. Contohnya : empat kepala kambing dalam bahasa arab hendaklah diterjemah menjadi empat ekor kambing dalam bahasa melayu. 3. Persamaan yang bersahaja Terjemahan yang baik ialah terjemahan yang tidak berbau ,malah ia terasa seolah-olah karya asli dengan menggunakan ciri-ciri asli yang dipunyai oleh bahasa melayu. 4. Persamaan terdekat Tidak ada sua perkataan yang serupa dengan maknanya antara dua bahasa yang berlainan. Oleh itu tidak dapat diterjemah dengan menggunakan bahasa yang tepat. Ini beerti kita hanya boleh menterjemah menggunakan persamaan yang paling dekay maknanya. 5. Keutamaan makna Di dalam terjemahan yang diutamakan ialah isi atau maklumat yang terkandung dalam teks asal. Prinsip ini bermakna ada masanya penterjemah wajib membuat perubahan yang radikal semata-mata supaya maklumat itu dapat dikekalkan dalam bahasa penerima. 6. Kepentingan gaya Terjemahan yang dinamis mementingkan kesan iaitu kesan yang dialami oleh pembaca terjemahan. Reaksi yang dialami oleh pembaca terjemahan mestilah sama dengan pembaca teks asal.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 48

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

3.3 Perbandingan dan Perbezaan Antara Teknik-Teknik Terjemahan TEKNIK STRUKTURAL

TEKNIK / BEZA

TEKNIK TERUS

TEKNIK GLOBAL

Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan KONSEP satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dalam bahasa sasaran.

Teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau dipecahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.

Terjemahan dilakukan secara menyeluruh dengan menggantikan unsur-unsur bahasa sasaran yang sepadan.

Nama lain

metafrasa, hurufiah atau literal

Prafrasa

Saduran atau tiruan

Mudah untuk diterjemah kerana kelebihan penterjemah hanya perlu tahu maksud perkataan sahaja.

Menggunakan Penterjemahan jenis ini keindahan bahasa dapat mengekalkan bentuk dan struktur ayat asal. penterjemah tanpa mengubah maksud dan gaya teks yang diterjemah bahasa atau istilah yang diterjemahkan mempunyai maksud yang kurang tepat dengan maksud asal yang ingin tidak sesuai digunakan untuk golongan penterjemah di peringkat awal terutamanya pelajar

Bukan semua perkataan boleh kelemahan diterjemah terus kerana ia dapat membawa maksud yang berbeza.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 49

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Contohnya: long hand maksud panjang tangan yang membawa maksud suka mencuri.

disampaikan.

sekolah rendah.

Teks Asal : Industrialized countries lead the way Teks Asal : My brothers and sisters: I am sure that in collection and preservation of cultural treasures that belong Maintain good body resistance through a balanced diet, regular exercise, having dequate rest, reducing stress and not smoking. Terjemahan : Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang 2. In the collection and preservation dalam mengumpul dan memelihara. 3. Cultural Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 50 seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok. Teks Asal :

the most presistent and to the developing world. restless desire of my life is to be fully human and fully alive. 1. Industrialized Terjemahan : Contoh Abang-abang dan kakak-kakakku: saya percaya bahawa hajatku yang paling utama dan meresahkan ialah untuk menjadi manusia yang sepenuhnya dan hidup sepenuhnya. countries lead the way Negara-negara industri mendahului jalan. Terjemahan :

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

treasures that belong to the developing world harta kebudayaan itu kepunyaan kepada dunia membangun.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 51

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 52

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

REFLEKSI

Alhamdulillah, lafaz syukur saya panjatkan kepada Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan BMM 3112 ini dengan jayanya. Seterusnya ribuan terima kasih saya hulurkan kepada pensyarah budiman iaitu En Abdullah Bin Yassin selaku pensyarah bagi matapelajaran Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Penterjemahan. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa, keluarga dan rakan seperjuangan yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung. Berbalik kepada tugasan yang diterima, saya mengakui bahawa tugasan seperti ini sangat mencabar dan menguji tahap kesabaran saya. Masalah mula timbul kerana semasa menerima tugasan ini kami semester 6 masih berada dalam tempoh praktikal. Namun, saya tidak menjadikan masalah ini sebagai alasan untuk saya menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Soalan yang dikemukakan bagi subjek BMM 3112 agak membuka minda saya sebenarnya. Teks Hikayat Abdullah, Perkembangan Tulisan Jawi, Ciri-ciri Tulisan Jawi Pada Batu Bersurat Terengganu dan Konsep Terjemahan serta Penterjemahan sememangnya membuka mind saya seluas-luasnya terutama dalam mengenali dan memahami sejarah terdahulu. Tugasan ini sangat sesuai untuk golongan muda seperti saya bagi menghargai nilai sejarah negara kita. Setelah membaca teks Hikayat Abdullah Bab 7, baru saya rasa betapa hebatnya bahasa dahulu sehingga agak sukar saya hendak memahaminya. Namun, setelah membaca berkali-kali dan berbincang dengan pasangan kumpulan iaitu Aizat, kami sama-sama cuba memahami teks tersebut. Kami juga turut berkolaborasi dengan pensyarah. Kajian berkenaan penggunaan laras bahasa dalam teks tersebut amat menyeronokkan dek kerana bahasa yang sangat unik digunakan dalam penulisannya. Bagi sejarah perkembangan tulisan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 53

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Jawi pula, kajian ini sangat memeningkan kepala. Hal ini kerana terdapat pelbagai pendapat dan kenyataan daripada para pengkaji dahulu kala. Walaupun begitu, setelah saya memahami perjalanan perkembangan tulisan Jawi, saya berasa sangat tertarik untuk menjadi pengkaji tulisan Jawi suatu hari nanti. Jika diimbau kembali, saya dapat lihat betapa mencabarnya tokoh terdahulu hendak memartabatkan tulisan Jawi. Untuk pengetahuan umum, saya juga telah meluangkan masa bersama rakan sekelas ke Muzium Terengganu untuk melihat sendiri rupa Batu Bersurat Terengganu 1303. Memang benar, tulisan yang terukir amat sukar untuk di baca. Namun, itulah tugas saya sebagai guru pelatih. Secara keseluruhannya, saya berbangga dengan apa yang telah saya lakukan untuk menyempurnakan tugasan BMM 3112 ini. Menganalisis teks klasik, mengkaji perkembangan tulisan Jawi, mengenalpasti ciri-ciri tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu, mengenal konsep terjemahan dan penterjemahan. Terlalu banyak ilmu bermanfaat teah saya timba sepanjang proses menyiapkan tugasan ilmiah ini. Akhir kata, secara peribadinya saya sangat seronok dan terhibur dalam melaksanakan tugasan ini. Seterusnya sekali lagi ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Sekian, terima kasih Yang Benar,

. (MUHAMMAD AMINUDDIN BIN ROSMI PISMP BM PJ PSV SEM 5

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 54

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

REFLEKSI
Syukur saya kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya dapat saya menyelesaikan tugasan bagi subjek BMM 3112 iaitu Perkembangan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Tugasan ini telah diterima pada 25 Julai 2011 dan taklimat penerangan mengenai tugasan telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek ini, En. Abdullah Bin Mohd Yassin dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Kota Bharu. Tugasan ini telah dijalankan secara berpasangan. Saya telah

berkerjasama dengan Muhammad Aminuddin bagi menyiapkan tugasan ini. Di dalam tugasan ini terbahagi beberapa aspek iaitu pembinaan nota dan analisis teks. Jadi untuk bahagian nota, kami telah membahagi bahagian untuk memudahkan kerja dan mempercepatkan proses menyiapkan tugasan. kami juga telah berbincang cara penulisan nota yang berkesan apabila dibaca. Saya dan Aminuddin banyak menghadapi masalah dalam menyiapkan analisis ayat dalam Hikayat Abdullah. Ini kerana, ayat yang digunakan terlalu panjang dan susah untuk difahami. Dengan adanya pengalaman menganalisis ayat pada semester lepas, sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam mempercepatkan proses analisis dijalankan. Walaupun kami faham, tetapi kami tidak yakin dengan proses kerja yang dijalankan. Jadi saya telah berjumpa dengan pensyarah pembimbing untuk memberi sedikit tunjuk ajar. Selain itu saya juga telah mendapat input-input daripada rakan-rakan untuk cara menganalisis ayat dan menerbitkan ayat. Semua proses di dalam menyiapkan tugasan ini menjadi mudah apabila yang ringan sama dipikul, yang berat sama dijinjing. Saya dan Aminuddin telah berbincang dalam menyiapkan analisis ayat supaya ilmu dalam menganalisis ayat tidak seorang sahaja yang dapat.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 55

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

saya juga telah mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan kerana saya perlu banyak membaca untuk membuat nota yang diperlukan dalam tugasan ini. tugasan ini juga telah mengajar aya erti keabaran dalam menjadi seorang bakal pendidik. Dengan membuat tugasan ini akan memantapkan lagi ilmu saya tentang Sejarah Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahansebagai seorang guru bahasa melayu saya perlulah mempunyai ilmu tentang sejarah Bahasa Melayu supaya saya dapat menjawab segala persoalan kelak. Jika kita sudah mengenal sejarah Bahasa Melayu maka barulah kita boleh mencintai dan memperjuangkan bahasa kita. Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi saya pendedahan tentang Sejarah Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Segala ilmu yang dicurahkan kepada kami harap diredhai dan mendapat keberkatan daripada Ilahi Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, . (MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID) PISMP BM/ PJ/ PSV Sem 6

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 56

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 57

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

RUJUKAN
Buku Rujukan :Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, (1974). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara Kuala Lumpur. Ibrahim Bin Ahmad, (1994). Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, (1997). Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu, Kuala Lumpur. Ainon Mohd, Abdullah Hassan, (2000). Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Hashim Musa, (2003). Epigrafi Melyu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Internet :http://trg3m-batu-bersurat-trg.blogspot.com/ diakses pada 30 Julai 2011 http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?section=sm04&spesifik_id1&tt l_id=52 diakses pada 30 Julai 2011 http://alamakademik.wordpress.com/2009/03/31/penemuan-batu-bersurat/ http://twitpic.com/6frv4i diakses pada 30 Julai 2011 http://www.bukitbesi.org/batu-bersurat-memorial/ diakses pada 02 Ogos 2011

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 58

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Haji

Abdul

Ghani

Samsudin,

Penterjemahan

Tafsir

Prasyarat

dan

Permasalahan, http://www.pas.org.my/kertaskerja/Terjemahan_Ustaz_Ghani.pdf, diakses pada 04 Ogos 2011 Mat Taib bin Pa, Terjemahan Arab Melayu : Konsep dan Permasalahan, http://www.arabic.com.my/pdf/TERJEMAHAN%2BARABMELAYU%2B_%2BKTN%2B_.pdf, diakses pada 05 Ogos 2011 http://www.teknik-terjemahan-global.html, diakses pada 05 Ogos 2011

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 59

Muhammad Aminuddin Bin Rosmi (890514-06-5299) Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid (890626-07-5651)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Penterjemahan | 60

Anda mungkin juga menyukai