Anda di halaman 1dari 2

7. Huraikan lima(5) nilai-nilai peribadi asas dalam perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas sehariannya.

(15 markah) Jawapan: Nilai peribadi asas setiap anggota perkhidmatan awami) Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu pengkhianatan dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap anggota awamkerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan serta harta benda awam. Bertanggungjawab Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan. Seseorang penjawatawam yang telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan melaksanakantugas tersebut. Oleh itu ia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap dirinya dan kepada Tuhan. Ia dikehendaki melaksanakantugasnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat tugasnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat dengancemerlang dan memberikan hasil yang maksimum. Semua anggota perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan hingga peringkat tertinggi mestilah mempunyai sikap bertnggungjawab. Ejayaan mereka memikul tanggungjawab akan membawakejayaan kepada perkhidmatan awam. Sebaliknya mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna bolehdikenakan tindakan tatatertib seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (K&TT) 1993. Ikhlas Ikhlas bermasud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya ia akan melaksanakan tugastersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas, seseorang itu akansentiasa merungut, menyalahkan orang lain, menunjuk-nunjuk dan gagal melaksanakan ugasnya dengan baik. Seseorang yangtidak ikhlas, tidak dapat melaksanakan tugas yang cemerlang secara berterusan. Berdedikasi Berdedikasi bermaksud pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh semua anggota perkhidmatan awam. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan kerjatanpa mengharapkan sebarang tambahan upahan, ganjaran dan juga puji- pujian. Setiap tugas akan dilaksanakan dengancepat, berkesan dan berkualiti. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi juga akan sentiasa berusaha memperbaikikelamahan dirinya dan bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar. Berdisiplin Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang. Pekerja yang berdisiplin adalah merekayang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang.Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepad ajaran agama dan sentiasamenjaga imej dan maruah diri dan jabatannya.

Bekerjasama Bekerjasama bermaksud saling tolong-menolong antara satu sama lain, terutamanya bekerjasama dalammemberikan kebaikan kepada jabatan, dan kepada manusia. Kita ditegah bekerjasama dalam perkaraperkara yang membawakepada kerosakan. Sebagaimana yang diperlukan oleh perkhidmatan awam, setiap pekerja mestilah mempunyai semangat bekerjasama sebagai satu pasukan. Nilai kerjasama ini dapat melahirkan suasana kerja yang harmoni, aman, gembira danmengeratkan hubungan silaturahim. Suasana demikian akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Tekun Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas. Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkantugasnya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripadakepentingan peribadi, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan sentiasa meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti. Sederhana Kesederhanaan adalah sikap yang menentang akan sikap keterlaluan sama ada keterlaluan dalam menetapkansesuatu peraturan perbelanjaan atau dari segi kelakuan seperti percakapan, pakaian, tindakan dan tingkah laku

Anda mungkin juga menyukai