Anda di halaman 1dari 16

HBLS4203 Akuakultur2009

Pendahuluan
Ikan keli eksotika atau nama saintifiknya Clarius gariepinus merupakan sejenis ikan air tawar
yang semakin berkembang pesat pasarannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dahulu ikan keli
dianggap ikan murahan dan hanya diperolehi di sawah padi. Kini, ikan keli amat digemari oleh semua
lapisan masyarakat di desa dan di kota. Disamping rasanya yang sedap, ikan ini mengandungi protein
yang tinggi.
Permintaan terhadap ikan keli yang semakin meningkat telah menaikkan semangat para
pengusahanya untuk menghasilkan ikan tersebut dalam kuantiti yang banyak menyebabkan berlaku
perubahan dalam perusahaan ikan keli, dari secara sederhana kepada yang lebih maju. Jika dahulu
penternakan dilakukan dengan menggunakan kolam perkarangan tanpa menitik beratkan sama ada luas
kolam bersesuaian dengan bilangan ikan yang diternak. Berbeza dengan sekarang, dengan adanya
pengetahuan, ikan keli diternak secara intensif di dalam kolam yang khusus.
Ternyata ikan keli merupakan salah satu ikan air tawar yang sangat digemari dan permintaan
terhadapnya adalah tinggi dan sentiasa meningkat. Ini bermakna peluang pasarannya adalah cerah. Ini
telah mendorong kepada ramai penguasa untuk menceburi bidang penternakan ikan keli secara serius.

Bahagian I – Huraikan pengurusan kebersihan air bagi sistem tangki ternakan

Semua ikan, seperti juga semua organisma air, menjalankan semua fungsi kehidupan dalam air.
Oleh kerana ikan amat bergantung kepada air untuk mendapatkan oksigen untuk bernafas, mencari
makanan dan membesar, mengimbangi kandungan garam dalam badan, mengeluarkan bahan buangan
dari proses perkumuhan, dan mengawan dan membiak, maka adalah penting bagi penternak memahami
kualiti air, samada dari segi fizikal dan kimia, adalah kritikal bagi menentukan aktiviti akuakultur yang
dijalankan dapat memberikan pulangan yang diharapkan. Kejayaan operasi akuakultur amat
bergantung kepada kualiti air yang baik

a. Ikan Tilapia

1 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

1. Suhu Air

Suhu air merupakan satu faktor yang penting kepada ikan. Ikan adalah organisma berdarah
sejuk dan mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitarannya (air). Suhu air akan
memberi kesan keatas aktiviti, pergerakan, makan, tumbesaran dan pembiakan semua ikan. Kadar
metabolik ikan akan berganda setiap peningkatan suhu. Suhu yang paling sesuai bagi ikan tilapia ialah
sekitar 14 hingga 38 darjah celcius. Suhu air juga memainkan peranan didalam menentukan jumlah gas
(oksigen, karbon dioksida, nitrogen,dll) yang boleh terlarut didalam air. Semakin sejuk air semakin
banyak kandungan gas yang dapat terlarut.

2. Tahap Kemasaman dan Kepahitan Air

Kandungan ion hidrogen (H+) dalam air adalah faktor yang menentukan tahap bacaan pH air.
Skala yang digunakan bagi mengukur keasidan air dinamakan skala pH dan ianya mempunyai julat 1 -
14 . Julat yang sesuai bagi ternakan ikan tilapia adalah antara 6.5 - 8.5.

Perubahan yang mendadak pada bacaan pH air boleh berlaku dan bagi mengelakkan perkara ini
berlaku, adalah penting bagi kita memahami perlunya ada satu sistem yang dapat mengawal perubahan
pH air ini. Tanpa sistem penampan, pH air boleh berubah-ubah antara 4 - 5 hingga 9 pada waktu siang,
terutamanya semasa proses fotosintesis sedang berlaku dengan giatnya. Kandungan karbon dioksida
yang tinggi juga boleh menyebabkan pH air menurun. Untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku,
gantikan air jika terlalu kotor. Buang 30% dan masukkan air air yang bersih sekurang-kurang
seminggu sekali.

3. Kandungan Oksigen Larut Dalam Air

Oksigen terlarut, adalah parameter kimia air yang terpenting didalam akuakultur. Kandungan
oksigen yang rendah adalah bertanggungjawab kepada kematian ikan yang banyak, samada
secara langsung atau tidak langsung, jika dibandingkan dengan lain -lain masalah mutu air
digabungkan. Ikan tilapia memerlukan oksigen untuk proses respirasi. Jumlah oksigen yang
diperlukan oleh ikan tilapia adalah bergantung kepada saiz, kadar makan, tahap aktiviti, dan juga suhu.
Anak ikan memerlukan jumlah oksigen yang lebih dibandingkan dengan ikan yang lebih besar, kerana
kadar metabolik anak ikan adalah lebih tinggi Jumlah oksigen yang boleh terlarut didalam air adalah
bergantung kepada suhu, altitud, dan juga kemasinan

2 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

Bagi ternakan ikan dalam tangki, oksigen di dalam air, selain mendapat bekalan dari proses
fotosintesis, boleh juga didapati dari udara melalui proses serapan secara langsung dari kawasan
permukaan air (air-water interface). Serapan secara langsung tidak akan menambahkan kandungan
oksigen didalam air pada paras yang nyata, kecualilah terdapat keadaan permukaan air yang berkocak
dan juga berangin. Beberapa cara pengudaraan secara mekanikal boleh dijalankan oleh para penternak.
Contohnya: Paddlewheels Agitators, Vertical sprayer, Impellers, Airlift pump, Venturia pumps ,Liquid
oxygen injection dan Air diffusers

b. Ikan Keli

1. Suhu Air

Pembajaan akan menukarkan air menjadi hijau dan menyebabkan cahaya matahari tidak dapat
menembusi hingga ke dasar tangki. Keadaan ini menjadikan suhu air sejuk dan selesa.

2. Kualiti Air

Sungguhpun ikan keli tahan lasak dan boleh hidup dalam air yang kurang bermutu, kita harus
menjaga kualiti ikan kerana kedapatan ikan yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya seperti
merkuri, plumbum dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

3. Kandungan Oksigen Terlarut.

Bagi mendapatkan kadar pertumbesaran ikan yang tinggi, ikan keli harus diternak pada
tahap kandungan oksigen yang optima. Sebagai panduan kasar, kandungan oksigen didalam air
perlulah tidak kurang dari 5 mg/l. Kandungan oksigen yang rendah dari 5 mg/l akan menyebabkan
ikan merasa tertekan, dan paras oksigen < 2 mg/l pula boleh menyebabkan kematian ikan.

1 2 3 4 5 6 7 8
Bahaya Awas Selamat

3 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

c. Ikan Siakap.

1. Suhu air
Bagi ikan tropika seperti ikan siakap, suhu air mesti berada dalam julat 25 darjah celcius
hingga 35 darjah celcius. Suhu mempengaruhi berbagai proses hidup ikan siakap seperti pernafasan,
perhadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses ini berlaku pada julat-julat suhu
tertentu sahaja. Selain dari itu suhu juga mempengaruhi organisma hidupan lain seperti bacteria, kulat,
virus dan parasit dalam tangki. Semakin meningkat suhu semakin sukar bagi oksigen terlarut.

2. Oksigen yang terlarut.


Oksigen terlarut adalah kuantiti gas oksigen yang terlarut dalam air. Ikan siakap hanya dapat
menggunakan oksigen dalam keadaan terlarut. Semasa proses respirasi oksigen diperlukan. Dalam
tangki penternakan oksigen dibekalkan melalui kocakan seperti Paddlewheels Agitators, Vertical
sprayer, Impellers, Airlift pump, Venturia pumps ,Liquid oxygen injection dan Air diffusers.
Kandungan oksigen terlarut dalam air tidak boleh kurang daripada 5mg/I. Kemerosotan sehingga ke 3
mg/I akan membuatkan ikan stress kerana tidak cukup oksigen untuk bernafas. Manakala kemerosotan
oksigen terlarut keparas kurang dari 3 mg/I akan membunuh ikan.

3. Kualiti dan Saliniti Air


Air adalah bahagian yang terpenting sekali di dalam sistem tangki. Kualiti air mesti dijaga.
Secanggih mana pun sistem penapisan, kawasan yang sempit di dalam tangki akan lambat-laun
menyebabkan kekotoran yang menjejaskan kualiti air. Keadaan air mesti sentiasa bersih melalui
penukaran dan rawatan air bila perlu. Ikan siakap ialah ikan air yang hidup dan tinggal di kawasan
muara sungai atau paya bakau yang mempunyai saliniti air payau sekitar 1 – 29ppt. Kekurangan atau
peningkatan saniliti air akan menyebabkan ikan mati. Untuk mengatasinya pemantauan yang berkala
perlu dilakukan untuk menentukan saniliti air sentiasa berada dalam keadaan yang betul.

4 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

Bahagian II –
Sebagai Pegawai Perikanan Daerah anda dikehendaki membuat laporan Projek Calon Pemenang
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsan, kategori Usahawan Ikan Jaya (air tawar).
Cadangan anda hendaklah mengandungi butir-butir seperti berikut;

1. Latar belakang calon

Nama : ABD. RASHID BIN ENDUT @ TAIB


No. Kad Pengenalan : 650405-11-5303
Umur : 45 Tahun
Alamat : 9079 Kampung Kesum, Manir, 21200 Kuala Terengganu.
Nama Isteri : Khatijah binti Taha
Bilangan anak : 3 orang
Kampung Asal : 684 Kampung Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.
Alamat Projek : Kampung Kesum, Manir, 21200 Kuala Terengganu.
Pendidikan : Ijazah Lanjutan Undang-undang
Pengalaman Kerja : Bekas Pensyarah Undang-undang di UUM, Sintok, Kedah.
Penglibatan dalam sektor akuakultur : 5 Tahun

5 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

2. Maklumat projek

a. Jenis Ternakan
Projek Ternakan Ikan Keli Eksotika dalam kolam

b. Latar belakang Projek


Rashid Aquaculture ditubuhkan pada April 2004 adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang
bergiat dalam memajukan perikanan air tawar dan penternakan di kawasan pantai timur Semenanjung
Malaysia. Selain daripada menternak ikan keli, syarikat ini juga menghasil dan memasarkan anak
benih ikan keli jenis eksotika kepada penternak di sekitar Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Dengan berbekalkan modal sendiri dan juga pinjaman dari Agrobank, beliau telah memasang 21 buah
kolam untuk menternak ikan keli. Secara purata, terdapat 70.000 ekor ikan bagi setiap kolam yang
telah dimasukkan secara berperingkat semenjak bulan April 2004.
c. Sistem-sistem utama dan lain-lain.
Rashid Aquaculture menggunakan sistem kolam bagi menternak ikan keli di ladang
perternakannya. Dalam sistem ini, kolam-kolam dibuat berhampiran dengan sebatang anak sungai yang
bersih dan masih belum tercemar airnya. Lokasi kolam yang terletak di kaki bukit dan dibina dengan
keadaan selari membolehkan air mengalir dari bahagian atas dan menuruni ke bahagian yang lebih
rendah dengan membuka pintu-pintu pengawal paras air yang dibina pada setiap kolam.
Walau pun ladang ternakan ini berada agak jauh dari jalan utama, namun terdapat jalan ladang
sejauh 1.4 km menghubungkan ladang dengan jalan utama. Terdapat pelbagai kemudahan di ladang ini
seperti bekalan elektrik, telefon, dan bekalan air paip. Ladang ini juga dipagari untuk menghindari
serangan haiwan pemangsa seperti memerang, biawak dan juga kecurian.

d. Kadar Hidup Ternakan


Memandangkan ikan keli merupakan sejenis ikan yang tahan lasak dan mampu hidup dalam
keadaan yang rendah kandungan oksigen seperti kolam, parit atau tangkungan lebihan air. Ini adalah
disebabkan oleh alat pernafasan tambahan yang ada pada ikan keli membolehkannya bernafas
menggunakan oksigen dari udara bebas. Sifatnya yang tahan terhadap pencemaran bahan-bahan
organik membolehkan kadar hidup ternakan tinggi. Namun begitu, di ladang ini terdapat banyak juga
6 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

anak-anak mati disebabkan jangkitan penyakit. Di anggarkan pada setiap kolam kadar kematiannya
adalah sekitar 20%. Sifatnya yang karnivor, menyebabkan ikan yang bersaiz lebih besar akan
memakan ikan yang lebih kecil sekiranya makanan yang diagihkan tidak mencukupi.

e. Food Comparison Rotio (FCR)


Kandungan dan bentuk makanan sangat mempengaruhi hasil dan nisbah pertukaran makanan
(FCR). Makanan rumusan jenis terapung lebih disukai kerana mudah diberi dan kaedah pemberian
makanan pula dilakukan secara manual. Kaedah ini penting kerana pengusaha boleh mengawasi
keadaan ikan ternakannya termasuk aspek-aspek tumbesaran, penyakit dan sebagainya. Bagi ternakan
ikan keli, nilai makanan semula jadi penting diperingkat awal benih. Kadar pemberian makanan dan
kadar pertukaran makanan bergantung kepada jenis spesis ikan yang diternak, saiz ikan, kualiti
makanan dan suhu air. Bagi ikan keli eksotika jumlah makanan yang diberikan adalah 3-5% dari berat
ikan keli dan diberikan 2 hingga 3 kali sehari dengan protein kasar 30%.Pertambahan berat badan ikan
keli dipantau seminggu sekali bagi menentukan jumlah makanan yang perlu diberikan. Walau
bagaimana pun, pemberian makanan adalah tetap dengan dos yang sama iaitu 3 – 5% sehari.
Food Comparison Ratio (FCR) ikan keli agak besar ialah sekitar 1: 3+. Yang bermaksud untuk
membesar 1 kilogram ikan keli perlu diberi makan sebanyak 3 kilogram keatas makanan. Disebabkan
harga makanan ikan agak mahal dan sentiasa meningkat, Abd. Rashid menyediakan sendiri makanan
ikan kelinya bagi mengurangkan kos perbelanjaan disamping menggunakan makanan alternatif seperti
perut ayam, anak-anak ikan atau hasil tangkapan laut dan sebagainya.

f. Jumlah Modal / Pelaburan


KOS PELABURAN PERUSAHAAN TERNAKAN
IKAN KELI DALAM KOLAM
PERKARA KOS (RM)
1. Kolam ( @ RM2.000/Unit) 42.000.00
2. Bangunan 80.000.00
3. Kenderaan 90.000.00
4. Lain-lain peralatan 20.000.00
JUMLAH 232,000.00

7 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

KOS OPERASI BAGI 1 PUSINGAN TERNAKAN 21 BUAH KOLAM


JENIS INPUT NILAI (RM)
1. Benih ( RM0.03/Ekor) 42,000.00
2. Makanan (RM1.00/kg) 50,000.00
3. Buruh 30,000.00
4. Minyak 6,000.00
5. Ubat/Bahan Kimia 2,500.00
6. Penyelenggaraan 10,000.00
7. Pentadbiran dan pengurusan 40,000.00
JUMLAH 180,000.00

g. Jenis-jenis modal
i. Sendiri
Encik Rashid menggunakan RM170.000 daripada bonus pesaraannya bagi melabur dalam
projek ternakan ini sebagai modal pusingan dan pengurusan sehingga hasil ternakan dapat dituai
ii. Pinjaman Bank
Pada tahun 2004, Encik Rashid berjaya memohon pinjaman kewangan sebanyak RM250,000
daripada Bank Pertanian Malaysia melalui kemudahan Tabung Untuk Makanan (3F) untuk membiayai
perbelanjaan semasa ke atas projek ternakan di samping meningkatkan prestasi syarikat melalui
perancangan-perancangan yang telah dirangka. Selain memberi bantuan kewangan, Bank Pertanian
Malaysia turut mengawasi projek yang dijalankan. Pegawai-pegawai Bank Pertanian juga seringkali
mengunjungi tapak projek bagi tujuan pemerhatian dan pemantauan. Menurut Encik Rashid bantuan
dari Bank Pertanian Malaysia banyak membantu beliau dalam memperkembangkan ternakan ikan
kelinya. Bank Pertanian telah membuktikan peranannya dalam membantu usahawan-usahawan kecil
tempatan.

h. Status Tanah
Encik Rashid adalah seorang usahawan yang berpandangan jauh dan berdaya maju. Beliau
amat yakin projek ini berpotensi tinggi, oleh itu beliau telah berjaya menyakinkan keluarga serta
mendapat kebenaran daripada keluarganya untuk menggunakan tanah yang seluas 1.5 hektar untuk
tujuan pembinaan 21 buah kolam.Bermula bulan April 2004. Tanah ini merupakan tanah pertanian.

8 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

i. Kawasan Projek ( dahulu dan sekarang )


j. Keseluruhan

Luas keseluruhan projek ternakan ikan keli eksotika yang terletak 20 kilometer dari bandar
Kuala Terengganu ini ialah 1.5 hektar. Ia terletak di kawasan kaki bukit yang serdehana tinggi yang
ditanami dengan kelapa sawit dan getah di bahagian atas bukit. Terdapat jalan ladang sepanjang 1.4
kilometer menghubungi tapak projek dengan jalan raya Manir - Kuala Terengganu .

ii. Kawasan tambahan

Selain dari pada kawasan kolam, terdapat satu kawasan seluas 0.5 ekar yang menempatkan
bangunan pengurusan, stor peralatan, stor baja dan makan ikan dan bengkel hatchery yang digunakan
untuk menghasil dan meningkatkan stok benih untuk mengurangkan kos pembelian benih ikan serta
mampu mengeluarkan sebanyak 5 juta ekor benih keli untuk kegunaan kolamnya dan selebihnya untuk
dibekalkan kepada penternak di sekitar negeri Terengganu.

iii. Bilangan kolam


Pada peringkat awal, bilangan kolam yang dimiliki hanyalah 10 buah sahaja, kemudian
bilangan kolam beransur-ansur bertambah dari tahun ke setahun dan kini projek ini mempunyai 21
buah kolam yang bersaiz 0.06hektar setiap buah termasuk sebuah kolam takungan.

k. Sumber air
Bekalan air diperolehi dari mata air yang membentuk anak sungai yang kemudiannya
disalirkan ke kolam-kolam dengan menggunakan terusan yang dibina dengan sistem graviti. Keadaan
tanah dan air jernih dari perut bumi sesuai untuk pembesaran ikan keli. Air merupakan faktor yang
paling penting dalam penternakan ikan. Oleh itu kualiti dan kuantiti air harus dititik beratkan supaya

9 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

proses penternakan akan berjalan lancar. Bagi kegiatan pembenihan ikan keli, air yang paling sesuai
digunakan adalah air dari telaga.

l. Aktiviti sampingan yang dilakukan.


Ekoran kos membeli anak benih yang agak tinggi, maka Encik Rashid telah membina bengkel
hatcherynya sendiri. Dengan bantuan peralatan berupa beberapa buah tangki gentian kaca dari Jabatan
Perikanan Terengganu yang turut memberi bantuan teknikal. Beliau mampu mengeluarkan sebanyak
hampir 5 juta ekor benih ikan keli. Di samping menghasil dan mengeluarkan ikan keli, juga
menghasilkan anak benih ikan keli secara komersil yang dipasarkan untuk penternak ikan keli sekitar
negeri Terengganu.

3. Anggaran Pengeluaran/ Pendapatan dan ternakan Akuakultur Utama


Bermula bulan Oktober 2004 iaitu selepas 4 bulan pemeliharaan, ikan keli yang matang dan
mempunyai berat antara 150 hingga 200 gm akan mula dituai secara berperingkat mengikut gred yang
telah ditetapkan untuk dijual kepada peraih tetap. Mengikut perancangan,sebanyak 8 tan metrik ikan
akan dituai setiap minggu, dimana setiap ekor ikan telah mencapai berat sehingga 165 gm seekor. Pada
masa kini, harga ikan keli eksotika di pasaran adalah antara RM5.00 hingga RM6.00 sekilogram
sekiranya jualan terus dilakukan. Manakala bagi jualan borong harga sekitar Rm2.00 hingga RM3.00.
Beliau tidak menghadapi sebarang masalah pemasaran kerana pada masa kini permintaan ikan keli
adalah sangat tinggi dan urusniaga di peringkat kolam.
Anggaran pendapatan purata seminggu hasil jualan ikan hidup adalah sekitar RM32.000.00
tidak termasuk jualan ikan keli mati seperti ikan keli kering dan ikan keli sejuk beku.

4. Pasaran
Rashid Aquaculture memasarkan ikan kelinya dengan dua kaedah pemasaran iaitu pemasaran
secara hidup dan secara mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga dan permintaan yang lebih
tinggi berbanding ikan secara mati. Kebanyakan ikan-ikan ini dipasarkan di pasar-pasar, pasar tani dan
pasar minggu Pasaran ikan keli tidak hanya terbatas untuk memenuhi keperluan pengguna di rumah
dan restoran sahaja.. Malah ianya turut membekalkan bekalan ikan keli hidup ke pasaraya-pasaraya
yang terdapat di negeri Terengganu seperti Giant, Mydin, Sabasun dan sebagainya.
Bagi ikan keli mati, produk yang dihasilkan ialah ikan kering dan sejuk beku. Ikan kering keli
di pasarkan di kedai-kedai runcit sekitar Kuala Terengganu.

10 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

5. Teknologi yang digunakan dan Kod Amalan Akuakultur yand diamalkan


i. Makanan
Bagi menghasilkan ikan keli yang baik dan bermutu tinggi, ia memerlukan makanan untuk
membantu perkembangannya. Jenis, ukuran dan jumlah makanan yang diberikan adalah bergantung
kepada jumlah ikan yang dipelihara. Terdapat dua jenis makanan yang sering digunakan iaitu makanan
semula jadi pada peringkat benih dan makanan buatan untuk peringkat tumbesaran.
Pada peringkat awal Encik Rashid memberi makanan semula jadi yang terdiri daripada
zooplankton, alga dan bacteria yang dihasilkan dari pembajaan yang disediakan terlebih dahulu di
dalam kolam sebelum benih ikan dibawa masuk ke dalam kolam. Untuk memastikan ikan keli
membesar dengan sempurna dan bermutu, penggunaan makanan jenis buatan digunakan. Pada
peringkat awal pelet jenis starter digunakan untuk membekalkan protein, kemudian diikuti dengan
grower bagi peringkat kedua dan finisher bagi peringkat ketiga.
Memandangkan kos makanan yang tinggi, Encik Rashid telah menggunakan makanan yang
diproses sendiri bagi menggantikan makanan yang dibeli. Untuk tujuan ini Jabatan Perikanan telah
memberi bantuan pinjaman mesin yang terdiri dari alat acuan pelet dan pengiling daging bagi
memproses makanan yang dihasilkan dari campuran dedak halus atau hampas kacang soya, serbuk
ikan, daging siput atau sisa ternakan seperti perut ayam serta tepung, minyak masak, vitamin dan lain-
lain.
ii. Reka bentuk kolam
Memandangkan kawasan ternakan ikan milik Encik. Rashid yang terletak di kawasan kaki
bukit yang sederhana tinggi dan mempunyai tanah yang tinggi rendah, reka bentuk kolam dibina
dengan bentuk selari dan reka bentuk ini dibuat adalah bagi memudah kemasukkan air ke dalam kolam
dengan mengunakan sistem graviti. Air diperolehi dari mata air yang membentuk anak sungai di alir
masuk ke dalam kolam melalui terusan yang dibina dibahagian sebelah tanah tinggi dan dialir ke
bahagian rendah dengan hukum graviti. Terusan ini mempunyai pintu yang boleh mengawal
kemasukan air. Di bahagian kawasan rendah dibina satu lagi terusan untuk membolehkan air keluar
semasa proses pengeringan dan pembersihan kolam dijalankan. Reka bentuk kolam ini dapat
menjimatkan kos penggunaan elektrik dan juga kos petrol kerana sistem graviti tidak memerlukan
penggunaan pam untuk mengepam air dari sungai atau tali air.
iii. Kemudahan awam
Meski pun kawasan penternakan ikan ini berada agak jauh dari jalan raya utama namun begitu
terdapat sebatang jalan ladang yang menghubungkan ladang penternakan ikan ini dengan jalan utama
bagi memudahkan hasil ternakan dibawa keluar. Disebabkan ladang ternakan ikan ini berada

11 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

berhampiran dengan kawasan penempatan, maka ia turut memperolehi tempias kemudahan seperti
bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

KOD AMALAN AKUAKULTUR (TERNAKAN IKAN AIR TAWAR)


Untuk membolehkan hasil keluaran kolamnya diterima pembeli, maka En Rashid
mengamalkan kod amalan akuakultur yang baik yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Makanan
Sedunia ( FAO ) Ini adalah untuk memastikan industri tersebut dapat dibangunkan secara
bertanggungjawab, mengeluarkan bahan makanan yang berkualiti dan selamat untuk para pengguna
dan kerosakan alam sekitar dapat dikurangkan.

Pemilihan Tapak
Tanah

Kawasan yang telah dipilih hendaklah telah dizonkan oleh pihak berkuasa negeri sebagai
kawasan pembangunan akuakultur air tawar serta kawasan tanah yang terbiar dan tidak produktif tetapi
sesuai. Tapak yang dipilih tidak menjejaskan aktiviti lain-lain sektor ekonomi yang berdekatan dan
kawasan yang mempunyai prasarana asas. Kawasan-kawasan yang bermasalah seperti banjir, hakisan,
pencemaran dan sebagainya hendaklah dijauhi.
.
Pembinaan Ladang
Pembersihan kawasan
Penebangan pokok di kawasan ladang hendaklah diminimumkan. Elakan hakisan dan
pencemaran sumber air semasa pembinaan kolam. Elakan cara pembinaan yang memberi kesan negatif
kepada alam sekitar.

Rekabentuk Ladang
Semasa membuat rekabentuk kolam sesebuah ladang ternakan ianya perlu mempunyai kolam
takungan yang sesuai serta mempunyai kolam untuk rawatan kumbahan yang sesuai dengan saiz
ladang. Rekabentuk ladang yang baik semestinya mempunyai sistem air masuk dan keluar yang
berasingan. Bentuk dan saiz kolam hendaklah memudahkan pengurusan air dan ternakan. Ladang
hendaklah mempunyai kemudahan operasi dan pekerja yang sesuai dan yang paling penting rekabentuk
ladang hendaklah bercirikan keselamatan dan kerbersihan.

12 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

Pengurusan Ternakan
Penyediaan kolam
Sebelum anak benih dimasukan bersihkan dasar dan kawasan persekitaran kolam. Gunakan
racun yang dibenarkan dengan kadar yang sesuai.

Pengurusan Benih

Benih yang digunakan hendaklah berkualiti dan dari sumber yang mempunyai rekod yang baik.
Sistem ternakan dan pengurusan yang diamalakn hendaklah disesuaikan dengan saiz benih yang
digunakan. Gunakan benih yang sama saiz dan umur. Pengendalian benih hendaklah mengurangkan
ternakan kepada benih.

Pengurusan Air
Jika perlu bekalan air hendaklah dirawat sebelum digunakan. Air yang berkeladak hendaklah
diendapkan terlebih dahulu dalam kolam takungan dalam tempoh yang sesuai.
Kadar pertukaran air hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur ternakan. Kaedah pengudaran air
hendaklah sesuai dengan sistem ternakan. Penggunaan bahan-bahan rawatan air hendaklah dengan
kaedah yang betul. Hanya baja bukan organan digalakan.

Pengurusan Kesihatan
Pengurusan kesihatan ternakan di ladang perlu diberi tumpuan kepada aspek pencegahan
berbanding rawatan penyakit melalui pemakanan, pengurusan ladang dan pengurangan tekanan.
Pemantauan ini dijalankan secara berkala. Hanya bahan-bahan rawatan air dan ubat-ubatan yang
diluluskan oleh pihak berkuasa digunakan dan sebarang kejadian wabak penyakit dan kematian
hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Pengurusan Makanan
Menggunakan makanan rumusan yang berkualiti tinggi dan bahan mentah makanan basah yang
terdiri daripada bahan yang segar, halal dan selamat. Bahan adetif hendaklah yang dibenarkan oleh
pihak berkuasa. Makanan hendaklah digunakan sebelum tempoh luput dan di simpan di tempat yang
sesuai. Kadar dan jadual pemberian makanan hendaklah disesuaikan dengan sistem dan peringkat
ternakan. Penggunan antibiotik mengikut tempoh luputnya hendaklah yang dibenarkan dan dipatuhi.
13 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

Penuaian dan Pengendalian Hasil

Persediaan bagi kerja-kerja menuai hendaklah disesuaikan dengan kuantiti bagi menjamin
kualiti hasil tuaian. Peralatan penuaian dan pengendalian hasil hendaklah dalam keadaan baik dan
bersih. Sampel ternakan hendaklah dianalisis untuk residu drug dan bahan kimia bagi menentu dan
menjamin kualiti.

6. Kemudahan yang ada


Di Rashid Aquaculture ini terdapat satu bangunan yang digunakan untuk pengurusan dan juga
untuk penyimpanan peralatan penternakan serta stor baja dan makanan ikan. Manakala di satu
bangunan lagi ditempatkan kolam-kolam pembenihan yang diperbuat daripada gentian kaca yang
dilengkapi dengan sistem pengudaraan, bekalan elektrik

7. Pekerja
Dengan prasarana yang lengkap untuk sesuatu projek termasuk penggunaan teknologi baru.
Rahman Aquaculture tidak perlu 100% bergantung kepada tenaga manusia, sebaliknya menggunakan
mesin untuk menjayakan projeknya. Beliau mempunyai 3 orang pekerja sepenuh masa bagi
menjayakan aktiviti ternakan dan hanya mengambil pekerja sambilan apabila kerja-kerja pemungutan
hasil dijalankan.

8. Bantuan Jabatan Perikanan


- Bantuan Pinjaman mesin memproses makanan ikan.
- Bantuan peralatan berupa tangki gentian kaca untuk proses pembenihan
- Bantuan teknikal dan khidmat nasihat.

9. Kursus Yang Pernah disertai

14 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

Memulakan bidang penternakan ikan keli setelah mengikuti kursus berkaitan penternakan ikan
air tawar di Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA), Jitra Kedah dan seterusnya mengikuti kursus
sangkut pembenihan ikan di tempat yang sama pada awal tahun 2004.

10. Senarai Rekod Ladang yang ada.


Pengurusan projek akan lebih berkesan dengan adanya rekod-rekod berikut:
a. Penyediaan system ternakan
b. Pengurusan air
c. Pengurusan makanan
d. Pengurusan ksihatan ternakan
e. Penggunaan ubat-ubatan dan bahan kimia
f. Hasil tuaian
g. Perolehan bahan mentah dan peralatan
h. Penyelenggaraan peralatan
i. Kewangan

11. Aktiviti pertanian dan bukan pertanian.

Selain daripada ternakan ikan keli, beliau juga menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian lain
seperti mengusahakan kebun kelapa sawit yang telah memberikan pulangan hasil sebanyak
RM120.000 setahun. Beliau juga mengusahakan ternakan kambing biri-biri, dimana sebanyak 60 ekor
telah diternak di kawasan berhampiran kolamnya. Selain daripada itu beliau juga juga menternak 20
ekor lembu secara sistem pajakan kepada penduduk kampung.

12. Perancangan / wawasan baru yang hendak dicapai.


Prinsip Encik Rashid yang berpegang kepada “ Pertanian Adalah Perniagaan” telah benar-
benar membuahkan hasil yang lumayan. Ini adalah kerana usahanya yang gigih dalam aktiviti
pertanian telah mengubah hidupnya. Pada masa hadapan, beliau bercadang untuk meningkatkan usaha
yang ada pada hari ini ke tahap yang lebih komersil dengan menggunakan teknologi moden dan
mengamalkan “Amalan Baik Pertanian” Untuk jangka masa panjang, beliau bercadang untuk membina
10 buah kolam baru di atas sebidang tanah bersebelahan tapak kolam sedia ada bagi memperluaskan
ternakan keli dan spesies-spesies ikan lain seperti tilapia dan udang galah dengan menggunakan modal
pinjaman daripada Agrobank.

15 Zamrahman/OUM/Jan2009
HBLS4203 Akuakultur2009

Penutup
Tanpa prospek pasaran, sesuatu produk yang dihasilkan atau diusahakan tidak akan berhasil dan usaha
penternakan ikan keli akan sia-sia. Ternyata ikan keli merupakan salah satu ikan tawar yang sangat
digemari dan permintaan terhadapnya adalah tinggi dan sentiasa meningkat. Ini juga didorong oleh
kemajuan teknik penternakan yang lebih baik. Ini bermakna peluang pasarannya adalah cerah dan telah
menjadi pendorong kepada ramai pengusaha untuk menceburi bidang penternakan ikan keli secara
serius.

16 Zamrahman/OUM/Jan2009

Anda mungkin juga menyukai