Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN ABXS1103:PENGANTAR SAINS SOSIAL SEMESTER : MEI 2010 _______________________________________________________________

PAKSAAN SOSIAL

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD NUH BIN KASMURI 830628016095001 830628016095

UNTUK PERHATIAN: EN SAMSUDIN BIN ABD KADIR OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

SEMESTER MEI 2010

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

PAKSAAN SOSIAL DI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA(OUM)

TEORI FUNGSIONALISME

SITUASI YANG BERLAKU DARI TEORI FUNGSIONALISME

TEORI KONFLIK

SITUASI YANG BERLAKU DARI TEORI KONFLIK

RUMUSAN

10

RUJUKAN

11

[1]

PENDAHULUAN Sains Sosial (Social Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Kajian Sosial yang berlaku dalam dunia sosial dan fenomena yang berlaku dalam dunia sosial yang melibatkan manusia.Bidang sains sosial merangkumi antropologi, ekonomi, linguistic, etimologi, psikologi, sosiologi dan komunikasi. Istilah sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell, 1979) secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah atau scientific method dalam penelitian terhadap hubungan yang rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat. Asas sains sosial Sebagai satu bidang ilmiah, sains sosial, seperti juga bidang sains tulen, mempunyai asas yang logikal dalam menghuraikan sesuatu fenomena sosial. Pertama, sebarang kenyataan dalam sains sosial mestilah boleh diterima oleh akal dan pemikiran manusia, ianya mestilah logikal dan munasabah. Kedua, kenyataan itu mestilah selari atau tidak bercanggah dengan apa yang kita perhatikan di alam nyata. Ini bermakna bahawa setiap kenyataan yang dibuat oleh ahli sains sosial mempunyai asas kebenarannya serta boleh diterima oleh akal manusia kerana mempunyai bukti yang kukuh. Pembuktian kepada kenyataan tersebut mestilah disokong oleh hasil pemerhatian yang dibuat. Oleh yang demikian segala kenyataan yang dibuat dalam sains sosial itu mempunyai asas yang kukuh dan terbukti bukan sahaja melalui pemerhatian yang mendalam. Dalam tugasan ini saya akan membincangkan mengenai paksaan sosial yang dilihat ataupun dialami sendiri di Open University Malaysia(OUM).Selain itu akan disertakan sekali contoh-contoh yang berkaitan dengan teori funsionalis dan teori konflik.

[2]

PAKSAAN SOSIAL DI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA(OUM)

Paksaan sosial mengikut pendapat saya adalah sesuatu hubungan antara manusia yang dijalinkan bukan dengan kerelaan dan kehendak sendiri.Ianya berlaku apabila seseorang itu menghadapai masalah, ekonomi, emosi dan

persekitaran.Perkara ini juga terjadi pada diri saya sendiri. Manusia yang dilahirkan di dunia ini tidak boleh lari dari masalah.Ada sesetengah masalah itu dapat di atasi dan ada juga yang tidak.Apabila sesuatu masalah tidak dapat di atasi maka banyaklah terjadi kejadian-kejadian yang buruk.Contohnya seperti bunuh diri dan mencederakan orang lain.Di sini dapat dilihat bahawa manusia akan hilang kawalan diri sekiranya menghadapai masalah.Oleh itu masyarakat ataupun seseorang itu hendaklah pandai untuk menyelesaikan masalah.Sekiranya tidak jumpa jalan penyelesaian mereka

hendaklah berkongsikan masalah tersebut dengan orang lain.Maka inilah yang dikatakan paksaan sosial.Manusia hendaklah berhubung antara satu sama lain barulah dapat berkongsikan sesuatu yang baru ataupun apa sahaja.Di OUM contohnya saya dapat melihat bagaimana sahabat-sahabat terpaksa menangguhkan keinginan mereka untuk menghadiri sesuatu majlis ataupun apa sahaja program pada hari minggu semata-mata untuk menghadirkan diri dalam kelas

tutorial.Walaupun kelas tutorial tidaklah diwajibkan

untuk menghadirinya tetapi

mereka merasakan bahawa dengan menghadiri kelas, mereka akan lebih memahami apa yang mereka telah baca di rumah, kemudiannya di bincangkan di dalam kelas.Disini dapat kita lihat paksaan sosial tersebut berlaku. Ekonomi Malaysia kini boleh dikatakan agak gawat juga.Bayangkanlah apabila harga barang naik harga,minyak kenderaan naik harga.Maka situasi ini membuatkan masyarakat berfikir untuk mencari pendapatan lebih.Ada yang mengeluarkan modal yang besar semata-mata untuk membuka perniagaan.Tidak kurang juga yang sanggup menipu orang lain hanya kerana untuk kesenangan diri sendiri.Bagi yang bekerja sendiri atau berniaga mungkin tidak terasa sangat dengan kenaikan harga.Tetapi golongan yang berada di kelas bawahan,kenaikan harga yang meruncing ini jelas amat menjejaskan kehidupan mereka.Di OUM saya juga ada melihat sahabat-sahabat yang datangnya dari golongan yang agak susah
[3]

hidupnya.Banyak

keperluan

yang

hendak

di

bayar

apabila

mendapat

gaji.Disebabkan ini menyebabkan mereka terpaksa untuk belajar di OUM sematamata berharap sekiranya mereka telah mendapat ijazah, mereka akan mendapatkan kerja yang lebih baik dan dapat mengubah hasil pendapatan mereka berbanding sebelumnya. Manusia dilahirkan dengan pelbagai perasaan.Maksud perasaan ialah sensasi fisiksentuhan melalui pengalaman atau persepsi. Kata ini juga digunakan untuk menjelaskan sensasi fisikjauh dari sentuhan seperti perasaan kehangatan.Agak sukar juga untuk memahami maksud yang saintifik.Mengikut apa yang saya fahami bahawa perasaan ini adalah sesuatu yang dapat disentuh tetapi bukan dengan kulit ataupun tangan kita tetapi lebih kepada dalaman.Seperti perasaan marah, sedih, gembira, dan berbagai lagi perasaan.Kebanyakan perasaan ini hadir apabila berlaku sesuatu dalam diri seseorang itu.Perkara ini berlaku pada diri saya sendiri.Apabila kita melihat orang lain lebih baik, lebih berjaya atau lebih hebat dari kita.Kita akan berasa cemburu.Cemburu juga adalah salah satu dari perasaan.Maka disebabkan oleh perasaan cemburu inilah membuatkan seseorang itu akan memaksa dirinya untuk belajar di OUM. Persekitaran manusia pada masa kini banyak memainkan peranan dalam mengubah gaya dan cara hidup seseorang.misalnya pada bulan Ramadhan ini. Ramai diantara kita yang berlumba-lumba menghias rumah semata-mata untuk nampak cantik di hari raya.Tidak kurangnya yang hendak nampak lebih manarik dari rumah orang lain.Semua ini disebabkan oleh persekitaran yang menarik hati manusia untuk berbuat begitu.Begitu juga yang dapat saya perhatikan di OUM.Ada dikalangan mahasiswa yang belajar di OUM semata-mata hendak memenuhkan sijil yang telah mereka kumpul sejak dari kecil lagi.Hendak ditunjukkan kepada sahabatsahabat bahawa dia sudah menerima banyak sijil. Begitulah senario yang berlaku di OUM.Banyak lagi situasi yang berlaku tetapi cukup lah sekadar untuk pengetahuan sahaja.Pada masa kini banyak situasi yang mempengaruhi manusia untuk berubah.

[4]

TEORI FUNGSIONALISME Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Kajian teori ini lebih tertumpu kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan masyarakat. Teori ini beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan-perubahan semasa. Masyarakat dalam teori fungsionalisme dianggap seperti anggota tubuh manusia yang mempunyai fungsifungsi yang tersendiri. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989: 9) merumuskan tiga andaian utama ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama bagi menentukan keupayaan struktur masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni pula merupakan pengukuran bagi menentukan bagaimana sesebuah bahagian masyarakat saling bekerjasama bagi mencapai tujuannya. Manakala evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam struktur masyarakat ke arah pembaharuan.1Teori ini turut mempengaruhi beberapa ahli sosiologi moden Amerika seperti Talcott Parson dan Robert K. Merton. Teori fungsionalisme juga mengkaji terhadap perubahan-perubahan sosial dalam sesebuah struktur masyarakat. Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara merupakan sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti sosial. Manakala fungsi tersembunyi ialah sesuatu yang tidak disedari. Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial. Disfungsi pula merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat.

[5]

SITUASI YANG BERLAKU DARI TEORI FUNGSIONALISME Contoh pertama yang dapat saya berikan dari teori funsionalisme adalah seperti dalam kelas tutorial.Para pelajar bekerjasama dalam membincangkan sesuatu tajuk yang sukar untuk difahami.Selain mendapatkan penyelesaian, mereka juga dapat bertukar-tukar buah fikiran yang dapat dikongsikan bersama.Dengan ini satu jalinan yang rapat dapat dihubungkan sesama pelajar.Mereka akan berhubung samada menggunakan telefon bimbit mahupun menggunakan jalur lebar.Membuat diskusi amat popular dikalangan masiswa kerana ianya banyak membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun tugasan yang diberikan oleh pihak universiti. Contoh kedua dari teori ini adalah persefahaman.Situasi ini sering terjadi di dalam kelas.Setelah membincangkan sesuatu permasalahan dalam diskusi pelajar, persefahaman dari setiap pelajar amat memainkan peranan penting dalam mendapatkan satu jawapan bagi setiap tugasan.Tanpa persefahaman, sukar bagi sesebuah kumpulan itu untuk mendapatkan jawapan bagi tugasan yang akan diselesaikan.Maka akan berlaku salah faham diantara satu pihak dengan satu pihak yang lain.

[6]

TEORI KONFLIK Teori konflik telah diasaskan oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti oleh Weber. Beliau ialah seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi yang berasal dari Jerman. Antara karya yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik ini adalah melalui karyanya terkenal iaitu the Communist Menifesto. Pandangan teori konflik mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya. konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. Sesuatu konflik yang berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu kolompok sosial. erdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep dialektik, determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi.Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah kritikan. Teori konflik terbahagi kepada dua iaitu aliran Marx dan aliran Weber. a) Aliran Marx. Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsirantafsiran sosiologikal terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx, mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama.

[7]

Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya akan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya.

b) Aliran Weber. Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber. Walaupun teori konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan (kristian protestan) Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu kelas, status dan parti. Konsep kelas weber menyerupai konsep Marx kerana turut dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang tersendiri. Status bukanlah dinilai berdasarkan kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi ditentukan oleh gaya hidup. Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan seseorang individu memaksa orang lain bagi mencapai matlamat individu ataupun organisasi. Dapat disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud dalam hubungan sosial dan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status dan kelas akan menggunakan parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan objektif mereka.

[8]

SITUASI YANG BERLAKU DARI TEORI KONFLIK Situasi yang berlaku di OUM adalah persaingan di antara pelajar.Para pelajar saling bersaing bagi mendapatkan keputusan atau tugasan yang paling

baik.Persaingan yang baik adalah persaingan yang dapat membentuk pelajar yang berkaliber dan berdedikasi selain dapat menjadi contoh terbaik kepada pelajar yang lain.Ini akan membuatkan pelajar lain akan mengikuti jejak langkah yang baik ini.

[9]

RUMUSAN Kesimpulan atau rumusan yang kita dapat daripada isu paksaan sosial ini adalah, di mana jua ada paksaan sosial.Tidak tertumpu hanya di OUM sahaja.Selain itu, kita dapat menyaksikan dan memahami bagaimana untuk mengenal teori-teori pemikiran sains sosial.Disamping dapat memahami betapa besar sumbangan sains sosial dalam sejarah hidup manusia.

[10]

RUJUKAN Perbezaan pandangan antara Teori Fungsionalisme dan konflik mengenai agama. Mohamad Afiffuddin ABXS1103 Pengantar Sains Sosial. Dr. Zahid Emby dan Dr Sarjit Singh Ibn Khaldun,Pemerkasaan Budaya dan Tamadun. Ustaz Muhammad Uthman ElMuhammady

[11]

Anda mungkin juga menyukai