Anda di halaman 1dari 2

NO .

24 Jalan Lama, 41700 Puchong, Selangor Darul Ehsan 19 JANUARI 2012 Kehadapan sahabatku yang sentiasa diingati,Saudara Razali,yang kini berada di Johor .Saya berharap agar saudara sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat bersama sama dengan keluarga Razali. Saudara Razali, Bagaimanakah keadaaan saudara sekarang? Untuk makluman saudara ,saya di sini sihat seperti biasa.Pada masa kini saya agak sibuk dengan mengulangkaji pelajaran. Kerana tahun ini Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal saya duduki. Saudara Razali, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang pengalaman saya pulang ke kampung rakan disamping menyelesaikan beberapa tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan pada cuti semesta yang lalu. Saya berasa gembira apabila berpijak di bumi Hang Tuah. Setibanya saya di negeri Melaka saya di sambut dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas di kiri jalan.Saya tiba dirumah rakan saya pada pukul 10 pagi .Kedatangan saya disambut dengan kedua ibu bapa rakan saya.Saya berasa teruja apabila melihat rumah rakan saya mengekalkan seni bina kesenian melayu Melaka.Rumahnya sangat cantik rumah itu diperbuat daripada kayu sepenuhnya.Saya di beritahu rumah itu sudah berusia dalam lingkungan 50 tahun . Saya diajak rakan saya untuk pergi bersiar-siar di sekeliling rumah.Saya berasa hairan suasana di kampung berbeza dengan di bandar.Suasananya sunyi dan jauh lebih tenang daripada hiruk-pikuk seperti di bandar. Anginnya sangat nyaman ditambah dengan suasana kehijauan pokok yang berada di keliling halaman rumah.Tidak jauh dari rumah rakan saya itu terdapat sawah padi yang terbentang luasnya.Saya di pelawa rakan saya untuk pergi ke sawah padi kepunyaan bapanya itu.Saya berasa teruja untuk pergi ke sawah padi kerana seumur hidup saya ,saya belum pernah menjejaki sawah padi.Setibanya saya disawah padi saya sangat gembira kerana pertama kali menjejaki sawah padi saya diingatkan supaya berhati hati semasa disawah padi kerana di sawah padi terdapat banyak lintah.Saya berasa takut untuk masuk ke sawah padi tetapi memberanikan diri kerana ingin merasi pengalaman ketika berada disawah. Setelah berada di sawah padi hampir 45 minit,saya mengambil keputusan untuk bersiar siar di sekeliling kampung.Saya diberitahu rakan saya bahawa terdapat tiga kaum utama di kampung itu iaitu Melayu, Cina dan India.Majoritinya masyarakat di kampung ini ialah Melayu.Dialek masyarakat mereka sangat berbeza dengan masyarakat di Bandar.Bahasa mereka agak kesat tetapi hati mereka sangat baik.Masyarakat di sini lebih gemar menukarkan huruf dihujungnya R menjadi U.Contohnya pasar menjadi pasau. Budaya di kampung ini sangat bebeza dengan di Bandar. Saya diberitahu apabila adanya majlis kenduri kahwin ,semua masyarakatnya dating bergotong-royong menolong untuk memasak dan menjayakan majlis itu,berbeza di Bandar masyarakatnya lebih menggemari menggunakan khidmat katering bagi menguruskan makanan dan sajian itu.Di kampung juga masyarakatnya sangat peramah dan baik hati.Mereka tidak lokek ilmu untuk berkongsi sesuatu perkara.Hidup masyarakat disini sangat harmoni.

Saya diberitahu lagi perkerjaan masyarakt di kampung ini terdiri dari pada petani ,nelayan ,berkerja di kilang,dan berkerja sendiri.Kebanyakan petani disini berkerja mengguruskan sawah padi dan ada segelintir petani menguruskan pokok kelapa sawit dan getah.Nelayan pula mereka menangkap ikan di kuala berhampiran,hasil tangkapan itu biasanya dijual kepada peraih-peraih .Terdapat juga kilang-kilang yang berhampiran .Kebanyakan kilang-kilang disitu pekerjanya ialah penduduk sekitar kampung itu juga. Di kampung ini juga terdapat perusahaan desa .Perusahaan desa yang ada di kampung itu ialah membuat makanan makanan tempatan. Setelah puas berjalan-jalan saya menggambil keputusan untuk pulang. Apabila tiba dirumah saya .Saya dihidangkan dengan makanan tempatan.Saya diberitahu bahawa masakan orang Melaka adalah makanan yang berunsur kampung dan pedas. Saya dihidangkan makanan trademark orang Melaka iaitu asam pedas.Walaupun agak pedas tetapi ianya sangat sedap ditambah pula dengan ulam-ulaman dicecah dengan sambal belacan menambahkan lagi selera saya.Saya diberitahu ayah rakan saya bahawa makanan yang terkenal di negeri Melaka adalah cencalok.Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi.Cencaluk diperbuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau.Kebiasaannya pada sebelah petang masyarakat di Melaka dihidangkan dengan miniman petang bersama sengan inang inang.Di samping itu negeri Melaka juga terkenal dengan sejenis manisan dikenali sebagai dodol.Dodol biasanya dihidangkan semasa musim-musim perayaan ataupun pada majlis kenduri. Seterusnya negeri Melaka juga terkenal dengan tempat tempat bersejarah seperti Kota AFamosa,banggunan Stadhuys,museum Samudera dan sebagainya.Untuk pengetahuan saudara juga di kampung ini terdapat juga tempat-tempat yang bersejarah iaitu Makam Tun Teja dan Perigi Portigis.Kedua dua tempat bersejarah ini dijaga dengan baik sekali walaupun sudah berabad-abad tahun lamanya ditinggalkan.Negeri Melaka juga telah diisytiharkan sebagai tapak wariasan dunia oleh UNESCO pada 2008.Negeri Melaka juga terkenal dengan pengangkutan seperti beca dan kereta lembu.Akhir sekali pada 2010 negeri Melaka juga telah diisytiharkan sebagai Melaka Maju 2010 dan dikenali sebagai Bandar teknologi hijau.Saya juga sempat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru saya yang berkaitan dengan matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Sekian dahulu untuk setakat ini.Saya berharap agar saudara terhibur dengan coretan saya kali ini.Akhir kata biar mati anak jangan mati adat.Saya berharap agar saudara dapat menceritakan pula pengalaman saudara semasa bercuti.Semoga kita berjumpa lagi pada lembaran lain.Sekian.

Sahabatmu,

Anda mungkin juga menyukai