Anda di halaman 1dari 21

Isi Kandungan 1.0 Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial 1.1 1.2 2.0 3.0 4.0 5.0 6.

0 7.0 8.0 9.0 10.0 Dialek Daerah Dialek Sosial

Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku Simbol Fonetik Dalam Bahasa Melayu Transkripsi Bahan Rakaman Transkripsi Dialek Kelantan Transkripsi Bahasa Baku Refleksi Kendiri Lampiran Bibliografi

1.0 Pengenalan Penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia tidak begitu disambut secara etnik oleh warga ketika bahasa itu disahkan sebagai bahasa nasional. Justeru bahasa Inggeris yang sering digunakan, terutama di kalangan etnik Cina dan India walaupun mereka termasuk warga minoriti. Hal ini membuat pemerintah berusaha menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-peraturan ini dinilai secara keseluruhan oleh sebahagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahawa Bahasa Melayu tidak mungkin digunakan di mahkamah (pengadilan) kerana berbagai keterbatasan dan perubahan yang dimiliki Bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu digunakan istilah Bahasa Melayu, Bahasa Melayu berulangkali berganti nama rasmi. Dari pertama bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama rasmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysiasehingga kini. Perubahan baru terjadi pada dekad 80-an, yakni ketika Bahasa Melayu berhasil menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah, bermula taman kanak-kanak sampai ke menara gading. Perubahan ini seiring dengan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP dirasmikan pada tahun 1956) yang semakin lancar kemasyarakatan Bahasa Melayu. Pasca perubahan ini, Bahasa Melayu akhirnya berhasil menduduki lima fungsi yang harus dimiliki oleh sebuah bahasa nasional: fungsi sebagai bahasa nasional itu sendiri, sebagai bahasa rasmi, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan terakhir sebagai bahasa pendidikan.
2

Bahasa Melayu yang memiliki wilayah sebar tutur di sebuah negara yang luas seperti Malaysia, tentunya, memiliki perbezaan cara tutur. Masing-masing Negeri (daerah) hampir memiliki satu dialek tersendiri, yang berbeza dengan daerah lainnya. Dialek-dialek BM yang masyhur di Malaysia antara lain, dialek Johor di Negeri Johor yang terletak paling selatan, dialek Perak di Perak Darul Ridzuan, dialek Melaka di Negeri Melaka sebelah utara Johor, dialek Kedah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman, dan terakhir dialek Sarawak yang terletak di Malaysia Timur atau di Pulau Kalimantan yang disebut juga dengan Pulau Borneo. Kata /kapal/ yang terdapat di dalam Bahasa Melayu Piawai (standard) dapat dijadikan sebagai contoh yang jelas. Meski tetap direalisasikan menjadi /kapal/ di Johor, Melaka dan Sarawak, di Perak ia malah direalisasikan (baca; diucapkan) menjadi /kap/ dan di Kedah direalisasikan menjadi /kapaj/. Contoh lain yang lebih mendalam perbezaannya adalah kata /pagar/. Di Johor orang menyebutnya /paga/, di Perak orang menyebut /pag/, akan tetapi di Melaka malah disebut /pagaw/, di Kedah disebut /paga?/ (dengan glotis atau hamzah di akhir) dan di Sarawak menjadi /pagaR/. /r/ yang terdapat di akhir kata /pagar/ ternyata direalisasikan dengan cara yang berbeza oleh dialek-dialek ini dan justeru kerana perbezaan kecil nan khas inilah mereka menjadi dialek.

1.0 MENYEDIAKAN SATU RAKAMAN PERBUALAN DALAM DIALEK DAERAH TERTENTU DAN TULISKAN TRANSKRIPSI FONETIK RAKAMAN TERSEBUT. PANJANG RAKAMAN ADALAH ANTARA 7-10 MINIT.

2.1 TULISAN TRANSKRIPSI FONETIK DARIPADA RAKAMAN YANG DIAMBIL (DIALEK PERAK DAN SIAM )

Hasil temu bual bersama En Abdul Hassan bin Mat atau dikenali sebagai Pakngah a)Transkripsi asal Name Pakngah , Name betol Abdul Hassan bin Mat. Kampong Banggol Baru. No no ghumah tak ingat.Umor lapan puloh empat.Tak de pe anok tige.Peghempuan sume. Tapi kalo kite berjalan hok anok buah ghamai hok bele ghamai hok bele kecik tige oghang. sughpe kite cekgu, makan jangan kighe malam kadang tige oghang makan, kadang oghang maghi daghi jaoh makan. Beghas adedue kampit, ade sekampit lagi. Batu, di Batu ghing nu sang kedembai tegurnye, Sang Kedembai tu asal-usulnye die tu ngan gergasi ceghiternye tu. Boleh paham jugok

cikit.ngangergasi, gergasi kate aku nok beloh gunong aa ceghiternye, kate dek Sang Kedembai aku nok tegor oghang jadi batu puncenye, lepas tu adele oghang Batu Ghing. Batu Ghing tu oghang belaroghle aghi kemagho,panasnye tak ujan-ujan tak ujan ni tadi, lelame oghang belaghokle anjing ngan kucing. Ha tula cheghiternye asalnye dari situ. Sang Kedembai le mule dengan tutu ngan gergasi.Gergasi kate aku tak nok, nok makan. Kate dek Sang Kedembai aku nak teghor.Ang tengok aku teghor,itula kendughi di Batu Ghing belaghak anjing ngan kucing belaghok mujor oghang tu dok atas lesung batu. Buting SulongButing Sulong tadi deme tengah belaghak Sang Kedembai pon lalu la.Lalu lalunye tegor abis, tinggal oghang atas
4

lesong tak jadi batu. Nasible Sang Kedembai tu takdok, kalo ade abisle kite jadi batu. Tegor jadi batu, tegor jadi batu tula Batu Puteghi die teghur. Boleh pinjam mangkok Sang Kedembai jugak, lepas deme tok antar hok pecah lansong tak dapat. Haagua tule gua Batu Puteri hak dok dalam nu deme panggil pecah batu.

b)Transkripsi simbol fonetik [Nam] [Pakngah] , [Nam] [betol] [Abdul Hassan] [bin Mat]. [Kampo] [Bagol Baru] . [No] [no umah] [tak] [iat]. [Umor] [lapan] [puloh] [mpat]. [ Tak d p] [anok] [tig]. [Pmpuan] [sum]. [ Tapi] [kalo] [kit] [brjalan] [hok] [anok] [buah] [amai] [hok] [bl] [amai] [hok] [bl] [kcik] [tig] [oa]. [sup] [kit] [cekgu], [makan] [jaan] [kigh] [malam] [kada] [tig] [oa] [makan], [kada] [oa] [mai] [dai] [jaoh] [makan]. [Beas] [ad] [du] [kampit], [ad] [skampit] [lagi]. [Batu], [di] [Batu] [i] [nu] [sa] [kdmbai] [tgur e], [Sa Kdmbai] [tu] [asal-usule] [di tu] [an] [grgasi] [citer tu]. [Boleh] [paham] [jugok] [cikit]. [an] [grgasi], [grgasi] [kat] [aku] [nok] [beloh] [guno] [aa] [citr ], [kat] [dk] [Sa Kedembai] [aku] [nok] [tegor] [oa] [jadi] [batu] [punc], [lpas tu] [adl] [oa] [Batu] [ing]. [Batu] [i] [tu] [oa] [blarole] [ai] [kmao], [panas] [tak] [ujan-ujan] [tak] [ujan] [ni] [tadi], [llam] [oa] [blaokl] [anji] [an] [kuci]. [Ha] [tula] [chitr ] [asal ] [dari] [situ]. [Sa Kdmbaile] [mul] [dan] [tu][tu] [an] [grgasi].[Grgasi] [kat] [aku] [tak] [nok], [nok]

[makan].[Kat] [dek] [Sa Kdmbai] [aku]

[nak] [tor].[A] [tengok] [aku]

[tor],[itula] [kndui] [di] [Batu] [i] [blaak] [anji] [an] [kuci] [blaok] [mujor] [oa] [tu] [dok] [atas] [lsu] [batu]. [Buti] [Sulo][Buti] [Sulo] [tadi] [dem] [tah] [blaak] [Sa Kdmbai] [pon] [lalu] [la].[Lalu] [lalu ] [tgor]

[abis],[tigal] [oang] [atas] [lso] [tak] [jadi] [batu].[Nasibl] [Sa Kdmbai] [tu] [takdok],[kalo] [ad] [abisl] [kit] [jadi] batu]. [tgor] [jadi] [batu],[tgor] [jadi] [batu] [tula] [Batu Putei] [di] [teur]. [Boleh] [pinjam] [mangkok] [Sa Kdmbai] [jugak], [lpas] [dem] [tok] [antar] [hok] [pecah] [lanso] [tak]

[dapat].[Haa][gua] [tul] [gua] [Batu] [Putri] [hak] [dok] [dalam] [nu] [dem] [pagil] [pcah] [batu].

c)Bahasa Standard Nama pakngah yang sebenar ialah Abdul Hassan bin Mat.. Tinggal di Kampung Banggol Baru,no rumah tak ingat. Pakngah berumur lapan puluh empat tahun.Anak ada tiga orang dan kesemuanya ialah perempuan.Tetapi kalau kita pergi berjalan, anak buah ada ramai, begitu juga dengan yang dibela semasa kecil iaitu seramai tiga orang. Kita kalau pasal makan jangan berkira, kadang-kadang waktu malam orang mari dari jauh singgah rumah kita sediakan makanan. Beras di rumah ni biasanya ada dua kampit, habis guna sekampit ada simpan sekampit lagi. Cerita pasal batu, Sang Kelembai yang tegur. Asalnya Sang Kelembai tu berkawan dengan gergasi. Boleh dijadikan cerita, gergasi memberitahu kepada Sang Kelembai yang dia nak belah gunung,sementara itu Sang Kelembai pula kata aku mahu menegur orang supaya menjadi batu. Peristiwa ini bermula di Batu Ring, orang kampung semua belarak sebab hari kemarau.Kata gergasi aku nak makan. Jawab Sang Kelembai aku nak tegur, hang tengok aku tegur. Sebab itulah kenduri di Batu Ring orang bawa anjing dengan kucing untuk belarak masa kemarau. Nasib baik ada seorang yang duduk atas batu lesung semasa belarak tu. Namanya Buting Sulong. Masa tengah belarak Sang Kelembai lalu, semasa lalu tu habis semua dia tegur. Kecuali

Buting Sulong yang duduk atas lesung batu tadi yang lain semua jadi batu. Nasib baikla sekarang Sang Kelembai sudah tiada, kalau tidak habisla kita ditegurnya menjadi batu. Apabila dia tegur jadilah batu.Pinggan mangkuk Sang Kelembai boleh dipinjam tetapi selepas orang yang meminjam itu tidak pulangkan semula yang pinggan yang pecah langsung Sang Kelembai tidak meminjamkan lagi pinggan mangkuknya.Terdapat gua di mana tempat Sang Kelembai tegur menjadi batu Puteri dan orang ramai menggelarkannya Pecah batu.

2.0 MENGHURAIKAN

FAKTOR-FAKTOR

DAN

KESAN

KESILAPAN

PENGGUNAAN SEBUTAN BAKU DALAM KALANGAN PENUTUR BAHASA MELAYU. 3.1 FAKTOR-FAKTOR KESILAPAN PENGGUNAAN SEBUTAN BAKU DALAM KALANGAN PENUTUR BAHASA MELAYU

Terdapat

beberapa

faktor

yang

menyebabkan

berlakunya

kesilapan

penggunaan sebutan bahasa baku di dalam kalangan penutur Bahasa Melayu ini. Antaranya ialah masalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi

didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan antaranya: i. Penggunaan SMS apabila menggunakan telefon bimbit Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu, contohnya Nxt week blk kmpung tak? Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan kesilapan penggunaan bahasa ini.

ii.Pengaruh Budaya Asing Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca kesilapan bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika pada tahun 70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulankumpulan muzik seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel Scum yang mengatakan bahawa, Pada kami, perumpamaan dan istilah bahasa pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami mesej yang nak disampaikan. Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti Yo,yo,yo, buat pe bro walaupun gaya ini dianggap sebagai bahasa seni dalam genre hip-hop. iii.Penggunaan Tatabahasa Tidak Di ajar Secara Formal Disamping itu, sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada kesilapan penggunaan bahasa ini. Keadaan ini berlaku berikutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal. Penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke arah penggunaan ayat yang tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya Saya berasal daripada Negeri Sembilan. Ayat ini tercemar dari segi penggunaan tatabahasa kerana sepatutnya kata sendi dari yang harus digunakan dalam ayat tersebut untuk menunjukkan tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001) dalam kajiannya mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran berikutan saranan kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini kerana perkara yang diajarkan di sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang hidup dan sukar diubah seperti ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

iv. Buku yang diterbitkan Di Pasaran Berbeza Huraian Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga

mengakibatkan kesilapan penggunaan Bahasa Melayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat tokoh itu sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Hal ini mengakibatkan kekeliruan kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Sebagai contoh, ayat yang berfungsi untuk menjemput dinamakan sebagai ayat silaan dalam Tatabahasa Dewan manakala Arbak Othman pula menamakannya sebagai ayat ajakan dalam Tatabahasa Bahasa Malaysia. v.Penggunaan Dialek Tambahan lagi, penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran bahasa ini. Mengikut Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Penggunaan dialek ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan dialek adalah seperti berikut; 1.Mai la kita makan nasik ayam ni..

10

2. Saya tak se jamah bihung.. iv.Peranan Media Massa Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kesilapan penggunaan bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Di samping itu, sebilangan orang kenamaan dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak. Perkara-perkara seperti ini membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. vii. Pengguna Bahasa Melayu Tidak Mahir Berbahasa Punca seterusnya adalah kerana pengguna Bahasa Melayu yang tidak mengetahui sistem Bahasa Melayu dengan betul. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Sistem Bahasa Melayu pula terdiri daripada dari segi ejaan, morfologi dan sintaksis. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem bahasa ini, mereka melakukan kesalahan yang mencemarkan bahasa. Sebagai contoh, apitan pe-...-an selalu disalahgunakan. vii.Pelbagai Kaum di Malaysia Seterusnya kepelbagaian etnik di Malaysia juga merupakan salah satu punca kepada kesilapan penggunaan bahasa. Hal ini kerana terdapat orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyebabkan mereka mencampuradukkan bahasa ibunda dengan Bahasa Melayu. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa pasar. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai etnik di Malaysia juga membawa kepada pencemaran bahasa ini. Sebagai contoh, penggunaan bahasa pasar adalah seperti berikut: 1. Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. 2. Tauke, itu ikan parang, belapa halaga sekilo?

11

3.2 KESAN-KESAN KESILAPAN PENGGUNAAN SEBUTAN BAKU DALAM KALANGAN PENUTUR BAHASA MELAYU i.Kemerosotan bahasa Melayu dari segi lisan dan tulisan Kesilapan penggunaan sebutan bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu merosot.

ii.Bahasa melayu tergugat

12

Selain itu, kesilapan penggunaan sebutan bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah. Penggunaan bahasa rojak seperti percampuran Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam perbualan harian secara tidak langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu di negara ini. Hal ini kerana, penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan dianggap satu standard yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ditambah lagi, bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ekonomi dan pendidikan peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian kerajaan mula melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan ini telah mengubah bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu Kepada Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang sama sekali bertentangan dengan bahasa kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disekolah.

iii.Bahasa Melayu dipinggirkan Kesan daripada kesilapan penggunaan bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi. iv. Bahasa Melayu kian dilupakan
13

Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa Melayu telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan pencampuran bahasa. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu. v.Masyarakat lebih mengagungkan Bahasa Inggeris / Asing Kesilapan penggunaan sebutan bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu mengagung-agungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini memonopoli semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan dan sebagainya. Perkara ini akan melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang lain akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga pemimpin lebih suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal ini juga menyebabkan para ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan bahasa Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

4.0 KESIMPULAN
14

Kesimpulannya, kesilapan pengunaan sebutan bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihakpihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya. Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar. Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata peribahasa Melayu iaitu bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguhsungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.Keracunan dalam penyampaian dan penggunaan laras bahasa yang dicampur adukkan dengan bahasa yang tidak sesuai dalam konteks penggunaan yang semakin ketara menunjukkan sudah semestinya tidak akan dapat membina
15

minda masyrakat untuk maju dan mengejar kemajuan.Pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap , tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan

perniagaan.Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemubual oleh wartawan.dengan ini apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kebangsaan secara baik dan kerap ini akan menjadi ikutan orang di bawahannya.

REFLEKSI
16

NORAINI BINTI HUSAIN 680520-02-5546

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3108 iaitu Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak lupa juga pada pensyarah saya sendiri iaitu, En.Zainal Arif Bin Mat.. Dalam tempoh perlaksaan yang diberikan selama 4 minggu ini, Alhamdulillah ia membuahkan hasil juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini. Semasa menyiapkan tugasan projek ini, saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk menghabiskan tugasan ini, antaranya ialah, saya tidak langsung memahami apa yang dikatakan dengan penulisan fonetik ini memandangkan tajuk bagi bab ini terlalu sukar bagi diri saya apatah lagi kawan-kawan saya. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan kadar yang segera. Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan.

Apakah yang dikatakan dengan penulisan fonetik ini? Perkataan ini telah bermain difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami penulisan fonetik ini disamping kajian kesilapan penggunaan sebutan bahasa baku dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. Fonetik merupakan satu ujaran dimana akan di transkripsikan dalam bentuk tulisan. Mula-mulanya ia amat memeningkan tetapi bila diperhatikan satu persatu, Alhamdulillah saya dapat melakukan dengan baik sekali dengan bantuan kawan-kawan saya dan pensyarah saya.

Dari segi kesilapan penggunaan bahasa baku dimana ia dapat mencacatkan d dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasa dapat digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Contohnya dari segi dialek orang Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. Barang siapa yang tidak faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang tidak tahu menahu dalam konteks bahasa Kelantan ini. Fungsi yang kedua pula ialah dari segi status penggunaannya. Contohnya penggunaan bahasa slanga,bahasa kasar dan bahasa
17

basah. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan mempunyai maksud yang tersendiri. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak muda zaman sekarang ini. Contohnya ialah, gua mau cau bro, mat motor dan minah rempit dan

sebagainya. Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa kasar sedikit.

Intihanya, penulisan fonetik dan kesilapan penggunaan sebutan bahasa baku ini amat penting sekali dalam memastikan bahasa yang digunakan ini dapat difahami oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun pendengar. Oleh itu, penggunaan penulisan fonetik dan sebutan bahasa baku yang betul ini perlu diterapkan kepada generasi muda pada zaman sekarang ini, supaya mereka tidak akan lupa dimana asal usul mereka berada dan dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia.

Penggunaan bahasa dialek daerah adalah bertujuan memudahkan komunikasi antara penduduk setempat. Semasa berkomunikasi, mereka akan mewujudkan kemesraan sesama mereka. Hubungan antara mereka menjadi lebih erat, berasa tenang dan terhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa daerah. Oleh itu jika bahasa dialek ini digunakan disekolah ia akan mencacatkan bahasa melayu di sekolah

Namun demikian, penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengakibatkan mutu Bahasa Melayu secara lisan akan merosot dan menimbulkan kekeliruan semasa penyampaian guru. Sebagai contoh situasi di sebuah sekolah di daerah Gua Musang seorang guru Bahasa Melayu yang berasal dari Kedah meminta murid - murid Tahun 1 Wira berlari bebas untuk set induksi tajuk Pentingnya Menjaga Kesihatan. Murid-murid tersebut hanya berdiri dan memerhati antara satu sama lain kerana tidak memahami arahan yang diberi oleh guru. Guru kemudian beraksi melakukannya dan seorang murid memberitahu itu adalah [# huga ko? se #] Guru kemudian menyebut ayat tersebut dan mereka melaku aktiviti dengan gembira.

Seterusnya, sebagai seoran guru saya mengesyorkan dialek daerah tidak seharusnya digunakan secara meluaskan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa dialek daerah ini akan merosakkan
18

Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan melahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan murid-murid di sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan dialek daerah. Penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai sebutan bahasa standard dengan berkesan dan betul. Bagi murid di negeri Kedah menyebut ayat ular besar melingkar atas pagar sebagai: [ # ulaq bsaq melikaq? ata pagaq?# ] manakala murid di negeri Melaka menyebut ayat yang sama dengan [# ulau besau melikau atas pagau # ]

Selain itu, kesan dialek daerah ialah maksud bahasa gagal diterjemahkan oleh murid. Situasi di sebuah sekolah di daerah Baling seorang guru Bahasa Melayu mengarah seorang murid ke bilik A untuk membaca buku tetapi murid tersebut pergi ke bilik air disebabkan [ # # ] itu adalah dialek bagi air di daerah Baling.

Kesan penggunaan dialek daerah juga mengehadkan penguasaan kosa kata murid-murid. Sebagai contoh, di sekolah guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung mengguna dialek daerah sebagai bahasa pengantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan. Hal ini menyebabkan murid-murid akan berasa keliru dan sukar untuk menguasai Bahasa Melayu yang betul. Hal ini terbawa-bawa ketika mereka menulis karangan. Sebagai contohnya, murid di negeri Kedah menulis karangan mengguna dialek daerah [ #saya ada kucin #][ # tekoh-tekoh saya bagi makan nasi?#] yang sepatutnya ditulis saya ada kucing. Kadang-kadang saya berinya makan nasi.

Bahasa amat penting dalam kehidupan seseorang kerana bahasa merupakan wahana utama untuk menyampaikan idea. Bahasa dapat menggambarkan tahap keintelektualan atau mencerminkan status penuturnya. Kenyataan ini bermakna bahawa bahasa yang digunakan oleh individu yang berpelajaran tinggi lazimnya berlainan daripada mereka yang tidak berpelajaran. Bahasa turut menjadi lambang sesuatu bangsa sehingga timbulnya ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa.

Sehubungan dengan hal itu, guru perlu menggunakan pelbagai variasi bahasa sama ada yang tersurat dan tersirat. Salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut
19

adalah melalui penggunaan Bahasa Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya guru dan murid-murid mengaplikasikan penggunaan Bahasa Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu maka memudahkan kedua-dua pihak mencapai objektif sesuatu kemahiran pelajaran. Penggunaan Bahasa Melayu standard mudah difahami, jika tidak faham mereka boleh merujuk kamus. Amalan penggunaan Bahasa Melayu standard dapat meningkat keyakinan diri melalui pertuturan, pembacaan dan penulisan murid. Segala masalah dan salah faham dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat diselesaikan dan diperbetulkan dengan mudah.

Tuntasnya, pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dapat dicapai. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai pembimbing murid-murid dan pelaksana dasar kerajaan iaitu dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita. Seterusnya, penguasaan Bahasa Melayu standard ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha yang bersungguh-sungguh seperti kata pepatah Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

BIBLOGRAFI BUKU

20

Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977), Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu, Kuala Lumpur, DBP. James T.Collins. (1983). Dialek Ulu Terengganu . Selangor : Penerbitan UKM James T.Collins. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. INTERNET http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm http://www.myterengganu2.com/10heritage/106_3.html http://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.html http://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx

21

Anda mungkin juga menyukai