Pengajaran Mikro-Makro 1

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 17

Pengajaran Mikro-Makro

4/5/2013

Definisi Mikro
Apakah maksud perkataan mikro? Mikro, bermaksud
kecil atau halus. Sehubungan dengan ini, pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. Jika kita hendak melihat apa-apa yang perlu ada pada bahagian permulaan pengajaran (set induksi) maka kemahiran yang perlu ada di dalamnya hendaklah disimulasikan. Segala aktiviti akan diteliti untuk melihat sama ada set induksi itu memenuhi konsepnya atau tidak.
4/5/2013 2

Konsep Mikro
Pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran
yang mengambil masa antara lima hingga lima belas minit untuk mengajarkan sesuatu kemahiran. Tujuan pengajaran mikro ini adalah untuk membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam bilik darjah. Kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro ialah pemudahcaraan, penyampaian permulaan pengajaran (set induksi), penggunaan papan tulis, variasi rangsangan, kemahiran menyoal, memberi penerangan menggunakan ilustrasi, penggunaan sumber p&p, pelaksanaan penutup dan aktiviti pengukuhan.
4/5/2013 3

Komponen Mikro
Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran mikro?
Cuba teliti sekali lagi jadual di halaman yang terdahulu. Baca dan fahami kemahiran yang terlibat dan yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro. Set Induksi Langkah Pengajaran Penyoalan Variasi Rangsangan Penggunaan Papan Tulis Pengelolaan Bilik Darjah Penerangan Penutupan dan membuat kesimpulan
4

4/5/2013

Set Induksi
Aktiviti yang dikendalikan oleh guru pada awal
pengajaran supaya murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengikuti pelajaran. Aktiviti hendaklah menyeronokkan agar muridmurid dapat bersedia dari segi rohani dan jasmani. Set induksi sepatutnya merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran, tidak melebihi 5 minit, melibatkan ketiga-tiga domain; kognitif, afektif dan psikomotor dan berkesan.
4/5/2013 5

Penyoalan
Penyoalan merupakan aktiviti interaktif antara guru
dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian muridmurid untuk sepanjang sesi p&p. Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripada mudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak, merangkumi semua aras penyoalan, tebaran penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
4/5/2013 6

Aras Penyoalan

Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

4/5/2013

Jenis Penyoalan

Bertumpu Bercapah Aneka pilihan Terbuka Tertutup

4/5/2013

Variasi Rangsangan
Variasi rangsangan membawa maksud
kepelbagaian gaya atau tingkah laku bagi menggerakkan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang hendak dicapai.

4/5/2013

Variasi Rangsangan

BAHAN

PENGELOLAAN KELAS

MURID

GURU

4/5/2013

10

Variasi Rangsangan
Pergerakan kanan-kiri, depan-belakang Intonasi suara Serakan suara ke seluruh kelas Berpakaian kemas dan menarik Bersifat profesional Memberikan puji-pujian dan galakan
Melibatkan ketiga-tiga domain Melibatkan kelima-lima indera Penglibatan aktif Manipulasi Kecerdasan Pelbagai Mengambil kira minat semula jadi murid Pembelajaran konstruktif Kemahiran bernilai tambah
11

4/5/2013

MURID

GURU

Variasi Rangsangan
PENGELOLAAN KELAS

Kepelbagaian cara pengelolaan: kelas, berpasangan, berkumpulan, individu. Kemahiran generik Pertandingan secara sihat Aktiviti mencabar Aktiviti menyeronokkan Tanggungjawab kepada setiap ahli kumpulan Multi media TMK Dapat difahami murid Pelbagai bidang ilmu pengetahuan Menepati ciri-ciri penyediaan dan pemilihan bahan Memotivasikan murid Praktikal

4/5/2013

BAHAN

12

Penggunaan Papan Tulis


Papan tulis merupakan alat yang
digunakan oleh guru untuk menulis penerangan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca.

4/5/2013

13

Pengelolaan Bilik Darjah


Pengelolaan bilik darjah merujuk cara guru
mengendalikan murid dan bahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti p&p boleh dikelolaan secara kelas, berpasangan, berkumpulan dan individu.

4/5/2013

14

Penerangan
Penerangan merujuk usaha guru dalam
menjelaskan dan menghuraikan sesuatu tajuk dalam sesuatu proses p&p. Penerangan seharusnya menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami serta berbantukan bahan bantu mengajar yang sesuai.

4/5/2013

15

Penutupan dan Kesimpulan


Penutup dan kesimpulan merujuk cara guru
mengakhiri satu sesi p&p. Aspek ini penting kerana murid-murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah dipelajari oleh mereka. Guru perlu membuat kesimpulan atau rumusan untuk memberikan gambaran kepada muridmurid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka. Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran sama ada secara kognitf atau sosial.
4/5/2013 16

Model Pengajaran Mikro Dengan Aktiviti Setiap Peringkat

4/5/2013

17

Anda mungkin juga menyukai