Anda di halaman 1dari 35

SKP 2203 TITAS

BAB 2 : TAMADUN & PERADABAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pelajar akan dapat :


Mengetahui kepentingan agama dalam pembinaan tamadun. Memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun. Menghuraikan keperluan dialog antara tamadun dalam membina peradaban yang kuat khususnya di Malaysia.

Kepentingan agama dalam pembinaan tamadun adalah:

Mampu memberi semangat baru kepada tamadun yang sedang mengalami keruntuhan. Menjadikan sesuatu tamadun dipanjangkan hayatnya atau dipertahankan dari keruntuhan. Elemen penting yang menggerakkan sesebuah tamadun. Setiap tamadun bergerak di atas agama yang menjadi spirit atau roh kepada perkembangan sesebuah tamadun.

Pembinaan tamadun yang tidak berteraskan kerohanian @ agama tidak berjaya dan tidak akan bertahan lama. Membentuk world view. Contohnya : Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada perubahan world view masyarakat melayu di alam melayu & membantu mencapai kegemilangan di dalam peradaban mereka.

Agama sebagai sumber kekuatan dan alat yang berpengaruh dalam menjamin keamanan dan keharmonian sesebuah tamadun. Agama telah mewujudkan ketenangan dan penyatuan dikalangan masyarakat. Tamadun dikenali dunia melalui agama atau anutan majoriti masyarakatnya.

Perbandingan tamadun harus membincangkan : Punca keagungan agama. Kebudayaan. Kitab suci. Karya inteletual yang wujud. Peribadi agung. Generasi terawal tamadun tersebut.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya. Mengelakkan dari sebarang bentuk pemikiran yang menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya : Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab telah mewujudkan beberapa kesan yang positif.

Interaksi antara tamadun amat perlu dalam usaha untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta teknologi baru. Namun, bagaimanakah caranya untuk kita melaksanakan interaksi ini adalah bergantung kepada isu dan bentuk interaksi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.

Bagi memastikan interaksi berpanjangan di Malaysia, perkara berikut perlu ditekankan : i) PERSEFAHAMAN: Sangat penting dalam masyarakat yang pelbagai agama, bangsa dan keturunan yang berbeza, maka pemahaman dan pendedahan tentang pelbagai tamadun dunia dapat memperkayakan pemikiran, sikap dan tingkahlaku masyarakat di Malaysia.

Kepelbagaian adalah fitrah kehidupan yang akan membentuk masyarakat menjadi lebih bersedia untuk menghadapi realiti kehidupan dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah.

Persefahaman dan penghayatan tentang pelbagai tamadun dunia akan menjadi pemangkin kepada pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang berperadaban tinggi dan memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal yang luhur dan murni. Contohnya : Sikap keterbukaan, tolak ansur, tolong menolong dan sebagainya.

ii) PERPADUAN : Sejarah telah menunjukkan jatuh bangunnya pelbagai peradaban, tentang pentingnya agama besar dunia serta tentang kebangkitan intelektual dalam pelbagai zaman dan tamadun.

Menerima bahawa masyarakat berada dalam dunia yang penuh dengan kepelbagaian, maka pemahaman dan penghayatan agama adalah penting untuk mendorong semangat kemanusiaan, perpaduan di kalangan umat pelbagai kepercayaan agama.

Perpaduan wujud apabila sentimen kesamaan wujud dalam masyarakat. Cthnya: Kesamaan cara bertindak, kesamaan budaya berfikir individu dan kelompok dengan matlamat, pendapat, kepentingan dan nilai yang sama bagi kesejahteraan negara dan semua masyarakat.

iii) KONSEP PEMBANGUNAN SEBENAR

Pembangunan sebenar adalah satu perubahan dari keadaan yang buruk kepada baik, dari keadaan baik kepada yang lebih baik dan mengekalkan keadaan tersebut serta berusaha menghindari segala aspek yang boleh membawa kehancuran dan kerugian kepada masyarakat.

Konsep pembangunan dan kemajuan yang harus dilaksanakan kepada masyarakat adalah pembangunan yang meletakkan kerohanian dan kebendaan sebagai matlamat yang penting dan kedua-duanya harus berjalan serentak dan seiringan.

Spiritual (kerohanian) dan material (kebendaan) sama-sama dibangunkan. Contohnya: Cari duit untuk dibawa mati. Bagi Islam, bila kaya hendaklah kita bersedekah kerana sedekah itu sebagai pembela diri di akhirat nanti.

Kefahaman ini perlu diterapkan ke dalam pemikiran masyarakat agar pembangunan yang menjadi teras pembinaan tamadun manusia itu tidak bersifat sementara atau rapuh dan mudah runtuh akibat angkara manusia yang bersifat kehaiwanan atau kebinatangan.

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Persamaan dan perbezaan antara tamadun boleh diserasikan melalui ETIKA kerana ianya kurang menimbulkan kontoversi berbanding soal kepercayaan. Persoalan ETIKA lebih mudah diterima oleh semua manusia dan ianya boleh dibincangkan demi kepentingan semua manusia.

7 PERSOALAN ETIKA PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN 1) ALAM SEKITAR. Memelihara dan memulihara alam sekitar amat penting kepada kehidupan manusia dan semua tamadun menerimanya sebagai amanah Tuhan. Memusnahkan alam sekitar bermakna memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri, kerana peranan alam sekitar sangat rapat dengan manusia.

2) KELUARGA

Keluarga merupakan institusi awal dalam pembentukan tamadun manusia. Kegagalan sesebuah keluarga akan memberi kesan dalam pembentukan tamadun manusia. Kasih sayang, hormat menghormati dan melaksanakan tanggungjawab sangat penting dalam hubungan kekeluargaan.

3) MASYARAKAT.

Hubungan dalam masyarakat sangat penting supaya keharmonian dan keamanannya akan menyumbang kepada pembentukan tamadun yang kuat dan kukuh. Masyarakat berbilang bangsa dan agama perlu ada interaksi dan persefahaman supaya wujud saling hormat menghormati sesama ahli masyarakat.

4) KERAJAAN.

Peranan dan tanggungjawab kerajaan dalam memerintah negara menentukan kemajuan serta keamanan negara tersebut.

Prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam pemerintahan serta pembelaan terhadap rakyat merupakan satu yang mesti diutamakan oleh pemerintah dalam mentadbir negara.

5) EKONOMI.

Kegiatan ekonomi juga telah dibincangkan secara mendalam dalam setiap agama demi untuk mewujudkan ekonomi yang adil dan tiada penyelewengan dalam pengagihan kekayaan negara. Kegiatan ekonomi boleh meningkatkan & menjatuhkan moral manusia. Islam : Halal & haram. Buddhisme : Lapan Jalan Mulia yang menyatakan hak-hak kehidupan.

6) PENDIDIKAN.

Penekanan terhadap pendidikan yang berkaitan rohani & spiritual sangat penting dalam semua agama untuk mewujudkan sifat mulia dalam diri manusia. Islam : Konsep tauhid dalam mengenal Pencipta & dirinya. Buddha & Hindu : transformasi sifat dapat dicapai dengan proses mengenal diri, cthnya : Ashramadharma.

7) KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

Kesihatan dan kesejahteraan adalah sesuatu yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah tamadun. Secara umumnya, kesihatan dan kesejahteraan ini dipengaruhi oleh alam sekitar dan persekitaran yang berada di sekeliling kita. Baik buruk terletak kepada kita dalam menjaga kesihatan & kesejahteraan tubuh kita.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Interaksi antara tamadun dapat dibahagikan kepada 4 iaitu : Interaksi budaya yang sama. Interaksi budaya & tamadun yang berbeza. Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah. Interaksi dalam sejarah.

DIALOG ANTARA TAMADUN

Dialog : Perbincangan dan diskusi secara ilmiah terhadap sesuatu isu yang boleh disepakati. Budaya dialog telah diamalkan di Malaysia oleh para sarjana demi mencari persefahaman antara agama, kaum, pekerjaan, penggunaan hospital, pengangkutan awam dan sebagainya.

PRINSIP-PRINSIP DIALOG
Antaranya :
Faham & Sedar tujuan utama dialog. Memberi manfaat kepada keduadua pihak yang berdialog. Dialog secara ikhlas & telus. Menerangkan kepercayaan & nilai secara jelas. Memahami pengalaman rakan dialog. Berhemah ketika berdialog. Tidak bersikap prejudis.

HALANGAN DIALOG

Bertukar agama (conversion) : Ianya hanya sekadar anggapan. Rasa rendah diri menyebabkan tidak berlakunya dialog. Sindiran sosial dari kalangan yang sama agama apabila dialog dilakukan. Syak wasangka & rasa curiga terhadap tujuan dialog dan panelis yang terlibat.

KESIMPULAN

Pembinaan sebuah tamadun di negara ini perlu dilakukan secara terancang untuk kebaikan rakyat. Berteraskan kepada kekuatan ekonomi, wujudnya jaringan antarabangsa, kesedaran terhadap keagamaan yang tinggi, kekuatan budaya dan jati diri, penguasaan ilmuilmu terkini dalam bidang sains dan teknologi serta pengekalan kekuasaan politik maka tamadun Malaysia pasti akan berada dalam kelompok tamadun utama dunia.

SOALAN LATIHAN

Bincangkan kesan-kesan positif dan negatif interaksi antara tamadun. Huraikan kepentingan dialog antara tamadun. Bagaimanakah kita boleh menghindarkan halanganhalangan yang wujud dalam sesi dialog?

Anda mungkin juga menyukai