Anda di halaman 1dari 1

Manual Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Akuarium Ikan Langkah pertama : Guru menunjukkan sebuah model akuarium ikan

kepada murid. Dalam model akuarium ikan tersebut mengandungi model ikan 2D. Sebanyak 8 jenis model ikan di dalamnya yang berasal dari air tawar dan air masin. 4 model ikan dari air tawar terdiri daripada ikan tilapia, ikan puyu, ikan haruan dan ikan jelawat. 4 model ikan dari air masin pula terdiri daripada ikan paus, ikan lumba-lumba, ikan jerung dan juga ikan tuna.

Langkah kedua : Guru akan menjalankan aktiviti memancing kad perkataan yang tertera namanama model ikan yang terdapat dalam akuarium ikan tersebut. Guru akan meminta murid memancing kad perkataan yang telah di letakkan di dalam model akuarium tersebut. Murid akan memancing kad-kad perkataan tersebut dan seterusnya mengeja apakah jenis ikan yang telah diperolehi. Kemudian guru akan meminta murid mengambil model ikan yang telah diperolehi oleh seseorang murid berdasarkan kad perkataan yang berjaya dipancing oleh beliau. Contohnya jika sesorang murid itu berjaya memancing kad perkataan jelawat maka beliau akan mengambil model ikan jelawat sahaja dan begitulah seterusnya. Aktiviti ini akan dijalankan secara bergilir-gilir diantara rakan sekelas sehingga kad perkataan tersebut telah habis di dalam model akuarium tersebut.

Langakh ketiga : Dalam langkah ini guru akan menjalankan aktiviti pengkelasan model ikan berdasarkan habitat asalnya. Terdapat dua habitat asal bagi model-model ikan di dalam Bahan Bantu Mengajar Akuarium Ikan ini iaitu ikan air tawar dan ikan air masin. Contohnya bagi jenis ikan yang habitatnya berasal dari air tawar adalah ikan tilapia dan ikan haruan. Manakala bagi jenis ikan yang berasal dari habitat air masin pula adalah seperti ikan paus dan ikan jerung. Murid akan mengkelaskan model-model ikan ini berdasarkan pemahaman mereka tentang habitat asal haiwan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai