Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM BERKALA Program berkala yang dirangka untuk mengatasi masalah obesiti adalah seperti berikut : 1.

Mengadakan ceramah kesihatan tahunan di sekolah yang melibatkan murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan pihak kantin sekolah. Ini adalah bertujuan supaya masalah yang dihadapi iaitu obesiti di kalangan pelajar dapat ditangani dengan kerjasama ibu bapa dan guruguru serta pihak kantin sekolah. Tindakan yang perlu diambil bukan sahaja terhadap murid yang mengalami masalah obesiti tetapi ibu bapa, guru-guru dan juga pihak kantin sekolah juga perlu memainkan peranan dan mempunyai pengetahuan berkaitan masalah ini dalam membantu murid yang obes.

2. Menyediakan kursus kepada guru-guru mengenai masalah obesiti. Ini adalah bertujuan supaya guru-guru mempunyai pengetahuan yan mendalam tentang masalah obesiti ini. Guru juga perlu mengetahui faktor penyebab, cara hidup sihat dan cara pencegahan dan merawat masalah ini. Jadi murid-murid tidak perlu lagi berjumpa dengan pakar kesihatan, cukup berjumpa dengan guru sahaja. Guru juga boleh mengadakan sesi kaunseling kepada murid yang mengalami masalah ini.

3. Mengadakan khidmat kaunseling melalui kerjasama pihak hospital dan sekolah. Mengadakan hari terbuka di sekolah kepada ibu bapa dan murid-murid. Murid yang mengalami masalah ini adalah diwajibkan. Program dilaksanakan 2 kali setahun. Pemeriksaan kesihatan diberikan secara percuma bagi menggalakan lagi ianya mendapat sambutan. 4. Menyediakan satu sudut timbangan. Guru menyediakan satu sudut untuk murid menimbang berat badan. Ini membolehkan mereka sentiasa mengetahui perkembangan berat badan mereka. Sudut ini juga boleh dibuat di setiap kelas bagi menggalakkan lagi penjagaan berat badan oleh murid sekolah.

5. Pemantauan berkala. Guru memainkan peranan bagi membuat pemantauan kepada murid yang mengalami masalah obes. Pemantauan dari segi berat badan

sebulan sekali dan aktiviti fizikal yang dilakukan. Guru perlu memberi nasihat jika masalah bertambah serius dan memberi galakkan kepada murid untuk terus menjaga kesihatan. 6. Program senamrobik perdana. Program ini boleh dilakukan setiap hujung minggu yang melibatkan semua murid, ibu bapa dan guru-guru serta kakitangan sekolah. Program ini adalah wajib kepada pelajar yang mengalami masalah obesiti. Budaya gaya hidup sihat juga dapat diterapkan. Murid akan lebih bersemangat jika ada galakan dan sokongan dari ibu bapa sendiri.

7. Pertandingan melukis poster tahunan. Pihak sekolah menjalankan pertandingan melukis poster tahunan. Poster yang terbaik dibuat bina dan dipamerkan di kawasan sekolah bagi menggalakan murid untuk menyertai pertandingan tersebut. Contoh pertandingan ialah pertandingan melukis poster piramid makanan, amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

8. Program kesihatan Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga boleh mengadakan pelbagai program berkaitan dengan kesihatan. Program kesihatan juga boleh diselitkan dengan pelbagai cara untuk mengatasi berat badan secara tradisional atau cara - cara untuk menjaga badan supaya tidak menjadi gemuk atau obesiti Selain itu, media bercetak seperti majalah - majalah, surat khabar dan sebagainya. Media-media ini dipaparkan disekolah dan buku-buku serta majalah kesihatan diletakkan di perpustakaan supaya menjadi bahan bacaan murid-murid.

9. Kempen kesihatan Antara langkah lain yang juga boleh diambil bagi mengatasi masalah obesiti ialah melalui kempen kesihatan. Hal ini disebabkan oleh sesetengah masyarakat tidak mengetahui atau mempunyai ilmu yang sedikit dan pengetahuan yang cetek tentang obesiti. Jesteru itu, kempen yang diadakan boleh memperkenalkan apa itu obesiti secara menyeluruh iaitu bermula dari punca berlakunya obesiti hinggalah kepada langkah-langkah mengatasi obesiti. Hal ini dapat memberi pendedahan lebih berkesan kepada masyarakat dalam menangani masalah obesiti.

Anda mungkin juga menyukai