Anda di halaman 1dari 4

(KERUNTUHAN AKHLAK)

Terjemahan: Akhlak merupakan kata jama kepada khuluk. Ia merupakan sifat dan perangai manusia yang diterjemahkan persekitarannya. melalui syaksiah akhlak peribadinya, merupakan yang

masyarakatnya

ataupun

Keruntuhan

penyelewengan dari jalan yang sebenar dan terkeluar dari pegangan

sebenar. Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap yang dilahirkan itu adalah fitrah, ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi. Allah

Taala telah berfirman : Dan kami ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadiansurah At-Tin.

Daripada ayat di atas, dapat diambil pengajaran bahawa sesungguhnya manusia itu dilahirkan dalam keadaan bersih dalam sebaik-baik gambaran dan penciptaan, melainkan apabila terdapat beberapa unsur yang masuk dan telah mengubah daripada fitrah dan kejadiannya.Faktor-faktor ini kedang-kadang bermula bermula di rumah, masyarakat, tempat pengajian, masyarakat, media massa dan sebagainya.

Sepertimana yang telah kita ketahui, keruntuhan akhlak ini berpunca dari bentuk yang pelbagai, di antaranya ialah keruntuhan dalaman yang berlaku dikalangan masyarakat tersebut seperti tersebarnya masalah rasuah, mencuri, budaya lepak, pengambilan pil khayal, zina, pelacuran, dan berleluasanya pelbagai jenayah serta bermacam-macam lagi. Antaranya juga adalah berpunca dari unsur luar dan ikutan barat dalam kehidupan seharian mereka dari sudut cara berpakaian yang seksi dan percampuran bebas.

Antara punca-punca lain yang mendorong berlakunya gejala keruntuhan akhlak ini secara berleluasa ialah kerana kurangnya kefahaman ilmu agama, kurangnya pendidikan agama, kurang perhatian dari ibu bapa yang sibuk bekerja, tersebarnya media massa yang membawa unsur-unsur negatif dan buruk dari luar, peragulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, terpengaruh dengan budaya buruk dari barat dan sebagainya.

Disini terdapat beberapa cara mengatasi masalah kerosakan akhlak ini, di antaranya dengan menanam dan menyemai keimanan serta akidah yang betul di dalam jiwa para remaja, mendidik akal mereka dengan dengan didikan dan budaya islam,perhatian ibu bapa dalam gerak geri mereka, kedudukan mereka, menghalang mereka dari bergaul bebas, memahamkan mereka dengan perkara yang halal agar diamalkan dan perkara yang agar dijauhi daripadanya, dan

memahamkan mereka tentang kebahagiaan yang sejati serta kemanisan yang abadi. Dan mengancam mereka tentang bahaya dadah dan kesan buruknya serta menanam kebencian kepada kebudayaan barat di samping percampuran bebas. Di samping itu juga dengan menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah serta mengadakan seminar atau ceramah bagi menyedarkan tentang bahaya keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN. http://enotapelajar.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai