Anda di halaman 1dari 6

2.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pendidikan Moral Tahun 2)

Mata pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan pelajar Bidang Pembelajaran Nilai Kandungan Akademik

Pendidikan Moral 23 April 2011 8.30-9.30 pagi (1 jam) 2 Kinabalu 20 orang Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Kebersihan Fizikal dan Mental Kebersihan fizikal mencerminkan imej yang baik Pakaian bersih dan kemas mencerminkan penampilan yang baik. Bersih dan kemas dalam berpakaian Cara menjaga kebersihan pakaian Cara berpakaian

Hasil pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat: 1. Kognitif (Pemikiran Moral): menyenaraikan 3 kebaikan menjaga kebersihan. 2. Afektif (Perasaan Moral): menunjukkan kesedaran penampilan diri yang kemas dan bersih. 3. Psikomotor (Perlakuan Moral): mengambil tindakan untuk berpakaian bersih dan kemas dan mengamalkannya.

Pendekatan Teknik Bahan

Pembelajaran koperatif, pendekatan berasaskan kemahiran Tunjuk cara, nyanyian dan lakonan Baju bersih dan kotor, kasut sekolah bersih dan kotor, kotak, sabun mandi, syampu, tuala, pengepit kuku, bedak, sikat, cermin, berus gigi, ubat gigi, sabun pencuci, berus kain, berus kasut, kapur kasut, LCD, komputer, klip video.

Langkah/Masa Set induksi (5 minit)

Kandungan 2 set baju dan kasut sekolah yang bersih dan kotor.

Langkah Pelaksanaan 1. Guru menayangkan 2 helai baju dan 2 pasang kasut sekolah i. Baju dan kasut bersih ii. Baju dan kasut dengan tompokan lumpur dan berbau 2. Guru bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar: i. Baju dan kasut manakah yang menjadi pilihan kamu? ii. Bagaimana kamu menjaga baju dan kasut daripada terkena kotoran? iii. Apakah kebaikan kita menjaga kekemasan diri? TEKNIK BBM

Catatan

Baju dan kasut sekolah yang bersih dan kotor

Tunjuk cara

3. Guru menyatakan bahawa pelajaran pada hari ini adalah mengenai kebersihan diri dan pakaian. Aktiviti 1 (30 minit) Cara menjaga kebersihan diri dan pakaian. 1. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan. 2. Guru meminta setiap ketua kumpulan mengambil kotak yang disediakan. 3. Setiap kumpulan diberikan sebuah kotak yang mengandungi isi kandungan yang berbeza: i. Kumpulan 1- kotak berisi sabun mandi, syampu dan tuala. ii. Kumpulan 2-kotak berisi pengepit kuku, bedak, sikat dan cermin. iii. Kumpulan 3- kotak berisi berus gigi dan ubat gigi. iv. Kumpulan 4- kotak berisi sabun pencuci, berus kain dan baju kotor. v. Kumpulan 5-kotak berisi sabun pencuci, berus kasut, kapur kasut dan kasut sekolah kotor. 4. Setiap kumpulan diminta melakonkan cara-cara TEKNIK Lakonan BBM Kotak, sabun mandi, syampu, tuala, pengepit kuku, bedak, sikat, cermin, berus gigi, ubat gigi, sabun pencuci, berus kain, baju kotor, sabun pencuci, berus kasut, kapur kasut dan kasut sekolah kotor.

menjaga kebersihan diri dan pakaian berdasarkan bahan-bahan yang diperoleh daripada setiap kotak. 5. Selepas lakonan, guru bersoal jawab dengan pelajar: i. Apakah yang dilakukan oleh kumpulan 1? ii. Kenapa kita perlu mandi dan menggunakan sabun serta syampu? iii. Apakah yang dilakukan oleh kumpulan 2? iv. Kenapa kuku perlu dipotong? v. Kenapa rambut perlu disikat? vi. Apakah yang dilakukan oleh kumpulan 3? vii. Kenapa kita perlu memberus gigi? viii. Apakah yang dilakukan oleh kumpulan 4? ix. Apa yang akan terjadi jika kita memakai pakaian kotor? x. Apakah yang dilakukan oleh kumpulan 5? xi. Kenapa perlu mencuci kasut? xii. Adakah kita perlu melakukan semua perkaraperkara tadi?

xiii. Mengapa kita perlu melakukannya? Aktiviti 2 (15 minit) Cara berpakaian 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap pelajar dan meminta pelajar mewarnakannya. 2. Guru bersoal jawab dengan para pelajar tentang hasil kerja mereka. i. Bagaimanakah keadaan pakaian yang bersih dan kemas? ii. Adakah kamu selalu berpakaian kemas dan bersih ke sekolah? Penutup (5 minit) Klip video lagu Bangun tidur. 3. Guru menayangkan klip video lagu Bangun tidur sambil menunjukkan gaya mengikut senikata lagu. 4. Guru dan pelajar menyanyi bersama-sama sambil menunjukkan aksi seiring dengan senikata lagu. Penilaian (5 minit) Soal jawab dengan pelajar. 1. Guru bertanya soalan kepada pelajar: iii. Mengapa kita mesti menjaga kebersihan diri dan pakaian? iv. Apakah yang terjadi kepada kamu sekiranya TEKNIK Nyanyian BBM LCD, komputer, klip video BBM Lembaran kerja

tidak menjaga kebersihan? 2. Guru menegaskan bahawa setiap individu perlu menjaga kebersihan diri dan pakaian supaya kesihatan sentiasa terjamin.

Refleksi Guru _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai