Anda di halaman 1dari 2

NOTA PELAJARAN

KOSA KATA 1. Dua suku kata terbuka (VKV) Contoh perkataan = apa, ini, itu, ibu, ubi, api, ela, isi, aku dan sebagainya. 2. Dua suku kata terbuka (KVKV) Contoh perkataan = baju, biru, buku, baca, bahu, ciku, dadu, feri, guni, hati, jala, kuda, mata, nasi, paku, raga, satu dan sebagainya. 3. Tiga suku kata terbuka (KVKVKV) Contoh perkataan = berudu, cerita, dahaga, jelita, keladi, kereta, lelaki, mereka, petola, tomato dan sebagainya. 4. Satu suku kata tertutup (KVK) Contoh perkataan = bot, bas, cat, gam, gol, jam, jet, kek, lap, mop, pen, tin, van, zip, ros dan sebagainya. 5. Suku kata terbuka dan tertutup (VKVK) Contoh perkataan = ayam, awan, asap, atap, anak, adik, itik, ikan, ubat, ulat, ular, emak, enam, ekor, epal dan sebagainya. 6. Suku kata terbuka dan tertutup (KVKVK) Contoh perkataan = badak, belon, cicak, cawan, dapur, filem, gajah, hutan, jarum, kapal, lapan, manis, nanas, pokok, rajin, sikat dan sebagainya. 7. Dua suku kata tertutup (KVKKVK) Contoh perkataan = bantal, banjir, doktor, kertas, pensel, rambut, sampan dan sebagainya. 8. Suku kata tertutup dan terbuka (KVKKV) Contoh perkataan = pintu, baldi, lampu, bantu, jumpa, mandi, henti dan sebagainya. 9. Vokal berganding (KVVK) Contoh perkataan = kuih, lauk, laut, naik, fail, suis, paip, baik, baik, siap, buat, suap, buah, paus dan sebagainya. Nota: Kesemua kosa kata ini dan kosa kata yang lain boleh digunakan di dalam pembelajaran Bahasa Malaysia teras dan bertema. Contoh ayat 1. Ayat tunggal Contoh ayat : a) Ini rumah saya. b) Saya makan nasi.

2. Ayat dalam konteks a) Ini kucing. Kucing makan ikan. Kucing saya comel. b) Ini rumah saya. Rumah saya besar. Rumah saya cantik. Nota : Perbezaan makna antara mengecam, mengenal dan mengenalpasti adalah seperti berikut:

Mengecam dan mengenal adalah setakat boleh membezakan dan mengenali sahaja. Mengenalpasti adalah mengetahui dengan pasti dan boleh menerangkannya.

Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal, iaitu a, e, i, o, dan u Contoh : aku, saya, mereka, ubi, bola

2Suku kata tertutup adalah suku kata yang diakhiri olehkonsonan. Contoh : beg, kambing, untuk, payung, rumah, pokok

Anda mungkin juga menyukai