Anda di halaman 1dari 8

Prinsip 1: Penglibatan Aktif

Murid mesti melibatkan diri secara aktif ketika aktiviti pengajaran. Maklumat bukan disampaikan, tetapi murid itu sendiri yang mencarinya.

Prinsip 2: Perkaitan dan Corak / Konstruktivisme


Murid berpeluang membina, menguji dan mencuba semula apa yang dipelajari. Mereka akan mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu.

Prinsip 3: Pembelajaran Informal


Pembelajaran yang bukan berlaku di bilik darjah secara formal. Berlaku di luar kelas - di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa.

Prinsip 4: Pengalaman Langsung


Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang sesuatu.

Prinsip 5: Situasi Mendesak


Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang mendesak, dengan pengalaman secara langsung dengan sesuatu yang benar-benar berlaku maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi diri pelajar itu.

Prinsip 6: Maklum Balas Berterusan


Menekankan kepentingan insentif bagi membentuk tindakan berterusan. Murid sepatutnya memperolehnya daripada guru dan rakanrakannya. Kemampuan belajar dengan sebaik-baiknya akan diperoleh.

Prinsip 7: Suasana yang Menyeronokkan


Tindak balas berterusan yang sangat efektif jika sesuatu isi pengajaran itu disampaikan dengan suasana yang menyeronokkan.

Prinsip 8: Refleksi
Merupakan elemen utama. Murid dapat mengawal pembelajaran mereka. Dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan apakah yang perlu dibaiki.

Anda mungkin juga menyukai