Anda di halaman 1dari 22

Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa ASEAN lebih menumpukan kepada isu ekonomi berbanding dengan

aspek-aspek politik dan keselamatan serantau.

ASEAN mula dibentuk dengan penubuhan sebuah organisasi dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. Pada masa itu,

Indonesia tidak ingin menyertai ASA kerana tidak mahu terikat dengan pertubuhan yang mempunyai perlbagai anggota. Akibat daripada berlaku

pembentukan Malaysia

pada 16 September 1963, pertikaian

khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia adalah sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah merupakan sebahagian daripaa Filipina manakala Sarawak pula adalah sebahagian daripada Indonesi.-masing1 Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa kepada konfrantasi pada 1965-1966 oleh Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk

mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negaranegara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN

Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand ( Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam, dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan

menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN.2 Dengan kewujudan pertubuhan ini, maka terwujudlah juga perdamaian di wilayah Asia Tenggara berbanding kawasan lain dalam 40 tahun

kebelakangan ini.

Walaupun

pertimbangan

strategic

dan

politik

merupakan

asas

penubuhan ASEAN,

pertimbangan ekonomi dan kestabilan sosial kawasan

serantau juga tidak diabaikan. Seperti yang diketahui umum, antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara, di samping menggalakkan keamanan di rantau Asia Tenggara, mematuhi prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, serta

menggalakkan hubungan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain di kalangan anggota ASEAN dan juga antarabangsa terutama dalam bidang perdagangan, pertanian, perusahaan, pelancongan dan sebagainya bagi meningkatkan taraf hidup penduduk.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN

Walaupun demikian, pertubuhan ini tidak semata-mata menumpukan kepada isu-isu keselamatan serantau mahupun yang melibatkan aspek-aspek politik. ASEAN dilihat lebih banyak menumpukan kepada isu ekonomi. Ini dapat dibuktikan kerana pada masa ini, kawasan Asia Tenggara muncul sebagai salah satu kawasan yang mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh dilihatkan di Asia bahkan di dunia. Matlamat ASEAN tidak banyak berbeza daripada ASA iaitu untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan bidang lain yang berkaitan.3 Aktiviti ekonomi ASEAN adalah bermula daripada kerjasama ekonomi Bari iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1976 tetapi ia boleh dikatakan agak lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian dibuat seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (treaty of amity and cooperation) dan perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) yang ditandatangani pada tahun 1976 semasa mesyuarat ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.

Yusuf ismail et al, dalam buku Dasar-dasar kerajaan Malaysia turut menyatakan bahawa buat masa ini, aspek ekonomi diberi keutamaan yang lebih berbanding dengan aspek politik dan keselamatan. Ini kerana aspek ekonomi dianggap sangat mustahak memandangkan kecenderungkan dunia ke arah perlindungan perdagangan yang dilakukan oleh Negara-negara barat. Pelbagai blok perdagangan dunia seperti EC, NAFTA dan sebagainya ditubuhkan. Harga komoditi dunia adalah tidak stabil di dunia pasaran. Justeru itu Negara barat menggunakan stok penimbal untuk menentukan

Murniza.malaysia dan kerjasama serantau.www.scribd.com/doc

harga

barangan

utama

yang

dikeluarkan

oleh

Negara

yang

sedang

membangun supaya mereka sentiasa mendapat keuntungan.

Situasi krisis ekonomi dan kewangan global yang serius begini memerlukan tindakan keserantauan. Bank-bank di Asia dikatakan

menghadapi gelombang yang tidak sama. Sungguhpun begitu keadaan turun naik pasaran saham sangat negatif dan kadar pertukaran wang juga tidak mantap, serta eksport yang kekal menjadi jentera pertumbuhan ekonomi rantau itu pun lambat laun ikut dipengaruhi situasi global.

Ada pemimpin dunia yang menyebut era penguasaan ekonomi Amerika Syarikat kini menuju ke penghujung. Ada pula yang melontarkan idea dunia mungkin memerlukan suatu sistem ekonomi baru yang lebih adil. Sistem baru itu dikatakan haruslah berdasarkan pengurusan kolektif dan permuafakatan dalam rangka kerjasama itu. Para pemimpin Asia mungkin merasai hakikat yang sama, lalu menyepakati bagaimana mereka boleh bekerjasama melawani tsunami atau ribut besar ekonomi yang melanda masing-masing negara.

ASEAN sedia mengatur langkah-langkah bersama secara strategik bagi menghadapinya. Isu kewangan dunia ini dibincangkan tatkala ekonomi negara pengeksport menjadi perlahan, pasaran saham menjunam dan para pemimpin ASEAN telah meletakkan agenda krisis kewangan ini sebagai agenda utama. Di Malaysia, ada orang berpendapat kemelesetan ekonomi

sejagat ini dikatakan suatu ancaman baru yang sedang dihadapi negara. Impak keruntuhan sistem kewangan Amerika menjadi kesan berantai terhadap negara-negara lain termasuk ke atas negara-negara maju seperti Jepun dan Kesatuan Eropah. Justeru itu, tidak hairanlah impak tersebut turut terkena pada Negara-negara anggota ASEAN. Ada empat faktor yang disandarkan yakni penurunan harga minyak dunia yang akan memberi kesan kepada pendapatan Negara yang bergantung lebih daripada 40 peratus kepada hasil petroleum.

Kedua, menjunamnya harga komoditi khususnya minyak sawit mentah (CPO) dan getah yang bukan sahaja memberi impak kepada pendapatan negara tetapi juga para peneroka, pekebun kecil dan penduduk luar bandar. Ketiga, terjejasnya eksport negara akibat kemelut ekonomi di Amerika dan Eropah dengan adanya kemungkinan penguncupan permintaan produk sektor perkilangan misalnya produk industri elektrik dan elektronik. Keempat, kesan yang datang dan tekanan aliran keluar modal yang meningkat akibat hilangnya keyakinan pelabur.4

Kerjasama ASEAN untuk meningkat ekonomi negara anggota adalah antaranya melalui sistem pasaran bebas. Negara anggota turut bantu membantu sesama sendiri untuk memajukan dengan ekonomi malah turut maju

mengurangkan

konflik

dalaman.

Dialog

Negara-negara

diadakan seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EC) supaya kewujudan pasaran


4

http://www.scribd.com/doc/19162129/Modul-PP-Geografi-STPM-Tema-4-Globalisasi-

Dan-

Kerjasama-Ekonomi

tunggal di Eropah Barat pada 1992 tidak membentuk kawasan perlindungan perdagangan di kalangan negara Eropah. EC diseru supaya menghormati keputusan rundingan di Uruguay tentang usaha mewujudkan kawasan perdagangan bebas bagi kemakmuran dan kesejahteraan di dunia.

ASEAN turut mencadangkan penubuhan EAEC (EAST ASIA ECONOMIC CAUCAS) sebagai satu forum untuk membincangkan isu-isu perdagangan bagi memelihara kepentingan negara-negara ASEAN. Ia bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama politik, mempromosi ,mengawal perdagangan bebas, mempertingkatkan persefahaman serantau dan meyumbang kepada system perdagangan pelbagai hala. EAEC di anggota oleh ASEAN 7, China, Jepun dan Republik Korea.5 EAEC bukanlah satu blok perdagangan seperti yang didakwa oleh negara perindustrian barat. Ia hanya bertindak sebagai satu badan yang menjaga kepentingan perdagangan negara anggota ASEAN melalui perbincangan.

Kepentingan ekonomi ASEAN turut dapat dikawal dengan adanya AFTA ( Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Pasaran Serantau Bersepadu apabila hampir kesemua cukai dan tariff bagi barangan yang diniagakan diturunkan kepada tahap minimum atau dihapuskan sepenuhnya. AFTA bertujuan untuk membentuk satu pasaran besar untuk menarik pelabur asing seramai yang mungkin.

http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ad37e545-c0a81573-3bd73bd7-6a782082

Justeru ASEAN mengadakan pelbagai projek perindustrian ASEAN. Hasil daripada kerjasama ASEAN ini akan meningkatkan keyakinan pelabur asing apatah lagi ASEAN memegang konsep ASEAN memakmurkan jiran.

Melalui pertubuhan ASEAN juga, pelbagai usahasama dalam ekonomi diadakan sesama Negara anggota malah antara Negara anggota dengan Negara luar lain. Salah satu daripada kerjasama ekonomi ASEAN adalah seperti pelaksanaan projek-projek perindustrian seperti; - Projek Baja Urea ASEAN masing-masing di Malaysia dan Indonesia, - Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura, - Projek Fabrikasi tembaga di Filipina, serta - Projek Garam-Batuan Abu-Soda ASEAN di Thailand.

ASEAN juga mengadakan skim pelengkapan Perindustrian ASEAN misalnya dalam bidang automatif. Selain itu, pada tahun 1977 ASEAN telah mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 yang bertujuan untuk meningkatkan perdagangan antara Negara anggota. Keistimewaan yang

diberikan dalam perjanjian tersebut adalah termasuk kontrak kualiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entity kerajaan, pelonggaran langkahlangkah bukan tariff dan peluasan tariff istimewa.6

Dalam bidang kewangan pula, ASEAN telah bekerjasama untuk menubuhkan satu Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council). Majlis
6

R. Winantyo et al; Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA) 2015; Memperkuatkan senergi ASEAN.

Perbankan ini pula ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN. Disamping penubuhan Majlis Perbankan tersebut, Syarikat kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada Negara-negara yang terlibat dalam projek-projek usahasama ASEAN. Kerjasama dalam bidang komunikasi pula dapat dilihat melalui pemasangan kabel laut ASEAN untuk

menghubungkan semua Negara anggota, pengiktirafan lesen pemandu di rantau ASEAN. Selain itu ASEAN juga mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.

Antara kerjasama dalam sektor pemakanan dan pertanian pula ialah dengan Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data atau pusat maklumat mengenai masalah pertanian. Penubuhan Plain Quarantine Training Centre and Institute di Serda.

Penubuhan ASEAN centre for development of agricultural cooperate di Indonesia. Tambahan daripada kerjasama ASEAN yang telah memajukan dan mempercepatkan tahap liberalisasi ekonomi ASEAN maka terwujudlah kawasan pertumbuhan segitiga. Ia dicapai berdasarkan kepada

persefahaman dan persetujuan yang dicapai antara pihak-pihak yang terlibat.

ASEAN

telah

mewujudkan

kawasan

pertumbuhan

segitiga

yang

menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, pelancongan, pengangkutan, dan perhubungan seperti

IMT-GT (Pertumbuhan Segitiga Indonesia (Sumatera utara dan Acheh) Malaysia (perlis, Kedah, Pulau Pinang dan perak

utara) Thailand (narathiwat, Songkla, Yala, Satun dan Patani)

IMS-GT (Pertumbuhan Segitiga Indonesia (Riau) Malaysia (Johor) -Singapura)

BIMP-EAGA (Kawasan pertumbuhan ASEAN timur Brunei Indonesia (Sulawesi Utara, Kalimantan Timur dan barat) Malaysia (Sabag, Sarawak, Labuan) Filipina (Mindanao dan Palawan)

Kerjasama dalam pertumbuhan segitiga ini dilakukan dengan baik demi perkembangan ekonomi ASEAN dan kepentingan negara-negara anggota. IMS-GT berfungsi sebagai perhubungan dan perdagangan dalam

perindustrian. Manakala bagi IMT-GT pula merupakan sumber pertanian dan pelancongan ASEAN. Kerana itu dapat kita lihat ia merujuk kepada kawasan Riau dan Johor masing-masing di Indonesia dan Malaysia. Bagi BIMP-EAGA pula, pelbagai aktiviti ekonomi dilakukan.7

Kerjasama dalam pertumbuhan segitga ini memainkan peranan yang penting dalam memajukan wilayah dan negara anggota. Antaranya adalah seperti; i. ii. iii. Perdagangan Pelaburan Pengaliran buruh

Hafiz A Akhand; Kanhaya L Gupta; Economic development in Pacific Asia

iv. v. vi.

Penggunaan sumber Pengangkutan dan perhubungan Teknologi

Antara aspekaspek saling kebergantungan negara anggota pula adalah seperti;

(a) Pelaburan Negara anggota diperlukan untuk menanam modal dalam aktiviti ekonomi. Ia akan mampu memberi impak yang besar keatas naik atau turunnya ekonomi ASEAN jika negara anggota bekerjasama atau tidak dalam memainkan peranan dan mengambil bahagian dalam penanaman modal bagi setiap aktiviti ekonomi ASEAN. Pelaburan modal bukan sahaja daripada syarikat besar, peniaga individu, tetapi juga daripada pihak swasta mahupun daripada sumbangan kerajaan. Ia boleh berbentuk dari segi fizikal, sosial dan ekonomi. ASEAN dapat mengeksploitasi pelbagai sumber yang terdapat dalam negara anggota contohnya hasil hutan, petroleum, perkilangan dan perindustrian, malah dalam bidang

perkhidmatan.

(b) Teknologi Teknologi turut menyumbang kepada ekonomi ASEAN. Ia melibatkan pelbagai alat, teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau proses dan sumber tenaga untuk mendapat kerja lebih mudah dan produktif. Malah dengan adanya teknologi, ia dapat membantu manusia mendalami dan

memperluas penguasaan tentang alam sekitar untuk meningkatkan taraf hidup sekaligus meningkat ekonomi ASEAN. Perpindahan teknologi boleh berlaku melalui pelaburan terus oleh syarikat asing atau negara luar, mengimport barangan modal. Dalam teknologi juga kita mampu lebih cepat dalam pengurusan perjanjian, perlesenan, usahasama, khidmat teknikal, pelbagai pengurusan francais persidangan teknikal. Penyelidikan bersama serta lain-lain.

Pada peringkat permulaan, pengurangan terhadap permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti biji timah dan getah asli Negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Akibatnya Negara-negara ASEAN terpaksa memberikan perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan. Walaubagamanapun, Negara-negara maju masih mempunyai kelebihan ekonomi dari segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi. Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama telah menyebabkan persaingan yang sengit dalam kalangan Negara-negara anggota dan antara Negara ASEAN dan Negara maju lain.

Malah ASEAN masih lagi banyak bergantung kepada Negara maju lain dari segi ekonomi. Dalam globalisasi ekonomi saling kebergantungan antara Negara pada bahan, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Konsep saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara Negara atau kawasan untuk keperluan ekonomi. aspek aspek saling kebergantungan adalah seperti dalam aspek pelaburan iaitu proses menanam modal dalam aktiviti ekonomi. Ia diperoleh daripada

kerajaan dan swasta, pelaburan dr segi fizikal,social, ekonomi, exploitasi sumber, petroleum, hutan, perkilangan ,perkhidmatan. Manakala dalam bidang Teknologi pula seperti alat, teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau proses produktif. dan sumber tenaga untuk Ia boleh membantu mendapat kerja lebih mudah dan mendalami dan memperluas

manusia

penguasaan tentang alam sekitar untuk meningkatkan taraf hidup

Anggota-anggota ASEAN sebagai negara sedang membangun harus bersatu dalam menuntut kadar syarat perdagangan yang lebih baik daripada negara-negara utara yang maju. Layanan yang lebih adil dalam perdagangan dapat diperolehi daripada utara jika anggota-anggota ASEAN Paparan bersama di kalangan begara ASEAN bersatu.

dapat diusahakan dan

direalisasikan jika wujud kerjasama yang erat. Idea ini akan memudahkan aliran barang-barang dagangan di kalangan negara anggota ASEAN dan jumlah dagangan dapat dipertingkatkan. Ini dapat mengurangkan

kebergantungan kepada pasaran barat yang nyata lebih menguasai pasaran dunia.

Pelbagai langkah telah diambil untuk menjalankan projek industri secara usahasama dikalangan negara anggota ASEAN melalui pinjaman Jepun. Projek industri ASEAN diumumkan bagi menubuhkan industri-industri tertentu di kalangan anggota ASEAN seperti yang telah tersenarai di atas

supaya hasilnya dapat digunakan bersama.

ASEAN juga telah mengambil pendirian bersama dalam beberapa isu perdagangan antarabangsa khususnya mengenai tarif dan halangan ke arah mewujudkan perdagangan bebas di dunia bagi kepentingan pembangunan negara dunia ke tiga. Antaranya termasuklah. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Ia merupakan forum untuk memudahkan pertumbuhan pelaburan di rantau Asia Pasifik.

ekonomi, kerjasama, perdagangan dan

Dialog terbuka dijalankan dan setiap pandangan dihormati. Malah sesiapa pun tidak akan terikat tetapi tetap bekerjasama dalam APEC. Ia bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memberi kemakmuran sekaligus mengeratkan harmoni negara anggota dan negara lain.

Turut dibincangkan adalah kepentingan dan masalah terutama dalam pakatan ekonomi serantau yang mana lebih tertumpu kepada ASEAN, APEC, dan EAEC. Antara kepantingan dan masalah yang dapat dilihat adalah seperti; 1. Mengurangkan kesan negative globalisasi ekonomi dunia 2. Pasaran bersama ASEAN 3. Meningkatkan daya saing serantau 4. Menjaga kepentingan bersama serantau 5. Keperluan guna tenaga buruh

Selain itu, perbincangan dan masalah dalam kerjasama ekonomi serantau turut melibatkan; 1. Perbezaan ekonomi antara Negara anggota 2. Konflik politik wilayah dalam Negara anggota

3. Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau 4. Persaingan serantau 5. Pencemaran rentas sempadan 6. Keselamatan serantau Pelbagai usaha ASEAN untuk menjamin ekonomi ASEAN dapat membantu untuk; Mengubah tradisi aktiviti ekonomi Negara membangun mengangkat martabat Negara ke era perindustrian , iaitu suatu era baru meningkatkan eksport negara anggota sesama sendiri juga dengan negara luar. menambah peluang pekerjaan meningkat aktiviti perkhidmatan menggalakkan pertumbuhan ekonomi antara kepentingan Negara dengan kepentingan

Pengeluaran ASEAN; kerjasama dan kemajuan dalam ekonomi membolehkan industry

berpindah dari lokasi asal (Negara maju) ke lokasi baru (negara sedang membangun.) Negara maju akan menyebabkan kos buruh tinggi manakala Negara sedang membangun pula kos buruh rendah dan kos pengeluaran turut rendah. Pengeluaran dalam negara juga di adakan seperti aktiviti pengeluaran dari Bandar ke luar Bandar,dari Bandar besar ke Bandar kecil, dari wilayah

Pusat ke wilayah pinggir

(d) pasaran Negara-negara anggota ASEAN majoriti mempunyai penduduk yang

ramai yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Pengenalan AFTA telah membolehkan barangan sesama Negara ASEAN memasuki pasaran Negara-negara ASEAN dengan mudah dan telus. Ini adalah Hasil perbinccangan dan kerjasama negara anggota.

(e) bekalan buruh - kerjasama ASEAN dalam ekonomi dapat dilihat dari segi kekurangan buruh. Ini kerana kekurangan buruh dalam sesebuah Negara dan kawasan boleh ditampung oleh Negara lain yang menganggotai ASEAN. Sebagai contoh tenaga kerja di Indosia berhijrah ke Malaysia, dan sebagainya. Contoh lain pula adalah di lihat dari sektor perladangan dan pembinaan. Indonesia mempunyai tenaga buruh yang lebih, justeru itu tenaga buruh yang berlebihan akan disalurkan ke negara-negara yang memerlukan.

ASEAN amat memerlukan kerjasama sesama negara anggota mahupun negara lain. Ini kerana ia akan memberi kecekapan dalam pengurusan ekonomi seperti melalui perjanjian keutamaan dagangan , tariff khas, bebas cukai barangan tertentu , hapus sekatan dagangan, hapus cukai dua kali. Manakal persaingan turut diperlukan untuk memastikan perindustrian sentiasa maju dan bersaing dengan sihat. Persaingan antara negara dielakkan. Namun, Negara-negara di dunia berlumba-lumba

manghasilkan barangan serta perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global. Oleh itu, ASEAN turut tidak ketinggalan untuk turut berlumba dan bersaing agar tidak mundur dan mampu berjaya seperti negara-negara maju lain. Negara Berjaya mengurangkan kos pengeluaran barangan akan berjaya dalam pengeluaran ini.

Barangan berkualiti dan berharga rendah akan dihasilkan oleh Negara yang bersaing. Negara tersebut akan menghasilkan pengkhususan untuk mengelakkan persaingan. Oleh itu, ekonomi mampu ditingkatkan setanding negara luar yang berjaya. ASEAN turut menyertai perdagangan

antarabangsa (import & eksport) tanpa tariff, dan kuota, juga tanpa banyak sekatan , tiada campur tangan ZOPFAN.

ZOPFAN yang dikenali sebagai satu Kawasan Zon Aman, bebas Dan Berkecuali dibentuk pada tahun 19718. Konsep utama ZOPFAN adalah kawasan Asia Tenggara tidak seharusnya menjadi kancah perebutan kuasa dan persengketaan di kalangan kuasa-kuasa besar. Asia Tenggara ingin mengekalkan kestabilan politik demi menjaga keamanan di rantau ini. Oleh itu, Penyertaan ASEAN dalam perdagangan aktiviti import dan eksport tanpa campur tangan ZOPFAN membuktikan bahawa ASEAN sangat memntingkan aktivti ekonomi.

Taylor & Francis, 2008, Southeast Asian Development. Hoboken :

Membincangkan tentang ASEAN mementingkan isu ekonomi turut dapat dilihat apabila para pemimpin ASEAN telah bersepakat untuk membentuk satu komuniti ASEAN. Komuniti ASEAN yang diinginkan itu didasarkan atas tiga cabang iaitu, Komuniti Keamanan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosial Budaya ASEAN. Hakikat dari suatu Komuniti ASEAN terwujudnya suatu integrasi penuh kawasan yang damai dan sejahtera. Komuniti ASEAN ditandai dengan: i) ii) semakin besarnya interaksi bidang politik dan keamanan; Terdapat pasar tunggal dan produksi asas dengan aliran bebas barang, jasa, modal dan orang; iii) Terwujudnya masyarakat yang lebih prihatin, yang

menitikberatkan pada pembangunan sosial, pendidikan dan pengembangan SDM, kesehatan masyarakat,

kebudayaan dan informasi serta perlindungan lingkungan. Isu-isu politik masih ditumpukan oleh ASEAN kerana ia tetap berkaitan dengan ekonomi. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa isu yang kurang dipersetujui oleh ASEAN terutama bagi sesetengah negara anggota. ASEAN lebih tertumpu kepada bantahan terhadap mana-mana kem yang

bersengketa sebaliknya ASEAN lebih suka mengambil sikap dasar berbaikbaik sesama negara. Ini dapat menggalakkan keamanan negara anggota sekaligus kemajuan dalam pencapaian usaha ekonomi.

Asia peperangan

Tenggara tidak

akan

menjadi akibat

kawasan

yang

bebas

daripada besar.

langsung

persengketaan

kuasa-kuasa

Kestabilan politik yang berkekalan menjadi ddayapenarik kepada pelabur asing untuk terus melabur di negara-negara dalam ASEAN. Dengan sikap berkecuali, kuasa-kuasa besar tidak mempunyai sebarang alasan yang berpanjangan dan penglibatan kuasa-kuasa besar dunia dalam hal ehwal politik dalaman negara-negara ASEAN.

Kuasa-kuasa besar tidak bersetuju dengan konsep ZOPFAN kerana kehadiran tentera amerika di Filipina akan mengakibatkan negara itu lebih unggul dari segi pengaruhnya di Asia Tenggara. D kalangan negara ASEAN juga kurang memuaskan. Indonesia lebih suka pertahanan dan keselamatan diuruskan oleh negara masing-masing. Singapura pula berpendapat rantau Asia tenggara memerlukan penglibatan kuasa-kuasa besar untuk menjaga keselamatannya. Thailand pula lebih cenderung kepada bantuan ketenteraan Amerika dalam menjaga keselamatannya daripada Vietnam.

Daripada situasi politik dan ketidak seragaman persetujuan negaranegara anggota terhadap usaha pertahanan dan keselamatan negara, dapat disimpulkan bahawa setiap negara mempunyai alasan untuk bersetuju atau tidak bersetuju ke atas mana-mana cadangan untuk menjaga keselamatan negara. Walaupun demikian, setiap negara masih mahu untuk mengekalkan ketenteraman negara masing-masing walaupun dengan cara sendiri. Ini membuktikan bahawa ASEAN kurang menumpukan kepada kerjasama politik dan sosial. Tetapi dengan menjaga keamanan dalam negara anggota ASEAN

akan dapat meyakinkan pelabur-pelabur asing terhadap status ekonomi ASEAN sekaligus terus melabur dan menyambut pasaran-pasaran dari negara-negara ASEAN.

Hal yang sentiasa dipersetujui bersama oleh negara anggota adalah lebih tertumpu kepada bidang ekonomi dan kepentingan bersama. Isu-isu lain dalam perbincangan ASEAN masih disentuh tetapi disamping itu, isu ekonomi masih mempengaruhi isu politik mahupun sosial di ASEAN. Justeru dalam struktur ASEAN juga lebih banyak merujuk kepada kepentingan ekonomi serantau. Manakala dalam perbincangan-perbincangan ketua-ketua kerajaan, isu ekonomi juga lebih banyak disentuh dan dibahaskan. Aktivitiaktiviti ASEAN juga banyak merujuk kepada aktiviti keusahawanan dan perindustrian, pengangkutan perdagangan dan dan pelancongan, juga sentiasa justeru sangkut dalam paut sistem dengan

pehubungan

kepentingan ekonomi ASEAN. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ASEAN lebih menumpukan kepentingan ekonomi negara-negara anggota berbanding isu politik dan sosial.

Senarai Rujukan;

Rujukan Buku.

Hafiz A Akhand; Kanhaya L Gupta; Economic development in Pacific Asia

Jamal Ali; Ekonomi Malaysia, Satu analisis dasar, 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rusly Musa et al; Geografi alam sekitar manusia; teks pra-u stpm; 2006. Pearson Sdn

Bhd, Petaling Jaya.

R. Winantyo et al; Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA) 2015; Memperkuatkan senergi ASEAN. Taylor & Francis, 2008, Southeast Asian Development. Hoboken : Yusof Ismail et al, 2004, Dasar-dasar Kerajaan Malaysia, Percetakan Safa

sdn bhd, Kuala Lumpur.

Rujukan Internet;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN

http://www.scribd.com/doc/19162129/Modul-PP-Geografi-STPM-Tema-4GlobalisasiDan-Kerjasama-Ekonomi

http://www.waspada.co.id/index.php/images/flash/plugins/content/highslide/index.php? option=com_content&view=article&id=1771:menlu-asean-harus-pentingkanrakyat&catid=17:nasional&Itemid=30

http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ad37e545c0a81573-3bd73bd7-6a782082

http://www.rights.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=140:krisisekonomi-dan-kewangan-global&catid=1&Itemid=49

Anda mungkin juga menyukai