Anda di halaman 1dari 3

Teknik Mudah Mengarang Soalan Gambar Rangsangan SPM 2013 (Oleh : En.

Zamri Salleh : GC BM SMK Gurun Kedah


Diolah semula oleh : En. Husmi Hussin : GC BM SMK Abd. Rahim Kudat
TEMA? ISI? PENDAHULUAN Marcapada, isu berkaitan dengan .TEMAsaban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Oleh itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah. TUGASAN.? PENULISAN ISI PERTAMA: AYAT 1 : (Apa tema?) Pada pandangan saya, salin tugasan ialah salin isi. AYAT 2 : (Sebab apa?) Hal ini demikian kerana [who, where, why] AYAT 3 : (Macam mana) Sebagai contoh, [kaitkan isi dengan tema] AYAT 4 : (Betulkah) Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, salin isi merupakan salin tugasan. PENULISAN ISI KEDUA: AYAT 1 : (Apa tema?) Bukan sahaja salin isi 1, salin isi 2 juga merupakan salin tugasan AYAT 2 : (Sebab apa?) Saya berpendapat sedemikian kerana ... [who, where, why] AYAT 3 : (Macam mana) Misalnya, [kaitkan isi dengan tema] AYAT 4 : (Betulkah) Memang tidak dapat dinafikan, salin tugasan ialah salin isi 2 PENULISAN ISI KETIGA: AYAT 1 : Selain salin isi 1 dan salin isi 2, salin isi 3 juga dikenal pasti sebagai salin tugasan AYAT 2 : Hal ini demikian kerana [who, where, why] AYAT 3 : Tamsilannya, [kaitkan isi dengan tema] AYAT 4 : Sesungguhnya, salin tugasan ialah salin isi 3
1

TUGASAN?

KESIMPULAN: Akhir kalam, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan/mengatasi..........TEMA........ supaya wawasan negara dapat dicapai secara optimum. Kita perlu menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana orang tua-tua pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Teknik Mudah Mengarang Soalan Gambar Rangsangan SPM 2013


TUGASAN: TEMA ISI Usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. : semangat kejiranan : 1. bergotong-royong 2. amalan ziarah-menziarahi 3. rumah terbuka

Sedarsawarsa ini, isu berkaitan dengan semangat kejiranan saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Oleh itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia ? Pada pandangan saya, usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah bergotong-royong. Hal ini demikian kerana gotong royong yang diadakan dapat memupuk semangat kerjasama sesama jiran tetangga . Sebagai contoh, jiran tetangga bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, kubur, masjid dan tempat-tempat lain . Sudah terang lagi bersuluh, bergotong-royong merupakan usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bukan sahaja bergotong-royong, amalan ziarah-menziarahi juga merupakan usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia . Saya berpendapat sedemikian kerana amalan ziarah-menziarahi dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat. Misalnya, jiran tetangga saling menziarahi rakan mereka yang uzur, sakit, mengadakan kenduri dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan, usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah amalan ziarah-menziarahi. Selain bergotong-royong dan amalan ziarah-menziarahi, rumah terbuka juga dikenal pasti sebagai usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia . Hal ini demikian kerana rumah terbuka yang diadakan dapat mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain. Tamsilannya ialah jiran tetangga mengadakan rumah terbuka pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan sebagainya . Sesungguhnya , usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah rumah terbuka. Sebagai natijahnya, semua pihak mestilah siap siaga dan berusaha untuk meningkatkan semangat kejiranan supaya matlamat yang digariskan dalam Wawasan 2020 dapat dicapai secara
2

optimum. Kita perlu menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana orang tua-tua pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! (288 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai