Anda di halaman 1dari 48

BML 3043- FONETIK DAN FONOLOGI

GROUP: EL B03
PENSYARAH : NIK HASSAN BASRI BIN NIK ABD KADIR
TAJUK TUGASAN:

1. Bincangkan perkara berikut : a. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu b. Bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu c. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
NAMA:

NORAINI BINTI HAMZAH 711106-08-5710


NO. MATRIK:

D20102042805
1

ISI KANDUNGAN TUGASAN FONETIK DAN FONOLOGI

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

DEFINISI FONETIK DEFINISI FONOLOGI FONETIK AKUSTIK FONETIK ARTIKULASI FONETIK AUDITORI BUNYI VOKAL BAHASA MELAYU BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

4 4 5 6 6 7 15 31

PENDAHULUAN
Ilmu fonetik dan fonologi amat asing bagi saya. Pertama kali saya mengetahui tentang ilmu ini ialah melalui tutorial yang pertama bersama dengan Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood. Penerangan beliau yang saya sifatkan sangat santai telah dapat membuka minda saya tentang ilmu fonetik dan fonologi. Oleh kerana beliau sangat berpengalaman dalam bidang ini serta banyak menerbitkan buku-buku ilmiah berkaitan ilmu fonetik dan Bahasa Melayu membuatkan saya mudah memahaminya. Pada pendapat saya sebagai guru Bahasa Melayu saya perlu mempunyai pengetahuan tentang fonetik dan fonologi Bahasa Melayu agar saya dapat memanfaatkannya dalam bilik darjah. Tajuk yang diberikan semasa menyiapkan kertas kerja ini menuntut saya membuat pembacaan lebih lanjut berkaitan ilmu fonetik dan fonologi ini. Tajuk berkaitan dengan sistem ejaan Bahasa Melayu juga sangat membantu saya menambahkan ilmu berkaitan sistem ejaan Bahasa Melayu yang Baharu. Selepas mengetahui sistem ejaan ini saya akan dapat menambahkan maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu saya. Sebagai guru Bahasa Melayu yang telah mengajar selama 19 tahun banyak perbendaharan kata baharu yang saya peroleh. Sudah tentu satu bonus untuk saya kongsikan bersama anak didik saya nanti. Sejarah telah membuktikan bahawa suatu ketika dahulu Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai media penyebaran ilmu di Nusantara. Bidang ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu perundangan, agama, ilmu ketuhanan, ilmu kaji bintang, cakerawala, kemasyarakatan, bahasa dan kesusasteraan. Pengetahuan yang mendalam tentang bahasa sangat penting supaya matlamat untuk memartabatkan Bahasa Melayu akan tercapai. Akhirkata saya mengucapkan ribuan terima kasih atas semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Segala kelemahan datang dari diri saya sendiri dan yang sempurna adalah milik Allah jua.

Sekian, terima kasih.

1.

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.1 Definisi Fonetik Menurut Abdul Hamid Mahmood fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluaranya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Harimurti Kridalaksana (1984: 51) pula memberikan definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Abdullah Hassan (1993:40) pula memberikan definisi fonetik sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya Fonetik dan Fonologi mendifinisikan fonetik sebagai kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu ialah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi tidaklah menjadi bahan kajian fonetik. Menurut Noor Hashimah Jalaluddin ( 2005 ) pula fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. 1.2 Definisi Fonologi Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007) fonologi ialah bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Menurut Abdullah Hassan( 1993 ) Fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya, yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Beliau juga berpendapat bahawa fonologi merupakan bahagian daripada lingustik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. 1.3 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Daripada pendapat ahli-ahli bahasa di atas dapatlah disimpulkan fonetik adalah kajian tentang bunyi bahasa manakala fonologi pula adalah kajian berkaitan sistem bunyi bahasa. Fonetik yang membicarakan tentang kajian bunyi bahasa dalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi ini dengan menggunakan organ-organ tertentu dalam tubuh badan manusia. Manakala fonologi pula adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item lingustik. Berikut adalah perbezaan antara fonetk dan fonologi sebagaimana pendapat Indrawati Zahid dalam bukunya Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran

FONETIK FONOLOGI 1. Fonetik adalah subdisiplin lingustik, 1. Fonologi adalah subdisiplin lingustik kajian tentang bunyi sebagai fenomena yang mengkaji bunyi bahasa , iaitu dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, tentang fungsi perlakuan dan neorologi dan pesikologi manusia yang organisasi bunyi sebagai item lingustik. menghasilkannya. 2. Fonetik adalah kajian tentang sifat2. Kajian tentang sistem bunyi sesuatu sifat semulajadi, produksi dan bahasa dengan sifat-sifat semulajadi persepsi bunyi-bunyi bahasa yang sistem tersebut secara umum. Segala dihasilkan. yang berkaitan dengan sistem bahasa iaitu pasangan terkecil. Fonotaktik dan sebagainya. 3. Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga , iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori. 4. Mengkaji unsur setiap bunyi 6. Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa 3. Kajian adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat. 5. Kajian berkaitan dengan pola-pola intonasi. 4. Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

2. JENIS-JENIS FONETIK 2.1 Fonetik Akustik

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007) Fonetik akustik mengkaji sifat bunyii itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya. Lihat rajah gelombang akustik)

Menurut Indrawati Zahid( 2006 )pula, Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuinsi fundamental(Fo), intensity dan durasi. Parameter-parameter ini, iaitu frekuensi fundamental 5

(Fo)yang diukur dalam unit Hertz (Hz), intensity dalam unit desible (dB) dan durasi dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu, Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masingnya sebagi kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan 2.2 Fonetik Artikulasi

Menurut Abdul Hamid Mahmood ( 2007) Fonetik Artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa ini dikeluarkan oleh alat-alat aitikulasi. Indrawati Zahid( 2006) pula berpendapat fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu bunyi itu dilafazkan. Pendeskripsian ini melibatkan daerah-daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi bahasa. Bahagian saluran suara yang tidak bergerak dipanggil daerah artikulasi manakala manakala organ artikulasi menyentuh daerah artikulasi sewaktu sesuatu bunyi itu dilafazkan. Organ artikulasi ialah organ yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa sewaktu ujaran berlaku. Organ artikulasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu organ artikulasi pasif dan organ artikulasi pasif. Organ artikulasi aktif ialah organ yang bergerak seperti lidah, bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Artikulasi pasif ialah organ yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi manakala kawasan yang menghasilkan bunyi dipanggil daerah artikulasi. Perbezaan daerah dan organ artikulasi dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa menimbulkan perbezaan bunyi yang dihasilkan semasa bunyi bahasa dilafazkan. Penamaan bunyi bahasa yang dihasilkan adalah seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuaram, getaran gusi dan sebagainya. Berikut adalah contoh grafik cara pelafazan bunyi [t] dan [k].

Grafik di atas menunjukkan bunyi [t] dilafazkan dimana jika dilihat kedudukan hujung lidah diletakkan dibahagian atas gusi. Kedudukan lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Ini menyebabkan udara yang terkumpul dan tersekat dalam rongga mulut, iaitu di bahagian belakang hujung lidah dilepaskan dengan serta merta tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil dipanggil letupan gusi tak bersuara. 2.3 Fonetik Auditori Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007) Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Menurut Indrawati Zahid (2006) pula fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang berbeza. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. 6

Maklumat yang hendak disampaikan oleh penutur ditukarkan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala maklumat ini ditafsirkan oleh pendengar di dalam otak bagi menghasilkan komunikasi yang bermakna. Kajian ini berkaitan dengan psikologi, dimana pendengar merefleksikan respon kepada bunyi tuturan. Ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan , kelantangan dan kepanjangan yang secara secara sendirinya mempunyai emosi tertentu. Penutur sesuatu bahasa itu akan menentukan makna emosi ini sebagi suatu kod. Kesimpulannya didapati bidang fonetik dan fonologi adalah saling berkait antara satu sama lain. Perbezaannya dilihat kurang jelas walaupun ada ahli bahasa yang cuba membezakannya. Pengkajian bidang ilmu fonetik dan fonologi sangat penting bagi mencapai mencapai matlamat akhir ilmu ini iaitu : i. Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam Bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. Sebutan baku yang selaras amat penting demi memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Memantapkan kecekapan berbahasa dalam kalangan pengguna bahasa. Untuk menyelaraskan cara berbahasa dan bertutur serta mengurankan penggunaan pelbagai variasi gaya sebutan. Menghindaarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Mencipta sistem ejaan baku yang selaras dan betul untuk kegunaan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

ii. iii. iv. v. vi.

3 BUNYI VOKAL BAHASA MELAYU Bunyi vokal ialah bunyi bersuara ketika dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Dalam Bahasa Melayu bunyi vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vocal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam Bahasa Melayu ialah [i],[e],[a],[u],[o] dan []. Jenis-jenis vokal itu ditentukan oleh lidah, sama ada depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Bunyi vokal depan dihasilkan oleh bahagian depan lidah. Bunyi vokal tengah pula dihasilkan oleh bahagian tengah lidah manakala jika belakang lidah yang berperanan maka bunyi yang terhasil ialah vokal belakang.

Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti berikut : (i) (ii) (iii) (iv) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang. Ketinggian lidah yang dinaikkan , sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah. Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan Pembukaan rahang sama ada luas atau sempit.

Vokal dalam Bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan[i].[e]. [a], vokal tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o] seperti dalam rajah berikut : ms 42 Hadapan Sempit I o Separuh Luas a Tengah Belakang u Tinggi

Separuh sempit e

Rajah Kedudukan Vokal Bahasa Melayu Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal Bahasa Melayu mengikut bahagianbahagian lidah. Di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah manakala bahagian disebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah. Bahagian tengah menunjukkan bahagian tengah lidah. Garisan tengan pula menujukkan bahagian lidah ketika dinaikkan. Contohnya ketika membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya lidah dinaikkan setinggi mungkin. Bagi membunyikan vokal [a] pula lidah direndahkan. Rajah di bawah menunukkan keadaan turun naik bunyi ketika vokal [a] dan [i] disebutkan. Berdasarkan rajah kedudukan vokal Bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti jadual di bawah VOKAL HADAPAN GAMBAR RAJAH (Keadaan Bibir) KEDUDUKAN [I] Vokal depan sempit CONTOH PERKATAAN [ibu],[ikan], [biru], [kita]

[e] Vokal depan separuh sempit

[ekor], [ela],[elo?]

[a] Vokal depan luas

[ayu],[aku],[aban],[batu]

[] Vokal tengah pendek VOKAL TENGAH [u] Vokal sempit

[mak?],[mas],[ekau]. [lmas]

VOKAL BELAKANG

belakang [ular],[unta],[ukor],[kuda],[bu ron]

[o] Vokal belakang [oleh],[obor],[olah],[boleh],[k separuh sempit ota],[tola?],[solo],

Lidah merupakan alat artikulasi yang penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Perbezaan bunyi vokal tersebut dihasilkan adalah bergantung pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk menghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi akan menghasilkan bunyi vokal separuh tinggi iaitu vokal [e] dan [o]. Sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan terhasil vokal ] dan [ ] Apabila tengah lidah dinaikkan separuh tinggi akan terhasillah bunyi vokal tengah. Berikut adalah gambar rajah yang menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal .

3.1 CARA PENGHASILAN BUNYI VOKAL 3.1.1 VOKAL DEPAN SEMPIT (Tinggi) [i] Bunyi vokal hadapan sempit [i] proses yang berlaku adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. Bibir dihamparkan Depan lidah dinaikkan tinggi(setinggi mungkin) ke arah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i].Berikut contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan- [ikan],[ikut],[ipar],[ibu], [itu] Di tengah perkataan- [biru], [kita],[bila], [silap] Di akhir perkataan - [ tali ], [bli] ,[bri],[bsi]

Gambar rajah penghasilan vokal (i)

3.1.2 VOKAL DEPAN SEPARUH SEMPIT (Separuh Tinggi) [e] Vokal depan separuh sempit [e] perkara berikut akan berlaku i. ii. iii. iv. v. vi. Bibir dihamparkan separuh sempit Depan lidah dinaikkan separuh tinggi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan suara ke rongga mulut. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkanpita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e]. Contoh bunyi vokal yang dihasilkan adalah seperti berikut : Di awal perkataan-[ ekor] , [ela], [edah] Di tengah perkataan [ katel ],[ bera] [ heret ], [ sepet ] Di akhir perkataan [ sate ] 10

Gambar rajah penghasilan vokal (e)

3.1.3 VOKAL DEPAN SEPARUH LUAS (Separuh Rendah) [] Berikut adalah proses bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas i. ii. iii. iv. v. Bibir dihampar separuh luas. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal []. Contoh bunyi yang dihasilkan adalah seperti : Di awal perkataan - [so?], [lo?], [doh] Di tengah perkataan - [bso], [get?], [gl?] Di akhir perkataan - [god], [bul], [ud]

Gambar rajah penghasilan vokal []. 11

3.1.4 VOKAL DEPAN LUAS (Rendah ) [a} Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut : i. ii. iii. iv. v. Bibir dalam keadaan hampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung keluar supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal luas hampar seperti perkataan berikut : Di awal perkataan- [ajar], [alah], [amal], [asap] Di tengah perkataan [dadu], [paku], [lampu], [bahu] Di akhir perkataan [pita], [rasa], [tiba], [kuda]

Gambar rajah penghasilan vokal (a)

3.1.5 VOKAL BELAKANG Vokal belakang terhasil melalui peranan alat artikulasi penting iaitu belakang lidah. Keadaan bibir adalah bundar. VOKAL BELAKANG SEMPIT (Tinggi) [u] Proses yang berlaku adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) kearah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u]. Contoh perkataan yang dihasilkan adalah seperti berikut : Di awal perkataan [uli] , [usap], [usun] , [undur], [unto] 12

Di tengah perkataan [buka], [bubur], [subur] , [gandum] ,[kabur] Di akhir perkataan [ baju] , [labu], [pasu], [kelambu], [baju]

Gambar rajah penghasilan vokal [u]

3.1.6 VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT ( Separuh Tinggi) [o] Berikut adalah proses yang berlaku: i. ii. iii. iv. v. Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah lelangit lembut. Lelengit lembut dan anak tekak idak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Contoh vokal yang dihasilkan adalah seperti berikut : Di awal perkataan [oleh ], [ota], [obor],[oren] Di tengah perkataan [boleh],[soto], [kokon] ,[tolon] Di akhir perkataan [solo] ,[soto], [foto]

Gambar rajah penghasilan vokal [o]

13

3.1.7 VOKAL BELAKANG SEPARUH LUAS ( Separuh Rendah ) [] Bunyi vokal belakang separuh luas terhasil melalui proses berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. Bibir dibundarkan Balakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vocal [].
Bunyi ini kebiasaannya terdapat dalam dialek Kelantan seperti berikut : Di awal perkataan [bat] ,[ta] ,[r] , [peh] Di tengah perkataan [ pk] ,[sudh] ,peh] ,[brh] Di akhir perkataan - [ kit] ,[ bil ] ,[blak]

Gambar rajah penghasilan vokal [].

3.1.8 VOKAL TENGAH [] Vokal tengah dihasilkan melalui peranan alat artikulasi bahagian tengah lidah. Berikut ialah proses yang berlaku : i. ii. iii. iv. v. Bibir dihamparkan Bahagian tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan menunutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi []. Contoh perkataan yang dihasilkan ialah : Di awal perkataan [ma] , [ mbun ] , [ mpat ] , [nam ] Di tengah perkataan [pnat ] ,[ brat ] , [ ergas ] , [kmas ] 14

Gambar rajah penghasilan vokal []

Kesimpulannya terdapat lapan jenis vokal kardinal iaitu [ i ] ,[ e ] , [ ] , [a ], [ ] ,[ ], [o] dan [u]. Dalam Bahasa Melayu vokal asli ada enam iaitu [ I ] , [ e ] ,[ a ], [ u ] , [ o ] dan [ ]. Kesemua vokal ini adalah bersuara kecuali vocal [] yang kurang lantang dan lemah bunyinya.

4. BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007: 58) Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal . Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan suara keluar terus-menerus tanpa sekatan maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat alat artikulasi. Bunyi konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.Konsonan bersuara dihasilkan apabila pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru. Contohnya [ b ] , [ d ] dan [ g ]. Konsonan tidak bersuara pula dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara. Contohnya konsonan [ p ], [ t ] dan [ k ]. Dalam Bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan asli dan pinjaman.

KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Terdapat 19 konsonan asli dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada : i. ii. iii. iv. v. vi. 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [ p ,b ] 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [ t , d ] 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [ k , g ] 1 letupan hentian glottis ( ) 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [ , J ] 2 konsonan geseran tidak bersuara iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran glottis bersuara [h] 15

vii. viii. ix. x.

1 konsonan bersuara [ r ] 1 konsonan sisian bersuara [ l ] 4 konsonan sisian bersuara [ m, n . 2 konsonan separuh vokal bersuara iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]

Penghasilan bunyi konsonan berikut tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glottis, rongga hidung dan sebagainya. Berikut adalah carta konsonan asli Bahasa Melayu.

4.1

CARA PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

4.1.1 Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ] Konsonan Letupan Bibir tidak bersuara [ p ] dihasilkan melalui proses seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepanuhnya udara dari paru-paru yang keluar dari rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka (direnggangkan) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta. Contoh perkataan yang dihasilkan adalah seperti berikut : Di awal perkataan [ papan ] , [ paku ], [putri] , [ pasu ] Di tengah perkataan [lpas], [ sepa] , [ dapur ] , [ dapat ] Di akhir perkataan [ dakap ], [ atap ] , [ sdap ] , [santap ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [ p ]

16

4.1.2 Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ] Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti berikut : i. ii. iii. iv. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paruparu ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta merta. Contoh perkataan yang dihasilkan adalah seperti berikut : Di awa perkataan [buru ] , [ buku ] , [buda] , [batu ] Di tengah perkataan [tubuh ] , [subuh] , [tabor], [tiba ] Di akhir perkataan [ sbab ] , [lmbab] , [kitab] , [ adab ]

v.

Gambar rajah penghasilan konsonan [ b]

4.1.3 Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ] Konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ] dihasilkan melalui proses seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka (direnggangkan ) Udara yang keluar dari peru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudiannya dilepaskan dengan serta merta. Berikut adalah contoh perkataan bunyi konsonan [ t ] Di awal perkataan [ taan ] , [ tahu ] , [ tolo] , [ tare ] Di tengah perkataan [ pta ] [ putus ] . [ satu ] [ bantu ] Di akhir perkataan [ pnuntut ] , [ patut ] , [ sbut ] , [ lmbut ]

17

Gambar rajah penghasilan konsonan [ t ]

4.1.4 Letupan Gusi Bersuara [ d ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan [d], proses berikut berlaku : i. ii. iii. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan padaa dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat kelauar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada agusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta merta. Berikut adalah contoh perkataan bunyi konsonan [ d ] Di awal perkataan [ dalam ] , [dahulu ] , [duka ] , [dapur ] Di tengah perkataan [ pda ] , [ pada ] , [ sida ] Di akhir perkataan [ abad ] , [ masud ] , [ hasad ]

iv.

Gambar rajah penghasilan konsonan [ d ]

18

4.1.5 Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ] Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ k ] i. ii. iii. iv. v. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka direnggangkan Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta. Berikut adalah contoh perkataan konsonan [ k ] Di awal perkataan [ kawan ] , [kuda], [ kalau ] , [ kita ] D tengah perkataan [ sukat ] , [ bakat ] , [ dekat ] ,[ pukat ] Di akhir perkataan [ buda] , [pka] , [ tego]

Gambar rajah penghasilan konsonan [k]

4.1.6 Letupan Lelangit Lembut Bersuara ( g) Berikut ialah proses yang berlaku dalam penghalisan konsonan [g] i. ii. iii. iv. v. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru, Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat kelauar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar dengan menggunakan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara dilepaskan dengan serta-merta. Berikut adalah contoh perkataan konsonan [ g ] Di awal perkataan [ guru ] , [ ganti ] , [gantu ] , [ gambar ] Di tengah perkataan [ aga ] , [ agar ] , [ juga ] , [ ragu ] Di akhir perkataan [ beg ] , [ dialog ] , [ monolog ]

19

Gambar rajah penghasilan konsonan [g]

4.1.7 Hentian Glotis [ ] Berikut adalah proses yang berlaku dalam penghasilan hentian glottis [ ] i. ii. iii. iv. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. Lelengit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glottis dan tidak dilepaskan. Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan Di awal perkataan [ ibu ] , [ ada ] , [ ora ] Di tengah perkataan [ saat ] , [ keadaan ] Di akhir perkataan [ tida ] , [ ana ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [ ] 20

4.1.8 Letusan Lelangit Keras Gusi Tidak Bersuara [ ] Berikut adalah proses yang berlaku dalam penghasilan konsonan [ ] i. ii. iii. iv. Depan lidadah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan. Untuk bunyi konsonan [] pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit. Berikut adalah contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ ari ] , [ uti ] , [ uri ] Di tengah perkataan [ sui ] , [ bani ] , [ bni ] Di akhir perkataan - [ ma ] , [ko ]

v.

Gambar rajah penghasilan konsonan []

4.1.9 Letusan Lelangit Keras Gusi Bersuara Berikut adalah proses penghasilan konsonan i. ii. iii. iv. v. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara dari memasuki rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras gusi. Udara dilepaskan perlahan. Berikut adalah contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ Jaan ] , [Jolo] , [juga ] Di tengah perkataan [ tajam ] , [buja] Di akhir perkataan [ imej ] , [kolej ] 21

Gambar rajah penghasilan konsonan

4.1.10 Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Berikut adalah proses penghasilan konsonan [ s ] i. ii. iii. iv. v. Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan peda dinding tekak bagi menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan. Beikut adalah contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ sapu ] , [ sdap ] Di tengah perkataan [basuh ], [ kasar ], [ dasar ] Di akhir perkataan [ habis ] ,[ bilis ] , [ bras ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [s]

22

4.1.11 Geseran Glotis Bersuara [ h ] Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ h ] i. ii. iii. iv. Pita suara dibuka untuk membuat sempita pada glottis. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan. Berikut adalah perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ hulur ], [ habis ] , [ hantu ] Di tengah perkataan [ lihat ], [ tahap ], [ shat ] Di akhir perkataan [ brsih }, [ kash ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [h]

4.1.12 Getaran Gusi Bersuara [ r ] Berikut adalah proses penghasilan konsonan [ r ] i. ii. iii. iv. v. Hujung lidah dikenakan pada gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ rasa ], [ rabun ], [ runtuh ] Di tengah perkataan [ bras ], [ kras ] , [ laras ] Di akhir perkataan [ bsar ] , [ lbar ] , [edar ]

23

Gambar rajah penghasilan konsonan [r]

4.1.13 Sisian Gusi Bersuara [ I ] Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ I ] i. ii. iii. iv. v. Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada didinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat kelauar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan. Berikut ialah prkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ lama ] , [ lambat ] , [ lampu ] , [ lupa ] Di tengah perkataan [ slamat ] , [ klat ] , [ kilat ] Di akhir perkataan [ tigal ], [ bkal ] , [ pukul ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [l]

24

4.1.14 Sengau Dua Bibir Bersuara [ m] Berikut adalah proses penghasilan konsonan [ m ] i. ii. iii. iv. Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ makan ] , [ malam ], [ mula ] Di tengah perkataan [ timun ], [ timur ] , [ namun ] Di akhir perkataan [ salam ] , [ silam ] , [ tilam ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [m]

4.1.15 Sengau Gusi Bersuara [ n] Berikut ialah penghasilan konsonan [ n ] i. ii. iii. iv. v. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Berikut aialah contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ nasi ] , [ nuri ] , [ naluri ] Di tengah perkataan [ knari ] , [ binasa ] , [ panas ] Di akhir perkataan [ papan ], [ simpan ] , [ lapan ] 25

Gambar rajah penghasilan konsonan [n]

4.1.16 Sengau Lelangit Keras Gusi Bersuara [ ] Berikut ialah proses bagi penghasilan konsonan [ ] i. ii. iii. iv. v. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang kelauar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung . Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang dapa daerah lelangit keras- gusi, kemudiankeluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [nani], [nata], [namo ], [nano ] Di tengah perkataan [bana ], [mina ], [tana], [suni]

Gambar rajah penghasilan konsonan [ n ]

26

4.1.17 Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ ] Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ ] i. ii. iii. iv. v. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru- paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangot lembut. Kemudian keluar melalui rongga hidung. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [aa] , [iau] Di tengah perkataan [ bua ] , [ sia ] , [baga] Di akhir perkataan [ tagu ] , [ bara ] , [ gunu ]

Gambar rajah penghasilan konsonan []

4.1.18 Separuh Vokal Dun Bibir Bersuara [ w ] Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ w ] i. ii. iii. iv. Bibir dibundarkan Belakang lidah diangkat kea rah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut . Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vocal [u] lidah dengan pantas berubah ke posisi untuk menghasilkan vocal tengah [ ] Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ wau ], [waris ], [wa ] Di tengah perkataan [kawan ] , [ lawan ], [ lewat ] Di akhir perkataan _ [ sepa takraw ] 27

v.

Gambar rajah penghasilan separuh vokal [w]

4.1.19 Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ] Berikut ialah proses penghasilan konsonan [ j ] i. Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vocal [ j ], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas kekedudukan vocal tengah [ ] Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [I ] kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vocal tengah [ ] Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ ja ], [ jakin ] , [ jatim ] Di tengah perkataan [daja ] , [ baja ]

ii. iii. iv.

v.

Gambar rajah penghasilan separuh vokal [j] 28

5. KONSONAN PINJAMAN BAHASA MELAYU Konsonan yang bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi merupakan pinjaman daripada bahasa lain seperti Arab, Sanskrit, Inggeris dipanggil konsonan pinjaman. Biasanya konsonan ini digunakan pada perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing tersebut. Konsonan pinjaman terdiri daripada : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Geseran bibir- gigi tidak bersuara [ f ] Geseran bibir gigi bersuara [ v ] Geseran gigi tidak bersuara [ ] Geseran gigi bersuara [ ] Geseran gusi bersuara [ z ] Geseran lelangit keras tidak bersuara [ , ] Geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ] Geseran lelangit lembut bersuara [ v ]

5.1 Geseran Bibir- Gigi Tidak Berasuara [ f ] Cara penghasilan konsonan [ f ] i. ii. iii. iv. v. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka ( direnggangkan ) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibirgigi. Pita suara tidak digetarkan. Berikut ialah contoh perkataan yang dihasilkan : Di awal perkataan [ fikir ] , [ fitnah ], [ faham ] Di tengah perkataan [ nafkah ] , [ sifir ] , [ sifar ] Di akhir perkataan [ arif ] , [ alif ] , [ huruf ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [f] 29

5.2 Geseran Bibir Gigi Bersuara [ v ] Berikut ialah cara penghasilan konsonan [ v ] i. ii. iii. iv. v. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibirgigi.. Pita suara digetarkan. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan oleh konsonan [ f ] Di awal perkataan [ vocal ] . [ variasi ] Di tengah perkataan [ univrsiti ] , [ novel ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [v]

5.3 Geseran Gigi Tidak Bersuara (

) )

Berikut ialah proses penghasilan konsonan ( i.

ii. iii. iv. v.

Hujung lidah dihampirkan kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah untuk Membuat sempitan pada daerah antara gigi atas dan gigi bawah untuk membuat sempitan pada daerah antara gigi atas dan gigi bawah supaya udara keluar dengan menggeser. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka ( direnggangkan ) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi atas dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan. Berikut ialah perkataan yang dihasilkan 30

Di awal perkataan [ nin ] , [ ala a] Di tengah perkataan [ mi al ] Di akhir perkataan [ hadi ]

Gambar rajah penghasilan konsonan [ ]

6. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu bermaksud Sistem Ejaan Rumi Baharu Melayu yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia berikutan dari perisytiharan pemakaiannya oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Kebudayaan Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos 1972.. Hasil kesepakatan antara Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia maka terhasillah Sistem Ejaan Rumi Baharu yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.. Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan , dan Jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditugaskan untuk menyusun pedoman ejaan Rumi ini. Sejarah awal menunjukkan bahawa tulisan Rumi Bahasa Melayu telah dilakukan oleh pedagang, pegembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Mereka mula membuat penulisan tentang Bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi Latin. Pada tahun 1522 huruf Latin yang digunakan untuk menulis Bahasa Melayu telah ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta. Kedatangan bangsa Belanda dalam abad ke-17, mula menjadikan tulisan Rumi mula mendapat asas dalam ejaan Rumi Bahasa Indonesia. Pada abad ke-17 hingga akhir abad ke -19 bangsa Inggeris juga berminat terhadap Bahasa Melayu telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi bahasa Melayu. Antara sistem ejaan rumi yang telah disusun oleh orang Ingeris ialah Ejaan Rumi Tomas Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800 ), Ejaan Rumi William Marsden (1812 ), Ejaan Rumi 31

Negeri-negeri Selat (1878 ), Ejaan Rumi Swettenham ( 1881), dan Ejaan Rumi Maxwel (1882) yang kesemuanya berpedomankan kaedah transliterasi huruf jawi kepada Rumi ( Ismail Dahaman, 1992 :43 ) Pada tahun 1902, bermulalah perancangan ejaan Rumi pertama di Tanah Melayu. Jawatankuasa ejaan ini telah diketuai oleh R.J Wilkinson. Hasilnya terhasillah Ejaan Wilkinson yang dikenali sebagai Romanised Malay Spelling. Ejaan ini telah digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Sistem ejaan tersebut seragam dan digunakan dalam semua kamus dan penerbitan Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. Antara kamus tersebut ialah kamus Jawi-Melayu- Inggeris (1903) Sistem Ejaan Rumi terus berkembang terutamanya apabila Maktab Peguruan Sultan Idris (SITC) turut memperkembangkannya. Berasaskan ejaan Wilkinson penggunaan sistem Ejaan Sekolah telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa tokoh bahasa dan pedidik di SITC. Antara buku yang diterbitkan ialah Mithal Huruf Rumi Bagi Darjah Satu (1920), Kitab Loghat Melayu susunan R.O Windstedt dan Ibrahim Dato Muda Linggi (1921), Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T Dussek (1923) dan Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924). Selepas Ejaan Wilkinson, Sisitem Ejaan Rumi Zaba telah dihasilkan di SITC. Sistem ejaan Zaba ini telah disusun dan diperkemas dalam beberapa tahun dan telah dimuatkan dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang mengarang SITC. Buku-buku tersebut termasuklah Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan Daftar Ejaan Melayu ( Jawi Rumi ) (1949). Sistem Ejaan Zaba ini telah digunakan sebagai ejaan Sekolah dan ejaan rasmi kerajaan sehingga digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sebelum tahun 1967 terdapat beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan di Tanah Melayu dan Singapura iaitu Ejaan Fajar Asia yang digunakan dalam majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura pada zaman pendudukan Jepun 1942-1945. Kali pertama ejaan Rumi mendapat perhatian serius ialah pada tahun 1956 dalam perbincangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga. Pada 17 April 1959 satu perjanjian persahabatan antara Malaysia dengan Republik Indonesia. Satu pertemuan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa MelayuBahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr Slametmuljana di Jakarta pada 4 hingga 7 Disember 1959. Hasil pertemuan ini telah menghasilkan Ejaan Malindo.Pada tahun 1966 kerajaan Malaysia membentuk sebuah jawatankuasa Bahasa yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail. Pada 7 September 1966 satu pertemuan antara Jawatankuasa Bahasa / Ejaan Malaysia dengan satu rombongan kebudayaan dari Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju Sukatjo diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Keduadua negara bersetuju supaya Ejaan Malindo dilaksanakan. Satu lagi rundingan berkaitan 32

bahasa telah diadakan pada 20 hingga 25 September 1966 di Jakarta. Kedua-dua negara bersetuju untuk mengkaji semula ejaan baharu. Kedua-dua negara telah bersetuju untuk memperbetul ejaan masing-masing atas dasar berikut : 1. Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan konsep ilmiah, terutama dalam bidang bahasa yang baik. 2. Kekurangan-kekurangan yang masih terdapat pada ejaan sekarang dalam hal mencerminkan kesanggupan bahasa Malaysia dan Indonesia. 3. Perlunya usaha kodifikasi dalam pemakaian huruf dan tanda baca yang berlaku untuk kedua-dua negara. 4. Peranan akan dimainkan oleh Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia di Asia Tenggara dan diseluruh dunia. 5. Pentingnya pengajaran membaca dan menulis..

Berdasarkan pertimbangan tersebut satu rundingan antara Jawatankuasa Ejaan/Bahasa Melayu Malaysia dan Team Bahasa KOTI dari Indonesia telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Rundingan tersebut telah mencapai persetujuan mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia.Ejaan baharu ini bersifat ilmiah, ekonomis,dan praktis. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 kedua-dua negara kemudiannya melaksanakan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia. Walaupun sistem ejaan baharu itu telah dugunakan secara rasmi di Malaysia dan negara Indonesia , namun terdapat beberapa perkara tentang ejaan tersebut perlu dibincangkan dan diselesaikan segera. Satu jawatankuasa telah dibentuk dengan nama Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia. Majlis yang dianggotai oleh Jawatankuasa Tetap Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak bin Rahim dan Panitia Pengambangan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Amran Halim telah mengadakan lima persidangan. Dalam Persidangan Kelima Majlis ini yang diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember 1974., telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju menerbitkan versia yang sesuai dengan negara masing-masing. Pada 5 Disember 1974 telah diterbitkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia untuk kegunaan umum, dengan ini wujudlah sistem ejaan baharu Bahasa Malaysia-Indonesia seperti yang digunakan hari ini. ( Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia , 1974) 5.1 Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Abjad dan huruf 2. Huruf vokal 3. Huruf Diftong 4. Huruf Konsonan

33

1. Abjad dan huruf Sistem ejaan Baharu Bahasa Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Bahasa Indonesia menggunakan 26 huruf abjaf tulisan Rumi seperti berikut. HURUF SEBUTAN PERKATAAN Aa e anak Bb bi burung Cc si cawan Dd di dadu Ee i ekor Ff ef filem Gg ji gigi Hh ec hati Ii ai ibu Jj je jam Kk ke kuda Ll el lari Mm em malam Nn en nasi Oo o orang Pp pi pintu Qq kiu quran Rr ar rambut Ss es sikat Tt ti tahu Uu yu ubi Vv vi vokal Ww dabliu wang Xx eks xenon Yy wai Yuran Zz zek zarah 2. Huruf Vokal Terdapat sebanyak enam vokal atau bunyi standard dalam Bahasa Melayu. HURUF a e (i) e pepet (ii) e talling i o u DI DEPAN api emak ela itu oleh ular DI TENGAH tali kena petak tidur kota kuda DI BELAKANG kita sosialisme tauge padi pidato satu

3. Huruf Diftong Terdapat 3 jenis diftong dalam Bahasa Melayu iaitu ai, au dan oi. Berikut ialah contoh diftong dalam Bahasa Melayu : DIFTONG DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG ai aising ghairah lambai au aurat saudara surau oi oidium boikot amboi 34

4. Huruf Konsonan Terdapat 26 huruf konsonan dalam Bahasa Melayu. Lima daripadanya memakai huruf gabungan iaitu gh, kh, ng, dan ny. Berikut contoh perkataan yang dihasilkan : HURUF DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG KONSONAN b batu sabut adab c cakap baca Mac d dapur budak abad f fikir tafsir maaf g guru tiga beg gh ghaib maghrib mubaligh h hari saham buah j jalan hajat kolej k kami paksa adik kh khusus tarikh l langsat bila kesal m makan bumi tilam n nasi anak ikan ng angin nganga kuning ny nyala banyak p payung tempat siap q qari wuquf buraq r ratu berat biar s sama besar beras sy syiling isytihar Quraisy t teko mati alat v vitamin universiti w wabak bawa y yakin sayang z(i)z zaman lazat lafaz (ii)x xenon 4.1 Perubahan Huruf Konsonan Lama kepada Baharu Terdapat lima perubahan huruh konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan Rumi baharu seperti berikut : HURUF HURUF CONTOH PEMAKAIAN i Ch c chacat jadi cacat Mach jadi Mac chuci jadi cuci ii Dh d dharab jadi darab kadhi jadi kadhi mudharat jadi mudarat iii Dz z dzalim jadi zalim bedza jadi beza dzat jadi zat iv Sh sy Shaitan jadi syaitan Sharat jadi syarat meshuarat jadi mesyuarat v Th th mithal jadi misal Ithnin jadi isnin bahath jadi bahas 35

4.2 Penggunaan tanda koma di atas Pengguguran tanda koma dalam sistem ejaan baharu adalah seperti berikut : i. LAMA alam raiI maaf Tanda koma di atas () iaitu yang sepadan dengan huruf jawi ain. BAHARU alam rai maaf

jadi jadi jadi

ii.

Tanda koma di atas () , digunakan dengan huruf konsonan k jika menutup sukukata. BAHARU makna tamak rakyat

LAMA mana tama rayat

jadi jadi jadi

iii.

Tanda koma di atas () iaitu yang sepadan dengan huruf jawi Hamzah dihapuskan jika membuka sukukata. BAHARU soal masalah

LAMA soal masaalah

jadi jadi

iv. LAMA enche dato ruyah

Tanda koma di atas digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup sukukata. BAHARU encik datuk rukyah

jadi jadi jadi

4.3 Huruf Yang Diperkenalkan Dalam sisitem ejaan Bahasa Melayu terdapat tiga huruf daripada 26 huruf konsonan yang diperkenalkan supaya digunbakan secara tetap iaitu q, v dan x. i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata mengenai yang berasal daripada bahasa Arab. Contoh perkataannya ialah Quran, qadak dan qadar dan wuquf 36

ii.

Huruf v pula digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain. Contoh perkataannya ialah : vitamin, resolusi, vocal, subversive, novel dan university. Huruf ve pula hadir di akhir ditukar menjadi f. Contohnya active jadi aktif passive jadi pasif negative jadi negative

iii.

Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya Xeromorph jadi xeromorf Xenon jadi xenon Xanthete jadi xantat

5. Sistem Keselarasan Huruf Vokal Sistem keselarasan Huruf vokal dalam sistem ejaan Bahasa Melayu bermaksud sisitem atau aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata prakhir dengan huruf vokal ini berlaku mengikut syarat yang berikut : i. Keselarasan diantara dua huruf vokal pada kata dasar. ii. Kata dasar hendaklah berakhiran suku kata tertutup iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata yang terlibat dengan sisitem keselarasan huruf vokal hanyalah suku kata yang terakhir sahaja. 5.1 Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, terdapat sebanyak 18 pola keselarasan huruf vokal seperti yang berikut : Pola Keselarasan Vokal SUKU KATA PRAAKHIR SUKU KATA AKHIR CONTOH PEMAKAIAN TERTUTUP (1) A - a arah, panas, kalah, halaman (2) a - i alih, gadis, habis, sumbangsih (3) a - u Asuh, batuk, halus, lembayung (4) e pepet - a Emak, telan, kelam, tembelang (5) e pepet - i Benih, lebih, betik, sembelih (6) e pepet - u Belum, telur, tempuh, temenggung (7) e taling - a Enak, dewan, tewaws, belerang (8) e taling - e taling Gelek, heret, leceh, selekeh (9) e taling - o Elok, esok, boleh, selekoh (10) i - a Ingat, bilang,hilang, selinap (11) i - i Intip, pilih, sisih, belimbing 37

(12) (13) (14) (15) (16) (17) (18)

o o o o o u u

u a e taling o a i u

Cium, riuh, tiup, tembeliung Olah, otak, boring, sekolah Boleh, korek, oleh, celoteh Botol, kotor, borong, kelompok Ulat, ubat, tumpamg, ketupat Usik, pulih, tulis, cungkil Tujuh, tunduk, untuk, tengkujuh

5.2 Contoh Kesalahan Ejaan Berikut ialah contoh kesalahan yang dilakukan berikutan tidak mematuhi pola keselarasan vokal yang ditetapkan. POLA KESALAHAN 1. Pola a - i EJAAN SALAH adek ageh balek caceng faseh gandeng hader jalen faseh gaseng hamel itek kafer lamper maseh naseb paleng adoh asoh bagos batok cantom dapor datok gadoh gantong jalor jantong kampong karong lambong maklom masok payong 38 EJAAN BETUL adik agih balik cacing fasih ganding hadir jalin faseh gaseng hamel itik kafir lampir masih nasib paling aduh asuh bagus batuk cantum dapur datuk gaduh gantung jalur jantung kampung karung lambung maklum masuk paying

2. Pola a -u

3. Pola e (pepet)-i

pasong rabon santon tudong betek celek cerdek degel detek heneng jeleng jereng kepeng kerleng lebeh lender pelek peter sembeleh sempet sengeh tempek bedok berok betol cekor celor celop degop gemok geron jengok jerok kebon kepong ketok ketol mendong lesong penoh sentoh serbok sendok tenon tepok tepong anika bicak diwan birang keciwa 39

pasung rabun santun tudung betik celik cerdik degil detik hening jelling jering keping kerling lebih lender pelik petir sembelih sempit sengih tempik beduk beruk betul cekur celur celup degup gemuk gerun jenguk jeruk kebun kepung ketuk ketul mendung lesung penuh sentuh serbuk senduk tenun tepuk tepung aneka becak dewan berang kecewa

4. Pola e (pepet) -u

5. Pola e (taling ) -i

liwat rihat rika selisa siwa tiwas 6. Pola i - i bilek bisek biseng cicer cicet diker fiker giler hiler intep milek pileh risek rinteh sileh seliseh sireh sisek tilek bidok bingong sisol hibor hidop himpon lingkong nibong rioh sibok tidor timbol timon buduh bungkuk buhung cundung cuntuh gulungan kungkung kutur lumbung lungguk lurung muntuk muyuk numbur 40

liwat rehat reka selesa sewa tewas bilik bisik bising cicir cicit dikir fikir gilir hilir intip milik pilih risik rintih silih selisih sirih sisik tilik biduk bingung bisul hibur hidup himpun lingkung nibung riuh sibuk tidur timbul timun bodoh bongkok bohong condong contoh golongan kongkong kotor lombong longgok lorong montok moyok nombor

7. Pola I - u

8. Pola o - o

pulung punduk rukuk rumbungan sukungan sumbung suruk tuhur tukuh tunjul 9. Pola o - a bula bungkar burang guda hurmat kurban muga-muga purak-peranda perumpak ruma runda sekulah surak tulak tungkat bolih comping conting dompit goring korik olih robik solik songil tolih toping torih bueh cubet guleng kuceng kueh puleh puteh runceng runcet suntek usek

polong pondok rokok rombongan sokongan sombong sorok tohor tokoh tonjol bola bongkar boring goda hormat korban moga-moga porak- peranda perompak roma ronda sekolah sorak tolak tongkat boleh compeng conteng dompet goring korek oleh robek solek songel toleh topeng toreh buih cubit guling kucing kuih pulih putih runcing runcit suntik usik

10. Pola o - e

11. Pola u - i

41

12. Pola u - u

burong burok busong cucok dudok dukong gulong hujong hulor jujor junjong kubor kucop kulom lumpoh mundor musoh pujok pukol runtoh sulong suntok tunjok untok

burung buruk busung cucuk duduk dukung gulung hujung hulur jujur junjung kubur kucup kulum lumpuh mundur musuh pujuk pukul runtuh sulung suntuk tunjuk untuk belek betek gelek geleng geletek heret jerepet jeceh leper becok belok bengkok besok cedok ekor elok gendong herot kecoh kendong kelong pesong serong tekong tengok

13. Pola e (taling) e belik (taling) cetik gelik geling gelitek herit jeripet lecih lepir 14. Pola e (taling ) - o becuk beluk bengkuk besuk ceduk ekur eluk gendung herut kecuh kendung kelung pesung serung tekung tenguk

42

5.3 Pola Kekecualian Kepada Keselarasan Huruf Vokal Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan huruf vokal. Pola kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti:

POLA VOKAL

CONTOH KATA BAHASA NUSANTARA 1. a e taling awet, aneh, kaget, pamer, raden 2. a - o calon, lakon, lancing, lapor, keraton 3. e pepet e gembleng taling 4. e pepet - o jempol , bendok 5. I e taling Imlek 6. I - o ijon, pilon 7. u e taling tulen, ulet 8. u - o bunglon, buron, lelucon 9. a e pepet Pakem 10. e taling - i 11. e taling - u 12. e pepet e demdem, pepet pepet 13. i e pepet Iseng 14. o - i 15. o - u 16. u e pepet Lumer 6. Ejaan Kata Pinjaman Daripada Bahasa Inggeris

CONTOH KATA BAHASA INGGERIS cabaret, panel atom. kontraktor

gabenor, interkom parlimen, simen, tiket diftong, transistor subjek, dokumen kupon, konduktor teater hipotesis, objektif petroleum, spektrum

filem, artikel, partikel hipokrit, fosil bonus, forum skuter

Ejaan bagi kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yanglain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan Bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual. Sistem ejaan ini dipinjam daripada bahasa asing atau dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hamper sama dengan ejaan yang ditetapkan. Berikut ialah contoh perkataan. BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6 7 8. 9 10 11 BAHASA INGGERIS abstract aggressive alkaloid anthropology atom barbecue battery beaker beer block bonus BAHASA MALAYSIA abstrak agresif alkaloid antropologi atom barbeku bateri bikar bir blok bonus 43

12 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 29. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62.

dialect diesel dividend drama dualism duet effective express engine apple aesthetics factor phoneme function garage geometry graph harmony hotel idealist identity image iodine journal calorie carbon cartoon kilo classic clinic congress coat quality linguistics lobby logic lorry magistrate neon novel operator pie pound petroleum pill premium prestige psychology regime recruit rhetoric

dialek diesel dividen drama dualisme duet efektif ekspress enjin epal estetika faktor fonem fungsi garaj geometri graf harmoni hotel idealis identiti imej iodin jurnal kalori karbon kartun kilo klasik lkinik kongres kot kualiti linuistik lobi logik lori majistret neon novel operator pai paun petroleum pil premium prestij psikologi rejim rekrut retorik 44

63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86

sabotage science cent cylinder system scheme scooter stadium status structure technique technology taxi tissue traffic tractor unit university vacuum wire whistle whisky xanon zoo

sabotaj sains sen selinder sistem skim skuter stadium status struktur teknik teknologi teksi tisu trafik traktor unit universiti vakum wayar wisel wiski xenon zoo

6.1 Kekecualian Ejaan yang Sudah Lama Dalam Sistem Ejaan Bahasa Melayu terdapat beberapa kekecualian daripada peraturan yang ditetapkan. Kekecualian ini diberikan kepada perkataan Bahasa Inggeris yang sudah lama digunakan dalam Bahasa Melayu. Berikut ialah contoh perkataan tersebut. BAHASA INGGERIS class club custom driver glass grant modern pension Plan stamp kelas kelab kastam drebar gelas geran moden pencen pelan setem BAHASA MELAYU bukan bukan bukan bukan bukan bukan bukan bukan bukan bukan klas klub kustom driver glass gran modern pension plan stem

7 Manfaat yang diperolehi daripada Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu di jadikan sebagai Bahasa Ilmu Sistem ejaan Baharu yang dipersetujui ini telah dapat mengangkat martabat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ia bermaksud Bahasa Melayu mampu dijadikan sebagai 45

bahasa penghantar ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, undang-undang, sastera dan agama. Istilah-istilah baharu yang diserapkan dalam Bahasa Melayu menjadikan Bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap. Laras-laras bahasa yang khusus perlu ada untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, dan elektronik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia. Selain itu juga fungsi Bahasa Melayu dapat dilihat dalam bidang-bidang seperti kedoktotan yang memerlukan Bahasa Melayu sebagai alat untuk menerangkan tentang bidang Anatomi, Biokimia, Farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetric dan ginakolog,optalmologi,otothinolaringologi, parasitologi. Patologi,pediatric, perubatan psikologi,perubatan kemasyarakatan dan surgeri. Selain itu juga Bahasa Melayu turut berperanan sebagai bahasa penghantar untuk ilmu seperti sains sosial dan kemanusiaan seperti kesusasteraan, sejarah, seni ukir, sains rumahtangga dan sebagainya ( Nik Safiah Karim, 1986 : 6). Menurut Abdul Hamid Mahmood (2000) Sebagai Bahasa ilmu Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang halhal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat perniagaan saham, pengurusan perkauman dan perangkaan.Ini bermaksud Bahasa Melayu mestilah mempunyai kekuatan standing dengan kekuatan Bahasa Inggeris dalam memperkatan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu mestilah standing dengan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya ( Abdul Hamid Mahmood 1993 : 79) Bagi mencapai taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu, Bahasa Melayu mestilah mempunyai dua cirri penting iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa ( Havranek, dalam Garvin 1984) Keintelektualan bahasa bermaksud adanya pengembangan perbendaharaan kata dan istilah-istilah baru. Perlu ada juga penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu dengan member pengertian pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu bagi sesuatu bidang tertentu. Perkataan yang baru itu mestilah bersifat tepat, sprsifik dan abstrak.

KESIMPULAN Sebagai penutur jati Bahasa Melayu pengetahuan yang tepat tentang bahasa itu akan menjadi kayu ukur kearah kesempurnaan bahasa itu sendiri. Ciri-ciri kesempurnaan bahasa itu akan menjadikan bahasa itu sesuai , tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaannya. Kesempurnaan bahasa itu dapat dlihat melalui sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Ciri-ciri yang ada ini akan dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu mampu digunakan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden seperti ilmu Sains, , Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran dan undang-undang disamping ilmu Sastera dan Agama.

46

RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood (2012). Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd Abdul Hamid Mahmood, Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Abdul Hamid Mahmood ( 2012 ) . Menguasai Bahasa Melayu Tinggi, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (2005). Lingustik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors. Abdullah Hassan, Indrawati Zahid ( 2006 ), Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur, PTS Professional Indrawati Zahid (2006 ) Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:PTS Professional. Harimurti Kridalaksana (2008), Kamus Lingustik, Edisi Keempat, Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

47

48

Anda mungkin juga menyukai