Anda di halaman 1dari 1

Soalan Ujian (Kumpulan 11) 1. 2. Etika menjadi sempadan kepada tingkah laku manusia.

Dengan mengambil contoh tingkah laku golongan profesional jurutera, bincangkan bagaimana etika boleh mendorong golongan jurutera bekerja dengan lebih efisyen Terdapat 2 teori etika iaitu Teologi dan Teori Deontologi. Huraikan penekanan kedua-dua teori ini mengenai etika. Dan, bincangkan kelemahan dan kekuatan kedua-dua teori tersebut.

ishak@utm.my

Jawapan: 1. Amanah, kompetensi, dan integriti i) Amanah dapat membantu seorang jurutera dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan lebih bertanggungjawap sebagai contohnya seorang jurutera binaan beliau hendaklah memastikan semua barangan yang digunakan di tapak pembinaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan tidak membuat sebarang urusan untuk kepentingan diri dan menyalahi undang-undang. ii) Kompetensi perlu ada pada seorang jurutera kerana jurutera menjadi tempat rujuk segala pemasalahan mengenai bidang tugas yang berkaitan dengannya. Contohnya, sekiranya jurutera itu tersalah merekabentuk sesuatu projek atau tersalah membuat perkiraan dalam menetukan jenis dan nilai barangan yang akan dugunakan, ia mendedahkan projek tersebut kepada kemungkinan kerosakan dan perkara buruk yang akan berlaku. Oleh itu, seseorang jurutera perlulah meningkatkan kompotensi mereka dengan mendalami ilmu kejuruteraan sebaik mungkin bagi menjamin hasil tangan mereka membawa keuntungan kepada syarikat dan diri mereka. iii) Integriti adalah perkara asas yang perlu ada pada seseorang jurutera. Keintigritian yang tinggi akan menjamin sesuatu projek yang dijalankan mempunyai kualiti yang tinggi. Nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesetiaan, amanah, dan adil adalah perlu untuk membentuk etika seseorang jurutera. 2. Teologi = Tindakan dianggap betul jika bawa kesan kebaikan Deontologi = Tindakan berasaskan tanggungjawap dan bukan kesan terhadap satu tindakan Kekuatan Teologi Sentiasa mengambilkira kesan perbuatannya terhadap masyarakat dan dirinya sendiri Mengambil kira tindakan baik atau buruk demi masa depan Kelemahan Teologi Mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan sebelum bertindak Sentiasa teragak-agak untuk menyiapkan tugasan Kekuatan Deontologi Bertindak mengikut arahan tanpa mengambil kira kesan baik dan buruk terhadap dirinya atau masyarakat Boleh berkeupayaan menyiapkan kerja-kerja berisiko tinggi Boleh menjana keuntungan syarikat kerana mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan dengan hanya mengikut arahan majikan semata-mata Kesetiaan dan ketaatan mengikut arahan majikan untuk kepentingan majikan Kelemahan Deontologi Perbuatannya mungkin dikenakan tindakan undang-undang kerana menyalahi undang-undang Terdedah kepada ancaman bahaya yang mungkin terjadi kepadanya, masyarakat dan alam sekitar Membawa kesan buruk jangka panjang kepada sesuatu syarikat/ organisasi kerana tindakan yang diambil tidak mengambilkira kesan keburukannya. Diperbodohkan oleh majikan dan dipinggirkan oleh rakan sekerja

Anda mungkin juga menyukai