Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 2

Mereka Bentuk Eksperimen

Topik Sains

Tahun 5

Tema

Menyiasat Alam Bahan

Tajuk

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Penyejatan Air

Objektif Umum

Memahami bahawa bahan boleh berubah dari satu


keadaan ke satu keadaan yang lain.

Objektif Khusus

Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar


penyejatan.

Tujuan

Untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi kadar


penyejatan.

Bahan dan radas

Enam helai sapu tangan yang sama


Air
Penyepit baju
Jam randik

Prosedur

1. Sediakan enam helai sapu tangan yang sama dan


serupa.
2. Basahkan kesemua sapu tangan dengan air
3. Labelkan sapu tangan itu sebagai A, B, C, D, E dan F.
4. Gunakan sapu tangan yang basah itu untuk
menjalankan aktiviti 1, 2 dan 3.
5. Dalam setiap aktiviti, perhatikan sapu tangan manakah
yang paling cepat kering.

Aktiviti 1
1. Gantungkan sapu tangan A di bawah cahaya matahari.
2. Gantungkan sapu tangan B di dalam bilik.

Aktiviti 2
1. Gantungkan sapu tangan C di bawah kipas yang berpusing.
2. Gantungkan sapu tangan D di dalam bilik yang tiada kipas.

Aktiviti 3
1. Lipat sapu tangan E sebanyak dua kali.
2. Gantungkannya di bawah cahaya matahari.
3. Biarkan sapu tangan F tanpa dilipat.
4. Gantungkannya di bawah cahaya matahari.

Keputusan

Tuliskan pemerhatian kamu bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Aktiviti

Masa Tuala Mengering (minit)


Tuala A
Tuala B

Tuala C

Tuala D

Tuala E

Tuala F

Perbincangan

1. Berikan inferens bagi setiap pemerhatian yang kamu catatkan di dalam


jadual.
a) Aktiviti 1

_______________________________________________________

b) Aktiviti 2

________________________________________________________

c) Aktiviti 3

________________________________________________________

2. Berdasarkan aktiviti 1,
a) apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan?

__________________________________________________________

b) apakah pemboleh ubah yang bergerak balas?

__________________________________________________________

c) apakah hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan


pemboleh ubah yang bergerak balas?

___________________________________________________________

d) nyatakan satu pemboleh ubah yang perlu dimalarkan.

___________________________________________________________

3. Berdasarkan aktiviti 2,
a) apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan?

__________________________________________________________

b) apakah pemboleh ubah yang bergerak balas?

__________________________________________________________

c) apakah hipotesis yang boleh kamu nyatakan dalam aktiviti itu?

___________________________________________________________

d) nyatakan satu pemboleh ubah yang perlu dimalarkan.

___________________________________________________________

4. Berdasarkan aktiviti 3,
a) apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan?

__________________________________________________________

b) apakah pemboleh ubah yang bergerak balas?

__________________________________________________________

c) apakah hubungan antara dua maklumat yang dikumpul dalam aktiviti itu?

___________________________________________________________

Kesimpulan
____________________________________________________________

____________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai