Anda di halaman 1dari 5

Spring Camp Kita 08

ADAB-ADAB KITA : LELAKI DAN WANITA Muqaddimah: Keunikan kejadian manusia Allah pencipta manusia.. Maha tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Allah turunkan Islam sebagai peraturan dan tatacara tunjukkan bagaimanakah manusia harus ikut dan buat untuk membahagiakan mereka. Tidak menurut cara yang ditetapkan.. akan membawa malapetaka dan kemusnahan. Neraca nilai kita adalah neraca Islam dan bukan neraca lain (adat, kebiasaan masyarakat dll) Kerosakan dan ketenteraman dunia dan alam adalah terletak kepada manusia. Tidak ada guna alam yang harmoni jika jiwa manusia rosak dan sengsara. Allah jadikan manusia dari 3 unsur utama hati akal dan jasad Nafsu(syahwat) adalah unsur penting untuk kesinambungan manusia di alam ini. Tiga nafsu penting ialah: perut, ego dan seks. Allah jadikan nafsu shahwat sebagai ujian (3:14) Syaitan adalah unsur luar yang cuba menguatkan nafsu dan menggoda manusia agar melupakan syarak atau menipu dengan pujukan dan rayuan (Allah tidak zalim, Allah Maha pemurah dan pengampun, masuk neraka dulu sekejap dll). Hakikat seks manusia: Dijadikan Allah sebagai alat penerus kelangsungan zuriat hidup manusia. Ia adalah instrumen penting namum kerosakan timbul bila berlebihan atau disalahguna. Bahaya nafsu seks: o Tidak puas o Merosakkan o Membuang masa o Menghilang ketajaman akal o Hamba seks akan kehilangan serius dan kesungguhan. Menyerah apa saja (eg. Pemuda/I Perancis semasa WWII). Islam letakkan batas dan aturan melalui 3 cara: Pelihara kesucian diri: i)mensucikan dari syahwat tersembunyi ii) pandangan/pendengaran/sentuhan iii)tabarruj iv)pendedahan aurat Tindakan pencegahan: i) batas aurat ii)cara pakaian lelaki dan wanita iii)adab pergaulan iv)haramkan perkahwinan Hukuman:i)Zina ii)Qazaf Jauhi Zina (La taqrabu az-zina) Ransangan seks manusia berbeza dengan binatang. Semua anggota dianggap berzina. Jauhi semua anggota dari zinanya adalah dituntut. 1

Maksud jauhi zina: jauhi sebab-sebab yang membawa kepada memudahkan berlakunya zina setiap anggota. 1. Pandangan: Nas al-Quran tentang pandangan. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (aurat). Kemanisan dan kenikmatan menjaga pandangan. Gambar, patung dan bayang-bayang. 2. Suara/pendengaran: Nas Al-Quran tentang suara. Suara wanita aurat kepada lelaki? Bagaimana cara/adab bercakap. Telefon, chat, emel, sms, nyanyian? 3. Sentuhan: Alat rangsangan yang sensitif (orang buta). 4. Khalwat: Nas hadis tentang khalwat. Maksud dan sebab larangan Keadaan yang termasuk didalam kategori khalwat. Pengecualian: 1.Berubat / 2.Muamalat/ 3.Darurat /4.Pertunangan / 5.Saudara mara/ 6.Belajar dan mengajar Cara pencegahan dan penjagaan: Penuhi dengan aktiviti berfaedah manusia muslim ada mesej di dunia ini, bukan seperti manusia lain. Tidak keseorangan cari kawan dan teman yang baik. Jauhi tempat-tempat atau terdedah kepada suasana perangsang nafsu. Kahwin.

LAMPIRAN A
Hukum pandangan lelaki dan wanita berdasarkan nas dan kaedah syara: Antara nas-nas syara tersebut ialah: Ayat pertama: Al-Quran: (24:30-31) Ayat ( ..) datang selepas dari ayat ( ) sedang ayat terdahulu itu sudah cukup untuk ditujukan kepada lelaki dan wanita (kerana lafaz mukminin sudah umum). Tetapi datangnya ayat khusus untuk wanita adalah untuk mengukuhkan permasalahan ini memandangkan ianya adalah suatu perkara yang besar iaitu masalah memelihara penglihatan (Al-Qurtubi). Allah taala memulakan dengan mata sebelum dari menyebutkan kemaluan kerana matalah yang akan membawa kepada kemaluan sebagaimana demam membawa kepada kematian (Qurtubi: 12/150). Ibnu Kathir pula menyebutkan bahawa adalah suatu yang tidak harus (haram) bagi wanita melihat kepada lelaki secara ghairah. Ibnu Kathir kemudiannya menyebutkan bahawa Abu al-Aliyah berkata: Semua ayat di dalam Al-Quran yang mengarahkan memelihara mata maka ianya bermaksud zina, kecualilah ayat ini kerana maksudnya ialah: lelaki tidak

boleh melihat wanita dan wanita tidak boleh melihat lelaki (Ibnu Kathir: 3/43). Ulama banyak berbeza pandangan dalam mentafsirkan maksud zeenah dalam firman Allah : () . Ahli tafsir seperti Ibnu Kathir, Qurtubi dan Tabari telah menyebutkan pandanganpandangan tersebut. Ibnu Atiyyah di dalam tafsirnya al-Muharrar alWajiz juga telah menyebutkan perkara tersebut dan kemudiannya berkata: Jelas dari muhkam lafaz-lafaz ayat bahawa wanita disuruh oleh Allah supaya tidak menampakkan dan cuba seboleh-bolehnya menyembunyikan apa sahaja yang dinamakan sebagai zeenah (perhiasan?). Pengecualian hanya pada perkara-perkara yang biasanya ternampak secara darurat (Atiyyah: 4/178). Qurtubi telah mentarjihkan pandangan ini dan menyatakan: Ini adalah pandangan yang baik (Qurtubi: 12/152). Ustaz Sayyiq Qutb dalam tafsirnya menyebutkan mengenai ayat ini: Allah taala tidak mahu hati di cemari. melalui cubaan dan ujian dari jenis ini. Kesopanan ini adalah salah satu jalan dari jalan-jalan untuk penjagaan bagi individu dan jamaah Oleh itu Al-Quran telah mengharuskannya ketika terpelihara dari fitnah, maka diberi pengecualian kepada mahram dalam ayat seterusnya..(Sayyid Qutb: 4/2513) Ayat kedua:

(53 )..

Mafhumnya: Ayat ini dikenali dengan nama ayat hijab. Terdapat setengah ulama yang mengatakan ianya adalah khusus untuk isteri-isteri Nabi saw. Tetapi pendapat yang sahih ialah ayat ini adalah umum bagi semua muslimah (isteri Nabi saw dan bukan isteri Nabi saw). Syeikh Muhammad Amin Syanqiti r.a di dalam kitab tafsirnya Adhwa al-Bayan telah menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum untuk semua wanita dan bukannya khusus untuk Isteri-isteri Nabi saw, sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah orang. Ini adalah kerana illah yang disebutkan di dalam suruhan agar meminta sesuatu dari belakang hijab (tabir/dinding) tersebut ialah kesucian ( ) Ianya (kesucian) bukan hanya khusus untuk isteri-isteri Nabi sahaja bahkan untuk orang lain juga. (Adhwa al-Bayan 6:584) Sayyid Qutb berkata dalam Zilalnya: Jika sekiranya arahan ini dan sebabsebabnya ialah kesucian diri dan hati ditujukan kepada orang-orang seperti Aisyah dan Hafsah, dan lelaki seperti Abu Bakr dan Umar. Mereka adalah orang yang paling suci hatinya selepas para Nabi saw. Bagaimana mungkin seorang lain dari mereka mendakwa bahawa kesucian hati akan berlaku dengan berlakunya percampuran lelaki dan wanita, semata-mata kerana hujah kemajuan dan mengikut peredaran masa (Zilal Juz. 4 ayat 59 Al-Ahzab).

Al-
Ahzab: 32

Kata Ibnu Kathir: Ini adalah adab yang diajar oleh Allah kepada para isteri Nabi saw dan perempuan mukminin adalah termasuk dalam perintah ini. Kata Sayyid Qutb dalam Zilal: Allah melarang mereka ketika mereka bercakap dengan lelaki asing (bukan mahram) agar tidak ada dalam antonasi percakapan mereka percakapan lembut yang boleh menggerakkan perasaan lelaki yang ada penyakit di dalam hati mereka.. perlu dijelaskan sekali lagi bahawa ayat ini ditujukan kepada isteri Nabi yang mulia yang agak mustahil akan ada perasaan lelaki mukmin terhadap mereka sepanjang zaman. Tetapi Allah yang menjadikan lelaki dan menjadikan wanita Maha tahu bahawa suara wanita bila dilembutkan akan menggerakkan perasaan lelaki yang ada penyakit di dalam hati mereka dan akan menimbulkan fitnah. Lelaki yang berpenyakit hati seperti itu akan tetap ada; bila-bila masa, di mana-mana dan terhadap mana-mana wanita walaupun terhadap isteri Nabi saw. Dari Hadis Nabi saw:

: ( : 12/289 ) .

Menundukkan pandangan adalah tarbiyyah pengawalan yang diajar oleh Nabi saw kepada pengikut. Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa menundukkan pandangan ini mempunyai 10 faedah. Antaranya ialah memberikan cahaya kepada hati yang terserlah pada mata, muka dan anggota. Tidak menjaga pandangan akan menyebabkan kegelapan pada airmuka dan anggota. Kerana itulah Allah menyebutkan .. cahaya selepas di jelaskan kemestian menundukkan pandangan (dalam surah An-Nur) (Lihat Ibnu Qayyim - Raudhatul Muhibbin hal. 97) Sebenarnya amat banyak nas-nas syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah yang menegaskan kepentingan hijab, hikmah-hikmah dan tujuan-tujuan kenapa ianya sangat perlu. Semua arahan yang ditujukan kepada hamba-hamba adalah kerana kemaslahatan hamba itu sendiri. Tidak mungkin dapat diterima bahawa ada di sana kebaikan atau kemaslahatan selain dari penjagaan kehormatan, kesopanan dan menjauhi kesamaran dan syahwat. Bahkan kemaslahatan dunia juga tidak mungkin dapat dicapai tanpa beriltizam benar-benar dengan hijab dan menjauhi bercampur gaul antara lelaki dan wanita. Keadaan yang tenang tanpa syahwat dan gejolak nafsu akan lebih menumpukan masyarakat kepada kerjanya (Maududi - Al-Hijab: 330-332) Qaidah-qaidah: Berdasarkan kepada nas-nas dan pandangan ulama di atas maka bentuk hubungan bagi lelaki dan wanita ialah tidak bercampur dalam mana-mana keadaan sekalipun kecuali ketika darurat. Dan kaedah mengatakan bahawa Darurat mengharuskan perkara yang dilarang. Keadaan-keadaan darurat yang diharuskan bercampur lelaki dan wanita telah dijelaskan oleh ulama dengan syarat berikut: 1. Darurat diharuskan sekadarnya sahaja. Oleh kadar yang dibolehkan terikat dengan batas darurat sahaja. 2. Sesuatu yang harus kerana uzur akan hilang keharusannya bila hilangnya uzur. 4

3. Bila bercampur antara yang wajib dengan yang haram, dipelihara maslahah wajib. 4. Tidak ada cara lain yang boleh dibuat melainkan dengan melakukan perkara tersebut. 5. Terdesak tidak membatalkan hak oran lain. 6. Darurat tersebut memang betul-betul berlaku dan bukannya hanya agakagak. Antara keadaan darurat yang disebutkan oleh ulama ialah darurat belajar yang sepatutnya dibezakan dari segi hubungan antara guru dengan pelajar dan hubungan pelajar dengan pelajar, tidak kira samada di dalam kelas atau di luarnya.

Anda mungkin juga menyukai