Anda di halaman 1dari 4

KONTRAK TINGKAH LAKU

Kontrak tingkah laku adalah perjanjian bertulis antara dua pihak di mana salah satu atau kedua-dua pihak sepakat untuk terlibat dalam peringkat menentukan target tingkah laku. Kontrak tingkah laku ini boleh dilakukan bersama terapis atau pun bersama rakan kelompok. Dalam setiap sesi klien diminta untuk menyiapkan atau menyempurnakan tugas yang direka untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran bagi mengawal tingkah laku yang bermasalah. Terdapat lima komponen penting yang perlu ada dalam kontrak tingkah laku.
1. Mengenal pasti target tingkah laku yang ingin diubah. Langkah yang pertama ini

perlu dinyatakan dengan jelas di dalam kontrak. Walau dengan apa cara intervensi yang ingin dilakukan, objektif target tingkah laku perlu dinyatakan dengan jelas. Target tingkah laku termasuklah dengan tingkah laku yang ingin dikurangkan ataupun ditingkatkan dalam sesuatu tempoh masa. Dengan bantuan kaunselor, klien perlu memilih target tingkah laku yang perlu diubah.
2. Menyatakan kaedah target tingkah laku akan diukur. individu yang bertanggung

jawab untuk melaksanakan kontrak tingkah laku mesti mempunyai bukti objektif yang jelas terhadap tingkah sasaran. Klien harus dapat membuktikan target tingkah laku boleh dicapai dan dilaksanakan dengan betul. Oleh itu, sewaktu hendak menulis kontrak tingkah laku, kaunselor dank lien perlu sama-sama bersetuju tentang kaedah untuk mengukur tingkah laku. 3. Menyatakan bila tingkah laku itu perlu dilaksanakan. Setiap kontrak memerlukan kerangka masa yang menjelaskan tentang bila sesuatu tingkah laku itu perlu dilaksanakan. Kerangka masa adalah adalah berkait rapat dengan target tingkah laku.
4. Mengenal pasti peneguhan dan hukuman. Kaunselor perlulah menggunakan

peneguhan positif, peneguhan negatif ataupun hukuman positif ataupun hukuman negatif dalam membantu klien mencapai target tingkah laku yang dinyatakan dalam kontrak. Oleh itu klien perlu bersetuju dengan tahap target yang ingin dicapai agar tidak membebankan klien kerana kontrak ini menggunakan prinsip peneguhan dan hukuman kepada klien.

5. Mengenal pasti siapa yang akan melaksanakan kontigensi ini. Kontrak biasanya akan melibatkan dua pihak. Pihak yang pertama ialah pihak yang individu yang terlibat dengan pencapaian target tingkah laku, dan satu pihak lagi ialah pihak yang melaksanakan peneguhan dan hukuman yang dinyatakan didalam kontrak. Kontrak ini perlu menyatakan dengan jelas siapakah yang akan melaksanakannya. Jenis kontrak tingkah laku 1. One-Party Contract Digunakan apabila seseorang individu ingin meningkatkan tingkahlaku yang diingini seperti bersenam, pemakanan yang seimbang atau mengurangkan tingkahlaku yang tidak dingini seperti lewat ke kelas dan menggigit jari. Kontrak boleh dilaksanakan oleh kaunselor, ahli psikologi ataupun rakan dan ahli keluarga yang sanggup untuk memantau perubahan tingkah laku tersebut. Kontrak perlu dilaksanakan seperti apa yang tertulis didalamnya walaupun kadangkala ianya agak sukar apabila melibatkan rakan dan ahli keluarga. Oleh itu tidak digalakkan rakan atau pun ahli keluarga menjadi pengurus kontrak. Saya, Shahril Samsuri (klien),bersetuju untuk mengurangkan jumlah pengambilan rokok dari10 hingga15 batang sehari kepada 8 hingga10 batang sehari bermula dari minggu ________sehingga minggu ke_________.

Sehubungan dengan itu, saya bersetuju untuk mengadakan perjumpaan mingguan bersama Fredolin Amit ( Terapis ) pada ___________ untuk menunjukkan laporan kekerapan pengambilan rokok sehari pada setiap minggu. Saya juga bersetuju sekiranya saya berjaya untuk menggurangkan pengambilan rokok seperti yang dinyatakan diatas maka barulah saya boleh keluar bersama rakan-rakan pada setiap hujung minggu.

tandatangan : _______________________ (Shahril Samsuri, Klien)

________________________ (Fredolin Amit, Terapis)

2. Two-Party Contract Kadang kala kontrak ditulis adalh melibatkan dua pihak yang mana setiap pihak mahu mendapatkan perubahan tingkah laku. Dalam kontrak jenis ini, setiap pihak perlu mengenal pasti tingkahlaku target dan kontigensi yang boleh dilaksanakan ke atas tingkah laku target. Kontrak tingkah laku ditulis oleh individu yang ada kaitan dengan kedua-dua pihak tersebut seperti ibu bapa dan anak-anak, adik beradik. Biasanya, masing-masing pihak tidak senang dengan beberapa tingkah laku pihak lain dan kontrak ini bertujuan mengenalpasti perubahan tingkah laku menyenangkan kedua-dua belah pihak. yang akan

Kontrak Tingkah Laku Tarikh dari :___________ hingga :_________________ Untuk minggu yang akan datang, saya, Zaiton bersetuju untuk melakukan perkara berikut : 1. Saya akan buang sampah 2. Vakum karpet 3. Memotong rumput Untuk minggu yang akan datang, saya, Shoib bersetuju untuk melakukan perkara berikut : 1. Cuci bilik mandi 2. Siram pokok bunga 3. Basuh baju, jemur baju Jika tingkah laku ini tidak dipatuhi, kami tidak akan keluar bersiar-siar pada hujung minggu.

Tandatangan: ______________ (Shoib)

Tandatangan :______________(Zaiton)

Anda mungkin juga menyukai