Anda di halaman 1dari 4

LESSON'S OF THE DAY Sebagaimana gas, minyak mentah yang datang dari platform penggalian tengah laut juga

mengandungi bendasing (impurities). Bendasing2 ini perlu dibuang terlebih dulu sebeum dihantar ke loji2 penapisan ataupun sebelum diekspot. Pembersihan ini dijalankan di loji2 terminal minyak mentah (crude oil terminal). Antara bendasing yang terdapat bersama2 minyak ini adalah garam mineral, air dan sulphur. Cara membuang bendasing2 ini adalah seperti berikut: 1) Garam - Garam boleh menimbulkan masalah hakisan di loji penapisan minyak. Oleh itu garam perlu dibuang dari minyak sebelum dihantar ke sana. Garam dibuang dari minyak mentah menggunakan teknologi desalter. Teknologi ini memerlukan air bersih yang diberikan cas elektrostatic untuk melarutkan garam dari crude oil yang kemudiannya disisihkan dari minyak bersama air tersebut. 2) Air - Equipment desalter ini juga dilengkapi dengan fungsi coalesing, iaitu teknik pengasingan air dari minyak menggunakan perbezaan density atau berat isipadu. Air diperangkap di bawah kerana lebih berat berbanding minyak mentah. 3) Sulfur - Terdapat penapis khas sulfur (sulphur filter) di pasaran. Filter ini berkeupayaan untuk menapis sulphur yang ada dalam minyak mentah sebelum minyak mentah dihantar ke loji2 penapis ataupun dieksport. Terdapat beberapa loji terminal minyak mentah di Malaysia antaranya: 1) Terengganu Crude Oil Terminal - Terletak di Kerteh, berhampiran dengan loji Petronas Penapisan Terengganu. Dulunya, terminal ini milik ESSO tapi kini telah diambil alih oleh Petronas. Minyak mentah yang telah dibersihkan dihantar ke loji penapisan Terengganu. 2) Miri Crude Oil Terminal - Terminal ini milik Petronas Carigali. Terminal ini menguruskan pembersihan minyak mentah sebelum dihantar ke Loji Penapisan minyak Lutong milik Shell atau eksport ke luar negara. 3) Bintulu Crude Oil Terminal - Shell menggunakan terminal ini untuk mendaratkan kedua2 minyak mentah dan gas. Minyak mentah akan dieksport ke luar negara. 4) Labuan Crude Oil terminal - Shell telah lama bertapak di kepulauan borneo dan menjadikan negeri2 disini pusat operasi mereka di Malaysia. Minyak mentah di sini juga dieksport ke luar negara. Kita dah tau macamana pentingnya slug catcher untuk industri gas. Lokasi2 loji slug catcher ditempatkan berhampiran kilang pemprosesan gas atau loji2 yang menggunakan gas. Slug catcher ni merupakan pusat pendaratan gas dari platform2 pengorek gas di laut. Lokasi2 dan loji pemprosesan adalah seperti berikut : 1. W.P.Labuan - Labuan Gas Terminal1/2 (LGAST1/LGAST2) dimiliki Petronas. Untuk penghantaran gas ke Petronas Methanol Labuan dan Mega Methanol, stesen janakuasa (power plant) dan kilang besi (stell mill).

2. Sabah - Sabah Onshore Gas Terminal dimiliki Petronas. Untuk penghantaran gas ke stesen2 janakuasa sekitar Sabah. 3. Sarawak - Bintulu Crude Oil Terminal milik Shell. Membersihkan kedua2 gas dan petroleum. Gas2 dihantar ke Petronas Malaysian Liquified Natural Gas (MLNG), Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS) dan Asean Bintulu Fertilizer (ABF). 4. Sarawak - Miri Crude Oil Terminal dimiliki Petronas. Membersihkan kedua2 gas dan petroleum. Gas2 dihantar untuk kegunaan domestik, industri, dan juga dihantar ke loji MLNG. 5. Terengganu - Onshore Gas Terminal (OGT) and Onshore Slug Catcher (OSC) Untuk penghantaran gas ke Petronas Gas Berhad Complex A (GPP1-4) and Complex B (GPP5-6). Gas2 yang telah diproses di GPP kemudiannya disalurkan ke seluruh Semenanjung Malaysia. Petroleum atau gas yang datang dari perut bumi mengandungi benda asing yang boleh membahayakan pengguna. Benda asing2 ini perlu dibuang dari gas dan minyak sebelum dihantar ke loji2 penapis minyak dan loji pemprosesan gas. Sebagai tambahan, teknik pengasingan minyak dari gas juga membantu penghantaran yang lebih baik, iaitu hanya menghantar gas ke loji pemprosesan gas dan hanya menghantar minyak ke loji penapis minyak. Kita start dengan loji pembersihan gas atau slugcatcher. Gas2 dari platform penggalian gas tengah laut dihantar ke daratan menggunakan pipe2 dasar laut. Gas2 yang dihantar ini turut mengandungi cecair pertroleum, air, garam2 mineral(salt), sulphur (H2S) dan lain2 benda asing. Semua2 ini perlu diasingkan dari gas sebelum dihantar ke loji pemprosesan gas. Tugas mengasingkan semua benda asing ini dari gas dijalankan oleh loji2 pembersihan gas atau slug catcher. Design slugcatcher bergantung kepada jumlah sesuatu benda asing yang ada didalam gas2 yang dihantar. Secara asasnya cara2 pengasingan cecair2 petroleum dan air dari gas menggunakan teori pergerakan gas yang lebih laju dari pergerakan cecair. Cecair akan diperangkap dan disalurkan ke loji pembersihan minyak mentah petroleum sebelum disalurkan ke loji penapisan minyak. Untuk benda asing berbentuk pepejal (solid) seperti garam akan diperangkap oleh lapisan dawai2 penapis mekanikal atau wire mesh demister pad yang terdapat di atas vessel2 tekanan tinggi. Untuk pembuangan hydrogen sulphide (H2S), menggunakan karektor H2S yang bersifat acidic, ianya akan dilarutkan oleh cecair caustic yang bersifat alkaline. Cecair caustic akan dipertemukan dengan gas di dalam scrubber, sejenis vessel yang dilengkapi dengan rachet ring, spray nozzle dan sebagainya untuk menambahkan lagi persentuhan antara gas dan caustic. Adalah sangat penting untuk menyisihkan H2S kerana H2S ini boleh menjadi pembunuh manusia sekiranya berkepekatan tinggi di dalam udara. Cecair caustic yang telah digunakan akan dibakar secara selamat oleh incinerator untuk menghasilkan udara persekitaran yang selamat.

Kerosene(C10-C16) : Komponen ni lebih kita kenali sebagai minyak tanah. Secara komersialnya, ianya merupakan minyak untuk kapal terbang dan jet2 (jet fuel) setelah melalui proses pembuangan bau yang kurang menyenangkan(foul odor) yang dihasilkan oleh hydrogen sulphide(H2S). Diesel (C14-C20) : Minyak diesel ni semua orang kenal. Tiada sebarang proses selepas pengasingan yang diperlukan untuk diesel ni. Kira boleh terus di eksport atau dihantar ke stesen2 minyak. Lubricating Oil(C20-C50) : Di jadikan minyak pelincir atau pengilat(waxes,polisher). Juga melalui proses pemecahan karbon(cracker unit) untuk menghasikan naptha dan butane. Fuel Oil(C20-C70) : Klasifikasi minyak yang lebih pekat ini untuk kegunaan sebagai bahan bakar enjin kapal dan juga api pemanas di kilang2 atau loji2. Rantaian karbonnya juga boleh dipecahkan menjadi diesel, naphta dan butane. Residue(>C70) : Ini adalah yang komponen terpekat yang berada dalam minyak mentah. Sebahagian dihantar ke coker unit, untuk menukar menjadi fuel oil dan naphta. Di coker unit terhasilnya petroleum coke yang berbentuk pepejal. Petroleum coke digunakan sebagai bahan bakar untuk pemanas2 di kilang besi. Residue ini juga berguna sebagai bitumin atau asphalt untuk kegunaan jalan raya dan bumbung bangunan. Sekarang ni u all dah tau komponen2 gas dan kegunaan2nya. Nanti kita sambung lagi.

Hari ni I nak bercakap pasal komponen minyak mentah pulak. Ada beberapa loji2 menapis minyak (oil refinery) kat malaysia. Loji shell dan esso dekat PD dan Petronas Penapisan Melaka (Sour train) mengimport minyak dari serata dunia. Sour train adalah untuk minyak mentah yang tinggi kadar sulfur. Loji Shell di Lutong Sarawak mendapat minyak mentah untuk ditapis dari platform diluar pesisiran laut Miri. Petronas Penapisan Terengganu dan Petronas Penapisan Melaka (Sweet train) adalah untuk memproses minyak dari malaysia yang rendah kadar sulfurnya. Sebagai tambahan dalam penghasilan komponen2 minyak mentah seperti gas oil, kerosene dan naphta, shell middle distillate synthesis (smds) di sarawak menggunakan pendekatan menukarkan gas semulajadi menjadi komponen2 ni. Malaysia kena banyak lagi buat loji macam SMDS ni sebab reserve minyak berkurang, gas lak banyak. Komponen2 yang disaring (distillate) dari minyak mentah: a) Light ends : Ini adalah gas methane(C1) dan ethane(C2), sama macam pelajaran yg lepas. Cuma dekat loji refinery ni, gas2 ni dijadikan bahan bakar (fuel gas) untuk kegunaan dandang(boiler) dan juga pemanas gas atau minyak(furnace).

b) LPG : Liquified Petroleum gas yang merupakan cecair propane(C3) dan butane(C4). Kebiasaannya, LPG ini terus dibotolkan untuk dijual sebagai gas memasak tanpa menjadikan produk lain kerana kuantitinya yang tak banyak dalam minyak mentah. c) Light Naphta (C5 & C6) : Boleh diekspot begitu sahaja atau diproses menjadi petrol setelah dicampur dengan reformate (bahan asas petrol). Light naphta akan melalui proses isomerization - penukaran rantaian kimia (chemical chain) untuk meninggikan octane number sebelum percampuran (blending). d) Heavy naphta (C7-C10) : Bahan asas untuk petrol. Boleh dieksport terus atau setelah diproses menjadi reformate. Campuran reformate dan light naphta yang telah di isomerized akan melalui final proses, proses menjadikan ron97 atau ron92. Ni standard kat malaysia la. Ron92 dicampur dengan plumbum(lead), ron97 mengikut resepi syarikat minyak masing2. Resepi ni yang buat kita pening pilih. Ada yang cakap lebih kilometer, ada yang cakap enjin bersih. I main isi ikut mana yang ada depan mata je sebab I ada resepi tersendiri, additive yang bagi I semua kelebihan2 tu.

Anda mungkin juga menyukai