Anda di halaman 1dari 1

Kumpulan 3 PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN.

Sekolah kami telah mengadakan aktiviti perkhemahan pengakap di Hutan Simpan Lawas. Seramai 30 orang murid dan 6 orang guru pengiring menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. Setelah sampai di tapak perkhemahan, kumpulan kami ditugaskan untuk mencari kayu api. Kami bergerak secara berkumpulan, tanpa kusedari kawan-kawanku telah tiada dari pandanganku.(AT) Aku tidak tahu apakah yang harus aku lakukan dalam keadaan yang bingung ini. Keadaan hutan di kawasan gunung ini terlalu tebal. Udaranya pula terlalu sejuk. Nyamuk dan serangga halus bermaharajalela di sini. Badanku menggigil dan berasa gatal-gatal. Keadaan yang kurang selesa ini menyebabkan aku sentiasa mencuba untuk mencari jalan keluar. Kemungkinan untuk aku berjumpa dengan mereka semakin tipis. Langit pula kelihatan gelap menandakan hujan lebat akan turun pada bila-bila masa. (AH) Kegelapan menutupi hutan itu. Perasaanku semakin kecut. Aku berasa bimbang akan dibaham oleh binatang-binatang buas ataupun terserempak dengan sesuatu yang tidak kuingini(AC). Aku berdoa dalam hati kecilku agar dapat keluar dari hutan ini dengan selamat. Aku bernasib baik kerana selepas beberapa jam, aku berjaya mencari sebatang sungai yang kelihatan jernih dan bersih. Walau bagaimanapun seluruh tubuhku basah kerana aku banyak berpeluh. Perutku terasa sangat lapar dan tekakku kering dan dahaga. (AH) Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berterus-terusan. Aku memekap telinga untuk memastikan siapakah yang memanggil namaku. Ruparupanya, mereka ialah kawan-kawanku bersama-sama dengan beberapa anggota polis yang sedang berjalan ke arahku. Aku berasa gembira dan berlari untuk mendapatkan mereka. Kami berpeluk-pelukan kerana terlalu gembira.(AH) Kini aku telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari hutan. Guruguruku dan semua peserta perkhemahan termasuk ahli keluargaku menarik nafas lega. Mereka mengatakan namaku telah terpapar di media massa. Mereka telah membuat liputan tentang kehilanganku. Pengalaman ini tidak akan dapat kulupakan.(AK)

Anda mungkin juga menyukai