Anda di halaman 1dari 1

Matlamat Senamrobik Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan

sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Objektif Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut: 1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; 2 melibatkan penyertaan semua murid; 3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; 4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

Anda mungkin juga menyukai