Anda di halaman 1dari 8

IKAN HIASAN

PENYEDIAAN BEKAS

1. FAKTOR PEMILIHAN IKAN HIASAN : 1. Mudah dipelihara 2. Habitat dan sifat ikan 3. Kesesuaian bekas 4. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain 5. Tahan terhadap perubahan mutu air 6. Tahan terhadap serangan penyakit

2. JENIS-JENIS AKUARIUM : 1. Akuarium kaca 2. Akuarium plastik 3. Akuarium kaca bulat 4. Akuarium kaca berbadan kayu 5. Akuarium kaca berbingkai aluminium 6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm

3. MEMILIH BEKAS (akuarium). Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) jenis ikan hiasan bilangan ikan hiasan saiz ikan hiasan saiz akuarium Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar. 4. LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN AKUARIUM Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkahlangkah berikut perlu di ikuti ; bersihkan bekas terlebih dahulu pasangkan penapis masukkan pasir masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas masukkan aksesori yang dikehendaki masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada ) masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam masukkan ikan hiasan .

5. AKSESORI TAMBAHAN DALAM HIASAN AKUARIUM : 1. Pam udara untuk menggerakkan udara yang terdapat dalam akuarium. 2. Penapis untuk menapis udara dan air daripada kotoran di dalam akuarium.Lampu suasana di dalam akuarium akan kelihatan lebih terang jelas dan ceria.

6. PENGURUSAN AKUARIUM Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : Sistem pengudaraan Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air. Sistem penapis air Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan. Perawatan air Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

Aksesori Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan. Batu-batan dasar Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan. Hiasan dalam akuarium Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

7. MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahanbahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium a. Karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium. b. Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. c. Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari. Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium 1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit. 2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium. 3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripadA beg plastik.

8. CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah. Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan. Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

9. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM

a. pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. b. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. b. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

10. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut : Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. Antara penyakit penting ikan hiasan ialah: A. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium. B. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat. C. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Anda mungkin juga menyukai