Anda di halaman 1dari 2

Halangan dan bentuk komunikasi

Komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu pesanan ataupun maklumat dari satu medium kepada medium lain. Semasa kita berinteraksi dengan seseorang kadang kala perkara yang kita ingin sampaikan tidak dapat difahami oleh penerima. Hal ini kerana komunikasi antara dua belah pihak tidak ataupun kurang berjaya. Apabila perkara ini terjadi, ianya boleh menimbulkan perselisihan faham ataupun pendapat antara pemberi dan penerima maklumat. Antara halangan yang sentiasa berlaku dalam sesuatu komunikasi adalah bercakap terlalu cepat. Apabila seseorang itu bercakap terlalu cepat, kebiasaannya maklumat yang cuba disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas dan tepat. Hal ini kerana, percakapan yang laju membuatkan seseorang itu tidak dapat mendengar dengan jelas dan tepat. Oleh itu, bagi memastikan tiadanya halangan ini sewaktu berkomunikasi, seseorang itu hendaklah bercakap dengan tertib dan perlahan tetapi tepat dan padat. Selain itu, sebab yang menghalang komunikasi juga ialah penerimaan atau andaian bahawa bahasa mempunyai satu makna tertentu sahaja. Kesukaran memahami bahasa atau salah faham maksud yang cuba disampaikan menyebabkan komunikasi yang berlaku kurang berkesan. Dalam sesuatu komunikasi, seseorang haruslah sensitif terhadap penerima mesej ataupun mengkaji konteks di mana komunikasi lisan digunakan supaya maksud yang ingin disampaikan dapat difahami dan diterima seperti yang dimaksudkan. Halangan komunikasi juga berlaku disebabkan perbezaan budaya. Bahasa dalam komunikasi memberikan mesej yang berbeza dalam sesuatu budaya. Bahasa yang generic biasanya hanya difahami oleh golongan tertentu sahaja. Dalam budaya konteks rendah di Amerika contohnya, perkara yang diucapkan merupakan tujuan ia dikomunikasikan dan menepati perkara yang dimaksudkan. Walaupun sesuatu bahasa itu dapat difahami dan diaplikasi, kegagalan untuk menyesuaikan bahasa tersebut dengan amalan etnik budaya akan menimbulkan masalah dalam komunikasi.

Selain dari itu, persekitaran yang kurang menyenangkan juga merupakan antara halangan dalam komunikasi. Sebagai contoh, persekitaran yang bising dan penuh gangguan. Apabila keadaan ini terjadi, maka sesuatu maklumat yang ingin disampaikan oleh pemberi kepada penerima tidak dapat diterima dengan jelas dan tepat. Hal ini demikian kerana, halangan daripada suasana yang bising telah mengganggu proses penghantaran maklumat tersebut. Secara umum, bentuk-brntuk komunikasi terbahagi kepada dua iaitu

komunikasi verbal dan komunikasi tidak verbal. Komunikasi verbal merupakan bentuk komunikasi yang paling umum diketahui oleh masyarakat awam. Komunikasi verbal adalah komunikasi yang disampaikan secara lisan dan tulisan ataupun gambar. Antara aspek-aspek komunikasi verbal ialah perbendaharaan kata. Sesuatu komunikasi itu tidak akan efektif apabila pesanan yang ingin disampaikan dengan kata-kata tidak dapat dimengertikan. Yang kedua ialah kecepatan. Komunikasi akan lebih efektif dan sukses apabila kecepatan berbicara dapat diatur dengan baik, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat. Seterusnya ialah intonasi suara. Intonasi suara akan mempengaruhi sesuatu maklumat yang ingin disampaikan membawa erti lain apabila sesuatu perkataan yang diucapkan mengguna intonasi suara yang berbeza. Komunikasi itu juga akan efektif apabila disampaikan secara singkat dan jelas. Bentuk yang seterusnya ialah komunikasi tidak verbal. Komunikasi tidak verbal adalah penyampaian tanpa kata-kata. Antara contoh bentuk komunikasi tidak verbal ialah kontak mata. Dengan menggunakan mata, kita dapat berkomunikasi tanpa perlu berkata apa-apa. Sebagai contoh, untuk menunjukkan bahawa kita sayang seseorang, cukuplah hanya perlu memandang tepat ke matanya dengan penuh kasih saying. Ianya sudah memadai menyatakan bahawa kita sayang padanya walaupun tanpa perlu berkata-kata. Ekpresi muka juga merupakan salah satu bentuk komunikasi tidak verbal. Dengan ekpresi muka, kita dapat tahu apa perasaan seseorang itu. Contohnya, gembira, sedih, takut dan terkejut. Semuanya dapat ditafsirkan hanya dengan ekspresi muka.

Anda mungkin juga menyukai