Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN JASMANI

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Daya tahan kardiovaskular dapat dibina dengan melakukan latihan tertentu seperti senamrobik, skiping, serta berlari dengan pantas.

Aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular melibatkan jantung, otot-otot di bahagian abdomen, tangan dan kaki. Semasa melakukan aktiviti tersebut, otot-otot sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan seperti terkoyak.

Aspek keselamatan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku. Bagi mendapatkan kesan yang baik, aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular perlu dilakukan selama 15 hingga 30 minit secara berterusan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Senamrobik Senaman yg mempunyai ritma & byk melibatkan pengerakan kaki & tangan. Penggunaan muzik dpt menambahkan minat dan keseronokan semasa melakukannya. Setiap pengerakan diikuti dengan kiraaan empat atau lapan bersesuai dengan ritmanya. Setiap aktiviti diulang beberapa kali sebelum beralih kepada seterusnya. Aktiviti pertama hingga aktiviti terakhir boleh juga diulang mengikut kemampuan.

Anda mungkin juga menyukai