Anda di halaman 1dari 9

HADIS PALSU

NOOR SAADAH HASSAN NURUL AMALINA BINTI MASRI

PENGERTIAN
O Bahasa:

Jatuh atau rendah.


O Istilah:

Suatu hadith yang diriwayatkan oleh atau terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi kazzab, iaitu: seorang perawi yang membuat atau meriwayat sesuatu hadith palsu dengan sengaja walaupun sekali sahaja.

ISTILAH LAIN
O Hadith diriwayatkan oleh perawi dusta.
O Khabar yang direka-reka dan disandarkan

kepada Nabi s.a.w atau sahabat atau tabiin secara dusta kerana ada muslihat tertentu. O Hadith dicipta dengan menisbahkan kepada Nabi s.a.w sama ada pendustaan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.

SEJARAH HADIS PALSU


O Menurut

pandangan ahli sejarah, bermulanya kelahiran hadith palsu ialah setelah tercetusnya fitnah ataupun pertelingkahan antara Ali dan Muawiyah.

O Rasional kemunculan hadith palsu di zaman ini

dilihat kerana pengikut-pengikut puak yang bertelagah masing-masing ingin menguatkan pendapat mereka dengan dalil-dalil syara daripada al-Quran dan hadith. Apabila nas-nas al-Quran serta hadith-hadith sahih yang ada dirasakan tidak cukup dan tidak mampu menguatkan hujah mereka, mereka mula mereka-reka nas palsu bagi tujuan tersebut.

SEBAB TIMBULNYA HADIS PALSU


O Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di

dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak.

O Terdapat banyak sebab yang mendorong

manusia melakukan kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. Sebabsebab ini dapat dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. Secara ringkasnya dapat sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadishadis palsu bersumberkan daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu Fi Marifati al Hadis al Maudhu. Ianya adalah seperti berikut :

1.

Golongan yang terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis. Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka, mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka catatkan. Golongan yang soleh tetapi disebabkan terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu.

2.

3.

Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan enggan menarik balik kata-kata mereka. 5. Golongan zindiq yang jahat. Mereka mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam. 6. Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka. 7. Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka daripada melakukan perkara maksiat.
4.

Golongan yang menyatakan bahawa tidak mengapa meletakkan sanad palsu kepada katakata yang indah. 9. Golongan pengampu yang mencipta hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah. 10. Golongan penceramah dan tukang cerita yang berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak habuan kebendaan dan menjadi masyhur.
8.

Sepuluh golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap.

Anda mungkin juga menyukai