Anda di halaman 1dari 13

PERIBAHASA / ungkapan menarik DALAM KARANGAN

Isi : Punca / Sebab


1. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang 2. Jikalau tiada berada-ada, masakan tempua bersarang rendah (tentu ada punca yang menyebabkan sesuatu perkara terjadi)

Isi : Usaha / Langkah / Cara


Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya 2. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama 3. Jika haus diberikan minuman, jika sakit diberikan ubatan, jika salah diberikan hukuman (setiap masalah yang timbul pasti ada cara untuk mengatasinya)
1.

Isi : Usaha / Langkah / Cara


1. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan 2. Patah dihubung hilang diganti (Tidak putus asa / terus berusaha mengatasi masalah)

Isi : Bekerjasama menyelesaikan masalah


1.

Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat Muafakat membawa berkat Bulat air oleh pembentung, bulat kata oleh muafakat

2.

3.

Isi : Cinta akan negara


1. Gagasan / Semangat 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

2. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.


3. Negara Kita Tanggungjawab Kita.

Isi : Perjuangan
1.

Biar berputih tulang, jangan berputih mata ( lebih baik mati daripada menanggung malu)

2.

Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang (biarlah diri menjadi korban kerana mempertahankan kehormatan)

Isi : Perjuangan
1. Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah (Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan pertolongan orang lain semata-mata) 2. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Isi : Didikan Ibu Bapa


1. 2.

3.
4. 5.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Bapa borek anak rintik Bagaimana acuan begitulah kuihnya Ayam patuk anaknya

(didikan ibu bapa membentuk sikap anak-anak)

Isi : Kasih Sayang Ibu Bapa


1. Bagai menatang minyak yang penuh 2. Tatang di anak lidah (ibu bapa yang amat sayang akan anak) 3. Kecil-kecil anak, bila besar menjadi onak (anak semasa kecil meriangkan ibu bapa, apabila besar menimbulkan kesusahan kepada orang tua)

Isi : Berhati-hati
1. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 2. Sediakan payung sebelum hujan (Berhati-hati sebelum mendapat kesusahan) 3. Biar lambat asalkan selamat, takkan lari gunung dikejar (Hendaklah cermat dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya hasilnya sempurna)

Isi : Kesan / Akibat


Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata lata
(orang yang mengikut kehendak hati akan mendapat kesusahan)

Isi : Perpaduan
1.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai

2.

3.

Anda mungkin juga menyukai