Anda di halaman 1dari 77

INTERAKSI TAMADUN ASIA (INDIA) DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA

INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

WAJ3101

3.1 SEJARAH AWAL TAMADUN INDIA

Pengenalan

Tamadun Lembah Indus dapat dikesan melalui penempuan arkeologi pada abad ke-19 dan catatan-catatan dari Mesopotamia. Penemuan tamadun Lembah Indus ini sangat penting kerana ia menunjukkan wujudnya satu bentuk kehidupan yang bersifat bandar. Kepentingan Sungai Indus dan saravasti dalam tamadun Lembah Indus. Kemajuan dan kemunduran kehidupan di seni dikaitkan dengan keadaan aliran dua batang sungai ini.
WAJ3101 3

Penemuan Penempatan
Harappa
Dholavira Lothal Daimabad Sutgaken Dor
WAJ3101 4

Mohenjodaro
Rakhigarhi Ganeriwala Chanudarho

MOHENJODARO

Kota yang tersusun dan sistematik. Ia terletak di Sindh, Pakistan. Kawasan mandi yang luas, bangunanbangunan yang seragam dan tersusun. Gudang-gudang besar sebagai tempat penyimpanan bijirin. Sistem perparitan yang tertutup di sepanjang jalan.
WAJ3101 5

Kemajuan Lembah Indus

Kehidupan kota dan mendirikan bangunan-bangunan Corak kehidupan bertani yang tersusun Penciptaan barangan untuk pelbagai kegunaan Hubungan perdagangan dengan wilayah luar
WAJ3101 6

Kemerosotan Tamadun Lembah Indus


Faktor-faktor kemerosotan, ada beberapa teori mengenainya : a. Perpindahan penduduk ke kawasan lain kerana masalah banjir yang kerap berlaku. b. Kekeringan Sungai Sarasvati. c. Kedatangan orang arya (1500 sm) dan penguasaan mereka terhadap kawasan ini. (Pendapat ini ditolak sebahagian sejarawan, namun orang arya telah mencorakkan kehidupan masyarakat di India berbanding Dravidia).

WAJ3101 7

Kuasa-kuasa Pemerintahan Di India

Kuasa-kuasa dari dalam: Empayar Gupta Maurya Kuasa-kuasa dari luar: Peringkat kemasukan orang-orang Islam dan kekuasaan Islam di India Kemasukan British
WAJ3101 8

3.2 PANDANGAN SEMESTA TAMADUN INDIA

Pandangan semesta adalah perbicaraan tentang beberapa aspek penting dalam satu-satu tamadun

Alam Dan Manusia

Pusat kekuasaan alam: Kepercayaan Hindu Kepercayaan Islam Manusia dan kelas kehidupan: Kasta-sebab adanya kasta Manusia pada pandangan Islam
WAJ3101 10

Kepercayaan Hindu

Alam diperintah 3 tuhan utama : Brahma (yang menjadikan) Vishnu ( yang menjaga) Shiva (yang memusnahkan Vishnu dapat menjelma dalam pelabagai bentuk untuk memelihara alam Dewa pembantu :. Brahma : Sarasvati (dewa pengetahuan) Vishnu : Lakshmi (dewa kaya dan keamanan) Shiva : Parvati (kali/durga)
WAJ3101 11

Sambungan

Dewa/tuhan-tuhan lain : Ganesh, Hanuman, Surya,ganga Ma, Samundra, Prithvi, Shakti Panggilan untuk dewa biasanya ma Tidak semua tuhan disembah oleh semua orang. Sesetengahnya hanya disembah oleh sebilangan orang pada masa tertentu. Contoh : Hanuman untuk orang yang ingin melakukan kegiatan fizikal
WAJ3101 12

Kepercayaan Islam

Ajaran Islam meliputi aspek berikut : Islam dan aqidah Islam Islam dan manusia Hukum halal dan haram Tujuan hidup manusia : Hinduisme : mencapai mokhsa (keamanan sebenar) Islam : mengabdi diri kepada tuhan (Allah)dan sebagai khalifahNya, taqwa sebagai aset, kehidupan sesudah mati.
WAJ3101 13

Manusia Dan Kelas Kehidupan

Sati / sutee Membakar isteri bersama mayat suami diharamkan Inggeris pada 1829. Dipercayai dibawa oleh orang Scythia yang pernah menakluki India. Asalnya ialah raja yang mati akan ditanam bersama para isteri dan gundik, diubah kepada bakar untuk sesuaikan dengan masyarakat India.
WAJ3101 14

Kepentingan Sungai

Keperluan yang amat penting, penyumbang kepada pandangan semesta. Sungai Sarasvati dianggap suci walaupun kewujudannya belum dapat dijelaskan S. Kalyanaraman : ia diistilahkan sebagai ambitame, naditame dan devitame Kewujudan alam dikaitkan dengan kewujudan kuasa lain yang menjelma sama ada di laut atau darat. Terdapat 7 batang sungai yang diagungkan, cuma Sarasvati diberi status dewa Contoh : Godavri, Yamuna Dan Ganges
WAJ3101 15

Sambungan

ambitame ambitame naditame naditame devitame devitame sarasvati sarasvati apra_asta apra_asta iva iva smasi smasi pra_astim pra_astim amba amba nas nas kodkhi kodkhi
O best of mother, O best of rivers, O best of goddesses, Sarasvati, (we feel) as if given no consideration, please favour us with renown, O mother...
WAJ3101 16

Hubungan Cakerawala Dengan Kehidupan

Corak kehidupan manusia juga banyak dipengaruhi oleh peredaran bintang. Kelahiran ilmu astronomi dan astrologi kerana kesungguhan manusia memahami perjalanan cakerawala yang diyakini memberi kesan baik dan buruk Ahli kaji bintang terawal ialah Brahmin. Segala kegiatan keagamaan ditentukan tarikhnya oleh kumpulan ini.
WAJ3101 17

KASTA

A.L. Basham : kunci memahami masyarakat India ialah dengan melihat varna dan asrama. Perbezaan warna kulit dikatakan asas utama pembentukan kasta. Brahmin (berkulit cerah) ; Ksyatria (kemerahan) ; Vaisya (kekuningan) ; dan Sudra (gelap). Walaupun sukar difahami, tetapi ia menjadikan masyarakat India berkelas-kelas.
WAJ3101 18

Sambungan

4 kasta utama dan peranannya : i. Brahmin : penjaga kerohanian ii. Ksyatria : keamanan dan keselamatan iii. Vaisya : peniaga dan pedagang iv. Sudra : petani Teori asal-usul kasta: i. Agama ii. Biologi iii. Sejarah sosial
WAJ3101 19

Teori Agama, dari Kitab Veda

Manusia pertama Purush mencairkan dirinya untuk membentuk masyarakat manusia Hasilnya terbentuk 4 varna iaitu : 1. Kepala melahirkan brahman 2. Tangan melahirkan ksyatria 3. Peha melahirkan vaisya 4. Kaki melahirkan sudra Hirarki ditentukan dari anggota badan teratas hingga terbawah.
WAJ3101 20

Teori Biologi

Semua benda mewarisi tiga kualiti hidup: 1. Sattva : kebebasan, kecerdikan, kejujuran dan lain-lain kualiti hidup yang positif (Brahmin) 2. Raja : sabar, bangga diri dan lain-lain kehebatan diri (Ksyatria dan Vaisya) 3. Tama : kedunguan, kebodohan dan tiada kreativiti (Sudra) Mutu makanan juga penting bagi kualiti keturunan.
WAJ3101 21

Teori Sejarah Sosial


Kasta adalah lanjutan cara hidup Arya, ia bukan perbezaan kelas tetapi varna. Orang Arya terdiri dari Rajayana (pahlawan), Brahman dan Vaisya (tukang/petani). Perebutan jawatan pemimpin dimenangi Brahman. Vaisya menjadi penting apabila mereka dapat menguasai orang tempatan. Orang Arya menetapkan 3 golongan utama itu mesti dari kalangan mereka. Golongan lain digelar Sudra yang diperolehi melalui penaklukan atau perkahwinan.
WAJ3101 22

Falsafah Dan Ketuhanan

Agama Hindu dan kelahirannya Agama langit Islam, Kristian dan Sikhism Agama-agama lain Zoroasta Yahudi Jaina Buddha Din-i-Ilahi
WAJ3101 23

TAMADUN INDIA

3.3 KEPERCAYAAN DAN NILAI UTAMA DALAM TAMADUN INDIA

PENGENALAN

Persoalan yang berkaitan dengan tamadun merupakan sesuatu yang penting untuk dibuat kajian. Ini termasuklah hal yang berkait dengan persoalan kepercayaan dan nilai. Dalam masyarakat India, sistem kepercayaan yang mendapat tempat ialah Hindu, Budha & Jaina.
WAJ3101 25

HINDU

Merupakan antara agama yang tertua di dunia. Sejarah kemunculannya tidak dapat dipastikan. Agama ini wujud daripada campuran antara kepercayaan orang-orang Indus dan orangorang Aryan dari Asia Tengah Agama ini tidak mempunyai pengasas. Nama lain yang digunakan: Sanataradharma, Vaidika Dharma & Brahmanisme
WAJ3101 26

Sambungan

Mempercayai kewujudan pelbagai tuhan Berpegang kepada konsep trimurti (3 penjelmaan) I. Tuhan Brahma 2. Tuhan Vishnu 3. Tuhan Siva Menitikberatkan konsep re-incarnation (kelahiran semula). Mereka mempunyai beberapa mazhab yang mempunyai kefahaman & keutamaan tersendiri. 2 mazhab yang besar ialah: Saivisme & Vaishnavisme.
WAJ3101 27

Sambungan

Agama ini mempunyai sumber rujukannya yang tersendiri sebagai panduan. Veda (Rig, Sama, Yajur & Artha): bersifat abadi dan isi kandungannya yang tidak berubah. Menyentuh hal-hal hukum agama yang menjadi rujukan golongan Brahmana. Mengandungi ayat-ayat nyanyian dan pujian terhadap tuhan.
WAJ3101 28

Sambungan

Kitab Upanishad: kejadian alam,kewujudan atman dan teologi Upanishad mempunyai 108 buah buku yang terdiri dalam bentuk puisi & prosa. Bahagian yang penting: isha, kena prashna, mundaka dll

WAJ3101

29

Sambungan

Ajaran Hindu menggalakkan pengikutnya melaksanakan perkara baik (niyama) & meninggalkan perkara buruk (yama). Antara perkara baik: sauca, santosya, tepaha, suadhyana, iswariaparanidha. Perkara yang perlu dilakukan: ahimsa, satya, asteya, brahmacariya, aprigraha.
WAJ3101 30

Sambungan

Berdasarkan konsep tadi, ajaran ini ingin melahirkan penganut- penganut yang sentiasa melakukan perkaraperkara baik. Kesemua tadi hanya tercapai apabila seseorang itu dapat bersatu dengan brahman.
WAJ3101 31

BUDDHA

Buddha : bodhi=hikmat Boddhi : buddhi = nurani Pengasas : Siddharta Gautama Buddha Buddha bukanlah seorang dewa tetapi guru yang menjadi tempat rujukan.
WAJ3101 32

Sambungan

Kitab-kitab rujukannya: tripitaka (3 himpunan hikmah) Sutta Vinaya Adhidhamma Pitaka Nilai dalam Buddha : 1. Empat kebenaran mulia 2. Jalan lapan lapis
WAJ3101 33

Sambungan

1. 2. 3. 4.

Empat kebenaran mulia: Dukka : kesengsaraan Samudaya : punca penderitaan Nirodha : pemadam api keinginan Marga : cara memadamkan api keinginan Dapat dicapai melalui pengamalan jalan lapan lapis.
WAJ3101 34

Sambungan

Jalan lapan lapis: 1. Kepercayaan yang betul, 2. Cita-cita yang betul, 3. Pertuturan yang baik, 4. Perbuatan yang betul, 5. Hidup yang betul, 6. Usaha yang benar, 7. Fikiran yang betul 8. Renungan yang baik
WAJ3101 35

Sambungan

1. 2.

3.

Kelapan2 prinsip hidup di atas boleh dirangkumkan dalam 3 prinsip utama: Percaya kepada Buddha sebagai guru Berkelakuan seperti yang dikehendaki oleh Sangha Melaksanakan renungan yang baik (samadhi) dan mencapai samabodhi (mengetahui kebenaran sepenuhnya) bagi memperolehi nirvana
WAJ3101 36

JAINA

Kemunculannya sama dengan agama Buddha Berlaku di India Utara Diasaskan oleh Nataputta Vardhamana (Mahavira) Mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Upanisyad dan Buddha. Konsep karma dan samsara diutamakan.
WAJ3101 37

Sambungan

Ajaran agama ini: Di dalam jasad terdapat roh, roh pula wujud di dalam semua jirim seperti batu, api @ angin. Penyeksaan diri adalah jalan untuk mengawal nafsu. Hal yang paling sukar dalam kehidupan ialah mencari jalan menuju kepada penyelamatan dan pengasingan.
WAJ3101 38

Sambungan ..

Penganutnya mengamalkan corak kehidupan yang konservatif, tidak menerima perubahan dan mengekalkan hubungan dengan agama Hindu. Penganut Jaina mengamalkan lima sumpah iaitu: jangan membunuh, jangan bercakap bohong, jangan mencuri, menolak semua nikmat kebendaan dan mengamalkan kesucian.
WAJ3101 39

RUJUKAN
1.

2.

3.

Rhoads Murphey, 1992, A History of Asia, New York Azhar Hj Mat Aros et al, 2001, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, KL R. Raja Krishnan & M. Rajantheran,1989, Pengantar Tamadun India, KL

WAJ3101

40

TAMADUN INDIA

3.4 ISLAM DALAM TAMADUN INDIA

PENGENALAN

Hubungan Islam dengan India telah bermula bila wujud hubungan perdagangan di antara orang Arab dengan orang India tempatan. Orang Arab mengenali India sebagai Sind @ Hind P.K. Hitti : hubungan antara Arab-India berlaku sejak dari kerajaan Main dan Saba di sekitar tahun 1200-1500sm.
WAJ3101 42

ISLAM DI INDIA: SEJARAH KEDATANGANNYA

Islam bertapak melalui kawasan-kawasan pantai Lautan Hindi. Penghujung abad 7M, ada beberapa pelabuhan di pantai barat India yang di diami oleh orang Islam Arab. Zaman Umar al-Khatab : tentera Islam pernah sampai ke sempadan India tapi tidak mendapat sambutan. Zaman Uthman: serangan dilakukan ke atas Sind & di pimpin oleh Abdullah Amir. Zaman Ali: satu utusan dihantar utk mengkaji kebudayaan & kekuatan tentera masy. tempatan.
WAJ3101 43

Sambungan ..

Secara keseluruhannya gerakan ketenteraan secara besar-besaran tidak dicatatkan ketika zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin. Zaman Umaiyyah: al-Walid Abdul Malik, Islam masuki India kerana hendak menjaga keselamatan pedagang Islam dari gangguan lanun ketika itu yang mendapat perlindungan Raja Zahir (Sind). Al-Hajjaj Yusuf al-Saqafi (gabenor Iraq) telah mengarahkan Muhammad ibn al-Qasim utk memasuki India yang dimulai dengan Daibul, Mutan dan keseluruhan wilayah Sind.
WAJ3101 44

Sambungan..

Selepas al-Qasim dipanggil pulang proses penyebaran Islam terbantut dan ketika itu juga berlaku perebutan kuasa dan akhirnya Sind terlepas dari gengaman Bani Umaiyyah. Zaman Abbasiyyah: muncul beberapa buah kerajaan kecil di Asia Tengah; Tahariah, Safariah dan Samaniah. Islam gagah semula selepas muncul Alptigin (Samaniah) yang akhirnya mengasaskan kerajaan Ghaznawi.
WAJ3101 45

Sambungan

Zaman Ghaznawi: alim ulama dan pendakwah membanjiri India untuk sebar Islam. Cth: Sheikh Ismail al-Lahore, Sheikh Muinuddin al-Jistyi. Kerajaan Ghori kemudian mengambil alih kuasa dari Ghaznawi. Diasaskan oleh Alaudin al-Hussein. Terkenal kerana membakar kota Ghaznah. Selain dari beliau, pemerintah yang terkenal ialah Muhammad Ghori.
WAJ3101 46

KERAJAAN KESULTANAN DELHI


Corak Pentadbiran: Pusat (Delhi) dan Autokrasi Terdiri daripada 6 Kerajaan; 1. Mamluk 2. Khilji 3. Tughluq 4. Syeid 5. Lodi 6. Suri
WAJ3101 47

DINASTI MAMLUK

Pemerintah awal: Quthbuddin Aibak Mewujudkan pembangunan dan pembaharuan dlm negerinya seperti pembinaan masjid. Kemudian digantikan oleh Altamasy (607-633m) Kelebihannya: gagah dlm menghadapi serangan Monggol (Gengiz Khan). Berjaya menarik minat masyarakat dunia utk berlindung dibawahnya Tempatnya digantikan oleh Sultan Fairuz Shah. Kerajaan Mamluk mula lemah selepas kematian Altamasy.
WAJ3101 48

DINASTI KHILJI

Pemerintah terkenal: Sultan Alauddin al-Khilji Muncul pada tahun 1289M. Sumbangannya terbesar: menghalang dan mengalahkan tentera Moghul dari memasuki India Kejayaan yang dicapai menyebabkan beliau alpa dan Kesultanan Khilji lemah. Kuasa pemerintahan beralih kepada Malik Kafur selepas berlaku rampasan kuasa.
WAJ3101 49

DINASTI TUGHLUG

Pengasasnya: Tughlug Shah; kemudian digantikan oleh puteranya: Muhammad Tughlug. Seorang raja yang banyak berjasa dalam mengembangkan syiar Islam. Laksanakan pembaharuan: cukai, pertanian, pemindahan pusat pemerintahan, pertukaran matawang, serangan ke atas Khurasan dan jalankan dasar yang lebih liberal.
WAJ3101 50

Sambungan

Beliau pernah dianggap kontroversi dan gila oleh sejarawan. Meninggal dunia tahun 1351M dan diganti oleh Fairuz Shah Tughlug. Seorang pemerintah yang baik dan paling lama memerintah. Kematiannya menyebabkan zaman kemunduran muncul dalam Dinasti Tuglug dan Kesultanan Delhi keseluruhannya.
WAJ3101 51

DINASTI LODI

Tokoh penting dalam dinasti ini: Bahlol Kala Lodi Wilayah kekuasannya: Mewar, Sind, Doab dan Jaunpur. Kemudian diganti oleh Nizam Khan (Sikandar Lodi) : berjaya meluaskan kuasa ke Bihar & Malwa. Pemerintah terakhir Lodi : Ibrahim Lodi Pentadbirannya dipenuhi dengan kecurangan.
WAJ3101 52

Sambungan

Untuk kekalkan kuasa, baginda berlaku zalim dan ini membimbangkan para pembesarnya. Akhirnya gabenor Punjab telah mengkhianati baginda dengan menjemput tentera Moghul untuk menyerang wilayah Delhi.
WAJ3101 53

EMPAYAR MOGHUL

1. 2.

Diasaskan oleh Baber Babur Corak pemerintahannya dapat dibahagikan kepada 2: Zaman keagongan (Baber-Aurengzeb) Zaman kemunduran : kematian Aurengzeb Moghul jatuh kepada British
WAJ3101 54

AKHBAR

Seorang yang buta huruf. Dianggap sebagai negarawan yang ulung. Pemerintah Islam 1 yang mengasingkan politik dari agama dan menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Wujudkan jabatan yang bernama mansabdar, khan al-salman, mir bakshi kadi besar dll.
WAJ3101 55

Sambungan

Akhbar mempunyai menteri kabinetnya sendiri yang membantunya dalam hal pentadbiran negara. Walaupun terkenal dengan pembaharuannya, Akhbar dianggap sebagai pemerintah yang menyebabkan Islam menjadi malap di India. Beliau mewujudkan agama din ilahi yang bertentangan dengan Islam.
WAJ3101 56

AURENGZEB

1.
2.

3.

Taat kepada ajaran Islam (ahli sunnah) Bercita-cita melihat India menjadi islamic state sepenuhnya. -Develop new role. Antara tindakan penting beliau: Membatalkan takwim ilahi. Melarang orang ramai merayakan awal tahun masehi. Memecat dukun2, dayang2 dan biduanita dalam istana.
WAJ3101 57

PERKEMBANGAN KEMAJUAN ISLAM DLM TAM. INDIA

1.

2.

Menonjol dalam bidang ilmu pengetahuan dan juga seni (seni bina & ukir). Ilmu pengetahuan Melalui institusi masjid, maktab dan madrasah. Dalam era Moghul; institusi ilmu di merata tempat seperti Agra, Delhi, Lahore, Gujerat Ahmadabad dll.
WAJ3101 58

Samb

3.

4.

5.

Sultan Timur: bina Maktab Samarkan & buku Malfuzat al-Timuri Sultan Babur: sarjana dalam bhs Arab, Parsi dan Turki. Menghasilkan buku Tuzki Baburi. Humayun: minat dalam astronomi dan geografi dan bina perpustakaan. Ramai sarjana muncul pada zamannya.
WAJ3101 59

Sambungan

6.

7.

1.

Shah Jehan: dirikan sekolah, maktab bertaraf universiti seperti Imperial College dll. Aurengzeb: sarjana yang menguasai bahasa Arab, Parsi & Turki, meminati ilmu tafsir, hadith dan feqah. Seni bina Campuran antara Islam, Hindu dan budaya tempatan
WAJ3101 60

Sambungan

2.
i.

ii.

iii.

Contoh seni bina Islam: Akhbar bina kota Fathpur Sikri dan Masjid Akhbar. Raja Jahangir: bina Masjid Mutiara dan Moti Taman Shah Dara di Lahore Shah Jehan: bina Taj Mahal dan Masjid Moti di Agra dll.
WAJ3101 61

KESIMPULAN

Kedatangan Islam ke India telah mengubah persepsi masyarakat bahawa negara tersebut bukan hanya didominasi oleh agama berhala sahaja. Islam sebenarnya turut diterima dengan baik oleh penduduk di sana dan banyak pembaharuan dan kemajuan yang muncul apabila Islam menyinari bumi tersebut.
WAJ3101 62

RUJUKAN

Sejarah Perkembangan Islam Di India Sejarah Islam Sejarah Keagongan Kerajaan Islam Pengantar Tamadun India Sejarah Dakwah Islam The Golden Age Of Islam

WAJ3101

63

TAMADUN INDIA
3.5 SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN TAMADUN INDIA

KANDUNGAN KULIAH

Pengenalan Interaksi tam india & asia Bentuk sumbangan 1. Agama 2. Kerajaan & pemerintahan 3. Bahasa & kesusasteraan 4. Adat resam & hiburan 5. Perdagangan 6. Astronomi & matematik Penutup
WAJ3101 65

PENGENALAN

Tamadun India mempunyai keunikannya tersendiri. Mengapa demikian? Sumbangannya berkait rapat dengan faktor masa dan pencapaian tamadunnya. Tamadun India juga mempunyai pengaruh yang besar di kawasan sekitarnya.

WAJ3101

66

INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ASIA


Himansu Bhusan Sarkar : interaksi berlaku kira-kira 2000 tahun lalu. Perdagangan mainkan peranan penting Interaksi dengan tamadun Cina. Mengapa? Tamadun Asia Tenggara juga mainkan peranan penting dalam interaksi tamadun India dengan tamadun luar. Faktor perpindahan juga menjadi teori interaksi antara tamadun India dengan luar. Berlaku di zaman Asoka.
WAJ3101 67

Sambungan

Hall menolak teori perpindahan dan menyokong teori perdagangan. Ini kerana perdagangan berlangsung dalam keadaan 2 hala. Ramai pedagang termasuk dari Nusantara yang telah sampai ke India untuk berdagang. Golongan awal yang terima kesan tamadun India ialah golongan raja dan pemerintah. Mengapa?
WAJ3101 68

BENTUK SUMBANGAN

Sumbangan dalam konteks Hinduism dan Indianisasi Indianisasi lebih tepat. Mengapa?

WAJ3101

69

AGAMA

Tamadun India sumbang agama Hindu, Buddha, Islam, Sikh dan lain-lain kepada dunia luar. Buddha disebarkan ke negara berhampiran sejak abad 3 SM. Abad 1 M, Buddha berpecah kepada Mahayana dan Hinayana. Abad 2 M, Mahayana berkembang ke China, Korea dan lain-lain.
WAJ3101 70

Sambungan

Buddha Hinayana pula disebarkan ke Asia Tenggara. Tapi Hinayana alami kemerosotan dan diambil alih oleh Mahayana (Dharmapala). Utamakan yoga dan pengucapan mentera. Buddha menjadi agama penting di Asia Tenggara (Srivijaya).
WAJ3101 71

KERAJAAN DAN PEMERINTAHAN

Pengaruh India terawal ialah Funan, Langkasuka, Kedah, Kuala Selingsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to-li di Sumatera, Taruma dan Kutei. Srivijaya yang paling penting. Srivijaya sebuah kerajaan maritim bila cuba kuasai jalan air seperti Selat Melaka dan Sunda. Srivijaya menjadi pelabuhan entrepot. Tapi pengaruh Buddha / Hindu merosot bila Islam masuk.
WAJ3101 72

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Dapat dilihat kepada bahasa Sanskrit. Berbeza dengan bahasa Prakrit. Peranan bahasa Sanskrit ialah .? Bahasa Sanskrit turut mempengaruhi alam Melayu. Bagaimana? Sanskrit bawa bersama pengaruh kesusasteraan Hindu seperti Mahabrata dan Ramayana.
WAJ3101 73

ADAT RESAM DAN HIBURAN

Serap masuk dalam adat istiadat Melayu, antaranya ialah Sinkretisme. Contoh pengaruh Hindu yang lain ialah dalam perkahwinan dan kelahiran. Dalam hiburan, dapat dilihat melalui tarian dan muzik ronggeng, boria, wayang kulit, makyong dan lain-lain. Hari ini, filem bollywood mendominasi dunia hiburan kita.
WAJ3101 74

PERDAGANGAN

Sudah ada tempat yang dilewati oleh pedagang India seperti yang diceritakan dalam epik Ramayana dan Puranas. Contoh : Suvarna-dvipa dan Yaya-dvipa. Berasaskan hujah ini Harisson menegaskan sumbangan tamadun India di Asia Tenggara bermula dengan aktiviti perdagangan sebelum berkembang kepada agama, kebudayaan dan kesenian.
WAJ3101 75

ASTRONOMI DAN MATEMATIK

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu dalam vedik. Kepentingannya ialah untuk tetapkan tarikh dan masa melaksanakan upacara pengorbanan kepada dewa-dewi dan membuat ramalan. Tamadun India juga sumbang ilmu matematik terutama ketika zaman Gupta. Terdapat teks-teks seperti Bakshali dan Aryabhatiya yang sentuh mengenai matematik.
WAJ3101 76

KESIMPULAN

Interaksi antara tamadun India dan tamaduntamadun rantau Asia telah banyak beri kesan. Tapi kesan lebih banyak diberi oleh tamadun India berbanding tamadun lain. Dalam konteks tamadun Melayu, tamadun India merupakan tamadun terawal yang beri sumbangan dari sudut agama, kerajaan dan pemerintahan, bahasa dan kesusasteraan, adat resam dan hiburan dan lain-lain.
WAJ3101 77

Anda mungkin juga menyukai