Anda di halaman 1dari 12

1

PENGUKURAN DI DALAM PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Penerangan Ringkas Prosedur Pentadbiran Ujian Dan Borang Skor Bahagian ini memberi penerangan ringkas berkenaan dengan prosedur pentadbiran ujian McCarron Assessment of Neuromuscular Development (MAND). Penerangan protocol ujian yang lebih komprenhesif boleh diperolehi di dalam manual ujian. McCarron Assessment of Neuromuscular Development (MAND) mengandungi sepuluh jenis tugasan kemahiran motor. Lima tugasan dikategorikan sebagai Tugasan Motor Halus dan lima lagi dikategorikan sebagai Tugasan Motor Kasar. Berikut adalah senarai tugasan: Tugasan Motor Halus Manik dalam kotak Manik dalam batang rod Ketukan jari Nat dan skru Rod gelungsor Tugasan Motor Kasar Kekuatan gengaman tangan Pergerakan jari-hidung-jari Lompatan Jalan tumit-hujung jari Imbangan satu kaki

TUGASAN MOTOR HALUS 1. Manik dalam kotak Tugasan ini memerlukan peserta untuk mengubah manik satu persatu dari kotak yang penuh dengan manik ke dalam kotak yang kosong (kotak standard) dengan menggunakan satu tangan sepantas yang mungkin dalam 30 saat. Penguji menunjukcara tugasan dan memberikan arahan kepada peserta. Ulangi prosedur yang sama untuk tangan yang lain. Peserta dibenarkan membuat latihan awal jika perlu. Arahan:

1. Dengan mengunakan tangan kanan, ambil manik dalam kotak satu persatu dan pindahkan di dalam
kotak kosong yang disediakan. Lakukan tugasan sepantas yang boleh sehingga arahan berhenti. Ingat, hanya satu manik dalam satu masa. Sekiranya manik yang anda ambil jatuh, biarkan dan teruskan aktiviti memindahkan manik ke dalam kotak yang disediakan.

2. Dengan mengunakan tangan kiri, ambil manik dalam kotak satu persatu dan pindahkan di dalam kotak
kosong yang disediakan. Lakukan tugasan sepantas yang boleh sehingga arahan berhenti. Ingat, hanya satu manik dalam satu masa. Sekiranya manik yang anda ambil jatuh, biarkan dan teruskan aktiviti memindahkan manik ke dalam kotak yang disediakan. Rekod hanya jumlah manik yang diletakkan ke dalam kotak yang kosong dalam masa yang diberikan. Skor untuk tugasan ini adalah jumlah manik yang berjaya diubah oleh kedua-dua tangan dengan betul.

1
2. Manik dalam batang rod Di dalam tugasan ini, peserta dikehendaki untuk memasukkan manik kayu berbentuk silinder ke dalam rod. Tangan tidak dominan memegang bahagian bawah rod dengan teguh manakala tangan dominan akan memasukkan manik ke dalam rod satu persatu sepantas mungkin dalam 30 saat. Kedua-dua tangan tidak diletakkan di atas meja dan bebas bergerak untuk mengubah manik. Ulangi prosedur yang sama dengan mata ditutup. Peserta dibenarkan melakukan latihan awal sekiranya perlu. Arahan: Ambil manik satu persatu dan masukkan ke dalam batang rod seperti ini. Lakukan sepantas yang boleh sehingga saya beritahu untuk berhenti. Pastikan untuk memegang batang rod, lengan anda jauh sedikit dari badan. Rekodkan jumlah manik yang berjaya dimasukkan ke dalam rod dalam masa yang diberikan. Skor untuk tugasan ini adalah jumlah semua manik yang berjaya dipindahkan dengan betul dengan mata terbuka dan mata tertutup. 3. Ketukan Jari Peserta dikehendaki untuk menepuk jari telunjuknya keatas dan ke bawah dalam masa 10 saat. Jari telunjuk hendaklah menyentuh gelang getah apabila digerakkan ke atas dan menyentuh lantai papan apabila digerakkan ke bawah. Ketinggiang gelang getah hendaklah berada pada paras yang sama dengan kedudukan jari telunjuk ketika jari selari dengan platform. Ulangi prosedur ini dengan tangan yang sebelah lagi. Peserta dibenarkan melakukan latihan awal jika perlu. Arahan: Gengam tangan anda, tetapi biarkan ibu jari dan jari telunjuk terkeluar. Sekarang gerakkan jari telunjuk anda ke atas dan ke bawah supaya menyentuh papan dan getah pengikat. Lakukan gerakan ketukan jari sepantas yang boleh. Gerakkan hanya jari telunjuk. Perhati dan rekodkan pelakuan motor ini (rentak sentuhan, gerakan tangan dan jari yang lain, lebihan gerakan di lengan dan setuhan jari yang tidak lengkap). Skor tugasan ini adalah jumlah keseluruhan sentuhan yang lengkap dan pemarkahan perlakuan motor yang diperhatikan untuk kedua-dua tangan. 4. Nat dan skru Di dalam tugasan ini, peserta dikehendaki untuk memusing set besar skru ke dalam nat sepantas yang boleh. Tangan dominan yang memegang skru akan memusing manakala tangan tidak dominan memegang nat yang tidak bergerak. Kedua-dua tangan berada di hadapan peserta tanpa diletakkan di meja atau di pangkuan. Ulangi prosedur yang sama untuk set skru yang kecil.

1
Arahan: Pegang nat dengan tangan ini (tangan non-dominan) dan pusingkan skru (tangan dominan) ke dalam nat. Pusingkan skru sepantas yang boleh hingga ke hujung. Skor tugasan individu dikira dengan menolak tempoh masa yang di ambil untuk memusingkan skru ke hujung nat dari skor 100. Rekodkan skor dengan mencampurkan kedua-dua skor untuk set skru kecil dan besar. 5. Rod gelunsor Tugasan ini mengkehendaki peserta mengerakkan penyepit gelungsor seperlahan yang boleh di dalam rod gelungsor dengan menggunakan otot lengan dan tangan. Peserta berdiri ketika melakukan tugasan dengan rod gelungsor berada di paras pinggang dan 30 sm dari badan. Kedua-dua tangan perlu melakukan tugasan ini. Tangan kiri akan melakukan pergerakan dari arah kiri ke kanan manakala tangan kanan akan melakukan pergerakan dari arah kanan ke kiri. Arahan: Selama ini, anda telah disuruh untuk melakukan tugasan motor sepantas yang boleh. Kali ini, kita akan melakukan sesuatu yang berlainan. Saya mahu anda melakukan aktiviti ini seperlahan yang boleh. Ingat, lebih perlahan lebih baik. Gerakkan penyepit gelungsur seperlahan yang boleh, seperti ini. Rekod masa yang digunakan untuk memggerakkan penyepit di rod gelunsor di antara dua penghujung rod. Peserta mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan tugasan kerana semakin lambat pergerakan semakin baik skor. Walaubagaimana pun skor maksimum 30 saat diberikan kepada setiap tangan. Rekodkan pemarkahan tingkahlaku pergerakan ke atas kadar pergerakan, ganguan, perubahan kepala-badan, dan pergerakan badan berlebihan juga dikira. Jumlahkan skor kedua-dua tangan untuk memperolehi jumlah skor keseluruhan tugasan. TUGASAN MOTOR KASAR 1. Kekuatan tangan Tugasan ini mengkehendaki peserta memegang alat dynamometer dengan lengan tegak ke hadapan pada paras bahu dan mengengam pemegang alat dynamometer sekuat yang boleh. Setiap tangan perlu melakukan dua percubaan dan bergilir tangan antara percubaan. Skor terbaik di antara dua percubaan direkodkan dalam kilogram. Arahan: Gengam pemegang alat ini sekuat yang boleh 2. Pergerakan jari-hidung-jari

1
Di dalam tugasan ini, peserta dikehendaki menyentuh hujung extensi jari tangan sebelah lagi dengan jari telunjuk dan bergerak untuk menyentuh hujung hidung dalam tempoh 10 saat atau lebih kurang lima kali ulangan sentuhan. Peserta mengulangi prosedur yang sama untuk kedua-dua belah tangan dengan mata terbuka dan mata tertutup menjadikan jumlah tugasan ini mengandungi empat percubaan. Arahan: Ini bukanlah ujian kepantasan; Cuma relaks dan lakukan yang terbaik. Letakkan tangan kiri anda tegak ke hadapan dan tunjukkan jari anda ke dinding. Sekarang, tunjukkan hanya jari anda ke dinding sebelah kanan. (Jari telunjuk tangan kiri mengarah ke kanan dan menunjuk ke sebelah kanan dinding). Dengan jari telunjuk kanan anda, sentuh hujung hidung anda dan hujung jari anda seperti ini. Skor tingkahlaku pergerakan lengan, jari telunjuk pada tangan yang diextensikan, titik sentuhan, bengkokan siku dan sentuhan adalah direkodkan. Jumlah keseluruhan skor adalah jumlah skor pemarkahan sentuhan jarihidung-jari dilakukan ketika mata terbuka dicampurkan dengan skor ketika mata tertutup untuk kedua-dua belah tangan kiri dan kanan. 3. Lompatan Peserta dikehendaki melompat sejauh yang boleh dengan kedua-dua kaki berada di belakang garisan. Kualiti tingkah laku pergerakan iaitu henjutan kaki, pengunaan tangan dan lengan, imbangan badan dan mendarat adalah dinilai. Jumlah keseluruhan skor adalah dengan mencampurkan jarak lompatan dengan skor tingkah laku pergerakan yang diperhatikan. Arahan: Dengan kedua-dua belah kaki, lompat ke hadapan sejauh yang boleh. 4. Jalan tumit-hujung jari Di dalam tugasan ini, peserta dikehendaki untuk berjalan ke hadapan di atas garisan tegak sepanjang 10 kaki dengan meletakkan tumit (kaki hadapan) di hadapan jari kaki (kaki belakang) berterusan dan sebaliknya apabila bergerak mengarah ke belakang. Peserta boleh memakai kasut bertapak rata, atau berkaki ayam, atau berstokin untuk melaksanakan tugasan dengan tangan diletakkan di pinggang. Arahan:

1. Ke hadapan Relaks dan lakukan tugasan ini sebaik yang boleh. Letakkan kedua-dua tangan anda di
pinggang dan jalan di atas garisan dengan meletakkan tumit anda di hadapan jari kaki, menyentuh tumit dengan jari kaki di setiap langkah. Mulakan dari sini (hujung tali pita) dan jalan sehingga ke sebelah hujung sana.

1 2. Ke belakang Kali ini, jalan mengundur ke belakang. Letakkan kedua-dua tangan anda di pinggang dan
jalan di atas garisan dengan meletakkan jari kaki anda di belakang tumit, jari kaki dengan tumit bersentuhan di setiap langkah. Tingkah laku pergerakan diperhatikan ke atas bahagian lengan, kaki, jarak tumit dan jari kaki, gerakan dan posisi kaki diberi pemarkahan dan direkodkan. Jumlah keseluruhan skor adalah skor pergerakan berjalan ke hadapan dicampur dengan skor pergerakan ke belakang. 5. Imbangan satu kaki Peserta dikehendaki mengekalkan imbangan badan ketika berdiri di atas satu kaki selama maksima masa 30 saat. Peserta dibenarkan untuk mengerakkan lengan dan tangan untuk mengekalkan imbangan. Percubaan dilaksanakan untuk kedua-dua belah kaki kiri dan kanan ketika mata terbuka dan tertutup. Mulakan catatan masa apabila satu kaki di angkat dari lantai dan hentikan masa apabila peserta mula untuk melompat, atau mengangkat kaki atau tangan menyentuh lantai. Percubaan kedua akan diberikan kepada peserta sekiranya peserta gagal untuk mengekalkan imbangan untuk sekurang-kurangnya 10 saat. Arahan: 1. Mata terbuka Berdiri di atas satu kaki selama yang boleh sehingga saya beritahu anda untuk berhenti. 2. Mata tertutup Kali ini, berdiri di atas satu kaki dengan mata tertutup. Ingat, anda mesti pejamkan mata anda. Rekodkan masa imbangan dalam saat. Jumlah keseluruhan skor adalah skor masa imbangan kaki kiri dan kaki kanan ketika mata dibuka dicampurkan dengan masa imbangan kaki kiri dan kaki kanan ketika mata ditutup.

1 McCarron (MAND) Assessment of Neuromuscular Development Kad Skor


NAMA : ________________________________________ TARIKH : _____________ TARIKH LAHIR : ____________________ UMUR KETIKA UJIAN : _____________ JANTINA :Lelaki /Perempuan TANGAN DOMINAN: Kanan /Kiri KAKI DOMINAN: Kanan /Kiri

NDI __________

TINGGI : __________BERAT : ______DIAGNOSIS: ___________________________ MANIK DALAM KOTAK


(jumlah manik dalam 30 saat)

Kanan ____ Mata Terbuka ____

Kiri ____ Mata Tertutup ____

Jumlah ____ Jumlah ____ Jumlah ____ Jumlah ____

Skala skor _____ Skala skor _____ Skala skor _____ Skala skor _____ Skala skor _____

MANIK DALAM ROD


(gunakan manik berbentuk silinder sahaja jumlah manik dalam 30 saat) KETUKAN JARI (gunakan lampiran skor)

Kanan ____ Besar 100 - ___ = ____

Kiri ____ Kecil 100 - ___ = ____

NAT DAN SKRU


(masa dalam saat untuk menyempurnakan tugasan)

ROD GELUNGSUR
(gunakan lampiran skor)

Sub-Jumlah PURATA MOTOR HALUS KEKUATAN GENGAMAN (terbaik dari dua


percubaan untuk setiap tangan)

_____ _____ Skala skor _____

Kanan ____

Kiri ____

Jumlah ___

JARI-HIDUNG-JARI (gunakan lampiran skor) Mata Terbuka ____ LOMPATAN (gunakan


lampiran skor)

Mata Tertutup ____

Jumlah ___ Jumlah ___ Jumlah ___

JALAN TUMIT-HUJUNG Ke hadapan Ke belakang JARI (gunakan lampiran skor) _____ _____ IMBANGAN SATU KAKI (masa dalam saat sehingga 30 saat) Mata terbuka Mata tertutup Kanan ____ Kanan ____ Kiri ____ Kiri ____

Skala skor _____ Skala skor _____ Skala skor _____

Jumlah ___ Jumlah ___ Jumlah ___ Sub-Jumlah

Skala skor _____ _____

PURATA MOTOR KASAR _____ KESELURUHAN PURATA MOTOR _____

KAD SKOR MAND

1
NAMA : ________________________________ LAMPIRAN PROTOKOL KETUKAN JARI A. B. C. D. E. Rithma Pergerakan tangan tak berkenaaan Pergerakan tangan yang berlebihan Kesempurnaan jarak pergerakan Jumlah ketukan JUMLAH ROD GELUNGSUR A. Pertukaran kadar kelajuan B. Gangguan C. Perpindahan pergerakan kepala-badan D. Pergerakan badan tak berkenaan E. Masa diambil JUMLAH JARI-HIDUNG-JARI A. Kelicinan pergerakan tangan B. Ketetapan jari telunjuk C. Titik sentuhan D. Bengkokan siku E. Sentuhan/penekanan LOMPATAN A. B. C. D. E. Henjutan Kegunaan tangan Imbangan badan Mendarat dengan lutut dibengkokan Jarak mendarat JUMLAH LOMPAT 1 _____ _____ _____ _____ _____ _____ LOMPAT 2 _____ _____ _____ _____ _____ _____ LOMPAT 3 _____ _____ _____ _____ _____ _____ MATA TERBUKA KANAN KIRI _______ _______ _______ _______ _______ _______ JUMLAH _______ _______ _______ _______ _______ MATA TERTUTUP KANAN KIRI _______ ________ _______ _______ _______ _______ JUMLAH ________ ________ ________ ________ ________ KANAN _______ _______ _______ _______ _______ _______ KIRI ________ ________ ________ ________ ________ ________ KANAN ________ ________ ________ ________ ________ ________ KIRI ________ ________ ________ ________ ________ ________

JALAN TUMIT-JARI KAKI A. B. C. D. E. Posisi tangan Kaki di atas tali pita Jarak tumit-jari kaki Kelicinan pergerakan Keselarian kedudukan kaki JUMLAH KE HADAPAN _______ _______ _______ _______ _______ _______ KE BELAKANG ________ ________ ________ ________ ________ ________

1
PROTOKOL PEMARKAHAN UJIAN JARI-HIDUNG-JARI (Pemerhatian masa 10 saat untuk setiap percubaan) MATA TERBUKA Kanan A Pergerakan tangan 4. Arah gerakan tangan adalah licin 2. Pergerakan tangan sedikit tidak sekata atau bergetar 1. Gerakan tangan mengelirukan dan terhenjut-henjut Jari telunjuk pada tangan yang didepakan kehadapan 4. Kekal tetap 2. Sedikit bergoyang dan bergetar 1. Jelas bergoyang dan bergetar Titik sentuhan 4. Titik sentuhan di hujung hidung dan di hujung jari telunjuk yang didepakan 2. Terlepas salah satu titik sentuhan di hujung hidung dan di hujung jari telunjuk yang didepakan 1. Terlepas di kedua-dua titik sentuhan di hujung hidung dan di hujung jari telunjuk yang didepakan Bengkokan siku (pergerakan kedalam) 4. Lengan kekal didepakan 2. Siku sedikit bengkok (kurang dari 30) 1. Bengkok siku yang jelas (lebih daripada 30) Tekanan sentuhan 4. Menyentuh dengan lembut pada hujung jari yang didepakan kehadapan dan hujung hidung 2. Kelihatan menekan jari telunjuk pada tangan yang didepakan ke hadapan atau menekan hujung hidung sekali atau dua kali 1. Kelihatan menekan jari telunjuk pada tangan yang didepakan ke hadapan atau menekan hujung hidung tiga kali atau lebih Jumlah Kiri MATA TERTUTUP Kanan Kiri

1
PROTOKOL PEMARKAHAN UJIAN LOMPATAN (Pergerakan badan berdasarkan kepada keseluruhan pergerakan yang diperhatikan ketika ketiga-tiga lompatan dilakukan) A Lompatan 4. Lompatan seimbang keudara dari kedu-duaa belah kaki 2. Lompatan yang janggal ke udara, lebih menggunakan sebelah kaki untuk melompat. 1. Lompatan jangga, keupayaan melompat keudara terhad. Penggunaan tangan 4. Tangan membantu dengan sedikit pergerakan ke hadapan dan kembali ke sisi 2. Sedikit bantuan tangan yang bergerak dengan lemah 1. Tangan dikeraskan; tidak membantu gerakan Imbangan badan 4. Mendarat stabil, pusat graviti di tengah (tetap di kedudukan mendarat) 2. Mendarat tidak stabil tetapi berupaya menmperolehi imbangan 1. Mendarat tidak stabil; mengambil langkah ke hadapan atau ke belakang atau menggunakan tangan untuk mengelak dari jatuh. Mendarat dengan lutut dibengkokkan 4. Mendarat dengan licin dengan kedua-dua belah kaki serentak dengan sedikit bengkok pada lutut untuk menyerap hentakan 2. Sedikit mendarat dengan kaku, bengkokan lutut yang terhad 1. Mendarat dengan lutut yang kaku; badan bergegar ketika mendarat Jarak lompatan Jarak direkodkan yang terjauh dari tiga percubaan Jumlah

1
PROTOKOL PEMARKAHAN UJIAN JALAN TUMIT-HUJUNG JARI (Individu berjalan pada jarak 10 kaki) Ke Hadapan A Pergerakan tangan/badan 4. Kedua-dua tangan kekal di pinggul 2. Mengerakkan satu tanggan dari pinggul 1. Mengerakkan kedua-dua tanggan dari pinggul Kaki 4. Mengekalkan kedua-dua kaki di atas pita garisan 2. Kaki diubahsuai dari garisan sekali atu dua kali (Bila kurang dari separuh dari pita dpijak, kaki dikira sebagai tidak memijak di atas pita garisan) 1. Kaki diubahsuai dari garisan melebihi dari tiga kali Jarak tumit dan hujung jari 4. Kaki diletakkan lebih kurang satu inci dari hujung jari 2. Kaki diletakkan lebih dari satu inci dari hujung jari sekali sekala 1. Kaki diletakkan lebih dari satu inci dari hujung jari tiga kali atau lebih Pergerakan 4. Berjalan licin ke hadapan 2. Sedikit berhenti ketika pergerakan kehadapan 1. Perubahan berat ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan Keselarian tapak 4. Kedua-dua kaki selari dengan pita 2. Langkah yang betul, tetapi kemudian berputar pada arah (20 atau lebih) dari garisan 1. Langkah yang berputar pada arah (20 atau lebih) dari garisan Keselarian tapak 20 Putaran 20 Jumlah Ke Belakang

1
PROTOKOL PEMARKAHAN UJIAN KETUKAN JARI (Pemerhatian untuk tempoh masa 10 saat untuk setiap tangan) KANAN A Ritma ketukan 4. Sekata, ritma ketukan yang konsisten 2. Gangguan ketukan sekali sekala, tetapi berupaya kembali konsisten 1. Berubah-ubah, ketukan tidak beritma Pergerakan tangan tidak berkenaan 4. Bergerak hanya jari telunjuk, gengaman tangan kekal 2. Ibu jari bergerak berlebihan 1. Ibu jari dan jari lain bergerak berlebihan Lebihan pergerakan tangan 4. Pergelangan tangan atau atas lengan kekal tidak bergerak ketika ketukan 2. Kadang-kadang (sekali dua) pergerakan pergelangan tangan atau atas lengan untuk membantu ketukan 1. Kerap (tiga kali atau lebih) pergerakan pergelangan tangan atau atas lengan untuk membantu ketukan Kesempurnaan jarak 4. Jari telunjuk menyempurnakan jarak ketukan dari lantai ke ketinggian gelang getah 2. Kadang-kadang (sekali dua) pergerakan yang tidak lengkap antara lantai dan gelang getah 1. Kerap (tiga kali atau lebih)pergerakan yang tidak lengkap antara lantai dan gelang getah Jumlah ketukan jari yang sempurna dalam sepuluh saat Jangan kira pergerakan yang tidak sempurna atau sentuhan yang disebabkan pergerakan pergelangan tangan atau lengan KIRI

Jumlah

1
PROTOKOL PEMARKAHAN UJIAN ROD GELUNGSOR (Pemerhatian ketika pergerakan tangan kiri dan kanan) Jarak individu berdiri lebih kurang satu kaki dari rod gelungsur pada paras ketingian pinggang. KANAN KIRI Pergerakan henjutan-impulsif (pertukaran kadar kelajuan) 4. Pergerakan lunjuran yang sekata dan berterusan 2. Pertukaran pergerakan penyepit gelungsur; pertukaran kadar kelajuan yang ketara 1. Pertukaran pergerakan penyepit gelungsur; pertukaran kadar kelajuan yang ketara disertai dengan pergerakan berciri henjutan dan erotan Ganguan 4. Lakuan tugasan tanpa ganguan (mata fokus pada penyepit rod ketika tugasan gelungsuran) 2. Ganguan dengan rangsangan luar (mata bergerak dari fokus sekali ketika tugasan gelungsuran) 1. Ganguan dengan rangsangan luar (mata bergerak dari fokus dua kali atau lebih ketika tugasan gelungsuran) Pemindahan kepala-badan 4. Kepala dan badan kekal sementara mata mengikuti penyepit gelungsor; pergerakan mata selari dengan pergerakan penyepit gelungsur 2. Turutan pergerakan mata yang terhad dengan mengerakan kepala atau mengubah kedudukan badan sedikit untuk mengikuti pergerakan penyepit gelungsur 1. Pergerakan badan ketika mengikuti pergerakan penyepit rod; badan atau kepala;juga mata bergerak melebihi garisan tengah badan Pergerakan badan berlebihan 4. Postur badan rehat dan kekal, pergerakan hanya pada tangan yang melakukan tugasan 2. Pergerakan berlebihan pada tangan dan kaki sekali ketika melakukan tugasan 1. Pergerakan berlebihan pada tangan dan kaki dua kali atau lebih ketika melakukan tugasan Kelajuan pergerakan (sehingga 30 saat). Rekodkan masa yang diambil untuk mengerakkan penyepit gelungsor ke hujung rod. Skor maksima untuk setiap tangan ialah 30 saat. Apabila kelajuan pergerakan adalah lima saat atau kurang, rekodkan skor 1untuk setiap pemerhatian pergerakan di atas (A, B, C dan D). Jumlah

Anda mungkin juga menyukai