Anda di halaman 1dari 28

Graphical User Interface PSV 3109 (GUI)

antaramuka pengguna bergrafik

Disediakan oleh NUR SYUHADA BINTI SUHAIME FATIN IZZATI BINTI HUSSIN PAKRI FATEN NADIAH BINTI MOHD FAUZI WAN NOR AMIRA FATEEN BINTI WAN AHMAD FU-AD

DEFINISI
Antaramuka pengguna bergrafik atau graphical user interface (GUI) bagi sesuatu perisian sistem merupakan antara elemen penting dalam pengukuran keberkesanan penerimaannya oleh pengguna. Antaramuka pengguna bergrafik juga ialah sejenis antara muka yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti elektronik seperti komputer, peranti bimbit, alatan rumah dan kelengkapan pejabat.

GUI (biasanya disebut Goo-ee) adalah antara muka pengguna grafik (dan bukannya semata-mata teks) kepada sebuah komputer.
Istilah ini wujud kerana pengguna grafik antara muka yang pertama kepada komputer adalah tidak berbentuk grafik; berorientasikan teks dan papan kekunci dan biasanya berbentuk arahan yang perlu diingat dan tindak balas komputer yang ringkas.

Terdapat banyak antaramuka pengguna bagi perisian sistem yang terdapat di pasaran kini.
Sebagai contoh Microsoft menggunakan antaramuka yang dikenali sebagai Windows dalam pelbagai versi manakala Apple dengan Macintosh, Sun dengan XWindows dan OS/2 Presentation Manager pada IBM. Pengaplikasiannya adalah berasal dari Makmal Penyelidikan Xerox Palo Alto pada tahun 1970-an.

Ciri utama yang ditawarkan dalam GUI ialah ikon-ikon dan penunjuk-penunjuk yang bersifat visual.

Pengguna boleh melakukan tindakan dengan memanipulasikan atau mengolah unsur-unsur grafik ini.

Xerox Alto adalah yang pertama menggunakan antara muka grafik pengguna.

Sistem operasi utama hari ini menyediakan antara muka pengguna grafik. Pengaplikasian biasanya menggunakan elemen-elemen GUI yang datang dengan sistem operasi dan menambah unsur-unsur dan idea-idea antara muka pengguna grafik sendiri.

Dengan peningkatan penggunaan multimedia sebagai sebahagian daripada GUI, bunyi, suara, gerakan video, dan realiti maya antaramuka seolah-olah menjadi sebahagian daripada GUI bagi pelbagai aplikasi.

Elemen Antaramuka Pengguna Bergrafik

Desktop
Desktop adalah antara elemen utama antaramuka pengguna bergrafik dalam persekitaran Windows. Ia merupakan ruang kerja utama pengguna iaitu dengan memenuhi skrin dan menghasilkan latarbelakang visual terhadap keseluruhan operasi. Desktop berperanan lebih daripada hanya sebagai latarbelakang dan juga boleh digunakan sebagai tempat paling sesuai untuk meletakkan objek yang disimpan dalam sistem pemfailan.

Taskbar merupakan komponen khas pada desktop yang membenarkan pengguna beralih di antara tetingkap atau aplikasi yang sedang dibuka. Ia juga membenarkan pengguna mencapai arahanarahan umum dan objek yang sering digunakan. Ini bermakna taskbar dapat menyediakan suatu tapak permulaan bagi sesuatu antaramuka. Taskbar membolehkan pengguna mencapai aplikasi yang trerdapat dalam sistem komputer pengguna.

Taskbar

Butang Start
Butang Start pada kebiasaannya terletak di sebelah kiri pada taskbar memaparkan menu khas termasuklah arahan untuk membuka ataupun mencari fail. Menu ini juga mengandungi jalan pintas untuk memulakan sebarang aplikasi yang ada dalam sistem komputer pengguna.

Butang Tetingkap
Setiap kali pengguna membuka sebarang aplikasi, satu bebutang akan diletakkan pada taskbar. Bebutang ini mewakili jalan pintas untuk aplikasi yang sedang dibuka. Jika terdapat banyak aplikasi yang dibuka pada waktu yang sama, bebutang yang aktif mewaklili tetingkap atau aplikasi yang berada di bahagian terdepan sekali. Saiz bebutang juga akan berubah mengikut bilangan aplikasi atau tetingkap yang dibuka ketika itu. Namun begitu, jika terlalu banyak aplikasi dibuka dan bebutang pada taskbar menjadi kecil, satu tetingkap hint akan muncul apabila pengguna melalukan kursor pada butang tersebut. Ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pengguna terhadap tajuk penuh bagi tetingkap tersebut.

Ikon merupakan perwakilan visual sesuatu objek. Ia merupakan komunikasi visual yang dapat memberikan kesan terhadap nilai estatik sesuatu antaramuka pengguna. Perkataan ikon yang digunakan dalam kebanyakan antaramuka pengguna merujuk kepada simbol bergambar kecil yang menjadi perwakilan grafik sesuatu objek yang terdapat dalam sistem komputer sama ada dokumen, folder, aplikasi atau media storan. Ikon-ikon yang digunakan mestilah bermakna dan berbeza antara satu sama lain. Sesuatu ikon itu perlu mengandungi label, latarbelakang dan sempadan. Untuk menentukan kawasan aktif sesuatu ikon. Ia memberitahu pengguna di mana seharusnya untuk membawa kursor untuk memilih ikon tersebut. Label diperlukan untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna. Manakala latarbelakang menyumbang kepada penonjolan imej sesuatu ikon.

Ikon

Sesuatu tetingkap merangkumi ruangan di dalam skrin komputer atau desktop yang membolehkan pengguna berdialog dengan sistem komputer. Secara umumnya, tetingkap digunakan untuk memberikan pengguna mesej, pilihan, tindakan atau maklumat. Tetingkap merupakan komponen asas sesuatu antaramuka pengguna yang membolehkan pengguna memanipulasi objek. Persembahan sesuatu tetingkap adalah bergantung kepada fungsi komunikasi tetingkap tersebut. Pengguna boleh membuka lebih daripada satu tetingkap yang daripada aplikasi-aplikasi yang berbeza.

Tetingkap

Komponen-komponen Tetingkap

Jenis-jenis Tetingkap

Rekabentuk Antaramuka Pengguna Bergrafik

Telefon

Telefon

Butang Lif

Sistem menu di restoran

Mesin Basuh

Komputer

Mesin ATM

BIBLIOGRAFI
http://ms.wikipedia.org/wiki/Antara_muka_grafi k_pengguna http://wintips4u.blogspot.com/2011/11/guigujaratikanudo.html http://en.wikipedia.org/wiki/Graphical_user_inte rface http://williamleecc.blogspot.com/2011/11/top10-student-graphical-user-interface.html http://www.thesundaeclub.com/ Yebby

Anda mungkin juga menyukai