Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Ringkas Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Konstantinopel. Usaha untuk menakluk Konstantinopel tidak pernah berhenti.

. Nabi Muhammad saw pernah mengutus surat kepada Maharaja Rom, tetapi surat itu dikoyak-koyakkan oleh Maharaja Rom sehinggalah Nabi Muhammad SAW berdoa semoga kerajaan Rom dikoyak-koyakkan oleh Tentera Islam. Sebagaimana di dalam hadis nabi: Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik Daripada 500,00 orang tentera dan 200 buah kapal perang hanya 250,000 orang dan 80 buah kapal perang sahaja yang dihantar ke Kota Kontantinopel. Kata Sultan Muhammad Al-Fateh: Tentera yang dihantar ke Konstantinopel itu adalah tentera pilihan yang terbaik. Apabila tentera yang terbaik berperang, bantuan Tuhan akan datang. Pada hari Khamis 6 April 1453, tentera Islam tiba di Kota Konstantinopel: Sesungguhnya Kami telah memberikan daripada mu kemenangan yang nyata. (Surah al-Fath: 1) Pada keesokan harinya, selepas solat Subuh, tentera Islam berzikir beramairamai, hingga suara mereka bergema sampai ke Kota Konstantinopel, Maharaja Rom dan tenteranya terkejut apabila mendengar suara tentera Islam sedang berzikir dan bertakbir. Sebelum menyerang Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar perisik bagi menyiasat keadaan kita itu. Baginda meneliti serta mengkaji semua laporan yang disampaikan kepadanya, kemudian barulah baginda membuat perancangan dan menyerang. Tibalah hari yang dijanjikan, serangan demi serangan dilakukan oleh tentera Islam ke atas Konstantinopel. Tentera Rom sedaya upaya mempertahankan Kota sucinya dengan kelebihan tembok yang ada. Peperangan berlanjutan selama beberapa hari sehinggalah Sultan Muhammad Al-Fateh mengutus surat kepada Maharaja Rom: Sekiranya engkau enggan menyerah kalah, kami akan

hancurkan engkau dengan peluru meriam kami. Maharaja Rom membalas: Kami sanggup mati demi mempertahankan kota suci kami. Kemudian Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan pasukan meriam melakukan serangan yang lebih hebat. Kali ini semakin banyak tembok yang Berjaya diruntuhkan oleh tentera Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh dibantu oleh Panglimanya: 1. Panglima Zakhanus Memimpin Armada Laut 2. Panglima Pasha Pakar negosiasi dan mengetuai misi musnah rantai gergasi 3. Panglima Khalil Pasya Menyelam dan menyerang dari belakang Konstantinople 4. Hassan Ulubate Memimpin tentera gempur daratannya. Shahid ketika memacakkan bendera untuk menaikkan semangat tentera Islam yang lain 5. Panglima Sulaiman Oglo Pembinaan menara Rumeli Hissari pembikinan menara tingi bergerak untuk misi memanjat dinding benteng. Akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 875 Hijrah bersemaan 29 Mei 1453 Masehi, barulah Kota Konstantinopel Berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Benarlah sabda Rasulullah saw : Konstantinopel* akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaikbaik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hambal (Konstantinopel kini bernama Istanbul)

Anda mungkin juga menyukai