Anda di halaman 1dari 2

ALAT PERKUSI PENGENALAN ASAS PENGGUBAHAN LAGU

Dalam penyediaan sesuatu gubahan perkusi, kita perlu mengambil kira perkara-perkara seperi berikut: Meter lagu Jumlah bar bagi lagu yang dipilih. Ada melodi lagu bermula pada detik pertama, dan ada yang bermula dengan anakrusis (tidak bermula pada detik pertama). Bentuk lagu (tentukan alat perkusi yang mana dimainkan). Wujudkan corak atau pola irama yang sama atau berulang-ulang. Selitkan tanda rehat dalam pola irama yang direka. Tahap gubahan lagu perlu bersesuaian dengan kecekapan pemain. Pemilihan alat perkusi yang sesuai bagi corak irama (lanjut/ pendek/ trill atau bunyi ringan/ bunyi berat). Alat perkusi yang boleh memainkan trill seperti loceng, tamborin, kerincing, simbal (dipalu dengan pengetuk), marakas, dram samping. Penggabungan dan keseimbangan bunyi secara menyeluruh.

TEKNIK-TEKNIK PENGGUBAHAN LAGU


Pemilihan Alat Muzik Perkusi - Sesuai dengan mud dan melodi lagu. - Pelbagaikan warna ton. - Sesuai dengan corak irama (bunyi lanjut atau bunyi tak lanjut/ bunyi pendek) - Menghasilkan bunyi yang bersepadu dan unik/ kreatif.

Penerokaan Irama - Ia dapat dihasilkan dengan pelbagai cara umpamanya pengubahsuaian irama, penggunaan peralatan dan teknik luar biasa. Semua ini bergantung kepada daya kreativiti. Kesan kreativiti melangkau imaginasi ini akan menghasilkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan.

Penerokaan Dinamik - Penggunaan dinamik memberi kesan yang dramatik dalam permainan alat perkusi. Asas konsep dinamik dalam perkusi ialah not pertama dan juga not down-beat perlu

dimainkan dengan lebih-kuat. Penerokaan dinamik ansur kuat dan ansur perlahan juga boleh dilakukan.

Penerokaan Warna Ton Setiap jenis alat perkusi mempunyai warna ton yang berbeza. Ini disebabkan spesifikasi bentuk, bahan dan saiz alat tersebut tidak sama. Penerokaan bunyi perkusi dapat dilakukan melalui: - mengubahsuai kedudukan pukulan. Misalnya bahagian tepi dram, bahagian rim atau sebagainya. - pukulan menggunakan pelbagai jenis, bentuk atau mallet dram. - mereka cipta alatan muzik dari pelbagai peralatan kegunaan harian. - teknik permainan seperti permainan dram getar dengan teknik-teknik flam, roll dan drag. - bunyi beberapa alat yang sama tetapi dari pelbagai saiz, ketebalan, jenis dan model. - bunyi beberapa alat yang berlainan jenis seperti tamborin dan dram getar memainkan irama yang sama.

Penggabungan dan Keseimbangan Bunyi Secara Menyeluruh Fungsi alat-alat perkusi adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama yang digubah. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama membentuk saru rentak untuk mengiringi melodi lagu. Keselarasan bunyi alat perkusi dengan alat muzik bermelodi secara menyeluruh bergantung kepada beberapa aspek seperti berikut: - jumlah / bilangan alat muzik - gubahan lagu - interpretasi konduktor - interpretasi pemain - peranan yang dimainkan oleh setiap bahagian alat muzik misalnya berperanan sebagai melodi, iringan, fill ini solo, adlib dan sebagainya. Peranan ini akan menentukan kekuatan bunyi. - kedudukan pemain dan keluasan ruang di tempat persembahan. - kemahiran dan kemampuan pemain.

Anda mungkin juga menyukai