Anda di halaman 1dari 18

E.

PROGRAM PROGRAM UNTUK MURID MURID KEPERLUAN KHAS Di sekolah yang kami menjalankan kajian terdapat beberapa program yang dijalakan untuk murid murid yang manghadapi masalah pembelajaran. Berikut adalah program program yang dijalankan : 1. Program Pendidikan Khas 2. Rancangan Makanan Tambahan 3. Program Susu Sekolah 4. Program Vitamain 1Malaysia

F. POSEDUR ATAU PROSES PROGRAM YANG DIJALANKAN 1. Program Pemulihan Khas

Definisi

Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 ) Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk muridmurid yang menghadapi masalah atau kesukaran dalam menguasai satusatu kemahiran membaca, menulis dan mengira.(Panduan Am KBSR - 1982)

Murid Pemulihan Khas

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

Rasional

PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara 25-30 orang sahaja.

PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.

Kumpulan Sasaran

Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.

1) Masalah pembelajaran akibat : a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru b) sering tidak hadir ke sekolah c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran d) leka dan lambat

2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran : a) masalah peribadi b) masalah psikologi c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)

PEMULIHAN DALAM KSSR

Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun 2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun 2012. Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan muridmurid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:

1) Emosi dan Tingkahlaku


Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka. Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran. Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru. Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Bersikap pasif. Malas

2) Sosial

Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu

kawan-kawan.

Lemah / kurang interaksi dengan rakan. Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.

Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri. Hyper aktif.

3) Kesihatan

Tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus). Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). Lemah gerakan motor-kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar

Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan

Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengelaskan benda atau nombor. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.

Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran/ingatan. Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Sukar untuk membuat kenyataan am

Tugas - Tugas Guru Pemulihan Khas

Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas:

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas

1.

Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang

telah ditetapkan. 2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang

memerlukan pengajaran pemulihan. 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan,

ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. 4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta

menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. 5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.

Peranan GPK Dalam Program LINUS

Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.

Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu persediaan).

Senarai Semak Tugas-Tugas GPK

1) Instrumen/Ujian yang dijalankan

1. 2. 3. 4.

Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid) Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik) Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M

5. 6. bapa) 7. 8. 9.

Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu

Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke

semasa tentang masalah murid 10. Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke

semasa

2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas 1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran

sekolah 06/04/013 2. 3. Fail Guru 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus) Fail Maklumat Program 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/

Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas) 4. 5. Fail Surat Menyurat 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM) Fail Minit Mesyuarat 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit

mesyuarat) 6. 7. Fail Murid 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan) Fail Diagnostik BM&MT 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-

Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT 8. Fail Pelepasan BM&MT 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan

lain-lain) 9. Fail Analisa Ujian 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian

& Peperiksaan dalam arus perdana) 10. 11. 12. 13. Fail Lembaran Kerja 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT) Fail Kertas kerja 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program) Fail LINUS 06/04/013/11(Maklumat LINUS/ Fail Individu murid

3) Pengurusan Program LINUS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011 Menjadi AJK program LINUS di sekolah Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2 Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2 Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid

Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas

Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Ruang pengurusan Ruang P&P Ruang multimedia Ruang bahasa Ruang Matematik Ruang pengamatan

Jadual waktu Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3 kurang 15 orang Tahun Murid Bahasa Matematik Jumlah Guru Catatan Melayu Waktu Seminggu Tahun Murid LINUS 12 7 19 Guru Pemulihan Murid 4 -5 1 Tegar(tidak Khas orang menguasai konstrak 1&2) Tahun Murid 8 7 15 Guru Pemulihan Murid 2 dan 3 Pemulihan Khas maksimum Khas 15 orang Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas. Kaedah gabung kelas antara murid pemulihan / murid LINUS boleh dijalankan (maksimum 15 orang murid)

Program Pemulihan Khas di SJKC dan SJKT (Guru Melayu sebagai Guru Pemulihan Khas) Tahun Murid Bahasa Matematik Jumlah Guru Catatan Melayu Waktu Seminggu Tahun Murid LINUS 12 Diajar oleh 12 Guru Pemulihan Murid 4 -5 1 Tegar( tidak Guru Khas orang menguasai LINUS konstrak 1&2) Tahun Murid 11 Diajar oleh 11 Guru Pemulihan Murid 2 Pemulihan guru Khas maksimum Khas matematik 15 orang Tahun Murid 11 Diajar oleh 11 Guru Pemulihan Murid 3 Pemulihan guru Khas maksimum Khas Matematik 15 orang Mata pelajaran Bahasa Melayu untuk LINUS Tegar hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan Khas dan mata pelajaran Matematik akan diajar oleh Guru LINUS (Matematik). Kaedah gabung kelas juga boleh dilaksanakan.

2. PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan menjadi criteria utama pemilihan murid. Kriteria pemilihan Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. Kadar dan Peruntukan Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.

Strategi Perlaksanaan Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat

3. PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.

Program ini mengandungi dua skim iaitu: a. Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. b. Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela. Objektif Program: i. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran ii. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma iii. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia. iv. v. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran. vi. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.

4.PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA

TUJUAN
Tujuan garis panduan ini ialah untuk menggariskan kaedah pemberian multivitamin dan mineral di sekolah rendah dan akan digunakan oleh pentadbir/ guru sekolah dalam melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia kepada murid sekolah. Garis panduan ini hendaklah juga dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005 serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan

Tambahan di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010.

1.

Rasional

Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).

Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004).

Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanakkanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.

2.

Keperluan Vitamin

Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.

Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu

meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit. 3. Strategi

Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah. 4. Objektif Program

Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.

5.

Liputan Program

Semua murid yang memenuhi kriteria pemilihan dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

Cara Pemberian

i.

Kekerapan Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.

ii.

Dos (Bilangan tablet) Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Rumusan

Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.

LAMPIRAN

BUKU BUKU PROGRAM PEMULIHAN KHAS

BUKU PANDUAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

PROGRAM SUSU SEKOLAH

PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA

RUJUKAN

1. www.moe.gov.my/bpkhas/forums/index.php? Surat Siaran Pemulihan Khas dan LINUS. sekolah.mmu.edu.my/skayermolek/pmlhn_khas.htm Program Pemulihan Khas

2.

3. www.moe.gov.my/my/rmt RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT). 4. www.ppdtimurlaut.edu.my index.php ... garis panduan pelaksanaan. program vitamin 1malaysi di sekolahrendah. kementerian kesihatan malaysia. oktober 2011. 5. www.moe.gov.my my pss Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Isi Kandungan E. PROGRAM PROGRAM UNTUK MURID MURID KEPERLUAN KHAS F. PROSEDUR ATAU PROSES PROGRAM YANG DIJALANKAN 1. Program Pendidikan Khas 2. Rancangan Makanan Tambahan 3. Program Susu Sekolah 4. Program Vitamain 1Malaysia Lampiran gambar Rujukan

Anda mungkin juga menyukai