Anda di halaman 1dari 27

PPPY1282 KAEDAH PENYELIDIKAN PROPOSAL TENTANG PERSEPSI PENSYARAH UKM TERHADAP PERUBAHAN SOSIOBUDAYA WANITA (*Perkataaan Proposal tentang

perlu dibuang) PENSYARAH: PROF. MADYA AHMAD SUNAWARI LONG PELAJAR :

JABATAN PENGAJIAN DAKWAH & KEPIMPINAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ISI KANDUNGAN Perkara Halaman 1.0 PENGENALAN 3 2.0 LATAR BELAKANG 3-4 3.0 4 4.0 4 5.0 5 6.0 5 6.1 5 6.2 5 6.3 Limitasi lokasi 5 7.0 6 HIPOTESIS KAJIAN Limitasi bidang kajian Limitasi masa LIMITASI KAJIAN DEFINISI OPERASI KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN MATLAMAT KAJIAN

8.0 6

METODOLOGI

KAJIAN

8.1 6 8.1.1 6 8.1.2 6 8.2 6 8.2.1 6 8.2.2 7 8.2.3 7 8.3 7 8.3.1 Soal selidik 7 8.3.2 7 Sampel Kawasan Skala Kajian Kajian

Jenis

kajian

lapangan

perpustakaan

Persampelan

kajian

kajian

kajian

Instrumen

kajian

Kaedah

analisis

data

9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN( LITERATURE REVIEW ) 8-10 10.0 JADUAL KERJA 11

11.0 12 12.0 13 13.0 LAMPIRAN A 14-25

SUSUNAN

BAB

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Dahulu wanita dianggap sesuai menjadi suri rumah dan bekerja di dapur sahaja. Bukan itu sahaja malah apabila diimbas kembali semasa zaman jahiliyyah wanita dahulu dianggap malang dan kebanyakan menjadi hamba abdi serta hamba untuk memuaskan hawa nafsu. Era yang semakin membangun peradaban membuka pintu hati wanita bahawa mereka bukan di bawah takuk peradaban yang lama tetapi turut mengikuti arus globalisasi sehingga wanita telah banyak mencapai kejayaan bukan sahaja untuk bangsa, tetapi juga agama serta mengharumkan nama di persada dunia. Maka wanita dapat memupuk sifat dan nilai berani menghadapi cabaran dunia dan global pada masa kini. Alam pekerjaan ditempuh dengan baik serta sentiasa mengambil berat akan hak-haknya sebagai seorang wanita. Bukan itu sahaja, bahkan timbul juga badan-badan NGO yang membela nasib mereka. Perubahan yang berlaku ini adalah sejajar dengan perubahan era globalisasi. Kalau dulu kita lihat wanita sentiasa terpinggir bukan sahaja dari segi pekerjaan tetapi dalam pelbagai aspek juga.Oleh itu, pembangunan era globalisasi ini telah memberi perubahan kepada sosiobudaya wanita dalam aspek positif mahupun negatif.

2.0 LATAR BELAKANG/PERMASALAHAN KAJIAN

Pemodenan

yang semakin pesat di Malaysia merupakan sesuatu yang boleh banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat dengan

dibanggakan kerana

berlakunya pemodenan. Namun begitu, pemodenan tanpa diimbangi dengan pengisian aspek spiritual telah mendatangkan banyak kesan positif dan negatif samada kepada rakyat atau negara itu sendiri.

Masalah yang ingin penulis kaji ialah perubahan sosiobudaya wanita dalam pelbagai aspek meliputi aspek positif dan negatif. Jika dilihat dari sudut positif wanita peka terhadap hak- hak mereka dalam tuntutan fasakh, kes penceraian, penderaan dan lain- lain. Di samping itu, dari aspek emosi pula, penulis melihat seorang ibu tunggal lebih kuat semangat dalam mendidik dan membesarkan anak- anak tanpa bantuan orang lain. Seterusnya, perubahan sosiobudaya wanita telah menyebabkan gaya hidup mereka berubah. Misalnya mereka lebih mementingkan imej dan fesyen bersopan dalam berpakaian.

Selain itu, dari sudut negatif pula, wanita lebih mementingkan status, pangkat dan kerjaya dalam mencari jodoh. Dalam aspek material pula, wanita kini lebih mementingkan harta benda seperti wang hantaran yang tinggi juga meniru gaya berpakaian yang tidak sopan serta menjolokkan mata. Dari segi emosi, wanita lebih tertekan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi antaranya ketika berkerja. (*Pengenalan dan Latarbelakang Permasalahan Kajian (PK) terlalu ringkas. Dalam PK sepatutnya mengandungi elemen: Pengenalan PK, sejarah PK, isu-isu semasa berkaitan PK, data-data dan maklumat menyokong PK dan akhirnya tonjolkan kepentingan PK dalam konteks penyelidikan dilakukan).

3.0 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pensyarah UKM terhadap perubahan sosiobudaya wanita.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Di antara objektif kajiannya ialah: a) Untuk menjelaskan tentang perubahan sosiobudaya wanita dalam tuntutan hakhak mereka. b) Untuk mengkaji perubahan sosiobudaya wanita dalam aspek status dan kerjaya. c) Untuk membuktikan perubahan sosiobudaya wanita dalam aspek metarial. (*Salah ejaan). d) Untuk menilai tahap emosi wanita dalam perubahan sosiobudaya yang berlaku pada masa kini. e) Untuk mengkaji perubahan sosiobudaya yang berlaku terhadap wanita dalam aspek gaya hidup.

5.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN 5.1 Persepsi Persepsi merupakan suatu pandangan atau tanggapan yang berbeza antara pelbagai pihak samada bersifat negatif mahupun positif. 5.2 Perubahan Perubahan adalah satu titik evolusi yang berlaku secara beransur-ansur dari satu tahap ke satu tahap yang lain samaada dari sudut perkembangan atau pertumbuhan. 5.3 Sosiobudaya

Sosiobudaya di sini membawa maksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup dan lain-lain. (*Hanya perlu diberi memberikan defenisi atas terminologi yang signifikan dalam konteks penyelidikan ini sahaja. Tidak perlu mendefinisikan tajuk).

6.0

LIMITASI KAJIAN (*lebih sesuai digunakan perkataan Skop Kajian kerana

limitasi lebih merujuk kepada halangan dalam penyelidikan. Skop yang diberikan berikut perlu diberikan alasan munasabh kenapa demikian). 6.1 Limitasi masa Kajian dijalankan pada 1 Februari hingga 4 April 2009

6.2 Limitasi bidang kajian Kajian yang dilakukan adalah satu kajian ilmiah yang berbentuk kajian lapangan. Skop kajian adalah tertumpu kepada perubahan sosiobudaya wanita terhadap hak-hak mereka, perubahan status dan kerjaya mereka pada hari ini, perubahan gaya hidup wanita, perubahan wanita terhadap kepentingan aspek material dalam hidup dan perubahan emosi dan tekanan pada wanita hari ini. 6.3 Limitasi lokasi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

7.0

HIPOTESIS KAJIAN

Perubahan sosiobudaya wanita pada hari ini membawa kesan yang baik dan buruk pada pembangunan negara seterusnya mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan wanita

yang semakin luas. (*Hipotesis boleh dibina dalam bentuk soalan-soalan yang perlu dijawab melalui penyelidikan ini. Ia juga boleh dibina dalam bentuk hipotesis utama dan hipotesis alternatih dan beberapa hipotesis lain).

8.0

METODOLOGI KAJIAN

Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan. Justeru, untuk tujuan kajian ini penyelidik akan menggunakan metodologi: 8.1 Jenis kajian Terdapat dua jenis kajian yang akan penyelidik jalankan iaitu:

8.1.1 Kajian Lapangan: Penyelidik menjalankan kajian lapangan untuk mendapatkan maklumat, gambaran serta data yang lebih tepat mengenai penyelidikan yang dijalankan ini. (*Perlu dihuraikan bentuk dan bagaimana kajian lapangan dilakukan).

8.1.2 Kajian kepustakaan: Penyelidik telah menjalankan kajian perpustakan untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkaitan dengan kajian kes yang dijalankan. Antara bahan

yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah buku, akhbar, jurnal, internet. 8.2 Persampelan

majalah

dan

Kaedah persempelan yang telah penyelidik gunakan dalam menjalankan penyelidikan ialah persampelan rawak mudah yang meliputi: (*Sepatutnya menggunakan perkataan akan kerana proposal adalah berkaitan masa depan)

8.2.1 Skala Kajian Skala kajian yang akan penyelidik gunakan ialah Skala Likert. Iaitu kenyataan yang menggambarkan sikap kesukaan atau tidak suka responden terhadap objek. Juga mengenai tahap kecenderungan atau sebaliknya terhadap sesuatu kenyataan. Penyelidik memilih untuk menggunakan skala jenis ini, kerana digunakan untuk mengukur penyesuaian diri responden pada suatu keadaan, prasangka, konservatisme dan sebagainya (*sepatutnya skala digunakan untuk mnegukur jawapan responden terhadap soalselidik bukan skala kajian)

8.2.2 Kawasan kajian Kawasan yang menjadi pilihan penyelidik untuk menjalankan kajian kes ialah di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Kawasan ini dipilih kerana sesuai dengan permasalahan yang ingin dikaji di mana pengalaman pensyarah dalam melihat perubahan wanita.

8.2.3 Sampel Kajian Penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik kepada lebih kurang 60 orang pensyarah yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Ini kerana sesuai dengan bidang

10

kajian yang ingin dikaji oleh penyelidik iaitu berkaitan dengan perubahan sosiobudaya wanita. (* Kenapa 60 orang?, Bagaimana mereka dipilih? Adakah 60 mencukupi?) 8.3 Instrumen kajian Antara instrumen kajian yang akan digunakan oleh penyelidik ialah :

8.3.1 Soal Selidik : Soal selidik dipilih kerana ia adalah antara langkah yang mudah dan efektif dalam mengumpulkan data. Selain itu ia juga menjimatkan masa, kos dan tenaga. Jumlah soalan dalam borang soal selidik ini bilangannya dianggap releven untuk tujuan kajian ini. Soal selidik yang akan digunakan oleh penyelidik adalah butiran responden dalam Bahagian A. Manakala soalan dalam Bahagian B merangkumi penjelasan bagi objektif kajian. (*Apakah soalan umum soalselidik ini? Berapakah soalselidk terlibat? Bagaimana ia dibina dan diedar? Apakah skala digunakan? Siapakah yang akan menjawabnya? Adakah ia diuji terlebih dahulu? Berapakah akan dipilot studykan? Siapakah terlibat dengan pilot study?) *Bagaimana dengan kaedah temubual? Ia wajar juga digunakan dan dihuraikan. Soaln-soalan temubual perlu dilampirkan dalam proposal.

8.3.2 Kaedah Analisis Data : Penyelidik akan menggunakan analisis data secara berkomputer menggunakan SPSS (Service Package for Science Social) untuk mendapatkan keputusan analisis yang tepat.

9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN ( LITERATURE REVIEW) Kajian ini dilakukan dengan berpandukan beberapa sumber yang telah dibuat oleh penyelidik. Terdapat beberapa sumber yang telah digunakan oleh penyelidik, antaranya

11

adalah seperti ulasan daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, buku- buku ilmiah, majalah- majalah serta program yang pernah disertai oleh penyelidik. Menurut Azran bin Jaffar dalam Berita Harian, Isnin bersamaan 23 Mac 09, halaman 10, mengulas tentang apa yang dikatakan oleh Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Naib Ketua Wanita UMNO bahawa wanita jangan bersifat lemah, tetapi hendaklah mempunyai kepimpinan yang kuat yang dapat membela nasib wanita UMNO dengan lebih agresif dan terancang. Seterusnya beliau mengatakan bahawa semangat kepimpinan wanita harus dipulihkan agar hak dan peluang mereka dalam parti dan kerajaan dapat diperjuangkan dengan baik dan ikhlas. Di sini penyelidik dapat melihat bahawa masyarakat memartabatkan wanita di dalam tampuk kepimpinan sesebuah organisasi yang mana kaum lelaki turut menerima kepimpinan wanita itu sendiri. Ulasan keratan akhbar Berita Harian Isnin 23 Mac 09, halaman 10 di dalam ruangan Ratu. Menurut Hidayah Mohammad menyatakan bahawa wanita kini mementingkan kecantikan. Bagi mereka lambang kewanitaan adalah berdasarkan pemilihan warna dan pakaian serta solekan yang memberikan peranan dalam menonjolkan kriteria wanita. Sehubungan dengan itu, bagi wanita wajah adalah jendela kecantikan yang mampu menonjolkan keterampilan dirinya. Kini penyelidik dapat lihat banyak produk yang boleh menyelesaikan masalah kulit wanita agar tampak berseri namun, penyelidik berpendapat kecantikan bukanlah semata-mata melambangkan keperibadian wanita tetapi mestilah bersesuaian dengan kehendak syarak dan tidak mendatangkan maksiat. Ulasan keratan akhbar Utusan Malaysia Selasa 4 mac 09, halaman 27 menyatakan seramai 46 ahli Badan Kebajikan Angkatan Tentera ( BAKAT ) telah berjaya menurunkan berat badan dan kadar lemak tubuh dalam program 3G( gemuk, gempal dan gebu ) kepada 3G( genit, gaya dan gemilang ). Mereka yang berjaya menamatkan program menurunkan berat badan selama 6 bulan itu telah menerima cenderahati, wang tunai beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat dan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ), Puan Seri Rositah Md.Mawi. Di sini penyelidik dapat lihat bahawa wanita kini mementingkan gaya hidup sihat dan lebih aktif dalam

12

mengurangkan berat badan dan kadar lemak tubuh untuk mengelakkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, diabetis, angin ahmar dan sebagainya. Merujuk buku Islam Hadhari: Pendekatan pembangunan peradaban di dalam bab pembelaan hak wanita, karya Nik Safiah Karim menyatakan bahawa sejak negara kita menyusun program- program pembangunan negara, kaum wanita telah diajak ikut serta dalam proses ini. Mereka diperlukan sebagai sebahagian daripada guna tenaga. Perangkaan berikut cuba memberi gambaran tentang penglibatan wanita dalam bidang ekonomi dan manfaat yang telah diperolehi ( Mahmood Zuhdi Ab.Majid et.al 2008: 529 ). a) Dari segi penglibatan. Mengikut jabatan perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah wanita yang bekerja bagi tahun 2002 dan 2004 adalah seperti berikut. Tahun 2002- 3235.5 juta, tahun 2004- 3588.7 juta. Dianggarkan pada masa hadapan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan akan memperlihatkan kemajuan yang sama. b) Begitu juga gambaran tentang perangkaan jenis pekerjaan yang dipegang oleh wanita dan peratusan daripada jumlah wanita yang bekerja. Antaranya ialah penggubal undangundang, di mana jumlah pekerja wanita adalah seramai 5.9 peratus, begitu juga dalam bidang profesional peratusan jumlah wanita yang terlibat adalh 6.7 peratus. Akan tetapi, peratusan yang tinggi sebanyak 18.4peratus dalam bidang pekerjaan perkhidmatan, pekedai dan juru jual ( Mahmood Zuhdi Hj. Ab.Majid et.al 2008: 529 ). Dalam hal ini, penyelidik berpendapat bahawa wanita sanggup memikul tanggungjawab yang tinggi untuk sama-sama bergabung tenaga dengan kaum lelaki bagi memajukan ekonomi negara namun wanita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap urusan rumahtangga. Menurut Sayid Muhammad Husian Fadhullah dalam bukunya Dunia Wanita Dalam Islam, yang diterjemahkan oleh Muhammad Abdul Qadir Alkaf berpendapat mengenai keterlibatan wanita kini dalam bidang atau urusan kerjaya adalah sesuatu sifat yang membawa kepada perkembangan dan pertumbuhan yang baik untuk wanita. Namun, harus menjaga dan memelihara batas- batas pergaulan semasa berinteraksi agar dapat menjaga maruah diri, keluarga dan agama. Beliau berpendapat

13

ada sebahagian wanita dieksploitasi dalam bidang pekerjaan luar untuk menjadikan sumber tarikan atau pelarisan sesuatu produk. Contohnya menjadikan wanita sebagai ikon peragaan di majlis- majlis terbuka dengan berpakaian tidak sopan. Selain itu, gambar- gambar wanita yang tidak sopan dijadikan sebagai pelaris untuk tarikan pembeli (Muhammad Husian Fadhullah 2000: 22). Oleh itu, penyelidik bersetuju dengan pendapat pengarang buku ini bahawa pendidikan dan ilmu harus dihiasi pada diri wanita dan bukanlah kecantikan luaran menjadi penarik kepada kemaksiatan. Menurut Mohammad Hasnawi di dalam bukunya Suami Isteri Yang Diredhai Siri Motivasi Kebahagiaan Rumahtangga mengatakan harus dinilai dan diteliti kembali tentang aspek ketrampilan seseorang wanita dalam bekerjaya. Wanita harus berwaspada terhadap penampilan, solekan dan cara berpakaian supaya tidak keterlaluan sehingga mengundang syahwat lelaki dan terjerumus ke lembah kemaksiatan( Mohammad Hasnawi 2007: 45 ). Oleh penyelidik bersetuju dengan pendapat pengarang yang mengatakan bahawa ketrampilan seseorang yang bekerjaya haruslah besederhana dan tidak keterlaluan. Secara keseluruhannya, penyelidik dapat membuat kesimpulan daripada kajian kepustakaan bahawa perubahan sosiobudaya wanita ini mempunyai kesan positif dan juga negatif dalam pelbagai aspek. (*Literature Review sepatutnya mengandungi komentar anda terhadap kekuatan dan kelemahan bahan-bahan penulisan dan penyelidikan sebelum ini. Setiap literature seharusnya ditonjolkan berkait antara satu sama lain. Literature seharusnya lebih terfokus kepada tajuk kajian. Di akhir review tonjolkan kekuatan atau peri pentingnya kajian anda perlu dilakukan).

10.0 JADUAL KERJA

14

2009 AKTIVITI PROJEK JAN FEB MAC APR MEI

Ulasan Kepustakaan Pengumpulan Data Sekunder Bengkel Awalan Membentuk Soal Selidik Pembaikian Soal Selidik Kajian Lapangan Memasukkan Data ke Komputer Menganalisa Data Bengkel Pertengahan Menulis Draf Laporan Bengkel Akhir Projek Menulis Laporan Akhir

(*Penyelidik perlu highlightkan keseluruhan aktivitinya berdasarkan masa (bulan/minggu/hari) yang dicadangkan dalam penyelidikannya. Penyelidk juga perlu menyediakan carta alir aktiviti penyelidikannya).

11.0 SUSUNAN BAB

15

BAB 1 1.0 PENGENALAN 2.0 LATAR BELAKANG PERMASALAHAN KAJIAN 3.0 MATLAMAT KAJIAN 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 5.0 LIMITASI KAJIAN 6.0 HIPOTESIS KAJIAN 7.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN BAB 2 8.0 METODOLOGI KAJIAN 8.1 Jenis Kajian 8.2 Persampelan 8.3 Instrumen Kajian 8.4 Kaedah Analisis Data 9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN (LITERATURE REVIEW) 10.0 JADUAL KERJA 11.0 CADANGAN SOALAN BAB 3 12.0 ANALISIS DATA KAJIAN DAN DAPATAN BAB 4 13.0 CADANGAN 14.0 PENUTUP 15.0 RUJUKAN 16.0 LAMPIRAN (*Sepatutnya ia dinamakan sebagai Cadangan Laporan Penyelidikan. Tajuk-tajuk setiap bab yang bakal ditulis seharusnya dikemukakan lebih ditil. Anda boleh merangkanya berdasarkan objektif yang dirangka. Tajuk utama setiap bab dan sub bab perlu dikemukakan. Tidak cukup dengan paparan sebegitu ringkas)

16

12.0 RUJUKAN . . . 2009. 46 Ahli Bakat berjaya turunkan berta badan. Utusan Malaysia, 24 Mac: 27. (* ini tidak mengikut Gaya UKM) Azran Jaffar. 2009. Gerakan politik wanita UMNO jangan lemah. Berita Harian, 23 Mac : 10. Hidayah Mohammad. 2009. Ratu: Warna dan pakaian lambang kewanitaan. Berita Harian, 23 Mac: 10 Mohammad Hasnawi. 2007. Suami isteri yang diredhai-siri motivasi kebahagiaan rumahtangga. Selangor: Jasmin Enterprise. Nik Safiah Karim. 2008. Pembelaan hak wanita. Dlm. Zalilah Bhahari et.al. (pnyt.). Islam Hadhari: Pendekatan pembangunan peradaban, hlm. 517-519. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sayid Muhammad Husain Fadhullah. 2000. Dunia wanita dalam Islam. Terj. Muhammad Abdul Qadir Alkaf. Jakarta: PT Lentera basritama. * Keseluruhannya jumlah rujukan tidak mencapai jumlah yang memuaskan. Sepatutnya lebih banyak rujukan dalam tajuk ini terutama rujukan premier dibaca oleh pelajar.

13.0 LAMPIRAN A

TAJUK KAJIAN: PERSEPSI PENSYARAH UKM TERHADAP PERUBAHAN SOSIOBUDAYA WANITA Assalamualaikum dan salam sejahtera,

17

Mahasiswa/i, Sukacitanya kami Siti Fatimah Nur binti Shahrani( A119569 ), Rohana binti Abdul Wahab( A119486 ), Syakirah binti Edrus( A120691 ), Noor Hafizah binti Jujaji( A120734 ) daripada Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Tahun 2 akan menjalankan kajian ini seperti yang tertera di atas. 2. Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk menilai persepsi pensyarah terhadap perubahan

sosiobudaya wanita masa kini. 3. Sehubungan dengan itu, anda telah terpilih untuk menjawab soal selidik ini. Segala maklum balas

dan jawapan yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian kami ini. Diharapkan anda dapat memberikan kerjasama dengan jujur dan ikhlas dalam menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik ini. Segala maklumat yang anda berikan adalah RAHSIA. Sekian terima kasih. Yang benar, __________________ ( SITI FATIMAH NUR BINTI SHAHRANI )

Bahagian A Sila isi ruangan berikut: Jantina Umur Status Pekerjaan : Lelaki : 25-35 Perempuan 36-45 46 ke atas Kakitangan swasta

: Bujang Berkahwin : Kakitangan kerajaan

18
Tahap Pendidikan Fakulti Bahagian B Sila nyatakan tahap persetujuan anda terhadap soalan-soalan yang diberikan : Ijazah : FPI Master FSSK PHD FEP Lain-lain

1) Tahap perubahan sosiobudaya wanita terhadap hak-hak wanita a) Wanita pada hari ini mudah untuk meminta cerai daripada suami (fasakh) sekiranya suami tidak bertanggungjawab. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

c) Setujukah anda wanita pada hari ini lebih menanggung bebanan nafkah untuk keluarga berbanding suami. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

d) Wanita lebih peka terhadap hak mereka dalam isu penderaan. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

19

e) Lelaki pada masa kini tidak melupakan tanggungjawab nafkah terhadap anak-anak selepas bercerai. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

f) Setujukah anda bahawa kebanyakan punca perceraian adalah disebabkan oleh kaum lelaki. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

2) Tahap perubahan wanita terhadap status dan kerjaya a) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini telah memonopoli peluang pekerjaan terutama dalam sektor ketiga iaitu sektor perkhidmatan. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

b) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini telah memonopoli peluang pekerjaan terutama dalam sektor utama. ( ( ( ( ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju

20
( ) Sangat setuju

c) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini telah memonopoli peluang pekerjaan terutama dalam sektor kedua. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

d) Wanita pada hari ini layak untuk memegang jawatan CEO atau ketua dalam sesuatu organisasi. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

e) Kedudukan lelaki akan tergugat sekiranya wanita mendominasi tampuk kepimpinan dalam sesuatu organisasi. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

f) Wanita pada hari ini lebih memilih lelaki yang kaya dalam mencari jodoh. ( ( ( ( ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju

21
( ) Sangat setuju

g) Wanita pada masa kini sangat mementingkan status dan kerjaya daripada kepentingan keluarga sendiri. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

h) Wajarkah seorang suami menyekat peluang pekerjaan isterinya yang mempunyai kelayakan dalam sesuatu bidang. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

i) Salah satu faktor keruntuhan rumah tangga adalah disebabkan perbezaan pendapatan (gaji) antara suami isteri. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

j) Lelaki tidak serasi bekerjasama dengan majikan wanita. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

22

3) Tahap Perubahan wanita terhadap aspek material. a) Wanita pada hari lebih mementingkan barangan berjenama berbanding barangan tiruan. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

b) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini mementingkan kadar hantaran yang tinggi. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

c) Salah satu punca lelaki lambat berkahwin adalah kerana permintaan wanita terhadap wang hantaran yang terlalu tinggi. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

d) Lelaki pada hari ini sanggup membayar wang hantaran yang tinggi supaya dapat berkahwin dengan wanita yang sukai. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

23

e) Lelaki pada masa kini lebih suka mengambil kesempatan terhadap wanita yang bekerjaya bagi menampung keperluan rumahtangga kelak. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

f) Faktor hantaran yang tinggi menyebabkan rumahtangga mereka tidak berkekalan. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

g) Perkahwinan pada masa kini tidak berkekalan kerana perkahwinan yang dibina bukan berdasarkan cinta tetapi berdasarkan harta. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

4) Tahap perubahan wanita terhadap aspek gaya hidup a) Sesetengah wanita pada hari ini kurang sopan dalam penampilan berpakaian ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

24
b) Kehidupan sosial wanita pada hari ini lebih mengikut gaya hidup barat.. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

c) Wanita pada masa kini menjadikan artis sebagai model dalam fesyen bertudung walaupun ia tidak menepati cara berpakaian menurut Islam. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

d) Wanita lebih memberikan perhatian kepada fesyen untuk menjaga imej dan penampilan. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

e) Lelaki lebih suka wanita yang pandai memperagakan fesyen berpakaian mengikut arus perubahan kini dan moden walaupun tidak menepati syariat. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

5) Tahap perubahan wanita terhadap aspek emosi a) Wanita yang berkerjaya pada hari ini lebih mengikut emosi apabila menghadapi pelbagai tekanan. ( ( ( ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti

25
( ( ) ) Setuju Sangat setuju

b) Setujukah anda sekiranya isteri yang bekerjaya mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap suami. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

c) Setujukah anda kebanyakan anak- anak menjadi mangsa akibat tekanan yang dihadapi oleh ibu mereka yang bekerjaya. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

d) Wanita pada hari ini sering mengabaikan pembelajaran anak-anak kerana sibuk dengan kerjaya. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

e) Wanita pada hari ini lebih banyak mencipta nama dalam pelbagai bidang di persada dunia.

( ( (

) ) )

Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti

26
( ( ) ) Setuju Sangat setuju

g) Lelaki sukar menerima arahan daripada majikan wanita kerana keegoan mereka yang tinggi. ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

* Segala jasa Tuan/Puan amat penyelidik hargai dan diucapkan jutaaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. Segala maklumat adalah RAHSIA.

*Soalan berbentuk open ended juga perlu dikemukakan bagi mendapat pandangan, komen atau cadangan yang penyelidik tidak jangkakan melalui soalan dikemukakan secara closed ended di atas. *Tajuk-tajuk kecil di celah-celah soalseldik tidak perlu dimasukkan kerana akan menganggu konsentrasi responden. Ia juga menyebabkan responden terasa mereka akan diuji dalam aspek-aspek tertentu. KOMEN UMUM: 1. Perlu juga dimasukkan kerangka teori kajian. 2. Metodologi kajian ditulis dengan lebih ditil kerana ia adalah jantung sebuah proposal penyelidikan. 3. Penyelidik juga perlu menonjolkan bagaiaman setiap objektif yang dirangka booeh dicapai melalui penyeldikan ini. 4. Setiap perkara yang dikemukan atau ditulis hendaklah diberikan alasan yang munasabah KENAPA anda berbuat demikian. 5. TERIMA KASIH Atas Kesudian Anda Menjadi Sampel Penulisan Proposal Ini. Format soalselidik telah diubahsuai bagi disesuaikan untuk penerbitan semula.

27

Anda mungkin juga menyukai