Anda di halaman 1dari 13

AHLI KUMPULAN -FIRDAUS KIROH -BRIAN PHILLIP -DANIEL THOMAS

Objektif Pembentangan
Dapat menjelaskan tentang kesan perubahan kuantiti

faktor pengeluaran dan teknologi terhadap keluk kemungkinan pengeluaran dan mengaitkannya dengan masalah pertumbuhan ekonomi.

Definisi Keluk
Merupakan rajah yang menunjukkan had maksimum

tingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masyarakat atau negara (sebuah ekonomi) berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada dan tingkat teknologi tertentu. Bentuk keluk terbahagi kepada dua iaitu berbentuk garis lurus (Kos Lepas Malar) atau berbentuk cembung (kos Lepas Meningkat)

Skop Penerangan Kami Dalam Perubahan Kuantiti Faktor Pengeluaran Terbahagi Kepada :
Perubahan Kuantiti Faktor Pengeluaran
Perubahan Tingkat Teknologi Pertumbuhan atau Kemelesetan Ekonomi.

Perubahan Kuantiti Faktor Pengeluaran


Merujuk kepada pertambahan atau pengurangan

faktor pengeluaran dalam ekonomi. Faktor yang menjadi penyumbang : i. Pertumbuhan ekonomi. ii. Pertambahan penduduk atau tenaga kerja. iii. Penemuan sumber alam baru. iv. Pertambahan pelaburan kesan pertambahan pelaburan tempatan atau kemasukan pelaburan asing.

Pertambahan faktor pengeluaran akan menyebabkan

pengeluaran sesuatu barang dalam ekonomi bertambah. Kesannya, KKP akan beralih ke kanan. Lihat gambar rajah berikut :

Rajah tersebut menunjukkan KKP bagi barang X dan

barang Y. Berdasarkan rajah, pertambahan faktor pengeluaran menyebabkab KKP beralih ke kanan secara selari. Lihat AB ke AB.

Ini bermaksud pertambahan faktor pengeluaran barang X sama

dengan faktor pengeluaran barang Y. Manakala faktor yang menyumbang kepada pengurangan faktor pengeluaran adalah : Kemelesetan ekonomi (akan mengurangkan pelaburan dan mengurangkan guna tenaga) Pengurangan tenaga kerja (syarat pengambilan) Kepupusan sumber (contoh bahan galian) Kemerosotan pelaburan (penarikan balik pelaburan oleh pelabur asing)

Pengurangan faktor pengeluaran menyebabkan

pengeluaran barang X dan barang Y berkurangan ( lihat rajah 1.4 (b) ) KKP akan beralih ke kiri secara selari. Ini bermakna pengurangan faktor pengeluaran adalah sama untuk kedua-dua barang.

Perubahan Tingkat Teknologi


Tingkat teknologi sentiasa meningkat hasil daripada

penyelidikan dan pembangunan. Ini menyebabkan daya pengeluaran terutamanya barang dalam ekonomi meningkat. Peningkatan tersebut turut menyebabkan KKP beralih ke kanan secara selari sama seperti pada rajah 1.4 (a). Ini menyebabkan peningkatan teknologi adalah sama bagi kedua-dua barang (X dan Y). Kesannya, pertambahan pengeluaran kedua-dua barang juga adalah sama. Tetapi penambahan atau pengurangan tidak semestinya berlaku dengan kadar yang sama terhadap pengeluaran setiap barang.

Rajah 1.5 Pertambahan faktor pengeluaran dan peningkatan teknologi dengan kadar yang berlainan dalam pengeluaran barang X dan barang Y

Mari kaji rajah sebentar tadi


Jika faktor pengeluaran atau peningkatan teknologi berlaku pada barang X sahaja, pengeluaran barang X sahaja yang bertambah dan barang Y pula tidak mengalami perubahan. Lihat KKP yang menunjukkan AB ke AB pada rajah 1.5 (a). Jika faktor pengeluaran atau peningkatan berlaku pada pengeluaran barang Y sahaja, maka sama juga. Hanya pengeluaran barang Y yang bertambah dan barang X tidak. Lihat KKP yang menunjukkan AB ke AB pada rajah 1.5 (b). Sekiranya pertambahan faktor pengeluaran / peningkatan teknologi berlaku dengan cepat dalam pengeluaran barang X, pertambahan pada pengeluaran barang X akan bertambah dengan kadar yang lebih besar berbanding barang Y. Lihat KKP yang beralih ke kanan dari AB ke AB dengan pertambahan pengeluaran barang X iaitu BB lebih besar berbanding AA. Lihat rajah 1.5 (c). Sebaliknya, jika hal yang sama berlaku pada pengeluaran barang Y,

pengeluaran barang akan bertambah dengan kadar ebih besar berbanding pengeluaran barang X. Rujuk rajah 1.5 (d).

Pertumbuhan atau Kemelesetan Ekonomi


Biasanya pertambahan faktor pengeluaran dan

peningkatan teknologi selalunya dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi. KKP akan beralih ke kanan apabila berlaku pertumbuhan ekonomi. Manakala, pengurangan faktor pengeluaran pula selalu dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi. Ini akan menyebabkan KKP akan beralih ke kiri apabila hal ini berlaku.

Sekian dan Terima Kasih


Diharap anda mendapat serba sedikit input semasa

pembentangan kami tadi. Sekian Rujukan (Longman Mikroekonomi Terbitan 2010 dan Ace Ahead Mikroekonomi Edisi Kedua Terbitan 2010)

Anda mungkin juga menyukai