Anda di halaman 1dari 29

Disediakan oleh : Aziyan binti Linggi Nur Ashikin binti Ab Jalil

Semua organisma menjalankan proses respirasi untuk mendapatkan tenaga. Proses pengoksidaan makanan oleh organisma hidup untuk menghasilkan tenaga disebut RESPIRASI.

Struktur Asas Respirasi

JENIS-JENIS PERNAFASAN

Pernafasan eksternal (melalui paru-paru)

Pernafasan Internel (Pernafasan tisu)

PERNAFASAN EKSTERNAL
Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari. Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah.

Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paruparu mempunyai tekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen. Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah,kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut.

Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. (i) Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli dengan udara luar; (ii) Aliran darah melalui paru-paru; (iii) Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlahtepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan (iv) Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari.Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen.

PERNAFASAN INTERNAL
Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin Hasilnya adalah karbon dioksida.

Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

Larinks, Trakea dan Bronkus

Hidung
Terdiri daripada bahagian luaran dan dalaman Bahagian luaran menonjol dari wajah dan disokong oleh tulang hidung dan rawan Bahagian dalaman hidung adalah rongga berlorong yang dipisahkan menjadi rongga hidung kanan dan kiri oleh pembahagi vertikal yang sempit, yang disebut septum
Permukaan mukosa hidung dilapisi oleh sel-sel goblet yang mengeluarkan lendir secara terus menerus dan bergerak ke belakang ke nasofaring oleh gerakan silia berfungsi sebagai saluran untuk udara mengalir ke dan dari paru-paru berfungsi sebagai penapis kotoran dan melembabkan serta menghangatkan udara yang dihirup ke dalam paru-paru bertanggungjawab terhadap olfaktori (penghidu) kerana deria olfaktori terletak dalam mukosa hidung, dan fungsi ini berkurang sejajar dengan pertambahan usia

FARINKS
Dikenali juga sebagai tekak. Mempunyai kira-kira 12 hingga 13 cm panjang tiub berotot. Merupakan satu salur yang bermula dari dasar tengkorak dan tamat di belakang peti suara di aras vertebra leher keenam. Bahagian paling atas farinks dikenali sebagai nasofarinks. Bahagian tengah pula dikenali sebagai orofarinks dan bahagian paling bawah dikenali sebagai laringofarinks Menyediakan laluan bagi keluar masuk udara dan juga makanan dan minuman. Menyediakan ruang dengungan (resonasi) untuk bunyi percakapan. Memberi perlindungan daripada mikroorganisma yang masuk bersama udara, makanan dan minuman.

Juga dikenali sebagai peti suara. Merupakan laluan pendek yang menghubungkan laringofarinks dengan trakea. Terdapat beberapa tulang rawan di larinks. Tiga daripada tulang rawan ini tidak berpasangan dan tiga lagi berpasangan. Rawan yang berpasangan adalah aritenoid, kornikulat dan kuneiform. Manakala rawan yang tidak berpasangan adalah tiroid, epiglotis dan krikoid

Penghasilan suara. Laluan udara. Menghalang kemasukan bahan asing ke trek pernafasan bawah melalui lipatan-lipatan epiglotis dan vokal.

TRAKEA
Merupakan satu salur berukuran 12cm panjang. Terbentuk daripada rawan-rawan yang berbentuk C. Permukaan belakang salur dilapisi dengan selaput. Otot bebas terdapat di ruang antara rawanrawan. Menyediakan tempat laluan bagi udara yang masuk dan keluar

BRONKUS
Trakea akan bercabang dan membentuk bronkus kiri dan kanan. Dilapisi oleh tisu epitelium. Bronkus kanan lebih pendek dan lebar daripada bronkus kiri. Bronkus kiri lebih panjang dan nipis. Terdapat banyak pencabangan pada bronkus dan membentuk seperti batang pokok dan sering dirujuk sebagai pepokok bronkus. Menyediakan tempat laluan bagi pengagihan keluar dan masuk udara.

PARU-PARU
Berbentuk kon dan berpasangan. Jantung dan struktur lainmemisahkan paruparu dari pasangannya. Paru-paru kiri mempunyai dua lobus, manakala paru-paru kanan tiga lobus. Dikelilingi oleh dua membran serosa yang dipanggil sebagai pleura. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida

Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma.

Inhalation (Tarik nafas)


Proses di mana udara masuk ke dalam paru-paru. Untuk membolehkan udara masuk ke paruparu,tekanan di aveoli mestilah rendah daripada tekanan di atmosphera. Keadaan ini boleh dicapai dengan meningkatkan isipadu paru-paru. Oleh itu, paru-paru mestilah mengembang untuk meningkatkan isipadu paru-paru dan merendahkan tekanan di dalam paru-paru.

Otot yang terlibat :


Diafragma
Pengecutan otot diafragma akan menyebabkan ia
mendatar. Dan meningkatkan dimensi rangga toraks. Dalam pernafasan normal, diafragma akan menurun sebanyak 1cm, dan menghasilkan tekanan udara sebanyak 1-3mmHg. 75% udara yang masuk ketika inhalation adalah hasil daripada pengecutan otot diafragma.

Muscles: Inspiration

23

Exhalation (Hembusan nafas)


Juga dipanggil sebagai expiration. Proses pergerakan udara keluar dari paru-paru.

Juga disebabkan oleh perubahan tekanan.


Tekanan di dalam paru-paru lebih tinggi daripada

tekanan di atmosphera.
Tidak ada pengecutan otot berlaku.

Exhalation
Exhalation adalah hasil daripada elastic coil yang berlaku pada dinding toraks dan paru-paru.

Natural tendency to spring back after they have been strech.


Apabila otot external intercostal relax, tulang rusuk akan menurun. Oleh itu, tekanan dalam pau-paru akan meningkat. Maka udara akan bergerak keluar dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

Muscles: Expiration

26

Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali. Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia. i) Kawalan saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot pernafasan.

ii) Kawalan kimia


Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.

Anda mungkin juga menyukai