Anda di halaman 1dari 28

PENTAKSIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) Company LOGO 4 TAHUN

Pentaksiran
Pentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran TMK. Pentaksiran mesti dilakukan secara berterusan dan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantau kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan.

Pengetahuan Kemahiran Nilai

Nilai Dalam DSKP TMK Thn 4


MODUL NILAI

Dunia Komputer

Modul ini menerapkan nilai dalam menjaga komputer dan peranti-peranti yang digunakan secara sistematik. Murid juga perlu diberi kesedaran akan kepentingan penggunaan sesuatu perisian yang sah bagi membenteras amalan cetak rompak, Kelestarian alam sekitar diterapkan melalui penggunaan peranti secara berhemah (cermat) agar teknologi hijau dan kadar hayat peranti dapat dimaksimumkan. Murid akan diterapkan dengan nilai ketetapan, ruang dan membuat pertimbangan sewajarnya apabila mereka memahami tentang ukuran data. Menjaga keselamatan data dan komputer amat penting diamalkan oleh murid bagi memastikan tidak berlaku kejadian seperti menceroboh dan menggodam, plagiat mahupun penyebaran virus.

Nilai Dalam DSKP TMK Thn 4


MODUL NILAI

Eksplorasi Multimedia

Paparan maklumat dalam modul ini yang dipersembahkan melalui persembahan multimedia perlu mengambil kira unsur-unsur moral sejagat, nilai budaya masyarakat dan nilai hormat menghormati sesuatu agama. Murid perlu beramanah dan berintegriti apabila membuat sesuatu penyuntingan. Dalam menghasilkan projek persembahan multimedia murid perlu menyampaikan mesej yang baik, mempunyai ciri-ciri yang baik dan positif seperti patriotisme, beradap dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Pentaksiran
Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.

Pentaksiran
Tafsiran umum tahap penguasaan adalah seperti jadual di bawah:
TAHAP PENGUASAAN
1 2 3 4 5 6

TAFSIRAN
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Pentaksiran
Murid boleh ditaksir dengan menggunakan sama ada pentaksiran:

formatif

sumatif

formatif dan sumatif

PELAPORAN DSKP

Rubrik
Rubrik ialah satu kaedah pentaksiran yang menggunakan kriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuat penilaian sesuatu pengajaran untuk memastikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai. Dengan kaedah ini guru dapat membuat pentaksiran dengan lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteria yang jelas

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

10

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

11

Pemerhatian
Pemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru dan rakan sebaya terhadap proses kerja dalam sesuatu pembelajaran yang telah dirancang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pemerhatian adalah pentaksiran yang berterusan dan autentik yang berteraskan kepada perlakuan murid semasa melaksanakan kemahiran dan nilai dalam TMK. Bukti pemerhatian boleh direkod dengan menggunakan pita rakaman, video dan fotografi atau rekod bertulis dengan menggunakan borang pemerhatian seperti senarai semak atau borang deskriptif. Selain itu, buku log juga boleh digunakan untuk mencatatkan peristiwa yang penting atau mencatatkan sesuatu pencapaian

12

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

13

Persembahan
Persembahan ialah satu kaedah pentaksiran berbentuk lisan yang boleh dilaksanakan secara formatif dalam p&p. Kaedah ini melibatkan murid secara individu atau berkumpulan bagi mempersembahkan hasil kerja mereka secara kreatif dengan berbantukan komputer. Kriteria seperti reka bentuk visual, kandungan, bunyi dan cara penyampaian perlu diambilkira dalam persembahan. Guru menerangkan keperluan yang perlu ada dalam persembahan seperti tajuk, kandungan, reka bentuk visual, bilangan slaid dan perisian yang akan digunakan. Sesuatu persembahan boleh dinilai dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti senarai semak dan rubrik. Hasil pentaksiran boleh digunakan oleh guru untuk memberi komen bagi menambah baik mutu sesuatu persembahan.

14

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

15

Anekdot
Anekdot merujuk kepada penceritaan semula suatu pembelajaran TMK yang telah dipelajari dan ia boleh dinyatakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Ia dilaksanakan dengan murid menceritakan kembali suatu pembelajaran yang telah dipelajari. Guru menggunakan senarai semak untuk menyemak isi penting yang dinyatakan oleh murid.

16

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

17

Kuiz dan Ujian


Kuiz merujuk kepada soalan lisan atau bertulis yang digunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahaman murid mengenai satu topik pembelajaran yang telah dipelajari. Ujian pula merupakan gabungan pelbagai bentuk soalan bagi beberapa topik pembelajaran secara bertulis. Kuiz dan ujian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam standard pembelajaran TMK.

Antara ciri-ciri umum bagi kuiz ialah ia dijalankan secara tidak formal dan dalam tempoh masa yang singkat. Manakala bagi ujian pula ia berbentuk formal dan sistematik.
18

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

19

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

20

Portfolio
Portfolio merupakan koleksi hasil kerja murid berbentuk dokumentasi berstruktur yang digunakan sebagai salah satu cara pentaksiran di bilik darjah. Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh digunakan dalam TMK seperti Portfolio Kerja Harian, Portfolio Dokumentari dan Portfolio Hasil Terbaik. Portfolio Kerja Harian merupakan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka waktu pembelajaran. Portfolio Dokumentari merupakan bahan pembelajaran yang dikumpul selaras dengan objektif untuk sesuatu tugasan tertentu (task based) di mana proses penghasilan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas. Portfolio Hasil Terbaik merupakan hasil tugasan terbaik yang dipilih dari Portfolio Kerja Harian. Kaedah rubrik adalah antara kaedah yang boleh digunakan untuk pentaksiran portfolio dalam membantu guru menilai perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspek kemahiran, pengetahuan dan nilai.
21

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

22

Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pentaksiran simulasi boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu permainan, main peranan dan penggunaan model. Kaedah-kaedah ini digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran TMK. Pentaksiran simulasi yang berbentuk permainan boleh digunakan seperti perisian permainan. Guru boleh memilih permainan komputer yang bersesuaian untuk menilai kemahiran murid. Contoh perisian permainan seperti Go Tidy dan Basic Mouse Skill, di mana murid diukur bagi kemahiran menggunakan tetikus. Dalam aspek pentaksiran simulasi berbentuk main peranan, murid berperanan sebagai kekunci di papan kekunci komputer dalam aktiviti mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor serta menaip perkataan. Manakala pentaksiran simulasi berasaskan model, membolehkan murid belajar mengenai perkakasan komputer dengan menggunakan bahan buangan seperti kotak, tin dan tali untuk membina sebuah model komputer.
23

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

24

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

25

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TMKCompany TAHUN 4


LOGO

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI

SK

SP

SPi

Standard Kandungan memberi petunjuk tahap kebolehan murid dalam lingkungan/ kelompok Standard Pembelajaran

Standard Pembelajaran merupakan perincian kepada Standard Kandungan yang perlu diajar kepada murid

Standard Prestasi pula akan menjadi indikator tahap penguasaan murid setelah guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI

Standard Kandungan

Standard Prestasi

Standard Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai