Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1 SFG 3012 NUKLEAR DAN RADIASI

NAMA PELAJAR TAJUK KUMPULAN NAMA PENSYARAH : : : : SITI SAUFU BT MAT ISA IKATAN SEKUNDER A EN. MOHD FAUDZI BIN UMAR

IKATAN SEKUNDER Ikatan sekunder atau ikatan fizikal ini terbentuk hasil daripada dwipolar atom atau molekul, sama ada tetap atau sementara. Dwipolar tersebut terhasil oleh pergolakan rawak elektron-elektron di sekitar atom yang simetri secara elektrik. Sebaik sahaja satu dwipolar terbentuk di dalam satu-satu atom, satu dwipolar yang lain akan terbentuk dalam atom berhampiran. Dwipolar ini akan membentuk satu tarikan lemah antara hujung kedua-dua dwipolar yang berlainan cas. Hujung atom atau molekul yang bercas positif akan tertarik kepada hujung atom atau molekul yang bercas negatif.

Dwipolar atom atau molekul Rajah 1: Dwipolar

Perbezaan antara Ikatan Primer dan Ikatan Sekunder Ikatan sekunder adalah berbeza dengan ikatan primer. Ikatan ini lebih lemah secara harfiah berbanding ikatan primer. Terdapat tiga jenis ikatan primer iaitu ionik, kovalen atau metalik manakala ikatan sekunder pula dikelaskan sebagai daya Van der Waal dan ikatan hidrogen. Tenaga ikatan di dalam ikatan primer adalah lebih tinggi berbanding ikatan sekunder. Tenaga ikatan ialah ukuran kekuatan sesuatu ikatan dalam ikatan kimia atau jumlah tenaga yang diperlukan untuk memisahkan satu mol gas yang terikat secara kovalen. Unit SI yang digunakan ialah KiloJoule per mol (kJ/Mol). Oleh itu, biasanya ikatan primer lebih susah untuk diputuskan berbanding ikatan sekunder kerana memiliki tenaga ikatan yang lebih tinggi. Ikatan primer biasanya melibatkan pemberian, penerimaan dan perkongsian elektron. Berlainan pula dengan ikatan sekunder di mana daya terbentuk kerana interaksi secara fizikal antara atom atau molekul, iaitu di antara kutub-kutub elektron. Atau secara ringkasnya, ikatan primer adalah ikatan kimia manakala ikatan sekunder adalah ikatan fizikal. Tarikan sekunder adalah intermolekul, iaitu tarikan antara satu molekul dengan molekul yang lain. Sebaliknya, tarikan primer adalah tarikan intramolekul iaitu tarikan yang memegang dua molekul individu bersama-sama. Selain itu, semua molekul akan mengalami tarikan sekunder walau selemah mana pun tarikan itu. Contohnya dalam gas seperti gas hidrogen, H2, jika anda memperlahankan gerakan molekul gas ini dengan merendahkan suhu mereka, tarikan tersebut menjadi besar dan kuat untuk
2

membolehkan molekul-molekul tersebut bertaut dan melekat antara satu sama lain. Lalu akhirnya gas tadi menjadi cecair dan kemudiannya pepejal. Secara ringkasnya, perbezaan antara ikatan primer dan sekunder adalah seperti di bawah:

CIRI-CIRI Jenis ikatan Tenaga ikatan Punca pembentukan ikatan


Huraian tarikan

IKATAN PRIMER Ionik, kovalen atau metalik. Tinggi

IKATAN SEKUNDER Daya Van der Waal dan ikatan hidrogen. Rendah Daya terbentuk kerana interaksi secara fizikal Pemberian, penerimaan dan antara atom atau molekul, iaitu di antara perkongsian elektron. kutub-kutub elektron. Intermolekul, iaitu tarikan tarikan intramolekul iaitu tarikan yang antara satu molekul dengan memegang dua molekul individu bersamamolekul yang lain. sama. Jadual 1: Perbezaan antara ikatan primer dan sekunder

Maksud Dwipolar Walaupun cas keseluruhan sesuatu molekul adalah sifar, antara sifat semulajadi ikatan kimia ialah cas-cas positif dan negatif tidak bertindan sepenuhnya dalam kebanyakan molekul. Oleh itu, molekul-molekul ini dikatakan berpolar atau berkutub dan wujudnya dwipolar elektrik. Contohnya adalah molekul air kerana bentuknya yang tidak simetri menyebabkan kewujudan ikatan dwipolar.

Rajah 2: Momen dwipolar

Rajah 3: Daya tarikan dan tolakan dalam molekul berkutub

Daya Van der Waal Ikatan ini wujud secara maya antara semua atom atau molekul. Tetapi kewujudannya akan dikaburi jika tiga ikatan utama telah wujud. Ikatan sekunder dibuktikan oleh gas nadir, yang mempunyai struktur elektron stabil. Dan tambahan pula, antara molekul-molekul dalam struktur molekul yang terikat secara kovelen. Ikatan sekunder muncul daripada dwipolar atom atau molekul. Secara dasarnya, kutub elektrik wujud bila mana terdapat perpisahan antara bahagian positif dan negatif dalam sesuatu atom atau molekul. Tarikan coulomb antara hujung positif satu dwipolar dengan hujung negatif dwipolar bersebelahan menghasilkan ikatan tersebut.

Tarikan dwipolar akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu: i. ii. iii. Antara dua dwipolar yang dirangsang. Antara dwipolar yang dirangsang dan molekul berkutub (yang mempunyai kutub tetap). Antara dua molekul berkutub.

Ikatan hidrogen, iaitu sejenis ikatan sekunder, ditemui antara sesetengah molekul yang mempunyai hidrogen sebagai salah satu unsurnya.

Ikatan Dwipolar terangsang yang Berubah-ubah Dwipolar boleh dicipta atau dirangsang di dalam atom atau molekul yang biasanya simetri secara elektrik; iaitu, pembahagian ruang elektron secara keseluruhannya adalah simetri berdasarkan nukleus yang bercas positif.

Rajah 4: (a) atom yang simetri secara elektrik dan (b) dwikutub atom yang dirangsang
5

Kesemua atom mengalami getaran tetap yang boleh menyebabkan sesetengah elektrik atom atau molekul yang simetri tersebut menjadi senget seketika atau dalam satu-satu jangka masa pendek. Sehubungan dengan itu, dwipolar elektrik yang kecil telah tercipta. Salah satu daripada dwipolar ini seterusnya boleh menyebabkan perubahan dalam pembahagian elektron dalam atom bersebelahan yang mana merangsang dwipolar kedua untuk dibentuk. Dwipolar yang baru terbentuk dalam atom kedua ini akan tertarik atau terikat dengan lemah kepada dwipolar atom pertama tadi; ini adalah satu ikatan Van der Waal. Daya-daya tarikan ini mungkin wujud di antara sejumlah besar atom atau molekul, yang mana daya ini adalah sementara dan berubah-ubah mengikut masa. Pencairan dan dalam sesetengah kes, pembekuan bagi gas nadir dan molekul lain yang simetri serta neutral secara elektrik seperti gas hidrogen, H2 dan gas klorin, Cl2 boleh dikesan disebabkan oleh ikatan jenis ini.

(a)

(b)

Rajah 5: (a) Gas hidrogen dan (b) gas klorin. Bahan-bahan yang mempunyai ikatan dwipolar terangsang yang mengatasi kemungkinan kewujudan ikatan-ikatan intermolekul lain dalam bahan tersebut, mereka mempunyai takat didih dan takat lebur yang terlalu rendah. Hal ini kerana ikatan tersebut adalah paling lemah antara semua ikatan sekunder.

Ikatan Dwipolar terangsang dengan Molekul Berpolar Dwipolar tetap wujud di dalam sesetengah molekul disebabkan oleh susunan bahagian bercas positif dan negatif yang tidak simetri. Molekul-molekul ini dipanggil molekul berpolar.

Rajah 6: Molekul hidrogen klorida yang berkutub.

Rajah menunjukkan perwakilan skematik molekul hidrogen klorida, HCl; momen dwipolar tetap akan muncul daripada jumlah cas-cas positif dan negatif yang berkaitan dengan hujung hidrogen dan klorin masing-masing dalam molekul HCl. Molekul berpolar juga boleh merangsang satu dwipolar di dalam molekul berdekatan. Dan kemudian satu ikatan akan terbentuk hasil daripada daya tarikan antara kedua-dua molekul ini. Tambahan pula, nilai ikatan ini akan menjadi lebih besar berbanding ikatan dwipolar yang berubah-ubah.

Ikatan Dwipolar Tetap Dwipolar tetap terbentuk di dalam sesuatu molekul disebabkan oleh aturan secara simetri antara kawasan bercas positif dan negatif. Daya Van der Waal juga boleh wujud antara dua molekul polar yang berada bersebelahan. Tenaga ikatan yang berkait dengan molekul ini adalah lebih besar secara signifikan berbanding molekul yang mempunyai dwipolar terangsang. Jenis ikatan sekunder yang paling kuat adalah ikatan hidrogen, yang merupakan kes istimewa bagi ikatan molekul polar. Ikatan hidrogen terjadi antara molekul yang mempunyai hidrogen

yang terikat secara kovalen dengan florin (seperti dalam HF), oksigen (seperti dalam H2O), atau nitrogen (seperti dalam NH2).

Rajah 7: Molekul-molekul yang mempunyai ikatan hidrogen.

Dalam setiap ikatan HF, HO, atau HN, satu-satunya elektron hidrogen dikongsi dengan atom lain. Oleh itu, hujung atom yang mempunyai atom hidrogen pada dasarnya adalah proton yang terdedah dan tidak ditapis oleh mana-mana elektron. Hujung yang sangat bercas positif ini mampu membentuk satu daya tarikan yang kuat dengan hujung bercas negatif molekul berhampiran.

Rajah 8: (a) Susunan molekul-molekul HCl yang berterabur dan (b) susunan molekul-molekul HCl yang tersusun setelah dirangsang.

Ikatan Hidrogen Ikatan hidrogen secara relatifnya lebih kuat berbanding daya Van der Waal tetapi lebih lemah berbanding ikatan primer. Ikatan antara atom hidrogen dan atom elemen paling elektronegatif (N, O, F) dipanggil ikatan hidrogen. Contohnya yang terdapat dala m molekul air.

Rajah 9: Ikatan hidrogen dalam molekul air.


9

Hal ini berdasarkan fakta bahawa hidrogen merupakan atom terkecil yang memberi tolakan kecil apabila berinteraksi dengan atom berelektronegativiti tinggi di dalam molekul lain. Oleh itu, hidrogen tersebut berjaya membentuk ikatan separa dengan molekul lain tersebut. Hal ini menjadikan ikatan hidrogen kuat tetapi lebih lemah jika dibandingkan dengan ikatan primer memandangkan interaksi mereka adalah interaksi dwipolar tetap. Ikatan hidrogen adalah dua jenis sebenarnya iaitu intermolekul dan intramolekul. Dalam ikatan intermolekul hidrogen, ikatannya adalah antara atom hidrogen dan atom elektronegatif lain. Contohnya o-nitrofenol. Dalam ikatan intramolekul hidrogen pula, ikatannya adalah antara atom hidrogen dan atom elektronegatif bagi molekul yang sama tetapi mereka tidak terikat secara kovalen. Contohnya p-nitrofenol.

Rajah 10: Perbezaan antara ikatan hidrogen dalam molekul o-nitrofenol dan p-nitrofenol

10

Kesimpulannya, ikatan sekunder wujud secara semulajadi dalam semua molekul walau ikatan tersebut lemah kerana ikatan ini terjadi antara molekul atau intermolekul. Ikatan ini dikelaskan kepada dua iaitu daya Van der Waal yang lemah dan ikatan hidrogen yang lebih kuat.

11

Anda mungkin juga menyukai