Anda di halaman 1dari 16

HBSC1103

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 3.0 CIRI-CIRI KELAS KONSTRUKTIVIS 4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 5.0 ANALISA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 6.0 KESIMPULAN 7.0 RUJUKAN

MUKA SURAT 2 3 4 8 12 14 16

HBSC1103

1.0 PENGENALAN Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam iaitu pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi yang sedia ada. Secara umum, pengajaran boleh dibahagi kepada 3 proses yang berlainan, iaitu pengukuhan tindakbalas, pemperolehan pengetahuan dan pengukuhan pengetahuan. Sehingga kini ramai ahli akademik menegaskan proses ketiga adalah lebih efektif dan berkesan dalam pembelajaran. Piaget membuat kesimpulan ini dari pemerhatiannya yang menyatakan pengetahuan dibina dalam minda pelajar dengan menyusun pengalamanpengalaman yang terdiri daripada apa yang dilihat, dirasa dan difikirkan dalam pengalaman seharian. Pandangan ini terhasil dengan menjadikan manusia sebagai objek penelitian dalam susunatur yang realistik. Pendidikan sains merupakan salah satu cabang pendidikan yang sedia ada pada masa kini, Pendidikan sains adalah penting dalam dunia moden yang mementingkan teknologi. Pendidikan sains yang berkesan bukan setakat menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan murid menyatakan semula fakta itu dalam peperiksaan. Pendidik sains semasa berpendapat bahawa pendekatan kepada pengajaran pembelajaran sains seharusnya selari dengan kaedah dan sikap yang digunakan oleh para saintis semasa mereka menyiasat fenomena alam. (Poh Swee Hiang, 1996). Ahli-ahli psikologi membina model tentang bagaimana minda berfungsi, sementara ahli-ahli sains membina model untuk menerangkan bagaimana alam semesta berfungsi. Kedua-dua aliran pemikiran ini bergabung untuk membentuk pendekatan kostruktivisme yang kini popular dalam pendidikan sains. Menurut pendekatan ini, guru harus mengenalpasti pemahaman pelajar yang sedia ada dan menyediakan kesempatan untuk pelajar mengubahsuai dan memperkembangkan diri. (Poh Swee Hiang, 1997). Dalam domain kognitif pula misalnya terdapat pemeringkatan pembelajaran yang disenaraikan oleh Bloom iaitu bermula dengan peringkat pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk menentukan pemeringkat penilaian dan pengukuran prestasi murid 2

HBSC1103

berdasarkan pemeringkatan pembelajaran yang dirumuskan dalam hasilan pembelajaran mengikut kesesuaian tahap dan topik sesuatu pembelajaran. Dalam proses menentukan pemeringkatan yang terdapat dan taksonomi pembelajaran, guru seharusnya mengambil kira tentang strategi yang harus digunakan untuk menjana pemikiran murid yang lebih kritis dan kreatif ke arah mewujudkan murid yang lebih bersifat global tanpa hanya menumpukan kepada hafalan fakta sahaja. Sama ada penilaian tersebut berbentuk objektif, struktur atau esei bukanlah isunya dalam menentukan ketajaman minda murid, tetapi strategi yang digunakan untuk menguasai ilmu tersebut mengikut domain pembelajaran yang dikemukan oleh Bloom atau Biggs adalah penting bagi guru membuat perancangan dan merangka aktiviti yang sesuai untuk murid melaksanakannya ke arah penjanaan minda kritis, kreatif dan inovatif. Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru harus kreatif merancangan pelbagai strategi dengan mengambil kira pelbagai teori dalam pembelajaran. 2.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada kesesuaian pendekatan teori pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam merealisasikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan konstruktivisme merupakan pendekatan yang sangat bersesuaian diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Teori pembelajaran konstruktivisme dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980), Lev Vygotsky (1896-1934), John Dewey (1859-1952) dan Jerome Bruner (1915). Kandungan utama yang terdapat di dalam teori ini ialah bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran. Pembinaan kefahaman dan pengetahuan baru ini lahir daripada gabungan di antara pengalaman sedia ada dan persekitaran semasa. Menurut Nurulhuda Abdul Rahman (2011), murid yang datang ke sekolah tidak di anggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa 3

HBSC1103

pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan dijadikan asas kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Ini bermakna, strategi pengajaran dan pembelajaran konstruktivis berpusatkan murid di mana murid berperanan sebagai pembina pengetahuan. Guru pula berperanan sebagai pemudah cara pembelajaran dan bukannya penyampai maklumat semata-mata. Dengan demikian pembelajaran berlaku apabila murid menstrukturkan semula idea atau pengetahuan sedia ada mereka dengan menghubung kait di antara kefahaman baru dengan yang lama. Maka, kerangka alternatif dapat dicetuskan dalam proses pembelajaran sekaligus dapat membetulkan salah konsep di kalangan murid di sekolah. Aspek penilaian dan penaksiran menurut teori konstruktivisme pula bersifat penilaian berterusan, holistik dan autentik di mana penilaian dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian teori pembelajaran konstruktivisme merupakan teori pembelajaran yang paling bersesuaian dilaksanakan dalam mata pelajaran sains di sekolah. Ini kerana, prinsip yang diketengahkan melalui teori ini amat bertepatan dengan mata pelajaran sains yang banyak melibatkan aktiviti seperti eksperimen, kajian lapangan, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut;KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

3.0 CIRI-CIRI KELAS KONTRUKTIVIS Penggunaan teori pembelajaran konstruktivisme di dalam pengajaran dan pembelajaran sains mempunyai ciri-ciri yang perlu ada untuk memastikan pendekatan konstruktivisme dijalankan dengan berkesan. Ini untuk memastikan tujuan pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme iaitu murid membina pengetahuan baru 4

HBSC1103

berdasarkan pengetahuan sedia ada yang digabungkan dengan pengetahuan baru yang diterima. Terdapat beberapa ciri kelas konstruktivis yang perlu dipastikan ada oleh setiap guru yang menggunakan pendekatan konstruktivisme. Ciri-ciri tersebut ialah: 1. Pengajaran berpusatkan murid Di dalam pengajaran konstruktivisme, pengajaran adalah berpusatkan murid dan bukannya berpusatkan guru seperti sebelum ini. Pendekatan berpusatkan murid di mana murid sendiri yang melaksanakan aktiviti dan guru berperanan sebagai fasilitator. Dalam pembelajaran sains yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti eksperimen, kajian lapangan dan projek, situasi pembelajaran murid secara hands-on dan minds-on amat dititik beratkan. Bagi merangsang penglibatan aktif di kalangan murid, guru perlu merancang aktiviti yang mendorong mereka untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang diketengahkan oleh guru. Guru perlu menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif bagi memastikan murid dapat melaksanakan tugasan secara aktif dan menyeronokkan. Sebagai contoh, seorang guru sains ingin menyampaikan konsep perubahan bentuk bahan. Guru tidak perlu menerangkan konsep tersebut satu persatu kepada murid kerana ianya tidak merangsang pembelajaran aktif di kalangan murid. Sebaliknya guru perlu merancang persiapan melakukan eksperimen dengan menyediakan kad tugasan berserta bahan dan radas yang bersesuaian. Murid dibenarkan meneroka sendiri bagaimana sesuatu proses perubahan itu boleh berlaku melalui eksperimen yang dijalankan secara berkumpulan. Apa yang penting ialah guru perlu menyediakan kad tugasan berserta arahan yang terperinci dan bahan yang diperlukan dalam eksperimen tersebut. Murid akan melakukan sendiri aktiviti seperti memanaskan air, mencarikan ais dan membekukan air. Ini merangsang pembelajaran yang aktif di kalangan murid di mana mereka akan berinteraksi sesama ahli kumpulan dan kemudiannya membuat kesimpulan berdasarkan data yang telah dikumpul serta bukti dan konsep yang telah diperolehi melalui eksperimen yang telah dijalankan. Sememangnya aktiviti ini melibatkan pembelajaran berlaku secara aktif di kalangan murid sekaligus proses

HBSC1103

penerokaan menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan sebagaimana teori pembelajaran konstruktivisme dapat diaplikasikan. 2. Penerokaan kognitif Ciri yang kedua yang perlu ada di dalam kelas konstruktivis ialah penerokaan kognitif. Semua sedia maklum bahawa pengajaran secara konstruktivisme memerlukan murid sendiri yang meneroka ilmu pengetahuan yang hendak dipelajari. Oleh itu aktiviti yang paling sesuai adalah secara inkuiri penemuan. Aktiviti inkuiri penemuan merupakan aktiviti yang dilakukan secara hands-on dan minds-on. Di antara aktiviti yang bersesuaian dalam melaksanakan pembelajaran konstruktivisme ialah aktiviti berasaskan aktiviti inkuiri penemuan seperti membuat eksperimen, simulasi, projek dan kajian lapangan. Bagi mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme di dalam mata pelajaran sains, guru seharusnya merancang pembelajaran yang berasaskan aktiviti inkuiri penemuan. Guru hanya bersifat fasilitator dan murid berperanan sebagai pelaksana kepada aktiviti tersebut. Sebagai contoh, aktiviti projek sangat bersesuaian bagi topik ciri-ciri fizikal haiwan. Aktiviti projek tersebut ialah dengan membuat buku skrap mengenai ciri-ciri fizikal haiwan serta persamaan dan perbezaan bagi setiap haiwan. Dalam projek tersebut juga murid perlu melaksanakan jadual pengelasan yang dapat menunjukkan perbezaan dan persamaan ciri fizikal haiwan dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Ini membolehkan murid mencari maklumat sendiri mengenai topik tersebut melalui pelbagai sumber sama ada melalui majalah, keratan akhbar, buku rujukan mahupun sumber internet. 3. Interaksi sosial Ciri yang seterusnya adalah interaksi sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakan murid belajar secara koperatif. Ini bermaksud belajar secara berkumpulan dan bertukar-tukar idea semasa pembelajaran dilakukan. Interaksi yang berlaku di antara ahli kumpulan membolehkan konflik kognitif berlaku dan merangsang kognitif setiap ahli kumpulan untuk berfikir dengan kemahiran befikir aras tinggi (KBKK). Ini seterusnya 6

HBSC1103

memberikan persaingan yang sihat di antara murid dalam meneroka ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, semasa melakukan eksperimen setiap ahli kumpulan akan berkerjasama dalam memastikan eksperimen berjalan lancar dan mengikut langkah yang ditetapkan, segala data yang direkodkan di analisis bersama dan kesimpulan dibuat berdasarkan perbincangan yang dibuat. 4. Autonomi murid Ciri seterusnya yang perlu ada di dalam kelas konstruktivis ialah autonomi murid. Perkataan autonomi ini bukanlah bermaksud murid membuat semua keputusan di dalam kelas pembelajaran tanpa campur tangan guru. Ciri autonomi ini adalah penentuan bagaimana aktiviti pembelajaran hendak dilakukan adalah ditentukan oleh murid sendiri. Guru hanya menyediakan bahan, radas atau alatan yang diperlukan di dalam pengajaran tersebut. Murid akan menentukan bagaimana aktiviti tersebut akan dijalankan dengan berbincang bersama dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan, radas dan alatan yang disediakan oleh guru. Perancangan yang ditentukan oleh murid diakhirnya akan menghasilkan keputusan yang menyelesaikan permasalahan yang diberi oleh guru pada hari tersebut. 5. Membina pengetahuan di kalangan murid Ciri terakhir di dalam kelas konstruktivis adalah pembelajaran akan membina pengetahuan di kalangan murid. Ciri ini dilihat adalah yang terpenting kerana ia menerangkan pengertian konstruktivisme itu sendiri. Teori ini juga menegaskan bahawa kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Setiap murid mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada dalam kehidupan seharian mereka. Pengalaman sedia ada inilah yang bakal membantu pemahaman mereka dalam topik pelajaran yang dipelajari di sekolah. Dengan demikian pengetahuan perlu dibina sendiri oleh murid itu sendiri. Sebagai contoh seorang guru yang ingin mengajar mengenai proses pembentukan awan dan hujan. Guru tersebut tidak perlu menerangkan terus mengenai proses 7

HBSC1103

pembentukan awan dan hujan kepada murid. Sebaiknya guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai kejadian hujan yang mereka pernah alami di dalam kehidupan seharian. Murid akan menerangkan kejadian hujan dan pembentukan awan berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Bagi membina pengetahuan baru di kalangan murid, guru perlu merancang eksperimen yang bersesuaian sebagaimana proses pembentukan awan dan kejadian hujan. Dengan demikian murid dapat menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang mereka perolehi melalui aktiviti konstruktivisme yang telah dijalankan melalui eksperimen. Guru bertindak sebagai fasilitator agar proses pelaksanaan aktiviti tersebut dijalankan dengan lancar. Pada akhir eksperimen tersebut, murid dapat membuat kesimpulan dengan mengaitkan di antara proses perubahan bentuk air dengan proses pembentukan awan dan hujan di mana proses pembentukan awan ialah proses penyejatan iaitu cecair bertukar menjadi gas. Manakala proses pembentukan hujan pula ialah proses kondensasi iaitu gas bertukar kepada cecair. Dengan demikian pembinaan pengetahuan baru dapat berlaku dengan lebih berkesan berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah diberikan oleh guru. 4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Berdasarkan teori konstruktivisme yang telah dibincangkan di atas dan ciri-ciri kelas konstruktivis yang disenaraikan, satu rancangan pengajaran harian telah dibuat berdasarkan pendekatan konstruktivisme yang dipilih. Pendekatan pengajaran secara konstruktivisme yang telah dipilih ialah pendekatan secara model 5 fasa Needham. Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah eksperimen. Pendekatan secara 5 fasa Needham adalah pendekatan yang biasa digunakan semasa pengajaran sains di sekolah. Ini kerana pendekatan ini telah membahagikan pengajaran kepada 5 fasa iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, applikasi idea dan refleksi. Pembahagian fasa ini memudahkan guru untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid serta memberi pengetahuan baru yang membolehkan murid membina pengetahuan baru untuk diri mereka. Rancangan pengajaran harian adalah seperti berikut:

HBSC1103

Hari Tarikh Masa Kelas Tema

: Khamis : 26 Januari 2012 : 60 minit : 4 Cemerlang : Menyiasat Alam Kehidupan

Bidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asas Objektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asas. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat: i) ii) Mengenalpasti keperluan asas haiwan. Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan tempat berlindung. Pendekatan P& P Kaedah KPS KMS BBM : Pembelajaran 5 Fasa Needham : Mengeksperimen : Berkomunikasi, Meramal, Menginferens, Mengeksperimen, Membina hipotesis, Mengawal Pembolehubah : Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat : Bekas, jaring, kad manila, belalang, air, daun, pita pelekat, akuarium, ikan, tumbuhan air

Perancangan P & P : Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Orientasi Menyatakan haiwan Guru bersoal-jawab: (5 minit) peliharaan murid 1. Siapakah yang memelihara haiwan di rumah? 2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu? 3. Bagaimana kamu menjaga haiwan 9

Catatan

HBSC1103

Pencetusan idea (15 minit)

Keperluan asas haiwan

kesayangan kamu? Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan. Contoh : Udara, air, makanan, dan tempat berlindung

KPS: 1. Berkomunikasi 2. Meramal 3. Menginferens KBKK: 1. Menghubungkai tkan 2. Mencirikan 3. Menginferens

Soal-jawab: 1. Mengapakah kamu memberikan haiwan peliharaan kamu Nilai Murni: makanan dan air? 1. Minat dan 2. Mengapakah kamu bersifat ingin menyediakan haiwan tahu tentang peliharaan kamu alam sekeliling tempat berlindung? 2. Mempunyai 3. Apakah akan sifat berlaku jika haiwan tanggungjawab peliharaan kamu terhadap diri tidak mendapat sendiri, orang udara, air, makanan lain, dan alam dan tempat sekeliling. berlindung? Tahap Kognitif: 1. Pengetahuan 2. Kefahaman Penstrukturan semula idea (25 minit) Mengenalpasti keperluan asas haiwan: 1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat berlindung

Guru memberi arahan KPS: kepada kaedah menjalankan 1. Mengeksperime eksperimen: n 1. Menjalankan 2. Mengawal eksperimen untuk pemboleh ubah mengkaji keperluan 3. Membuat asas haiwan iaitu air, pemerhatian udara, dan makanan. a. Murid KBKK: memasukkan 1. Membanding haiwan kecil dan seperti belalang membezakan ke dalam empat keperluan asas buah bekas. hidupan. 2. Menghubungkai Stesen 1 t 10

HBSC1103

Bekas A : Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring. Stesen 2 Bekas B: Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring Stesen 3 Bekas C: Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk Stesen 4 Bekas D: Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring 2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan. (Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan: a) Lembaran kerja b) Borang 11

3. Menjana idea 4. Membina hipotesis Nilai Murni 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling 2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling. 3. Baik hati dan penyayang 4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Borang Pemerhatian Lembaran Kerja

HBSC1103

Aplikasi idea (10 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan: 1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat berlindung

pemerhatian Projek memelihara ikan secara kumpulan 1. Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti : a) Akuarium b) Pam udara c) Makanan d) Ikan e) Tumbuhan air f) Air bersih Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini Makanan Air Keperluan asas haiwan Udara

Nilai murni Menyayangi haiwan Bekerjasama Tahap kognitif Pengetahuan Aplikasi

Refleksi (5 minit)

Peta minda berkaitan dengan keperluan asas haiwan

Tahap kognitif Pengetahuan Kefahaman

Tempat berlindung

5.0 ANALISA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah disediakan, satu analisa telah dibuat untuk membandingkan rancangan pengajaran tersebut dengan ciri-ciri bagi kelas konstruktivis. Ini adalah untuk memastikan adakah rancangan pengajaran yang telah dirancang ini menepati pengajaran untuk kelas konstruktivis. Perancangan yang telah dibuat ini menggunakan pendekatan model 5 fasa Needham. Pendekatan ini adalah salah satu pendekatan pengajaran yang digunakan untuk mengajar menggunakan teori konstruktivisme. Jika pendekatan ini adalah untuk pengajaran teori konstruktivisme, sepatutnya pengajaran ini menepati ciri-ciri kelas

12

HBSC1103

konstruktivis. Adakah pengajaran ini betul-betul menepati kehendak kelas konstruktivis? Analisa perlu dilakukan pada setiap fasa yang ada di dalam rancangan pengajaran ini. Fasa pertama iaitu fasa orientasi. Berdasarkan pengajaran ini, fasa ini menggunakan kaedah soal jawab bersama murid . Ini adalah untuk memberikan persediaan kepada murid untuk mengikuti pengajaran pada hari tersebut. Pada masa yang sama, guru akan menilai pengetahuan sedia ada murid mengenai topik tersebut. Jawapan yang diberikan murid akan membolehkan guru membuat penilaian tersebut. Teori konstruktivisme menerangkan bahawa murid bukannya bekas kosong tetapi penuh dengan pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada daripada kehidupan seharian. Oleh itu, berdasarkan kenyataan ini fasa pertama pengajaran dilihat menepati kelas konstruktivis. Fasa kedua pula iaitu fasa pencetusan idea. Melalui fasa ini, guru sekali lagi menggunakan kaedah soal jawab bersama dengan murid. Soalan yang diberikan oleh guru adalah lebih mendalam sedikit berbanding soalan di fasa orientasi. Murid perlu berfikir dahulu sebelum memberikan jawapan. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid yang dapat dilihat pada fasa sebelum ini, guru dapat melihat adakah murid mempunyai asas yang kukuh untuk pengajaran pada hari tersebut. Selain itu, guru hanya bertindak sebagai fasilitator untuk mencetuskan idea kepada murid mengapa mereka perlu memberi makanan, air dan tempat berlindung kepada haiwan peliharaan mereka. Mungkin sebelum ini mereka tidak terfikir tentang perkara tersebut kerana itu merupakan rutin harian yang perlu dibuat jika membela haiwan peliharaan. Oleh itu, fasa ini juga dilihat menepati ciriciri kelas konstruktivis iaitu penerokaan kognitif. Murid perlu berfikir pada aras yang lebih tinggi daripada biasa dengan mengadakan perbincangan dengan guru dan rakan. Fasa ketiga adalah fasa penstrukturan semula idea. Fasa ini melibatkan penggunaan kaedah eksperimen. Murid akan melaksanakan eksperimen untuk melihat adakah makanan, air, udara dan tempat berlindung penting kepada haiwan. Berdasarkan analisa tentang fasa ini, satu ciri kelas konstruktivis iaitu autonomi murid tidak diikuti. Ini kerana berdasarkan ciri ini, murid akan menentukan bagaimana aktiviti tersebut akan dijalankan. Guru hanya menyediakan bahan, radas dan alatan dan langkah seterusnya 13

HBSC1103

ditentukan oleh murid sendiri. Ini dapat dilihat kerana guru yang memberikan arahan bagaimana eksperimen tersebut akan dijalankan. Ciri-ciri lain seperti penerokaan kognitif, interaksi sosial dan pengajaran berpusatkan murid diikuti kerana murid tersebut melakukan eksperimen di dalam kumpulan masing-masing. Oleh itu, pada fasa ini ada ciri kelas konstruktivis yang diikuti dan ada yang diabaikan. Fasa seterusnya ialah fasa aplikasi idea. Rancangan pengajaran yang disediakan untuk fasa ini adalah projek akuarium ikan. Analisa untuk fasa ini menunjukkan ia mengikuti ciri kelas konstruktivis. Guru menyediakan bahan dan murid dikehendaki untuk menyediakan akuarium mengikut cara yang dipersetujui selepas perbincangan kumpulan. Pada fasa ini, komunikasi berlaku semasa perbincangan kumpulan dibuat. sudah tentu pelbagai idea dilontarkan oleh ahli kumpulan untuk memastikan projek akuarium mereka lebih baik daripada kumpulan lain. Maka, ciri-ciri kelas konstruktivis iaitu penerokaan kognitif, pengajaran berpusat murid, interaksi sosial dan autonomi murid telah dipenuhi. Fasa terakhir iaitu fasa refleksi. Pada fasa ini, murid melengkapkan peta minda sebagai kesimpulan untuk pelajaran hari tersebut. Fasa ini telah melengkapkan ciri terakhir di dalam kelas konstruktivis iaitu membina pengetahuan di kalangan murid. Ini disebabkan murid telah melihat kembali aktiviti yang telah mereka lakukan dan memahami kepentingan keperluan asas kepada haiwan. Dengan itu, murid telah membina pengetahuan bahawa haiwan juga seperti manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup. Jika salah satu tiada, haiwan akan mati. Berdasarkan analisa yang telah dibuat, rancangan pengajaran ini boleh dikatakan mengikuti semua ciri-ciri yang perlu ada dalam kelas konstruktivis. Oleh itu, rancangan pengajaran ini boleh digunakan untuk mengajar di dalam kelas. 6.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dibuat sebelum ini, dapat disimpulkan di sini bahawa teori pembelajaran konstruktivisme adalah amat penting di dalam pengajaran dan pembelajaran sains pada masa kini. Ini dapat dilihat daripada 14

HBSC1103

pendekatan pengajaran yang berasaskan konstruktivisme yang kesemuanya menitik beratkan pengetahuan sedia ada murid untuk membina satu pengetahuan baru berdasarkan ilmu yang disampaikan. Ini bermakna pengetahuan sedia ada murid tidak diabaikan tetapi telah diperkuatkan dengan ilmu pengetahuan baru yang disampaikan di dalam kelas. Selain itu, murid juga diajar untuk berdikari mencari pengetahuan tambahan berdasarkan aktiviti inkuiri penemuan. Teori pembelajaran konstruktivisme juga adalah satu model pembelajaran yang berasaskan kepada kepercayaan bahawa pemahaman pengetahuan tidak diperolehi secara siap-sedia tetapi ianya adalah hasil interaksi murid-murid dengan alam keliling. Tegasnya, pengetahuan diperolehi dengan cara dibina oleh kombinasi yang dihasilkan oleh persekitaran dan murid sendiri. Murid-murid membina pengetahuan mereka sendiri dengan menggabungkan maklumat dan idea baru ke dalam struktur pengetahuan yang sudah sedia ada. Apabila berlaku pertentangan diantara idea lama dengan idea baru, murid-murid akan membuat analisa mengenai idea baru mereka. Secara keseluruhannya, teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu teori yang paling sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Ia banyak membantu dalam memperkembangkan potensi murid dalam bidang sains dan seterusnya membantu murid tersebut dalam kehidupan sebenar mereka. ( 3245 perkataan )

15

HBSC1103

7.0 RUJUKAN Azizah Ngah Tasir, Gomathi Naidu (2011). HBSC1103 Teaching and Learning of Science. Kuala Lumpur. OUM. Nurulhuda Abd Rahman, et.al.(Eds.),(2011), Manual Instruksi KPD3016 dan KPD 3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran, Tanjong Malim, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI. Poh Swee Hiang. (1996). Pedagogi Sains 1 : Kurikulum Sains (Edisi Ke-2). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Poh Swee Hiang. (1997). Pedagogi Sains 2 : Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Poh Swee Hiang. (2000), Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai