Anda di halaman 1dari 28

Apa itu collagen ?

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. Antara kepentingan kolagen: 1. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

2. Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam


kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

3. Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala


sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

4. Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan


payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

5. Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah


penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen

juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

6. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat


merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

7. Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan


usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Rumpai laut Rumpai laut Rumpai laut Ibu kolagen ibu kolagen collagen ibu collagen ibu collagen
pembekal rumpai laut murah pembekal pmc ibu kolagen pemborong rumpai laut murah penanam rumpai laut pengedar rumpai laut pembekal ibu collagen suplier rumpai laut mencari pembekal rumpai laut sabah perbezaan khasiat pmc grade aa dan grade aaa pemborong harga murah rumpai laut sabah pmc , khasiat rumpai laut , khasiat ibu kolagen collagen, khasiat rumpai laut khasiat rumpai laut khasiat rumpai laut harga murah rumpai laut harga murah rumpai laut pembekal ibu kolajen pembekal

Rumpai Laut Kering / Dried Seaweed Eucheuma Cottonii / Tambalang Coklat hijau
Rumpai Laut Gred AAA => Ungu / Violet / Coklat *pengeringan cara angin panas / hotwind *warna asal / basah segar adalah coklat merah sebelum proses pengeringan *pertukaran warna adalah berperingkat2 / berfasa

Fasa 1 *warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet *warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi * umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih

Fasa 2 & 3 *warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet akan bertukar sepenuhnya kepada violet kemerahan dan coklat muda * umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 3 bulan atau lebih

Fasa 4 & 5 *warna daripada violet kemerahan dan coklat muda dari fasa 2 & 3 akan bertukar ke coklat dan coklat gelap *warna atau peringkat akhir ini dikatakan bahawa ia mempunyai kadar serat yang tinggi * umur kesegaran dan warna bertahan dari 3 - 4 bulan hingga 1 tahun

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu eucheuma cottonii / Tambalang red brown. Sistem pengeringan rumpai laut kering yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang hampir menyamai asal dalam 80 - 90% dari rumpai laut segar. Warnanya bertukar dari fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.

Rumpai Laut Gred A => Putih / Kuning muda / Coklat muda / Kuning

Emas *pengeringan cara pengewapan / steam *warna asal / basah segar adalah coklat hijau sebelum proses pengeringan

Fasa 1 *warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan * umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 7 hari atau lebih

Fasa 2 *warna bertukar ke kuning muda * umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih

Fasa 3 *warna bertukar ke coklat muda * umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 bulan - 5 bulan

Fasa 4 *warna bertukar ke kuning emas * umur kesegaran dan warna bertahan dari 5 bulan - 1 tahun lebih

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu eucheuma cottonii / Tambalang brown green. Sistem pengeringan rumpai laut yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari rumpai laut kering gred AAA. kemungkinan 60- 70% dari rumpai laut segar Warna bertukar berperingkat - peringkat / fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.

Penanaman Seaweed

Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Kualiti rumpai laut dari perairan semporna sabah diiktiraf merupakan rumpai laut yang ke4 terbaik didunia. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses biokemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Jenis-jenis rumpai laut Eucheuma Cottoni dan Echuema Spinosum adalah dua spesis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak. Kriteria Pemilihan Kawasan

Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan digantisecara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai. Elakkan daripada muara sungai atau di mana terdapat percampuran air tawar. Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt). Suhu air hendaklah antara 25c @ 30c. paras air mestilah tidak kurang daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa. Dasar laut mestilah kuat supaya boleh menampung pemagaran/ pncang atat lain-lain struktur binaan manusia di atasnya. Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemudahan mendapat pekerja, pengangkutan dan sistem komunikasi yang baik. Kaedah Penanaman Laut Tedapat 3 cara yang berlainan untuk menanam rumpai laut bergantung kepada peruntukan kewangan dan keadaan sekeliling: 1. Penanaman secara panjang (staking) @ Separa rakit

Cara ini sesuai di air yang cetek iaitu 0.5 meter. Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya benih rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi. 2. Penanaman secara separuh terapung (semi floating) Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter. Mempunyai persamaan dengan cara di atas kecuali hujung tali diapungkan dengan pelampung. Benih digntung tali di bawah paras air dan kedudukannya akan turun naik mengikut pasang surut air 3. Penanaman secara Rakit (Raft Floating) Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter batang kayu yang boleh terapung atau 2 unit pelampung diikat ke sauh di dasar laut supaya kedudukannya kukuh, seterusnya tali-tali diikat merentasi kedua-dua kayu / pelampung dan akhirnya benih-benih diikat pada tali-tali tersebut.

Institut Penyelidikan Rumpai Laut Negara

PENUBUHAN Institut Penyelidikan Rumpai Laut Negara tahun depan dijangka memberi peluang institusi pengajian tinggi (IPT) meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) masing-masing dalam usaha mengukuhkan industri berkaitan dalam usaha memaksimumkan pengeluarannya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata penubuhan itu dijangka menggalakkan penyelidikan yang sekali gus meningkatkan pembangunan teknologi sepanjang rantaian nilai pengeluaran produk berkenaan. Industri rumpai laut negara kata beliau, memerlukan usaha sama pintar antara universiti dan industri supaya ia dapat dijana secara lestari. Setakat ini, beliau berkata, industri itu hanya bertumpu di Sabah dan pengeluarannya dilaksanakan secara tradisional sedangkan potensinya sangat besar. Justeru, penubuhan institut ini menguatkan pembangunan teknologi rumpai laut sekali gus memperluaskan kawasan industri ini di seluruh negara, katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan Rumpai Laut antara Jabatan Perikanan dan empat IPT. IPT berkenaan ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Hadir sama, Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (TNC) UMS, Prof Dr Rosnah Ismail dan TNC, UM, Prof Datuk Dr Moh Jamil Maah. Noh berkata, pihaknya akan menggembleng kepakaran institut penyelidikan kementerian dan bekerjasama dengan IPTA melalui program kerjasama R&D serta pertukaran kepakaran dalam pelbagai bidang kajian berkaitan. Katanya, kementerian juga sudah mengenalpasti kawasan perairan pantai yang sesuai dijadikan Zon Industri Akuakultur Rumpai Laut bagi memastikan potensi sumber yang ada dimajukan dengan projek pengkulturan secara terancang dengan sokongan infrastruktur kerajaan. Beliau berkata, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk di Sarawak dan Semenanjung dalam usaha meningkatkan pengeluarannya yang mempunyai permintaan tinggi. Kita mempunyai 20,000 hektar kawasan perairan di Sabah untuk industri akuakultur rumpai laut dan kini kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan seperti Miri, Sarawak, Langkawi, Pulau Pangkor dan Johor. Industri ini akan diperluaskan di seluruh negara dan institut itu kelak akan membolehkan kita menghasilkan rumpai laut berkualiti, katanya. Sumber - Berita Harian

Kaedah Penggunaan
Terdapat 2 kaedah penggunaan Puding Rumpai Laut ini, iaitu: Makanan Rumpai Laut yang telah siap dimasak dan disejukkan menjadi puding (agar). Ia boleh dimakan begitu saja, sekurangnya 2 kali sehari. Sekali pada waktu pagi selepas bangun tidur & sekali pada waktu sebelum tidur. Pastikan gosok gigi selepas makan Puding Rumpai Laut tersebut untuk elak mulut berbau. Bagi mereka yang rasa 'loya' makan Puding Rumpai Laut ini, disarankan minum air sebaik saja makan Puding Rumpai Laut tersebut. Air apa? Terpulang pada individu. Asalkan bukan minimun berkafein! Disarankan sunquick atau jus buah bervitamin C bagi memaksimakan penyerapan. Sukatan untuk makan adalah lebih kurang 1 sudu besar. Masker Muka Selain dibuat makan, ia juga boleh dibuat masker di muka. Caranya adalah dengan mengambil sedikit Puding Rumpai Laut tadi dan lumatkan ditapak tangan. Pastikan muka sudah dibersihkan. Setelah dilumat, sapukan di muka termasuk leher. Untuk hasil yang terbaik, seeloknya wapkan muka terlebih dahulu untuk membuka liang roma. Kemudian barulah sapukan masker tadi ke muka. Biarkan ia sampai kering dan bilas dengan air bersih. Sukatan untuk masker adalah lebih kurang 1 sudu kecil.

KELEBIHAN KOLAGEN ASLI Menghilangkan kedutan & kulit kendur. Melaraskan berat badan & hormon. Meningkatkan sistem imun & metabolisme badan. Memejalkan payudara, otot & punggung. Menyihatkan rambut & kuku. Menguatkan sistem abdomen & memelihara kalenjar tiroid. Kurangkan selulit. Memberi tenaga. Melancarkan peredaran darah, Kurangkan sakit bahu & belakang. Menguatkan tulang & sendi, menjauhi artritis & osteoporosis. Meningkatkan sel rawan, ligamen & otot. Merawat penyakit gout. Mencegah kanser. Menurunkan tekanan darah tinggi. Meningkatkan fungsi penghadaman, merawat gastric. Anti bakteria. Merawat anemia. Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh. Menyerap lebihan garam dalam tubuh. Melicin, menegang & menghaluskan kulit. Mempercepatkan pengecutan jerawat & menghapuskan parut. Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit. Menyembuhkan luka. Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis). Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas. Memberikan rasa kenyang (diet). Mengurangkan sembelit/buasir. Nutrisi kolagen 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu, Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 tapi lebih 24% kolagen @ bersamaan 2 keping sarang burung layang2. Lebih 37% kalsium daripada hati ikan. Anti oksida lebih kuat dari vitamin C. Lebih vitamin A dari Beta Carotine. Lebih hebat dari daging lembu. Lebih banyak protin dari susu. Omega 3 dan 6 lebih berkali-kali ganda dari hati ikan. Serat yang tinggi. Mengandungi Magnesium, Potasium, Vitamin B6 dan B12. PH bernilai 7.6 (Natural). Lebih berkesan dari SK II Kajian Doktor Chiraz Bogeida(British Medical Board) Peringatan : Kebanyakkan produk di pasaran adalah dalam bentuk campuran dan kemungkinan ada bahan kimia supaya dapat memberi kesan serta-merta dan peratus kolagen sikit aje. Saya jual 100% kolagen asli, murah di pasaran dan gred terbaik dari perairan Sabah. Saya tidak menambah apa-apa bahan untuk menambah keberkesanan Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan & lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.Ketika usia 25 tahun ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun & sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi menjadikan kita semakin tua.

BERITA TENTANG RUMPAI LAUT Warga Jepun Miliki Jantung Sihat dengan Rumpai Laut Dublin: Jepun terkenal dengan warganya yang gemar bekerja keras dan memiliki stamina kuat.. Apa rahsianya? Lihatlah menu makanan warga Jepun yang selalu dihiasi dengan makanan hijau rumpai laut. Si hijau yang lembut ini terbukti dapat melindungi jantung. Demikian hasil penelitian yang dilakukan oleh para pakar di Pusat Penyelidikan Makanan Teagasc, Dublin, Ireland, baru-baru ini. Rumpai laut dapat membantu menstabilkan tekanan darah sehebat ubat yang biasa digunakan untuk menurunkan tekanan darah. Ia juga dapat mencegah serangan jantung dan juga stroke. Kandungan protein tinggi yang dikenali dengan sebutan peptida bioaktif adalah kuncinya. Kandungan protein tersebut setara dengan jumlah protein yang terkandung dalam susu. [Jurnal Agricultural and Food Chemistry.] Rumpai laut boleh lawan virus selsema Berita Harian Tokyo: Seorang ahli penyelidik Jepun mendakwa, anggota pasukannya mendapati satu bahan daripada rumpai laut melawan virus selesema secara lebih berkesan dan memeberi kurang kesan sampingan berbanding ubat yang sedia ada. Bahan itu yang menghentikan proses pembiakan virus mungkin juga berkesan bagi melawan penyakit lain seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids), kata Yuto Kamei, penolong professor bioteknologi marin di Universiti Saga, selatan Jepun. Kami harap penemuan ini akan membawa kepada penciptaan ubat selesema baru. Kami baru melakukan ujian terhadap virus selesema. Tetapi, ini juga mungkin membawa kepada usaha menghasilkan ubat bagi penyakit lain seperti Aids, kata Kamei. Anggota pasukan Kamei mengasingkan satu bahan dipanggil MC26 daripada sargassum piluliferum, sejenis rumpai laut berwarna coklat di perairan cetek yang biasa ditemui di sepanjang pantai selatan Jepun. Menggunakan sel yang diambil dari binatang dan ikan, anggota pasukan Kamei mengesahkan bahawa MC26 berkesan melawan virus selesema

dengan menggunakan hanya satu pertiga daripada dos amantadine hydrochloride, ubat selesema biasa. Amantadine hydrochloride menyebabkan kesan sampingan yang biasanya menyebabkan rasa mual, kata Kamei. Ujikaji kami sehingga ini menunjukkan bahawa kesan sampingan MC26 kurang daripada amantadine, katanya. Beliau mengakui memerlukan masa bertahun-tahun untuk membangunkan ubat selesema baru itu. Kami memberi tumpuan kepada penyelidikan kami terhadap selesema kerana ia penyakit biasa dan kami yakin pasaran ubat melawannya adalah besar dan sedia ada. Bagaimanapun, mengenai kemungkinan bahan itu melawan virus lain termasuk Aids mungkin perlu disahkan menerusi ujian lanjut, kata Kamei. Selesema mengancam kira-kira satu billion orang tua dan tidak upaya di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hanya 250,000 orang diberi vaksin selesema setiap tahun dan hampir 500,000 lagi maut setiap tahun kerana selesema. APF

Kajian Rumpai Laut Oleh UMS Hasil kajian daripada seorang penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Profesor Ismail Abdul Rahman telahpun diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) dimana beliau merupakan salah seorang penyelidik dalam Projek Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara. Setakat januari 2009, telah dikenal pasti sejumlah 1067 jenis produk dapat dihasilkan dengan rumpai laut. Antara produk tersebut adalah sebagai bahan makanan kesihatan, perubatan, industri kimia, cat, kecantikan dan lain-lain. Permintaan (demand) rumpai laut adalah sangat jauh berbanding penawaran (supply), oleh itu potensi industri ini adalah sangat cerah. Kajian Pure Marine Collagent Eucheuma Cottonni Spesis rumpai laut yang paling lengkap dan serasi dengan tubuh badan manusia adalah Eucheuma Cottonni. Komposisi Pemakanan Eucheuma Cottonni Oleh: P. Matanjun, S. Mohamed, K. Muhammad & N. M. Mustapha (University Sains Malaysia, Sabah, University Puetra Malaysia, Serdang) Serat Pemakanan, Karbohidrat, Protein, Asid Lemak, Garam Elektrolit, Garam

Mikro, Vitamin B Kompleks, A, C, D dan lain lain lagi. Serat Pemakanan: 25.05% a) Serat Larut 18.25% Agar, Carrageenan, Sulfated Xylans dan lain lain lagi. b) Serat Tidak Larut 6.80% Cellouse, Mannans. Faedah Dan Aplikasi Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras kolesterol dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung. Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik bagi mencegah gejala metabolisma gula, amat berkesan untuk mencegah Diabetes. Manakala kesan Serat Tidak Larut lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman. Serat Pejal 5.91% Seperti kanji Floridean, Iso-Floridoside, Sorbitol. Sorbitol dirujuk sebagai pemanis pemakanan kerana ia memberi tenaga 2.6 kilokalori (11kilojoules /gram). Ia juga bertindak untuk menarik air ke dalam usus besar bagi merangsang pergerakan usus serta pembuangan sisa pepejal. Amat berguna bagi pembersihan usus , khususnya untuk mencegah perut buncit dan obesiti. Pakar perubatan menganggap perut buncit sebagai sarang penyakit! Semua penyakit bermula dari perut. Jika tembolok dilayan dengan sepenuhnya, perut yang besarnya hanya sebesar penumbuk, tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna, akibatnya, makanan tidak dapat dicerna sepenuhnya, malah akan terperap, mereput dan membusuk. Hasilnya sembelit, nafas berbau, peluh berbau dalam jangka masa panjang wujudlah pelbagai penyakit kronik seperti Diabetes, Obesiti, dan kemuncaknya, Barah. Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-

teknologi. Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik.

BAHAYA KOLAGEN YANG BERCAMPUR DENGAN VITAMIN C Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat Saya perlukan suplemen. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada). Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui lain. Apa yang lainnya? Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik. Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin sintetik memberi kesan lebih dari cuma sintetik. Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas! Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini. Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalh tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA. Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain. Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan

semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain. Kebanyakkan vitamin di pasaran adalah sintetik KHASIAT KOLAGEN Jenama penjagaan kecantikan saban hari mendedahkan ramuan yang dahulunya disimpan sebagai rahsia industri, terutamanya apabila permintaan pengguna semakin tinggi dari segi keberkesanan dan kejelasan kandungan produk. Bukan itu sahaja, malah pakar bedah kosmetik turut tidak ketinggalan setelah dokumentari televisyen di seluruh dunia menyiarkan proses dan aktiviti yang terlibat ketika pembedahan, langkah demi langkah. Kini, ramuan khas seperti kolagen, yang juga digunakan secara meluas dalam pelbagai barangan penjagaan kecantikan, bukan lagi sesuatu yang baru, terutamanya di kalangan mereka yang arif dan mementingkan kecantikan. Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda. Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit. Bagaimanapun, ramai yang cuma mempunyai pemahaman terhad tentang kolagen dan tidak sedar akan potensi sepenuhnya terhadap badan kita, mahupun bantuan kecantikan. Mendalami kolagen Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan. Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan. Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan

perkembangan otot, tendon dan ligamen. Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi. Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon. Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an. Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa. Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Apa pula berita baiknya? Susutan kolagen kini boleh diganti menerusi proses yang dipanggil kaedah sintesis kolagen (collagen synthesis). Terapi sintesis kolagen Menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru. Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta.

Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen (hyrolysed collagen protein, HCP). Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan. HCP merupakan kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi, menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan. Sehingga kini, kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin (ikan jerung), burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan. HCP daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya. Kolagen tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk menyerap ke dalam sel badan manusia. Kolagen bovin setakat ini mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah. Oleh kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar penyerapan sebanyak 80 peratus, membolehkan sintesis kolagen yang efektif dalam badan. Hasil kekuatan teknologi, kolagen kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik. Kualiti kolagen sendiri turut mempengaruhi tahap penyerapannya. Ini diukur dalam tahap Bloom, ukuran bagi menentukan kualiti kolagen. Untuk menggambarkan proses ini, cuba bayangkan proses perahan tebu, yakni jus daripada perahan pertama merupakan hasil yang paling tulen, serta mengandungi rasa dan kualiti terbaik. Air boleh ditambah agar mendapat lebih banyak perahan, dan gula boleh dimasukkan untuk memperbaiki rasa.

Ekstrak kolagen menuruti prinsip yang sama, dan kolagen pada tahap ekstrak pertama adalah yang paling tulen dan memiliki kadar Bloom tertinggi, iaitu Bloom 300. Kaedah yang digunakan bagi menyaring kolagen amat penting untuk memastikan kehadiran Bloom, atau kualitinya. Kolagen Bloom 300 dihasilkan menerusi proses yang mengambil masa selama tiga bulan, iaitu 12 bulan lebih lama berbanding proses asidik digunakan di pasaran. Jelasnya, kebanyakan produk hari ini mengandungi kolagen yang berbeza dari segi tahap Bloom. Sesetengah produk pula langsung tidak mengandungi nilai Bloom. Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita. Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan. Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya. Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda. Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift. Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang

berpunca daripada jerawat. Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya. Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik. Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur. Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis. Kini, pakar dan saintis sedang menjalankan lebih kajian dan penyelidikan ke atas kolagen dari pelbagai sudut kerana khasiatnya kepada kesihatan kita. Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan.

PERHATIAN: Terdapat penyebaran dari individu-individu tertentu mengata bahwa rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Harap anda tidak terpengaruh kerana kemungkinan besar disebarkan oleh pengusahapengusaha kolagen dari sumber lain seperti sarang burung Walit atau sebagai kerana cemburu dengan industri rumpai laut yang melebihi 4 bilion setahun di Malaysia. Kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dari UMS, British Medical Board, Howard dan banyak lagi dari pakar-pakar luar negara semua mengatakan rumpai laut mengandungi kolagen dan khasiat yang tinggi. Mustahil kajian mereka salah. Jika anda menerima penyebaran sebegini jangan like atau share kerana anda bersubahat menghancurkan industri rumpai laut. Perlu diingat industri rumpai laut 90% terdiri dari kaum bumiputra sedangkan sarang burung Walit 83% terdiri dari bukan bumiputera dan industri kolagen lain hampir 100% bukan bumiputera. Jadi jangan anda bantu hancurkan industri ini. Tolong like atau share info ini

Anda mungkin juga menyukai