Anda di halaman 1dari 44

PENGURUSA N

KEMATIAN
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. Surah Al-A'raf Ayat 34

Maksud ayat 34 : "Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun

PENGURUSAN JENAZAH

Menguruskan jenazah adalah merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita. ~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~

Hikmah Melawat Orang Sakit

Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

Doa Ketika Melawat Orang Sakit

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam Perlu berada di sisinya. keadaan nazak? Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah
Syuhadah iaitu : Ash-hadu allah illaha illallah..... di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Membaca Al-Quran atau Yasin. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

Sah Matinya

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan :

Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya. Rapatkan kedua belah matanya. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang. Rapatkan mulutnya. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya. Luruskan kakinya. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. Letakkan di tempat yang tinggi. Hadapkan ke Qiblat.

Perkara yang dilakukan selepas disahkan mati

Mengurus Jenazah

3. 4. 5. 6.

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah : Memandikannya. Mengkafankan jenazah. Solat ke atas jenazah. Mengebumikannya.

Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara yang perlu dilakukan oleh waris si mati


Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. Urusan menggali kubur. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yang menguruskan jenazah


Sifat berani. Sabar. Amanah. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Persediaan dan Keperluan untuk memandikan jenazah


Sediakan tempat mandi. Sabun mandi. Air daun bidara. Air bersih. Sugi - 7 batang. Sarung tangan - 3 atau 5. Sedikit kapas. Air kapur barus. Baldi serta gayong.

Keperluan menguruskan jenazah


Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa Gunting Kapas Cendana Kapur barus Air mawar Minyak wangi (Minyak Attar) Tikar jerami Bantal (dari daun pandan) Tempat mandi yang khas.

Hukum Mandi

Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku." Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syarat Mandi

Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah. Syarat mayat dimandikan. 1. Hendaklah mayat orang Islam. 2. Cukup anggota atau sebahagian badannya. 3. Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya. 4. Mayat itu bukan mati syahid.

Tempat Mandi

Dibuat tempat yang tertutup. Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit. Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit. Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat. Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan. Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat dimandikan

Tertib Mandi Jenazah samb..

Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain. Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Jangan mengangkat suara riuh. Jangan mengunyah makanan atau merokok. Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids

Tertib Mandi Jenazah

Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung. Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan. Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.

Cara Memandikan Jenazah

Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mandikanlah dia (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu". (Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Ketiga: Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Pertama: Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan. Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri. Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.

Cara Memandikan Jenazah

Langkah Kedua: Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Keempat: Mandi dengan air sabun i. ii. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali. iii. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3 kali. iv. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali. v. Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri belakang hingga ke kaki kiri 3 kali . Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali sahaja.

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Kelima: Mandi dengan air bersih (mutlak) Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Keenam: Setelah bersih, diwudhukan dengan niat, " Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah" Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala" Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Ketujuh: Mandi air bercampur kapur barus Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan: " Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala" Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala" Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala" Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. Semasa menjirus, sunat membaca: "Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Kelapan: Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu : . Satu kali mandi dengan air sabun. . Satu kali mandi dengan air bersih. . Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

Langkah Kesembilan: . Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir ia dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut kepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayat dikafankan. . Mayat perempuan pula hendaklah dihuraikan rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya. Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas, dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu dihulurkan ke sebelah belakangnya.

Cara Memandikan Jenazah


Langkah Kesepuluh: Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya. Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.

Mengkafankan jenazah
Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

Mengkafankan Jenazah
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut. Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangiwangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain : 1. Kemaluan 2. Wajah (muka) 3. Kedua buah dada 4. Kedua Telinga 5. Kedua siku tangannya 6. Kedua tumitnya

Mengkafankan Jenazah
Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan. Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

Mengkafankan Jenazah
Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Solat Jenazah
1.

Cara mengerjakan Solat Jenazah Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

Solat Jenazah
1.

Rukun Solat Jenazah Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat : i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan ii. Berdiri bagi yang berkuasa. iii. Bertakbir empat kali. iv. Salam

Solat Jenazah

Lafaz niat solat jenazah :


a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

Solat Jenazah
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

Solat Jenazah
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum


"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

Solat Jenazah
Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

Takbir yang pertama : Membaca lafaz Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah Takbir

yang kedua. Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w : "Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

Solat Jenazah
Takbir yang kedua.
Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

Solat Jenazah
Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

Solat Jenazah
Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri.

Anda mungkin juga menyukai