Anda di halaman 1dari 31

Menangani Isu Nama Allah menurut Perspektif Akidah dan Pemikiran Islam Wan Adli Wan Ramli1 Abstrak

Allah adalah nama diri Allah. Walau bagaimanapun, Gereja Kristian ingin menamakan God yang dikonsepsikan dalam kerangka Trinity sebagai Allah. Berlatar belakangkan kontroversi ini, makalah ini menganalisis sikap tidak menghalang penamaan tersebut di kalangan segelintir puak Muslim. Analisis dibuat berdasarkan dua premis utama, iaitu bahawa Allah adalah nama diri bagi Allah, dan bahawa konsep ketuhanan dalam Gereja Kristian adalah God yang Trinity. Hasil perbandingan yang dilakukan, didapati keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menggunakan nama Allah adalah merupakan suatu perbuatan menamakan sesuatu yang bukan Allah sebagai Allah. Oleh itu, makalah ini mendapati adalah tidak bersesuaian dengan Islam akan sikap tidak menolak dan reseptif di kalangan sepuak Muslim terhadap penamaan God yang Trinity sebagai Allah oleh Gereja Kristian; malah lebih-lebih lagi tidak benar akan perbuatan mereka menggunakan beberapa ayat al-Quran dan sumber pemikiran Islam lain untuk mempertahankan sikap mereka. Akhirnya, makalah ini menidakkan kebenaran dan kebaikan penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Sebagai cadangan, makalah ini menyeru kepada; penegasan bahawa sembahan orang-orang yang kufur dan syirik bukanlah Allah; dan dakwah agar jangan Allah dan namaNya dinisbahkan kepada konsep Trinity serta pemberhentian kepercayaan Trinity. Kandungan 1. Pendahuluan 2. Latar Belakang Isu Nama Allah 3. Hakikat Nama Allah dalam Akidah Islam 4. Menjauhi Kufur dan Syirik terhadap Nama Allah 5. Kepentingan Nama dalam Pemikiran Islam 6. Konsepsi Ketuhanan menurut Agama Kristian 7. Salah Faham terhadap Konsep God yang Trinity 8. Pernyataan al-Quran mengenai Konsep Trinity 9. Panduan al-Quran mengenai Kekufuran Konsep Trinity 10. Allah dan God yang Trinity Adalah Dua Realiti Berbeza 11. Prinsip al-Tawd al-Rubbiyyah Tidak Relevan dengan Konsep God yang Trinity 12. Fakta mengenai Amalan Bukan Muslim Tidak Menjadi Nilai dalam Islam 13. Respons Peribadi Muslim 14. Respons Pemerintah Muslimin: Tiada Paksaan dalam Beragama Bukan Kebenaran untuk Kufur dan Syirik 15. Menangani Perspektif Kristian dalam Isu Nama Allah 16. Penutup 1. Pendahuluan Allah adalah nama Zat yang Wajib Wujud, Tuhan seluruh alam, yang disembah oleh umat Muslimin. Walau bagaimanapun, di Malaysia, Gereja Kristian ingin menamakan God yang dikonsepsikan dalam kerangka Trinity sebagai Allah, dalam tulisan-tulisan khususnya dalam Bible. Berikutan itu, timbul perdebatan di kalangan ilmuwan Muslim; yang hampir keseluruhannya mahu kerajaan menghalang perbuatan Gereja Kristian ini, manakala segelintir kecil menyatakan fakta bahawa pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan
1

Wan Adli Wan Ramli, PhD, adalah pensyarah kontrak di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Islam menggunakan kalimah Allah.2 Lebih menimbulkan kontroversi pula apabila puak pinggiran ini mendakwa ketiadaan halangan ini diperakui oleh Al-Quran sendiri.3 Justeru puak ini berandaian bahawa nama Allah boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam, dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak merupakan masalah.4 Makalah ini menganalisis dakwaan puak ini yang kelihatannya mempergunakan Islam dan sumber-sumbernya untuk menolak halangan, malah memperakui dan membolehkan penamaan The Triune God atau God yang Trinity sebagai Allah. Memang isu nama Allah ini berlegar di sekitar keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Walau bagaimanapun, dirasakan bahawa permasalahan yang lebih mendalam ialah: sama ada bersesuaian dengan Islam atau tidak akan sikap tidak menolak di kalangan sepuak Muslim terhadap penamaan God yang Trinity sebagai Allah oleh Gereja Kristian, malah menggunakan beberapa ayat al-Quran dan sumber pemikiran Islam lain untuk mempertahankan sikap mereka. Analisis ini perlu dilakukan kerana didapati puak ini mendapat sokongan dan mempunyai pengikut di kalangan umat Muslimin sendiri. Ia membawa kepada kefahaman yang lebih baik dalam mengenal pasti bentuk berfikir puak yang membolehkan penamaan God yang Trinity sebagai Allah, sedangkan dalam masa yang sama, disedari umum bahawa antara inti pati risalah Islam adalah seruan agar manusia berhenti mengandaikan Allah sebagai God yang Trinity. 2. Latar Belakang Isu Nama Allah Sebagai permulaan, baik dikenal pasti konteks permasalahan ini. Ia merujuk kepada tuntutan Gereja Kristian di mahkamah untuk menggunakan nama Allah dalam penulisan mereka. Mahkamah kemudiannya menerima tuntutan ini. Namun makalah ini bukan suatu perbincangan mengenai persoalan perundangan. Begitu pun, rujukan ini perlu dibuat agar dapat difahami bahawa isunya bermula dengan keinginan Gereja Kristian di Malaysia untuk menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Agar lebih jelas, perlu disedari bahawa Gereja Kristian hanya menuntut untuk menggunakan nama Allah atau to use the word Allah. Tidak dinyatakan sama ada nama Allah ingin digunakan untuk apa; seperti digunakan untuk menulis bahawa orang Muslim menyembah Allah; atau digunakan untuk menulis lirik lagu rasmi negeri Selangor yang mengandungi doa Allah lanjutkan usia Tuanku; atau digunakan untuk menulis terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris God; atau lain-lain. Namun, fakta menunjukkan bahawa Gereja Kristian menggunakan nama Allah dalam penulisan mereka yang berbahasa Melayu ketika menulis terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris God. Berdasarkan fakta ini, adalah tepat untuk menggambarkan isu nama Allah ini dengan ungkapan isu Gereja Kristian di Malaysia menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Sehubungan itu, adalah terkeluar dan sepatutnya dikeluarkan daripada perbincangan isu ini sebarang persoalan lain yang boleh lebih menyerabutkan pemikiran. Contohnya, ada di kalangan segelintir kecil puak Muslim, yang tidak menolak keinginan dan perbuatan pihak Gereja Kristian, dalam mempertahankan sudut dakwaan mereka, mencampuradukkan isu penamaan ini; dengan amalan orang bukan Muslim menyebut dan menulis nama Allah dalam konteks umum; atau dengan amalan orang bukan Muslim menyanyikan lagu negeri

Khalid Samad, Isu Kalimah. (04 Januari 2010), laman sesawang Khalid Samad, dicapai 14 Februari 2013, http://www.khalidsamad.com/2010/01/isu-kalimah.html. Huruf tebal seperti asal. 3 Khalid Samad, Isu Kalimah. 4 Khalid Samad, Isu Kalimah Allah: Sekali Lagi! (02 Januari 2013), laman sesawang Khalid Samad, dicapai 14 Februari 2013, http://www.khalidsamad.com/2013/01/isu-kalimah-allah-sekali-lagi.html.

Selangor.5 Campur aduk ini hanya boleh menyerabutkan lagi pemikiran, apabila kefahaman dalam suatu isu yang berbeza dibawa dalam membahaskan suatu isu lain yang mempunyai konteks yang berlainan. Sebagai penjelasan, elok ditegaskan di sini bahawa tidak ada perdebatan di kalangan ilmuwan Muslim mengenai perbuatan orang bukan Muslim menyebut dan menulis nama Allah dalam konteks umum, atau menyanyikan lagu negeri Selangor serta negeri-negeri lain yang mengandungi nama Allah. Adalah tidak relevan untuk membawa fakta bahawa ilmuwan Muslim tidak bercanggah pendapat dalam konteks umum ini, ke dalam dakwaan untuk tidak menolak penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Hal ini disebabkan perbuatan menyebut, menulis atau menyanyikan nama Allah secara umumnya tidak melibatkan penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Sehubungan itu, demi menjelaskan persoalan, dan tidak menyerabutkan isu, adalah dianjurkan, agar pandangan yang dikeluarkan untuk konteks umum, yang tidak melibatkan penamaan God yang Trinity sebagai Allah, ditegaskan sebagai pandangan untuk konteks umum itu sahaja, bukan pandangan yang melibatkan isu menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Selepas ditegaskan bahawa pandangan tersebut adalah untuk konteks umum, elok yang mengeluarkan pandangan tersebut menegaskan sekali lagi, dan demi mengelak salah faham, ditegaskan lagi untuk kesekian kalinya, bahawa pandangan yang tidak menolak tadi merujuk kepada perbuatan umum orang bukan Muslim menyebut, menulis dan menyanyikan nama Allah, bukan menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Sebaliknya, adalah diharapkan kepada semua kaum Muslimin untuk menegaskan penolak terhadap sebarang penamaan apa-apa yang selain Allah, apatah lagi God yang Trinity, sebagai Allah. Makalah ini berpendirian bahawa isunya ialah Gereja Kristian di Malaysia menamakan God yang Trinity sebagai Allah, dan bukan sekadar keinginan dan perbuatan untuk menggunakan perkataan Allah atau to use the word Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu. Hal ini berdasarkan dua premis utama; iaitu pertamanya, kefahaman mengenai hakikat nama Allah dalam akidah Islam; dan keduanya, pengetahuan umum mengenai konsepsi God yang Trinity menurut Gereja Kristian. Dua premis ini perlu disedari agar dapat dicapai kefahaman yang lebih baik mengenai isu ini. 3. Hakikat Nama Allah dalam Akidah Islam Mengenal Allah adalah tanggungjawab manusia yang pertama dan paling utama dalam agama Islam, seperti yang biasa diungkapkan oleh para ulama bahawa awal agama ialah mengenal Allah, atau awwal al-dn marifah Allh.6 Dalam usaha mengenal Allah, ilmu akidah Islam membahaskan perihal zat, sifat, afal dan nama Allah. Di sini, elok disedari bahawa mengenal nama Allah adalah sebahagian daripada pengenalan Allah. Dengan kata lain, pengenalan Allah dicapai bukan sekadar melalui pemerihalan zat, sifat dan afal Allah sahaja, malah sama signifikannya adalah melalui nama Allah. Dalam konteks mengenali nama Allah ini, Dia sendiri telah berfirman bahawa Dia mempunyai nama-nama yang indah atau al-asm al-usn. Kepala bagi nama-nama yang indah ini pula ialah nama Allah, yang dipilih sendiri olehNya untuk terkandung kalam kalimah Syahadah Islam yang pertama, tidak ada tuhan selain Allah, atau l ilh illa Allh. Dalam hal nama Allah ini, Dwd bin Wn Abd Allh al-Fan, boleh dikatakan ulama Melayu yang paling masyhur, menyatakan,
5

HarakahDaily, Kalimah Allah: Siapa Boleh Tolong Jawab Persoalan Dr Maza, (08 Januari 2013), laman sesawang HarakahDaily, dicapai 14 Februari 2013, http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dariblog/15785-kalimah-allah-siapa-boleh-tolong-jawab-persoalan-dr-maza. Daud bin Abdullah al-Fathani, al-Durru al-Thamin: Permata yang Indah, dirumikan oleh Noraine Abu dan Mashadi Masyuti (Batu Caves: Al-Hidayah, 2011), 29; Zainul Abidin bin Muhammad al-Fathani, Aqidatun Najin, dirumikan oleh Noraine Abu (Batu Caves: Al-Hidayah Publications, 2011), 35.

Bermula Allah nama bagi Zat yang Wjib al-Wujd yang mustahak (mustaiqq, berhak) bagi segala kepujian, maka tiada menama dengan dia yang lain daripadaNya. Kebanyakan ahli l-ilm atas bahawasanya ialah ism Allh al-aam kerana itulah disebut di dalam al-Quran dua ribu dan tiga ratus dan enam puluh (2360) tempat. Dan kata setengah ulama, Allah itu iaitu nama yang menghimpunkan bagi makna zat dan sifat dan afl kerana itulah dinamakan suln al-asm.7 Elok diperhatikan bahawa Allah adalah nama bagiNya. Telah diketahui umum bahawa al-Ramn adalah namaNya, demikian juga al-Ram juga namaNya, selain berpuluh-puluh atau beratus-ratus yang lain. Sama halnya, Allah juga adalah namaNya. Allah adalah nama Allah. Allah adalah nama Zat yang Wajib Wujud. Allah adalah suatu nama, dan penama kepada nama Allah ini ialah Dia yang Esa. Penegasan yang sama dapat juga diperhatikan ketika Zayn al-bidn bin Muammad al-Fan, atau juga dikenali dengan Tuan Minal, seorang lagi ulama Melayu termasyhur, menyatakan, Ketahui olehmu, bahawa makna lafaz Allah itu nama bagi Zat Tuhan kita yang Wjib al-Wujd, khas ia pada lafaznya dan khas ia pada maknanya. Maka erti khas pada lafaz itu tertentulah lafaz Allah itu nama bagi Tuhan kita dan tiada harus dinamakan dengan dia akan yang lain daripada Zat Allah, melainkan atas jalan sandaran seperti Abd Allh. Dan erti khas pada makna itu, iaitu maknanya mabd bi aqq, ertinya yang disembah dengan sebenarnya. Maka tertentulah makna yang demikian itu bagi Allah, tiada dapat bagi yang lainNya. Dan lafaz Allah itu ism al-aam sisi jumhur ulama.8 Demi Allah, nama Allah itu adalah suatu nama, dan ia adalah nama bagi Zat yang Wajib Wujud. Ia nama yang paling sempurna, justeru dikenali oleh para ulama sebagai nama yang paling agung atau ism al-aam. Dengan nama inilah Zat yang Wajid Wujud dikenali. Allah adalah nama diri atau alam shahk bagi Allah.9 Sebaliknya, Allah bukan sekadar suatu perkataan, suatu kalimah atau suatu word. Nama agung ini tidak layak bagi apa-apa pun yang lain. Dalam mengenali Allah melalui nama-namaNya yang indah, selain melalui pemerihalan zat, sifat dan afalNya, elok disedari bahawa nama-nama yang indah itu terhad atau tawqf kepada yang ditentukan oleh wahyu sahaja.10 Dalam hal ini, Dwd al-Fan menyatakan, ketika menterjemah matan Jawharah al-Tawd,11 bahawa telah dipilih segala asmNya itu ditawqfkan.12 Seterusnya, beliau menghuraikan, Yakni telah memilih jumhur Ahli l-Sunnah bahawasanya segala asmNya, dan dikehendaki dengan asm itu barang yang berbetulan dengan sifat, ditawqfkan, yakni dihentikan atas belajar pada mengata akan dia atasNya Taala mengajar syarak, iaitu didengar yang datang dengan dia daripada Nabi salla Allh alayhi wa sallam dan izinnya pada demikian nama itu... atau diizin pada kita istikmalkan yang demikian itu, maka barang yang diizinkan pada kita mengatakan dan kita istikmalkan, barang yang tiada ada pada itlak akan dia memberi waham akan kekurangan, tetapi ada memberi ketahui akan izinnya, maka haruslah kita itlakkan atasnya Allah Taala dengan ittifak ulama.13
7

Dwd bin Wn Abd Allh al-Fan, Ward al-Zawhir li-ill Alf Iqd al-Jawhir (Kuala Lumpur: Khaznah al-Faniyyah, 2000), 3, baris ke-10 hingga ke-6 dari bawah. 8 Zainul Abidin al-Fathani, Aqidatun Najin, 4. 9 Burhn al-Dn Ibrhm bin Muammad al-Bjr, Tufah al-Murd al Jawharah al-Tawd: Shar Jawharah al-Tawd (al-Qhirah: al-Maktabah al-Azhariyyah li-al-Turth, 2002), 6. 10 Al-Bjr, Tufah al-Murd, 127. 11 Akidah bahawa nama-nama Allah itu tawqf dinyatakan dalam bait ke-39 matan Jawharah al-Tawd. 12 Dwd al-Fan, Ward al-Zawhir, 62, baris ke-11 dari bawah; Daud al-Fathani, al-Durru al-Thamin, 130. 13 Dwd al-Fan, Ward al-Zawhir, 62, baris ke-10 hingga ke-4 dari bawah.

Dengan kata lain, nama-nama Allah itu terhad kepada nama-nama indah yang telah ditentukan menerusi wahyu. Salah satu daripada nama yang telah ditentukan dalam wahyu ini ialah Allah. Ketentuan tawqf ini dapat dilihat daripada al-Quran, surah al-Ikhl (112):1. Terjemahan: Katakanlah! Dia ialah Allah yang esa. Ayat ini bersama-sama seluruh surah al-Ikhl diturunkan apabila Nabi Muhammad diminta untuk memerihalkan Tuhan yang disembah baginda. Lalu Allah mewahyukan bahawa Dia yang disembah oleh Nabi Muhammad ialah Allah, yang merujuk kepada namaNya, 14 dan Dia esa, yang merujuk kepada sifatNya. Allah sebagai namaNya yang tawqf juga ditentukan melalui Hadith, seperti Hadith mengenai 99 nama Allah.15 Nama pertama yang dinyatakan oleh Hadith ini ialah Allah. Ketika menghuraikan Hadith ini dalam perbincangan mengenai nama-nama Allah yang indah, Ab mid Muammad bin Muammad al-Ghazl menyatakan bahawa menonjolkan makna nama ini sama seperti menonjolkan nama-nama khusus atau asm al-alm, justeru tidak diperlukan lagi sebarang perdebatan mengenai asal-usul dan pecahan kata ini serta takrifnya. Selain itu, betapa khususnya nama Allah ini bagi Allah, sehingga semua nama lain dinisbahkan sebagai nama-nama bagi Allah, sedangkan tidak pernah dinisbahkan nama Allah ini sebagai nama bagi al-abr contohnya, walaupun al-abr juga adalah namaNya.16 Ini menunjukkan betapa istimewanya Allah sebagai namaNya. Justeru, dapat difahami bahawa Allah memang nama baginya, yang Dia sendiri tentukan. Nama Allah adalah ketentuanNya sendiri, yang Dia sendiri namakan ZatNya. Sebaliknya, Allah bukan nama yang diberikan oleh manusia kepadaNya, sama ada manusia itu berbangsa Arab atau Melayu atau sebagainya. Bukan masyarakat Arab yang memberikan nama Allah kepada Zat yang Wajib Wujud, sama ada yang Muslim atau tidak, sama ada yang hidup selepas Nabi Muhammad atau yang sebelumnya. Adapun pendapat bahawa nama Allah itu mempunyai akarnya dalam bahasa Arab, tidak menjadikan nama Allah sekadar suatu perkataan, atau kalimah, atau word dalam atau daripada bahasa Arab. Kebetulan ini tidak sepatutnya membawa kepada sikap merendahkan nama Allah sebagai kononnya hanyalah sekadar suatu perkataan, atau kalimah, atau word dalam atau daripada bahasa Arab. Lebih batil lagi apabila nama Allah, sesudah diandaikan hanya sekadar suatu perkataan, atau kalimah, atau word dalam atau daripada bahasa Arab, digunakan untuk menamakan sesuatu yang lain pula. Apabila disedari bahawa nama Allah adalah namaNya yang tawqf, maka dapat difikirkan dengan baik bahawa Tuhan bukan salah satu daripada nama-nama Allah yang tawqf. Tuhan bukan nama Allah yang tawqf. Tuhan bukan salah satu daripada nama-nama Allah yang indah. Allah tidak pernah menamakan ZatNya secara tawqf sebagai Tuhan. Orang Melayu juga tidak pernah menamakan Allah sebagai Tuhan. Tuhan memang suatu perkataan, atau kalimah, atau word dalam atau daripada bahasa Melayu. Namun, orang Melayu tidak pernah menjadikan perkataan, atau kalimah, atau word Tuhan sebagai nama Allah, sebagai salah satu daripada nama-nama Allah yang indah. Memang orang Melayu Muslim merujuk kepada Allah sebagai Tuhan. Namun, orang Melayu Muslim tidak pernah menegaskan bahawa Tuhan adalah nama bagi Allah.
14

Ab Manr Muammad bin Muammad al-Mturd, Tawlt Ahl al-Sunnah, ed. Majd B Sallm (Bayrt: Dr al-Kutub al-Ilmiyyah, 2005), 10:645, tafsir Q112:1. 15 Ab s Muammad bin s al-Tirmidh, Jmi al-Tirmidh, dalam ed. li bin Abd al-Azz l al-Shaykh, Mawsah al-adth al-Sharf: al-Kutub al-Sittah (al-Riy: Dr al-Salm, 2000), 2012, Hadith no. 3507, almujam 82, kitb al-Daawt. 16 Ab mid Muammad bin Muammad al-Ghazl, al-Maqad al-Asn f Shar Man Asm Allh alusn (Bayrt: Dr Ibn azm), 61.

Pembezaan antara nama Allah yang tawqf dengan perkataan, atau kalimah, atau word Tuhan, perlu ditegaskan, dan perbezaan antara keduanya perlu disedari. Hal ini penting agar tidak berlaku kekeliruan sehingga menyamakan antara nama Allah dengan perkataan, atau kalimah, atau word Tuhan. Secara umumnya, tuhan adalah kata nama umum dalam bahasa Melayu. Apabila digunakan untuk merujuk kepada Allah, maka tulisan huruf t dibesarkan, sebagai penghormatan kerana merujuk kepada Allah. Namun, Tuhan bukan nama Allah yang tawqf. Setakat ini, dapat dirumuskan bahawa Allah adalah nama diri atau nama khas bagi Zat yang Wajib Wujud. Nama Allah ini ditentukan sendiri olehNya. Allah adalah nama ZatNya. Melalui nama inilah, selain melalui zat, sifat dan afalNya, Dia dapat dikenali oleh manusia, sedangkan mengenaliNya merupakan awal mula kepada agama Islam. 4. Menjauhi Kufur dan Syirik terhadap Nama Allah Kefahaman dan kesedaran terhadap hakikat nama Allah, seperti pembentangan di atas, boleh menjadi asas teoretikal dalam membincangkan itu nama Allah. Asas ini perlu diberikan perhatian kerana sebarang keingkaran boleh mengakibatkan kekufuran terhadap nama Allah, dan sebarang salah guna boleh mengakibatkan kesyirikan terhadap nama Allah. Dalam ajaran Islam, Muslim mesti beriman dan berkata bahawa nama Allah hanya untuk Allah. Allah sebagai namaNya mesti diisbatkan untukNya sahaja serentak dinafikan apa-apa yang lain selainNya layak dinamakan Allah. Allah sebagai namaNya tidak boleh diingkari, dan sebarang sekutu bagiNya pada namaNya mesti dijauhi. Keimanan ini sama halnya dengan keimanan kepada sifat Allah. Contohnya, sifat Esa Allah mesti diimani dalam hati dan dikatakan dengan lidah oleh Muslim. Mesti diisbatkan sifat Esa hanya kepada Allah, serentak dinafikan adanya apa-apa yang lain bersifat Esa. Keesaan Allah tidak boleh diingkari, jika tidak mengakibatkan kekufuran. Keesaan Allah juga tidak boleh disifatkan kepada sesuatu yang lain, jika tidak mengakibatkan kesyirikan. Demikian juga Allah sebagai nama ZatNya, tidak boleh dikufuri atau disyirikkan. Sebaliknya, apabila jahil terhadap Allah sebagai nama Zat yang Wajib Wujud, akibatnya adalah kesesatan, kekufuran dan kesyirikan. Kejahilan ini dapat dilihat pada andaian kononnya, Ianya bukan nama peribadi,17 iaitu bahawa Allah hanya sekadar merupakan kalimah bahasa Arab daripada perkataan Ilah dan ditambahnya Al. Al-ilah, dipendekkan menjadi Allah.18 Andaian yang nampaknya berdasarkan sangkaan semata-mata ini, disandarkan kepada satu lagi sangkaan bahawa, Ini kerana [Allah] tidak perlu pada nama peribadi kerana hanya satu.19 Apa nama atau panggilan orang sebegini dalam seruannya kepada Allah, tidak pula dijelaskan. Begitu pun, dapat dilihat kejahilan sangkaan sebegini mengenai ajaran akidah Islam yang menyatakan bahawa Allah adalah nama diri Zat yang Wajib Wujud, seperti yang dihuraikan. Demikian juga, adalah sesat sangkaan bahawa hakikat Allah dan konsepsi ketuhanan yang lain tidak memerlukan nama yang berbeza. Ini seolah-olah menyangka bahawa Allah sebagai nama Zat yang Esa bersekutu dengan konsepsi ketuhanan yang lain. Ia seolah-olah menamakan konsep ketuhanan yang berbeza dengan hakikat Zat yang Esa sebagai Allah. Sedangkan orang kafir menyembah sesuatu yang bukan Allah. Kesesatan sangkaan sebegini dapat diteliti dalam tulisan kononnya, Perbezaan di antara orang Islam dan orang bukan Islam bukan penggunaan perkataan Allah tetapi atas kefahaman sifat-sifat Allah. Islam mengajar ummatnya bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak juga diberanakkan, tiada sekutu dan Allah
17

Khalid Abd Samad, dalam Hansard Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas, Penggal Kedua, Mesyuarat Pertama, Bilangan 12 (Khamis, 05 Mac 2009), 94. 18 Khalid, dalam Hansard Dewan Rakyat, (Khamis, 05 Mac 2009), 94. 19 Khalid, dalam Hansard Dewan Rakyat, (Khamis, 05 Mac 2009), 94.

adalah pemilik nama-nama yang terpuji yang terkandung dalam 99 nama Asma ul Husna. Perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza.20 Penelitian mendapati memang tulisan di atas membezakan antara Muslim yang menyembah Allah yang bersifat Esa dengan orang bukan Muslim yang menyembah suatu tuhan lain yang tidak bersifat esa. Namun, tulisan di atas tidak membezakan, antara nama Zat yang Esa iaitu Allah, dengan nama tuhan lain yang tidak bersifat esa. Ini dapat diteliti daripada ungkapan bahawa perbezaan antara orang Islam dan orang bukan Islam bukan penggunaan perkataan Allah, tetapi pada kefahaman sifatNya. Justeru, sifatNya itu yang perlu ditonjolkan, bukan nama yang berbeza. Dengan kata lain, nama yang sama boleh sahaja menonjolkan hakikat dan sifat yang berbeza. Secara gunaannya di sini, menurut tulisan ini, Allah boleh jadi nama Zat yang Wajib Wujud, dan boleh jadi nama kepada God yang Trinity. Sehubungan itu, boleh difahami bahawa tulisan ini tidak membezakan, antara Allah sebagai namaNya, dengan Allah sebagai nama kepada konsep ketuhanan lain. Secara serentak, Allah dinamakan Allah, dan konsep ketuhanan yang tidak esa juga tidak dihalang untuk dinamakan Allah. Walau bagaimanapun, adalah mengelirukan pula, apabila dalam masa yang sama, tulisan di atas menyatakan bahawa Allah adalah pemilik nama-nama indah, yang salah satu daripada nama-nama tersebut ialah Allah, malah Allah adalah nama yang paling agung dan menjadi sultan kepada semua nama-nama lain. Maka, dapat dilihat bahawa tulisan ini tidak hendak menonjolkan dan memperjelaskan Allah sebagai nama Allah, sebaliknya nampaknya hanya sifat-sifat Allah sahaja yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan. Di sini, boleh diulas bahawa adalah benar dan baik penonjolan dan penjelasan sifatsifat Allah. Namun, dalam masa yang sama, adalah benar dan baik juga penonjolan dan penjelasan nama-nama Allah, yang Allah adalah salah satu daripada nama-nama tersebut. Sebaliknya, apabila hanya sifat-sifat Allah sahaja yang ditonjolkan dan dijelaskan; sedangkan nama-nama Allah, dan khususnya Allah sebagai namaNya yang paling agung, tidak ditonjolkan dan dijelaskan; maka struktur pemikiran sebegini mengakibatkan kekeliruan. Kekeliruan ini berlaku apabila sifat-sifat seperti yang Esa, ditonjolkan dan dijelaskan sebagai sifat kepada Zat yang bernama Allah; sedangkan secara serentak sifat-sifat seperti tidak esa, beranak dan diperanakkan, serta bersekutu, juga tidak dihalang untuk dinamakan Allah. Akibatnya, keliru pemikiran untuk mengenali Zat yang Esa itu, sama ada yang memang bernama Allah, atau yang tidak dihalang untuk dinamakan Allah. Akibatnya juga, apabila nama Allah diseru, keliru pemikiran untuk mengenali, sama ada yang diseru itu Allah yang Esa, atau sesuatu yang tidak esa. Oleh itu, mesti ditegaskan pembezaan antara Allah sebagai nama Zat yang bersifat Esa, dengan sesuatu yang lain yang tidak bersifat esa. Perbezaan nama Allah daripada sesuatu yang lain membezakan antara Muslim dengan bukan Muslim. Perbezaan antara Muslim dengan bukan Muslim, bukan sekadar pada sifat-sifat Allah. Malah Muslim berbeza dengan bukan Muslim pada nama Allah. Perbezaan kefahaman mengenai nama Allah hendaklah ditonjolkan dan dijelaskan, secara serentak bersama penonjolan dan penjelasan mengenai sifat-sifat Allah. Kefahaman di atas menunjukkan bahawa nama Allah menentukan Islam atau tidak Islamnya sesuatu. Adalah Islamik suatu penegasan bahawa Allah hanya nama untuk Allah.

20

Khalid Samad, Ismu Allah, (10 Mac 2009), laman sesawang Khalid Samad, dicapai 14 Februari 2013, http://www.khalidsamad.com/2009/03/ismu-allah.html; Khalid Samad, Ismu Allah (Siar Ulang), (01 Januari 2010), laman sesawang Khalid Samad, dicapai 14 Februari 2013, http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html. Huruf tebal seperti asal.

Sebaliknya, adalah tidak Islamik jika nama Allah digunakan untuk sesuatu yang lain. Dalam konteks ini, adalah sesat dakwaan seperti, Apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah bahawa yang menentukan Islam atau tidak Islam bukan dengan penggunaan kalimah Allah tetapi kefahaman terhadap Allah sebagai Tuhan yang Esa.21 Bertentangan dengan dakwaan ini, nama Allah yang difahami dengan benar dan baik menentukan keislaman seseorang. Sebaliknya, jika nama Allah digunakan dan dipergunakan dengan secara tidak benar dan baik, belum dapat ditentukan keislaman orang si pengguna itu. Hal ini disebabkan hanya Allah yang layak bernama Allah. Sedangkan penggunaan nama Allah kepada sesuatu yang lain merupakan suatu kesyirikan. Syirik ini adalah terhadap namanamaNya yang juga wajib diimani, bukan sekadar keesaanNya, atau sifatNya, atau afalNya sahaja yang wajib diimani. Demikian juga, adalah sesat sangkaan kononnya, perbezaan di antara agama Islam dan agama lain adalah perbezaan dalam konsep ketuhanan itu sendiri bukan kalimah yang digunakan! Dalam erti-kata lain, perbezaan bukan terdapat pada kalimah berbeza. Sebagai contoh, tidak kurang salahnya, dari pandangan Islam, apabila dikatakan Isa anak Allah atau Isa anak Tuhan. Ini adalah kerana Allah itu Tuhan dan Tuhan itu Allah bagi ummat Islam.22 Jika diterima sudut pandangan ini, maka tidak perlu dirasakan keliru untuk mengatakan: Tuhan itu Allah bagi umat Islam. Walau bagaimanapun, pernyataan bahawa: Tuhan itu Allah bagi umat Islam adalah mengelirukan. Hal ini disebabkan Allah adalah nama yang tawqf bagi diriNya, sedangkan Tuhan bukan namaNya. Maka, segala pemerihalan lain yang layak bagiNya dinisbahkan kepada Allah. Sebaliknya Allah tidak dinisbahkan kepada segala pemerihalan lain yang layak bagiNya. Secara mudah dan longgar, dapat dilihat kepelikan jika diterbalikkan pernyataan bahawa Adli adalah lelaki menjadi lelaki adalah Adli. Hal ini disebabkan Adli adalah nama diri, maka segala sifat diri dinisbahkan kepada nama diri itu, bukan nama diri dinisbahkan kepada sifat diri. Memang dalam konteks Allah, hanya Allah yang merupakan Tuhan, sedangkan dalam konteks Adli, bukan hanya Adli yang merupakan lelaki. Namun Allah adalah nama diri, sedangkan tuhan adalah kata umum. Dalam hal ini, asas mantik dan bahasa mengenai kata nama khas dan kata nama am perlu difahami. Jika tidak, tiada sebarang makna kepada kalimah Syahadah, apabila disangka Allah itu Tuhan dan Tuhan itu Allah secara sama. Sebagai contoh, kalimah Syahadah tidak berbunyi tidak ada Allah selain Allah, atau tidak ada Tuhan selain Tuhan, dan tidak juga berbunyi tidak ada Allah selain Tuhan. Ungkapan sebegini tidak mempunyai makna. Atas kefahaman mantik dan bahasa sebegini jugalah, tercatat dalam khazanah ilmiah Islam, pernyataan seperti, mereka menjadikan nafsu sebagai tuhan, tetapi tiada tercatat pernyataan seperti, mereka menjadikan nafsu sebagai Allah. Walau bagaimanapun, adanya tercatat pernyataan sedemikian, tidak menjadikan pernyataan tersebut sebagai suatu nilai yang patut dipegang. Hal ini sama dengan dakwaan, sama ada Isa anak Allah, atau Isa anak Tuhan. Kedua-duanya adalah dakwaan yang salah, lalu mesti ditolak. Namun, penolakan ini tidak pula menjadikan perkataan Tuhan sebagai antara nama-nama Allah yang tawqf. Penolakan ini juga tidak menjadikan perkataan Tuhan setaraf dengan Allah sebagai namaNya. Memang perkataan, atau kalimah, atau word Tuhan adalah perkataan yang layak dinisbahkan kepada Allah sebagai deskripsiNya. Namun, kalimah Tuhan tidak diterima oleh para ulama sebagai antara nama-nama atau sifat-sifat Allah.

21 22

Khalid Samad, Isu Kalimah. Khalid Samad, Isu Kalimah Allah: Sekali Lagi!

Adapun ejaan dan penulisan perkataan Tuhan dengan huruf T besar ketika merujuk kepada Allah, tidak juga menjadikan perkataan Tuhan sebagai kata nama khas. Perlu disedari bahawa bahasa bukan tulisan. Tulisan menjadi simbol kepada bahasa, tetapi tulisan itu sendiri bukan bahasa. Malah bahasa Melayu mempunyai dua bentuk tulisan, iaitu tulisan jawi dan rumi. Disebabkan ruang yang ada, maka tulisan kata nama am yang merujuk kepada sesuatu yang khusus ditulis dengan huruf pertama yang besar, sebagai pembeza. Namun, dalam tulisan jawi, tidak ada huruf t besar atau t kecil. Oleh itu, perkataan than, sama ada yang ditulis sebagai Tuhan atau tuhan, tidak sama dengan nama Allah. Oleh itu, demi menjauhi kejahilan, kesesatan, kekufuran dan kesyirikan terhadap nama Allah, mesti difahami dan disedari, ditonjolkan dan dijelaskan, bahawa Allah adalah nama diri Zat yang Wajib Wujud. Nama Allah ditentukan secara tawqf oleh Allah sendiri. Maka, nama Allah tidak boleh diingkari. Nama Allah juga tidak boleh digunakan untuk menamakan sesuatu yang lain daripada Allah. 5. Kepentingan Nama dalam Pemikiran Islam Dalam akidah dan pemikiran Islam, nama, istilah dan kalimah adalah penting. Memadai rasanya ditonjolkan kepentingan nama dengan bersandarkan kepada kisah penciptaan Nabi Adam dan kehairanan malaikat terhadap penciptaan suatu makhluk perosak dan penumpah darah, tetapi dibekalkan dengan ilmu nama-nama segala-galanya. Mengenai kisah ini, Allah berfirman,

Terjemahan: Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka berkata, Adakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berkata, Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang kamu tidak tahu. Dan Dia mengajar Nabi Adam nama-nama segala-galanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berkata, Ceritakan kepadaKu nama-nama semua ini jika kamu golongan yang benar. Ayat al-Quran di atas menonjolkan kisah penciptaan Nabi Adam. Apabila Nabi Adam hendak diciptakan oleh Allah, kehendak tersebut dikhabarkan kepada para malaikat. Seterusnya, para malaikat melahirkan rasa hairan mereka dengan kehendak Allah yang hendak menciptakan di muka bumi ini sejenis makhluk perosak dan penumpah darah. Walau bagaimanapun, Allah tetap menciptakan Nabi Adam lalu membekalkannya dengan namanama segala-galanya atau al-asm kulla-h, yang tidak diketahui pun oleh para malaikat. Ini menunjukkan pengenalan nama merupakan bekalan untuk manusia daripada Allah agar tidak melakukan kerosakan dan menumpahkan darah di atas muka bumi ini. Dengan pengenalan nama ini juga, manusia dinaikkan statusnya lebih tinggi daripada para malaikat. Sebaliknya, jika manusia mengabaikan kepentingan nama, akibatnya manusia kembali kepada hawa syahwatnya merosakkan dan menumpahkan darah di muka bumi ini. Lebih khusus dalam perbincangan ini adalah pengenalan nama Allah sebagai pencipta. Tanpa mengenali nama Allah, manusia tidak dapat mengenali Allah. Pengenalan nama adalah peringkat asas dalam mengenali sesuatu. Mustahil seseorang berikrar mengetahui dan mengenali sesuatu jika nama sesuatu itu pun tidak diketahui dan dikenali.
23

. 23 .

Al-Quran, al-Baqarah (2):30-31.

Dengan nama jugalah dapat dikenali yang mana satu Allah dan yang mana satu God yang Trinity, yang mana satu Islam dan yang satu Agama Kristian. Jika dicampuradukkan nama kedua-dua hakikat yang berbeza ini, maka hampa sebarang usaha manusia mengenali Allah dan agamaNya yang benar. Akibat akhirnya, kerosakan dan pertumpahan darah boleh berlaku. Ini menunjukkan kepentingan nama kepada manusia, sejenis makhluk yang diketahui oleh para malaikat sebagai makhluk perosak dan penumpah darah. Walau bagaimanapun, Allah membekalkan pengenalan nama kepada manusia sebarang benteng daripada melakukan kerosakan dan menumpahkan darah di muka bumi ini. 6. Konsepsi Ketuhanan menurut Agama Kristian Premis kedua bagi makalah ini dalam menggambarkan isu ini sebagai isu penamaan God yang Trinity sebagai Allah adalah pengetahuan umum mengenai konsepsi ketuhanan menurut Agama Kristian. Kefahaman terhadap premis kedua ini mengisbatkan bahawa Gereja Kristian mempunyai konsep ketuhanan yang tersendiri dan berbeza dengan keyakinan akidah Islam. Sehubungan itu, dapat ditegaskan bahawa apa yang dipercayai oleh Gereja Kristian adalah God yang Trinity, bukan Allah. Secara terperinci, premis ini berdiri atas pengetahuan mengenai God yang Trinity, yang dapat dihuraikan, In Greek terms it was declared to consist in three hupostaseis in one ousia or three entities in on being. In the Latin God was said to be tres personae in una substantia or three persons in one substance.24 Dengan itu, dapat diketahui bahawa God yang Trinity ini ditasawurkan sebagai diri yang satu, yang terdiri daripada tiga personal. Tiga personal ini merujuk kepada Father, Son dan Holy Spirit. Namun, tiga personal ini tidak dianggap sebagai tiga Tuhan. Ketiga-tiganya dipercayai sebagai merupakan God. Ketiga-tiganya merupakan personal kepada God. Ketigatiganya adalah satu God yang Trinity.25 Dalam konsepsi Agama Kristian, God bukan hanya Father, dan bukan sekadar Father yang merupakan Godhead. Dalam konsepsi yang majoriti dalam Agama Kristian, Father bukan satu God, tetapi Father adalah God.26 Demikian juga, Son yang merujuk kepada Jesus adalah God atau Jesus is God. Jesus bukan salah satu God, atau satu daripada tiga God, atau Jesus is not a God, tetapi Jesus adalah God.27 Sama halnya, Holy Spirit juga adalah God.28 Personal kepada Godhead ialah Father, Son dan Holy Spirit,29 bukan God, Son dan Holy Spirit, kerana Father adalah God, Son adalah God dan Holy Spirit juga adalah God. Ketiga-tiga Father, Son dan Holy Spirit adalah personal kepada satu God yang Trinity. Justerus, God dalam konsepsi ini adalah God yang Trinity. Dalam pada itu, God yang Trinity ini tidak juga dianggap sebagai God yang tiga. God yang Trinity ini adalah satu.30 Ini adalah ajaran yang majoriti dalam Agama Kristian. Sebagai tamsilan, perlu difahami bahawa; seseorang yang mempunyai sebuah beg yang mengandungi tiga buah buku; tidak boleh ditasawurkan sebagai seorang yang mempunyai sebuah beg yang mempunyai sebuah buku; dan tidak boleh ditasawurkan sebagai seorang yang tidak mempunyai beg, hanya mempunyai sebuah atau tiga buah buku; dan tidak boleh ditasawurkan sebagai seorang yang tidak mempunyai beg, dan tidak mempunyai buku; dan tidak boleh ditasawurkan sebagai seorang yang mempunyai tiga buah beg yang
24 25

Ninian Smart, The Worlds Religions (Cambridge: Cambridge University Press, 2006), 261. Bible, Mark 12:29; Saint Augustine, City of God, trans. Henry Bettenson (London: Penguin Books, 2003), 440. 26 Bible, John 6:27. 27 Bible, John 1:1. 28 Bible, Mark 3:29. 29 Bible, John 15:9; Mark 14:62; Romans 8:26. 30 Bible, Matthew 28:19; Claude Beaufort Moss, The Christian Faith: An Introduction to Dogmatic Theology (London: S.P.C.K., 1954), 37, 40.

10

mengandungi sebuah atau tiga buah buku; dan tidak boleh ditasawurkan sebagai tiga orang yang mempunyai sebuah atau tiga buah beg yang mengandungi sebuah atau tiga buah buku. Perlu ditasawurkan bahawa memang dia seorang sahaja; dan memang dia mempunyai sebuah beg sahaja; dan beg itu pula mengandungi tiga buah buku. Bukan sebuah buku sahaja, bukan juga tiga buah beg, dan bukan juga tiga orang. Jika diandaikan dengan yang selain daripada faktanya, maka andaian itu bukan konsepsi yang betul. Suatu perincian kepada konsep God yang Trinity ini dapat diungkapkan dengan menyatakan bahawa, In the Trinity, the Father transmits all that he is to the Son, giving up everything even the possibility of expressing himself in another Word. Once that Word has been spoken, as it were, the Father remains silent: there is nothing that we can say about him, since the only God we know is the Logos or Son. The Father, therefore, has no identity, no I in the normal sense and confounds our notion of personality.31 Pernyataan bahawa the Father transmits all that he is to the Son merujuk kepada doktrin Inkarnasi atau Incarnation yang, Holding as it does that in Christ God assumed a human body, it affirms that Christ was both God and Man. Not half God and half man, but fully both.32 In the words of the Creed of Chalcedon, Jesus Christ was at once complete in Godhead and complete in manhood, truly God and truly man of one essence with the Father as regards his Godhead, and at the same time of one essence with us as regards his manhood, in all respects like us, apart from sin.33 Kepercayaan kepada Jesus yang secara serentak bersifat manusia dan Tuhan atau Divinity of Jesus adalah berkaitan dengan kepercayaan terhadap Dosa Warisan atau Original Sins dalam Agama Kristian, yang boleh dijelaskan dengan pernyataan bahawa, Christ died for our sins, in a state of solidarity with humanity, with human beings. He expiated our sins. So he must be one of us. But as Savior he must be divine, because it was blasphemous to hold that anyone but God could put away sins. So from the perspective of the doctrine of salvation, too, Christ had to be divine, though human at the same time.34 Dalam Agama Kristian, doktrin-doktrin Trinity, Dosa Warisan, Inkarnasi dan Ketuhanan Jesus saling melengkapi antara satu sama lain. Kepercayaan kepada Dosa Warisan memerlukan God sendiri yang mengorbankan dirinya demi menebus dosa tersebut. Justeru, the Father berinkarnasi dalam diri Jesus yang bersifat manusia, menjadikan Jesus juga God sebagai personal the Son. Jesus the Son ini kemudiannya mengorbankan dirinya di tiang salib untuk menebus Dosa Warisan manusia. Penebusan dosa ini dirasai melalui peristiwa Pentecost apabila Holy Spirit melawat murid-murid Jesus selepas pengorbanannya.35 Sehubungan itu, konsepsi God yang Trinity merupakan doktrin dasar dalam Agama Kristian. Walau bagaimanapun, God yang Trinity tidak dianggap sebagai God yang tiga dalam Agama Kristian. Sungguhpun God yang Trinity terdiri daripada tiga personal Father, Son dan Holy Spirit, tetapi dalam kepercayaan Agama Kristian, God yang Trinity adalah satu. Doktrin Inkarnasi dan Ketuhanan Jesus melengkapkan konsepsi God yang Trinity ini sebagai satu God sahaja. Ini merupakan ajaran majoriti dalam Agama Kristian, tanpa perlu dinafikan

31

Karen Armstrong, A History of God from Abraham to the Present: the 4000-year Quest for God (London: Vintage Books, 1999), 157. 32 Huston Smith, The Illustrated Worlds Religions: A Guide to Our Wisdom Traditions (New York: HarperSanFancisco, 1994), 218. 33 Huston Smith, The Worlds Religions (New York: HarperOne, 2009), 340. 34 Smart, The Worlds Religions, 260. 35 Smith, The Worlds Religions, 345.

11

adanya aliran-aliran kepercayaan Kristian pinggiran lain, yang menolak doktrin Trinity, Inkarnasi dan Ketuhanan Jesus. Di sini, perlu disedari bahawa perubahan dan perkembangan doktrin Agama Kristian sentiasa berlaku. Ini dapat diteliti daripada sejarah 21 Majlis Ekumenikal atau The Ecumenical Councils bagi seluruh Gereja-gereja Kristian, bermula dengan Majlis Nicaea I pada tahun 325, dan yang selanjutnya seperti Constantinople I (381), Ephesus (431), Chalcedon (451), Trent (1545-1563), Vatican I (1869-1870) dan yang terakhir Majlis Vatican II (1962-1965).36 Sehubungan itu, aliran-aliran kepercayaan Kristian yang tidak mengikuti perubahan dan perkembangan doktrin menurut ketentuan Majlis-majlis Ekumenikal ini, menjadi terpinggir daripada pegangan aliran-aliran utama. Berikutan itu, jika ada sekelompok kecil puak Kristian yang menolak doktrin God yang Trinity, ia tidak layak diangkat mewakili Gereja Kristian umumnya. Setakat ini, dapat dirumuskan bahawa konsepsi ketuhanan dalam Agama Kristian mempercayai satu God yang Trinity. Konsepsi yang bertepatan dengan fakta ini, menjadi asas ilmiah kepada sebarang analisis, perbandingan dan penilaian seterusnya. Sebaliknya, konsepsi yang salah boleh membawa salah faham dan kekeliruan kepada isu nama Allah ini, selanjutnya mengakibatkan pendapat yang tidak tepat. 7. Salah Faham terhadap Konsep God yang Trinity Konsep God yang Trinity dalam Agama Kristian tidak mengatakan bahawa ia adalah tiga Tuhan. Agama Kristian menegaskan bahawa God yang Trinity adalah satu. Begitu pun, konsep ini tidak difahami dengan baik. Berikutan itu, Huston Smith, seorang sarjana ilmu agama-agama, ada mengulas bahawa konsep God yang Trinity ini, ... leads Jews and Muslims to wonder if Christians are truly monotheists, but Christians are confident that they are. As water, ice, and steam, H2O assumes states that are liquid, solid, and gaseous while retaining its chemical identity.37 Salah faham terhadap konsep God yang Trinity ini tidak terhad kepada suatu pihak sahaja. Berkaitan meluasnya salah faham ini, John Esposito, Darrell Fesching dan Todd Lewis, tiga orang sarjana ilmu agama-agama, secara bersama mengulas bahawa, Jews and Muslims... have typically misunderstood the meaning of the doctrine of the Trinity. But then so have many Christians, so this should not be surprising.38 Dalam usaha merungkaikan punca kepada salah faham ini, Karen Armstrong, seorang lagi sarjana ilmu agama-agama mengulas, The doctrine of the Trinity has often been misunderstood in the Western world. People tend to imagine three divine figures or else ignore the doctrine altogether and identify God with the Father and make Jesus a divine friend not quite on the same level. Muslims and Jews have also found the doctrine puzzling and even blasphemous.39 Perlu diambil perhatian di sini ulasan bahawa salah faham boleh berlaku apabila disangkakan bahawa konsep Trinity merujuk tiga Tuhan. Sedangkan Gereja Kristian menolak kepercayaan kepada tiga Tuhan. Demikian juga, diulas bahawa salah faham boleh berlaku apabila God yang Trinity ini disamakan dengan the Father. Sedangkan menurut Gereja Kristian, God yang Trinity terdiri daripada personal Father, Son dan Holy Spirit. Dua contoh salah faham ini, jika dikaitkan dengan itu nama Allah, berlaku apabila God yang hendak diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Allah, disangka merujuk kepada personal Father.
36 37

Walter M. Abbott gen. ed., The Documents of Vatican II (London: Geoffrey Chapman, 1966), 740. Smith, The Worlds Religions, 344. 38 John L. Esposito, Darrell J. Fesching, dan Todd Lewis, World Religions Today (Oxford: Oxford University Press, 2006), 150. 39 Armstrong, A History of God, 156-157.

12

Dalam masa yang sama, Son disangka sebagai Jesus. Apabila dirangka dalam sangkaan ini, jadilah ia suatu rangkaian God, Jesus dan Holy Spirit. Maka sangkaan ini menggambarkan rangkaian ini sebagai kepercayaan kepada tiga Tuhan. Konsepsi yang betul mengenai Trinity bukan seperti sangkaan di atas. Jika hendak digunakan juga rangkaian tersebut, ia sepatutnya berbentuk Father, Son dan Holy Spirit. Dalam konsepsi Gereja Kristian, Father adalah salah satu personal dalam Godhead, maka Father adalah Tuhan. Demikian juga, Son adalah salah satu personal dalam Godhead, maka Son juga adalah Tuhan. Ketiga-tiganya adalah personal dalam satu Tuhan. Ketiga-tiganya bukan merupakan tiga Tuhan yang berasingan dan tersendiri. Rangkaian ini yang merupakan God yang Trinity, yang hendak dinamakan sebagai Allah. Bukan hanya satu personal iaitu the Father yang hendak dinamakan sebagai Allah. Personal Father ini diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Bapa. Bahkan, God yang Trinity yang hendak dinamakan sebagai Allah. Di kalangan ulama, ada yang menyatakan bahawa Agama Kristian mengajarkan kepercayaan kepada tiga Tuhan, seperti tulisan Dwd al-Fan bahawa, jazam Nasara dengan tiga Tuhan,40 atau tulisan Zayn al-bidn al-Fan bahawa, jazam Nasara dengan menigakan Tuhan.41 Pernyataan sebegini mungkin bertepatan atau mubiq atau muwfiq dengan perihal sekelompok penganut Kristian, tetapi Agama Kristian secara umumnya tidak mengajarkan konsepsi tiga Tuhan. Sebaliknya, ajaran yang majoriti dalam Agama Kristian menyatakan bahawa Tuhan itu satu, yang terdiri daripada tiga personal. Berkemungkinan, apabila ulama-ulama ini menyatakan bahawa Agama Kristian mengajarkan kepercayaan kepada tiga Tuhan, mereka merujuk kepada aliran-aliran lain dalam Agama Kristian, bukan aliran utama. Berkemungkinan juga, mereka merujuk keapda kepercayaan lama yang telah dipinggirkan bersama-sama perubahan dan perkembangan dogma dan doktrin Agama Kristian selepas berlakunya siri Majlis-majlis Ekumenikal. Apa pun, faktanya kini, Gereja Kristian tidak melihat God yang Trinity sebagai tiga Tuhan. Sebaliknya, Gereja Kristian menegaskan bahawa Agama Kristian adalah agama yang percaya kepada satu Tuhan atau monotheism. Baik rasanya ditegaskan, bahawa makalah ini menolak konsep God yang Trinity. Walau bagaimanapun, sebelum dihukum sesuatu; maka ditasdikkan ia lalu diimani, atau dinafikan ia lalu ditolak; mesti didahulukan dengan tasawur yang betul. Dalam hal ini, perlu disedari bahawa ilmu terdiri daripada dua tahap, iaitu tasawur dan hukum. Mengenai asas epistemologi ini, Dwd al-Fan menulis, Ketahui olehmu bahawasanya ilmu itu ada kalanya tasawur dan ada kalanya tasdik. Maka makna tasawur itu mendapat kejadian suatu dengan tiada dihukumkan atasnya dengan nafi atau isbat... Maka makna tasdik itu iaitu mendapatkan kejadian suatu serta kita hukumkan atasnya dengan nafi atau isbat.42 Tasawur atau konsepsi atau gambaran yang betul mengenai sesuatu adalah asas utama ilmu. Hanya melalui gambaran yang betul sahaja ilmu yang meyakinkan, tepat dan berhujah dapat diperolehi. Sedangkan, takrif ilmu adalah keyakinan yang bertepatan dengan realiti hakikat berdasarkan dalil.43 Tanpa sekurang-kurangnya tiga elemen ini, iaitu keyakinan, ketepatan dan berhujah, sesuatu pernyataan tidak menjadi ilmu. Dalam pada itu, ketiga-tiga elemen ini hanya tercapai melalui gambaran yang betul. Tanpa gambaran yang betul, sebarang pernyataan boleh diragui lalu tidak mencapai tahap yakin; dan boleh jadi terpesong daripada realiti hakikat lalu tidak tepat; dan boleh jadi taklid sahaja lalu tidak mengikut dalil. Akibatnya, gambaran sedemikian tidak menghasilkan ilmu yang betul.
40 41

Daud al-Fathani, al-Durru al-Thamin, 30. Zainul Abidin al-Fathani, Aqidatun Najin, 34. 42 Daud al-Fathani, al-Durru al-Thamin, 19. 43 Daud al-Fathani, al-Durru al-Thamin, 30; Zainul Abidin al-Fathani, Aqidatun Najin, 34-35.

13

Contohnya, seorang pencuri yang mencuri sebuah beg yang mengandungi tiga buah buku, hendaklah didakwa di hadapan hakim dalam mahkamah dengan dakwaan mencuri sebuah beg yang mengandungi tiga buah buku. Ini menjadikan dakwaan itu sebagai suatu dakwaan yang betul. Memang orang itu pencuri kerana mencuri. Memang pencuri itu mencuri kerana melakukan pencurian. Namun, pencuri itu tidak boleh didakwa mencuri tiga buah beg yang mengandungi sebuah atau tiga buah buku. Pencuri itu juga tidak boleh didakwa mencuri sebuah beg yang mengandungi sebuah buku. Pencuri itu hanya layak didakwa mencuri sebuah beg yang mengandungi tiga buah buku. Ini sahaja dakwaan yang betul ke atas pencuri yang mencuri itu. Hanya dengan dakwaan dan gambaran yang betul sahaja, hukuman yang benar dan bersesuaian dengan pencurian itu dapat diberikan. Sebaliknya, hukuman yang diberikan tidak relevan dengan pencurian berkenaan. Malah pencuri yang mencuri boleh menafikan sebarang dakwaan dan hukuman yang dijatuhkan. Perbincangan di atas menonjolkan bahawa ada salah faham terhadap konsep God yang Trinity. Akibatnya, disangkakan hanya personal Father sahaja yang hendak dinamakan sebagai Allah. Ini bukan gambaran yang betul dalam isu nama Allah. Jika salah faham ini tidak diperjelaskan dalam pemikiran ahli wacana, pendapat yang dikemukakan boleh mengelirukan lagi wacana yang penuh dengan kekeliruan. 8. Pernyataan al-Quran mengenai Konsep Trinity Konsep God yang Trinity ada dijelaskan oleh al-Quran ketika menolaknya sebagai suatu kekufuran terhadap Allah. Walau bagaimanapun, didapati al-Quran menggambarkan beberapa bentuk konsep Trinity. Di sini, akan ditonjolkan tiga bentuk konsep Trinity yang ada disebut dalam al-Quran. Konsep Trinity yang pertama mengandaikan Allah sebagai Nabi s; manakala yang kedua mengandaikan Allah sebagai salah satu daripada tiga personal dalam Trinity; dan yang ketiga mengandaikan bahawa Maryam sebagai satu daripada tiga personal dalam Trinity. Konsep Trinity yang pertama digambarkan oleh al-Quran apabila Allah berfirman,

Terjemahan: Sesungguhnya telah kufur orang yang berkata, Sesungguhnya Allah ialah al-Mas anak Maryam. Katakanlah, Maka siapa yang memiliki kudrat berbanding Allah sedikit pun, jika hendak dibinasakan al-Mas anak Maryam dan emaknya dan sesiapa di bumi semuanya. Dan bagi Allah kerajaan langit dan bumi dan apa di antara kedua-duanya. Dia mencipta apa yang Dia hendak. Dan Allah atas segala sesuatu Maha Kudrat. Dalam satu ayat lain yang hampir sama, Allah berfirman,

44 .

Terjemahan: Sesungguhnya telah kufur orang yang berkata, Sesungguhnya Allah ialah al-Mas anak Maryam. Dan telah berkata al-Mas, Wahai Bani Israel! Sembahlah kamu semua akan Allah, Tuhan aku dan Tuhan kamu semua. Sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka Allah telah mengharamkan ke

45 .

44 45

Al-Quran, al-Midah (5):17. Al-Quran, al-Midah (5):72.

14

atasnya Syurga, dan tempatnya adalah Neraka. Dan tiadalah bagi orang-orang zalim sebarang penolong. Menurut Ab al-Fat Muammad bin Abd al-Karm al-Shahrastn, ulama terkemuka dalam ilmu agama-agama, dakwaan kononnya Allah sebagai Nabi s atau Allh huwa al-Mas, seperti yang digambarkan dalam ayat ini, merujuk kepada andaian kononnya Logos berubah atau inqalaba menjadi darah dan daging, atau Word becomes flesh.46 Bible menggambarkan Logos atau Word sebagai, 1 In the beginning was the Word, and the Word was with God, and the Word was God. 2 He was with God in the beginning. 3 Through him all things were made; without him nothing was made that has been made.47 Maka dapat difahami di sini bahawa Son merupakan manifestasi God yang Trinity apabila God yang Trinity itu berzahir dengan jasad Jesus. Dengan itu, God yang Trinity adalah Son,48 tanpa dinafikan bahawa God yang Trinity adalah juga Father dan Holy Spirit. Menurut alShahrastn, aliran kepercayaan Kristian ini bernama al-Yaqbiyyah,49 atau Jacobites. Seterusnya, konsep Trinity yang kedua digambarkan oleh al-Quran apabila Allah berfirman,

Terjemahan: Sesungguhnya telah kufur orang yang berkata, Sesungguhnya Allah itu sepertiga daripada yang tiga. Dan bukan daripada tuhan kecuali Tuhan yang Esa. Dan jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan, sudah tentu dikenakan yang kufur daripada mereka azab sakit. Menurut al-Shahrastn, dakwaan kononnya Allah sebagai sepertiga daripada Trinity atau Allh thlith thalthah, seperti yang digambarkan dalam ayat ini, merujuk kepada andaian kononnya Logos bersatu atau ittaada dan bercampur atau mzaja dengan jasad Jesus. Dengan itu, jauhar God yang Trinity bukan personal Son, sebaliknya berhubung secara jauhar yang bersifat dengan sifatnya. Aliran kepercayaan Kristian ini bernama alMulkniyyah,51 atau Melkites. Selain dua bentuk konsep Trinity di atas, al-Quran juga menggambarkan suatu lagi bentuk Trinity, seperti ketika Allah berfirman,

50 .

Terjemahan: Dan ketika Allah berfirman, Wahai s bin Maryam! Adakah engkau berkata kepada manusia, Ambillah aku dan ibuku sebagai dua tuhan selain daripada Allah. Dia berkata, Maha Suci Engkau! Tidak layak bagiku untuk berkata apa yang tiada bagiku sebarang hak. Jika aku ada mengatakannya, maka sesungguhnya Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa dalam diriku, dan aku tidak mengetahui apa dalam DiriMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keghaiban.
46

52 .

Ab al-Fat Muammad bin Abd al-Karm al-Shahrastn, al-Milal wa al-Nial, ed. Amr Al Mahn dan Al asan Fr (Bayrt: Dr al-Marifah, 2001), 270; Bible, John 1:14. 47 Bible, John 1:1-3. New International Version. 48 Al-Shahrastn, al-Milal wa al-Nial, 270. 49 Al-Shahrastn, al-Milal wa al-Nial, 270. 50 Al-Quran, al-Midah (5):73. 51 Al-Shahrastn, al-Milal wa al-Nial, 266. 52 Al-Quran, al-Midah (5):116.

15

Konsep Trinity yang ketiga ini mengandaikan kononnya Allah sebagai Tuhan secara serangkai bersama dengan Nabi s dan ibunya Maryam. Walau bagaimanapun, konsep Trinity yang merangkaikan Allah, s dan Maryam tidak diterima oleh Gereja Kristian secara umumnya. Berikutan itu, kaum Muslimin perlu menyedari fakta ini lalu menjauhi sebarang dakwaan ke atas Gereja Kristian dalam kes Trinity Allah, s dan Maryam. Dakwaan sedemikian hanya menunjukkan kejahilan individu berkenaan mengenai ilmu agama-agama. Mungkin ada manusia yang mempercayai rangkaian Allah, s dan Maryam sebagai Tuhan Trinity, tetapi ia bukan ajaran yang majoriti dalam Gereja Kristian. Penjelasan dalam al-Quran mengenai beberapa bentuk konsep Trinity menunjukkan perkara ini disedari oleh al-Quran. Sehubungan itu, beberapa bentuk konsep Trinity yang utama dinyatakan oleh al-Quran sebagai panduan kepada manusia agar menjauhi konsep ketuhanan yang salah, buruk dan tidak layak bagi Allah. Secara perbandingan, boleh dikatakan bentuk yang pertama yang dibincangkan di atas merupakan yang paling hampir menggambarkan konsep Trinity yang dipegang oleh Gereja Kristian secara umumnya. Hal ini disebabkan Gereja Kristian berpegang bahawa Son adalah Tuhan, justeru digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan Allh huwa al-Mas yang boleh sahaja difahami daripada perspektif bertentangan sebagai al-Mas huwa Allh. Apa pun, yang pasti daripada panduan al-Quran ini ialah kesesatan semua konsep Trinity yang dinisbahkan kepada Allah. Jika dikaji, didapati banyak lagi tafsiran mengenai konsep Trinity. Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa apa yang dijelaskan oleh al-Quran mengenai konsep Trinity, tidak semestinya merujuk kepada semua konsep Trinity yang ada, sama ada yang dipegang oleh aliran yang majoriti dalam Gereja Kristian, atau yang dipegang oleh puak Kristian minoriti. Konsep Trinity yang dijelaskan oleh al-Quran, boleh jadi pegangan satu aliran Gereja Kristian tertentu sahaja, sedangkan ia ditolak oleh aliran Gereja Kristian lain pula. Dari sudut berbeza, boleh dikatakan bahawa ada konsep Trinity yang tidak diungkapkan secara terperinci oleh al-Quran. Justeru, adalah tidak tepat jika kaum Muslimin menisbahkan semua konsep Trinity yang dinyatakan oleh al-Quran kepada Gereja Kristian secara umumnya, khususnya konsep Trinity yang merangkaikan Allah, s dan Maryam. Begitu pun, ini bukan bermaksud ada benarnya dan baiknya pada konsep Trinity yang tidak disebut secara khusus itu, kerana konsep Trinity pada asasnya adalah bertentangan dengan prinsip Tawhid. Ini adalah panduan utama al-Quran mengenai kekufuran konsep Trinity. 9. Panduan al-Quran mengenai Kekufuran Konsep Trinity Perbincangan di atas menunjukkan bahawa al-Quran menyedari adanya pegangan terhadap beberapa bentuk konsep Trinity di kalangan manusia. Secara dasarnya, al-Quran menghukum bahawa semua konsep Trinity ini adalah suatu kekufuran. Hukuman kekufuran ini dapat dirumuskan daripada dua ayat yang telah dikemukakan di atas, iaitu apabila Allah berfirman,
53

Terjemahan: Sesungguhnya telah kufur orang yang berkata, Sesungguhnya Allah ialah al-Mas anak Maryam. Demikian juga apabila Allah berfirman,
54

. .

Terjemahan: Sesungguhnya telah kufur orang yang berkata, Sesungguhnya Allah itu sepertiga daripada yang tiga.

53 54

Al-Quran, al-Midah (5):17, 72. Al-Quran, al-Midah (5):73.

16

Kedua-dua ayat di atas menyatakan bahawa, menurut perspektif akidah Islam, kepercayaan Trinity adalah suatu kekufuran, tanpa perlu dinisbahkan kepercayaan tersebut kepada mana-mana puak secara khusus. Dengan kata lain, tidak kira sesiapapun yang berpegang dengan konsep Trinity, sama ada aliran majoriti Gereja Kristian, atau aliran terpinggirnya, atau penganut agama lain, atau sesiapa sahaja, jika percaya kepada konsep ketuhanan yang Trinity, maka ia adalah suatu kekufuran. Hal ini disebabkan puak ini tidak mengenali Allah sebagaimana Ianya pada hakikatNya, namaNya, sifatNya dan afalNya. Berikutan itu, apabila pengenalan terhadap Allah tidak berdasarkan hakikatNya yang hakiki, maka konsepsi yang diciptakan itu bukan lagi mengenai Allah. Secara langsung, boleh ditegaskan bahawa konsep Trinity tidak berkaitan dengan Allah. Oleh itu, konsep Trinity dihukum sebagai suatu kekufuran. Ia adalah suatu konsepsi yang salah, buruk dan tidak layak bagi Allah, kerana Allah bukan sedemikian. Di sini, hukuman kufur mengenai konsep Trinity ini perlu ditegaskan. Jika tidak, mungkin ada yang mengandaikan kononnya Gereja Kristian mengenali Allah justeru mentauhidkanNya, biarpun pada RubbiyyahNya, kalaupun tidak pada UlhiyyahNya, AsmNya dan iftNya. Sebaliknya, bertentangan dengan andaian ini, orang yang kufur tidak mengenali dan menyembah Allah. Malah, kaum Muslimin diseru menyatakan kepada orang kafir bahawasanya Allah sembahan kaum Muslimin bukan objek sembahan orang kafir, seperti panduan al-Quran apabila Allah berfirman,

Terjemahan: Katakanlah! Wahai kafir... Aku tidak sembah apa yang sedang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku. Apabila disedari panduan al-Quran mengenai kekufuran konsep Trinity, maka panduan al-Quran dalam ayat di atas boleh digunakan oleh kaum Muslimin dalam berhadapan dan menangani kekufuran tersebut. Berbeza dengan pendekatan sepuak Muslim yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah, ayat di atas memandu kaum Muslimin terhadap hakikat bahawa God yang Trinity bukan Allah. Allah adalah sembahan kaum Muslimin, sedangkan God yang Trinity adalah sembahan Gereja Kristian yang dihukum kufur oleh Islam. Maka, kaum Muslimin diseru oleh al-Quran agar menegaskan kepada Gereja Kristian yang kufur bahawasanya Allah bukan God yang Trinity. Secara langsung, ini bermaksud sebarang keinginan atau perbuatan menamakan God yang Trinity sebagai Allah perlu ditolak dan dihalang. Selain itu, dalam suatu ayat lain, al-Quran menyeru Ahli Kitab yang ekstrem dalam agama mereka agar tidak terus berpegang dengan Trinity dan agar mereka berhenti. Ini dapat diteliti apabila Allah berfirman,

. . . 55 . . .

56 .

55 56

Al-Quran, al-Kfirn (109):1-6. Al-Quran, al-Nis (4):171.

17

Terjemahan: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu semua ekstrem dalam agama kamu, dan jangan kamu semua berkata atas Allah kecuali kebenaran. Sesungguhnya alMas s bin Maryam adalah Rasulullah dan kalimahNya yang dicampakkannya kepada Maryam dan roh daripadaNya. Maka, berimanlah dengan Allah dan para rasulNya. Dan janganlah kamu semua berkata tiga. Berhentilah! Ia baik untuk kamu semua. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang satu. Maha Suci Dia daripada mempunyai bagiNya anak. Baginya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Dan memadailah dengan Allah sebagai wakil. Ayat di atas mengandungi seruan agar manusia tidak lagi berpegang dengan konsep ketuhanan yang Trinity melalui ungkapan Dan janganlah kamu semua berkata tiga, atau wa-l taql thalthah. Seterusnya, ayat ini menyeru agar manusia berhenti daripada mempercayai perkara sedemikian melalui ungkapan, Berhentilah! Ia baik untuk kamu semua, atau intah khayr lakum. Bagi kaum Muslimin, apabila berhadapan dengan keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah, inilah sikap yang sepatutnya diambil. Kaum Muslimin sepatutnya menyeru Gereja Kristian agar jangan berkata dengan Trinity terhadap Allah, dan menyeru Gereja Kristian agar berhenti daripada mempercayai God yang Trinity. Kaum Muslimin tidak sepatutnya mengambil sikap berbeza pula dengan tidak menolak penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa, berdasarkan panduan al-Quran, umat Muslimin tidak sepatutnya tidak menolak atau tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Sebaliknya, umat Muslimin sepatutnya bersikap dengan sikap al-Quran, iaitu antara lain; menegaskan bahawa God yang Trinity bukan Allah, lalu tidak layak dinamakan Allah; menyeru Gereja Kristian agar jangan berpegang dengan konsep Trinity; dan menyeru Gereja Kristian agar berhenti daripada mengandaikan perkara yang tidak benar dan tidak baik dalam hal ketuhanan. 10. Allah dan God yang Trinity Adalah Dua Realiti Berbeza Perbincangan sebelum ini merumuskan bahawa Allah adalah nama diri bagi Zat yang Wajib Wujud, dan bahawa God yang Trinity adalah konsep ketuhanan dalam Agama Kristian. Apabila kedua-dua pernyataan ini dikaitkan, maka dapat ditegaskan dengan yakin bahawa; Allah bukan God yang Trinity; dan konsepsi ketuhanan dalam Agama Kristian tidak merujuk kepada Allah; dan God yang Trinity bukan nama bagi Zat yang Wajib Wujud; dan konsep ketuhanan dalam Agama Kristian tidak dinamakan Allah. Sebaliknya, Allah sebagai Zat dan nama yang Wajib Wujud tidak berkaitan dan mempunyai apa-apa kaitan dengan konsep God dalam Agama Kristian yang Trinity. Allah wujud tanpa sebarang sangkut paut dengan God yang Trinity, dan kewujudan God yang Trinity tidak merujuk kepada kewujudan Allah. Ajaran Islam mengenai Allah tidak ada kena mengena dengan God yang Trintiy, dan kepercayaan Gereja Kristian kepada God yang Trinity tidak ada kena mengena dengan Allah. Allah bukan God yang Trinity, dan God yang Trinity bukan Allah. Kedua-duanya adalah dua realiti yang berbeza. Berlatarbelakangkan kefahaman ini, maka keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menggunakan perkataan Allah atau to use the word Allah; ketika menulis dalam bahasa Melayu, sebagai terjemahan kepada perkataan bahasa Hebrew Elohim, atau perkataan bahasa Greek Theos, atau perkataan bahasa Latin Deus, atau perkataan bahasa Inggeris God; adalah merupakan perbuatan menamakan apa yang selain Allah sebagai Allah. Hal ini disebabkan Allah adalah nama peribadi bagi Allah. Ia juga disebabkan konsep ketuhanan atau God dalam Gereja Kristian adalah yang Trinity. Walau apa bahasa pun yang digunakan oleh Gereja Kristian, El, Elohim, Theos, Deus, Gott, Dieu, Dewa, Khuda, atau Tuhan menurut Gereja Kristian adalah yang Trinity. Sedangkan Allah bukan God yang Trinity.

18

Di sini, perlu disedari bahawa, dari perspektif pemikiran Islam, isu ini bukan sekadar isu terjemahan, malah ia adalah isu penamaan. Ini kerana Allah adalah nama diri Allah sendiri. Nama diri tidak diterjemahkan ketika beralih bahasa percakapan atau penulisan. Nama Muhammad kekal sebagai Muhammad dalam apa bahasa sekalipun. Demikian juga, nama s kekal sebagai s dalam apa bahasa sekalipun. Mungkin berlaku perubahan gaya sebutan berikutan pelet lidah sesuatu bangsa, seperti s, menjadi Isa, atau Esa, atau Iesa, atau Iesus, atau Yesa, atau Isus, atau Yisus, atau Yesus, atau Jesus, atau sebagainya. Namun nama itu kekal sebagai nama diri. Muhammad tidak dinamakan Muhammad hanya oleh orang Arab, manakala orang Melayu menamakannya Terpuji. Nama Mr. Bush tidak disebut atau ditulis sebagai Tn. Semak oleh orang Melayu. Tn. Khalid tidak dipanggil Mr. Immortal, atau Mr. Eternal, atau Mr. Deathless oleh orang Inggeris. Maka, dalam kerangka pemikiran Islam,57 penggunaan nama Zat Allah yang khusus hanya bagiNya oleh apa-apa yang lain, bukan merupakan suatu terjemahan, tetapi suatu penamaan. Dengan kefahaman ini, maka secara tamsilan, tidaklah salah untuk orang buta memanggil seekor binatang yang hanya diketahuinya melalui belalai sebagai gajah. Bahkan, setiap orang lain yang mengenali gajah mesti mengesahkan pengetahuan si buta tadi. Namun, jika si buta itu ingin memanggil binatang yang didakwanya mempunyai ketiga-tiga belalai, sayap, dan sirip sebagai gajah, ini amatlah mengelirukan. Elok diberitahu kepadanya bahawa tidak ada binatang yang mempunyai ketiga-tiga belalai, sayap, dan sirip sekali gus, apatah lagi menamakannya gajah. Patut diberitahu selanjutnya bahawa memang ada binatang berbelalai iaitu gajah, dan yang bersayap iaitu burung, dan yang bersirip iaitu ikan. Tetapi ketiga-tiganya adalah binatang yang berlainan. Tetapi, jika dia berkeras bahawa binatang berbelalai, bersayap, dan bersirip itu seekor binatang yang satu, malah berkeras menamakan binatang tersebut gajah, patut diusahakan sesuatu agar kekeliruannya itu tidak turut mengelirukan orang lain. Di sini, elok disedari pendirian al-Quran mengenai sembahan-sembahan orang kafir, yang hanya merupakan nama-nama sahaja tanpa hakikat.

Terjemahan: Kamu tidak menyembah yang selain daripadaNya kecuali nama-nama yang kamu namakannya dan juga nenek-moyang kamu. Allah tidak turunkan mengenainya apa-apa hujah. Sesungguhnya hukum hanyalah milik Allah. Doa memerintahkan agar kamu tidak sembah selain daripadaNya. Itu adalah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Ayat ini menonjolkan bahawa sembahan orang kafir hanyalah nama yang tidak mempunyai hakikat. Daripada perspektif akidah dan pemikiran Islam, tidak wujud sesuatu yang berkuasa mencipta alam, kemudian berinkarnasi dalam tubuh manusia, menjadikan manusia itu anaknya, yang kemudiannya mengampuni dosa warisan seluruh manusia. Kekosongan dan kehampaan hakikat yang hakiki inilah yang mengakibatkan sesuatu ajaran salah dan buruk terus-terusan mencari nama kepada sembahan ciptaan ajaran itu sendiri. Salah dan buruknya sehingga nama sembahan itu pun sukar dicari, lalu ingin dinamakan dengan nama Hakikat yang Paling Agung. Oleh itu, dapat dirumuskan di sini, apabila nama Allah digunakan pada sesuatu yang lain, ia merupakan penamaan sesuatu yang selain Allah sebagai Allah. Berikutan itu, adalah tepat pendirian makalah ini untuk menamakan isu ini sebagai isu nama Allah, dan
57

58 .

Manusia ada pilihan untuk berfikir dalam kerangka akidah dan pemikiran Islam, atau dalam kerangka kekufuran dan pemikiran bukan Islam. 58 Al-Quran, Ysuf (12):40. Lihat juga al-Najm (53):23.

19

menggambarkannya dengan ungkapan keinginan dan perbuatan Gereja Kristian di Malaysia menamakan God yang Trinity sebagai Allah. 11. Prinsip al-Tawd al-Rubbiyyah Tidak Relevan dengan Konsep God yang Trinity Dalam ilmu akidah Islam, ada satu aliran pengajian yang membahaskan akidah Islam mengenai hal ketuhanan melalui rangkaian konsep al-Tawd al-Ulhiyyah, al-Rubbiyyah dan al-Asm wa al-ift. Dalam hal ini, Abd al-Qdir bin Abd al-Mualib al-Mandl ada menulis, Ketahui olehmu bahawasanya tawhid ertinya mengiktikadkan ketunggalan Allah.[...] Dan ketahui olehmu bahawasanya tawhid itu terbahagi ia tiga bahagi. Pertama, Tawd al-Rubbiyyah, ertinya mengesakan Allah Taala dengan segala perbuatannya. Kedua, Tawd al-Ulhiyyah, ertinya mengesakan Allah Taala dengan segala perbuatan hamba. Ketiga, Tawd al-Asm wa al-ift, ertinya mengesakan Allah Taala dengan segala namaNya dan sifatNya.[...] Bermula Tawd alRubbiyyah iaitu mengesakan Allah Taala dengan segala perbuatanNya, seperti menjadikan... dan memberi manfaat dan memberi mudarat dan umpama yang demikian itu. Maka wajib atas tiap-tiap orang yang berakal lagi yang sampai umur memutuskan ia di dalam hatinya bahawa; tiada ada yang menjadikan melainkan Allah Taala,[...] dan tiada yang mengampuni segala dosa melainkan Allah Taala,[...] Dan Tawd al-Rubbiyyah ini mengaku dengan dia oleh orang-orang kafir pada masa hidup Rasulullah all Allh alayhi wa sallam, tetapi tiada memasukkan ia akan mereka itu ke dalam agama Islam kerana ingkar mereka itu akan Tawd alUlhiyyah.59 Konsep Tawd al-Rubbiyyah ini, yang menyatakan bahawa, mengaku dengan dia oleh orang-orang kafir, telah difahami oleh puak Muslim yang tidak menolak penamaan God yang Trinity sebagai Allah, sebagai alasan untuk mengambil sikap tidak menolak. Hal ini berdasarkan konsep Tawd al-Rubbiyyah yang dikatakan turut diakui oleh orang-orang kafir. Lalu, Gereja Kristian turut dianggap sebagai sebahagian daripada orang-orang kafir berkenaan yang mengakui ketawhidan Allah pada tahap atau aspek Tawd al-Rubbiyyah. Justeru, keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah tidak dihalang oleh puak Muslim ini atas andaian bahawa Gereja Kristian turut mengakui ketawhidan Allah pada tahap atau aspek Tawd al-Rubbiyyah. Selain beralaskan konsep Tawd al-Rubbiyyah, puak Muslim ini juga berpegang keras secara literal dengan beberapa ayat al-Quran yang menjadi hujah kepada konsep Tawd al-Rubbiyyah ini. Ayat-ayat ini adalah beberapa ayat al-Quran yang mengandungi ungkapan mesti mereka mengatakan Allah atau la-yaqlunna Allh, jika mereka, iaitu orang-orang kafir tersebut, ditanya mengenai pencipta alam. Contohnya, Allah berfirman,
60

Terjemahan: Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka, Siapa ya ng mencipta langit dan bumi, dan mempermudahkan matahari dan bulan? Mesti mereka mengatakan, Allah. Maka mengapa mereka dipalingkan. Bagi puak Muslim yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah, ayat di atas dan empat ayat seumpamanya menjadi alasan untuk tidak menghalang. Hal ini disebabkan, bagi puak ini, ayat ini seolah-olah menjadi fakta bahawa jika orang Kristian ditanya mengenai siapa pencipta alam, mesti orang Kristian mengatakan Allah. Justeru, puak
59

Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al -Indunesia al-Mandili, Perisai bagi Sekalian Mukallaf atau Simpulan Iman atas Mazhab Salaf, dirumikan oleh Noraine Abu (Batu Caves: Al-Hidayah Publications, 2012), 19-23. 60 Al-Quran, al-Ankabt (29):61. Lihat juga al-Ankabt (29):63; Luqmn (31):25; al-Zumar (39):38; dan alZukhruf (43):87.

20

Muslim yang tidak menghalang ini mengandaikan bahawa orang Kristian juga mentawhidkan Allah pada tahap atau aspek Tawd al-Rubbiyyah. Dengan itu, puak Muslim ini tidak menghalang penamaan sembahan Gereja Kristian sebagai Allah. Walau bagaimanapun, kelihatannya puak Muslim yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah mengguna pakai konsep Tawd al-Rubbiyyah dan ayat tersebut di atas secara langsung dan literal tanpa memahami konsep Tawd al-Rubbiyyah dan meneliti fakta kepercayaan Gereja Kristian terlebih dahulu, seterusnya melakukan perbandingan di antara kedua-duanya. Faktanya, puak Muslim yang segelintir dan terpinggir daripada ilmu ini gagal memahami konsep Tawd al-Rubbiyyah secara menyeluruh. Konsep Tawd alRubbiyyah, seperti yang dihuraikan oleh Abd al-Qdir al-Mandl di atas, meliputi pengakuan terhadap Allah sebagai pencipta seluruh alam dan pengampun dosa manusia. Sebaliknya, jika ada pengakuan terhadap sesuatu yang lain sebagai pencipta atau pengampun dosa; maka kepercayaan yang sedemikian menafikan adanya Tawd al-Rubbiyyah dalam sesuatu ajaran. Berkait langsung dengan fakta di atas, puak Muslim ini jahil bahawa Gereja Kristian tidak mengaku pun Allah sebagai pencipta alam. Sebaliknya, Gereja Kristian menyatakan bahawa God the Father yang mencipta alam. Hal ini dapat dilihat dalam dokumen Majlis Ekumenikal Vatican II, Dogmatic Constitution on the Church, bab satu: the Mystery of the Church, perenggan kedua, yang mengisytiharkan bahawa: The eternal Father, by a free and hidden plan of His own wisdom and goodness, created the whole world.61 Selain itu, puak Muslim ini juga jahil bahawa Gereja Kristian tidak mengaku pun Allah sebagai pengampun segala dosa. Sebaliknya, Gereja Kristian percaya bahawa Jesus the Son, juga sebagai Saviour, yang mengampuni dosa warisan manusia, apabila kononnya sanggup mati di tiang salib untuk tujuan tersebut. Dalam hal ini Catechisme Gereja menyatakan, I believe in God the Father, who made me and all the world. I believe in God the Son, who redeemed me and all mankind. I believe in God the Holy Ghost, who sanctifieth me and all the elect people of God.62 Jadi menurut Gereja Kristian, pencipta alam adalah Father, bukan Allah; dan pengampun dosa adalah Son, bukan Allah. Secara langsung, fakta mengenai Gereja Kristian ini menafikan adanya pengakuan terhadap ketawhidan Allah pada tahap atau aspek Tawd alRubbiyyah dalam ajarannya. Selain itu, adalah juga menjadi fakta, puak Muslim ini tidak bertanya kepada Gereja Kristian atau orang Kristian mengenai siapa yang mencipta alam, seperti pernyataan ayat alQuran di atas. Jika ditanyakan, mesti jawapan Gereja Kristian adalah God the Father, seperti yang dapat diteliti daripada ajaran Kristian di atas. Sebaliknya, jika ada orang Kristian yang tidak mengakui God the Father sebagai pencipta alam, dia bukan pengikut Gereja Kristian. Dari sudut Agama Kristian, dia boleh dianggap sesat, lalu tidak layak mewakili sudut pandangan Gereja Kristian. Justeru, pandangan terpinggir sedemikian tidak boleh digunakan untuk memahami dan menilai Gereja Kristian secara umumnya. Demikian juga, adalah juga menjadi fakta, puak Muslim ini tidak bertanya kepada Gereja Kristian atau orang Kristian mengenai siapa yang mencipta alam. Jika ditanyakan, puak Muslim yang mempunyai kefahaman sempit ini bakal menyedari bahawa ayat al-Quran berkenaan tidak relevan untuk diguna pakai kepada Gejera Kristian secara umumnya. Justeru, Gereja Kristian tidak termasuk dalam kalangan mereka yang ditanyakan oleh ayat
61

Pope Paul VI, Documents of the II Vatican Council - Lumen Gentium: Dogmatic Constitution on the Church, internet: Halaman sesawang Vatican, http://www.vatican.va/archive/hist_councils/ii_vatican_council/documents/vat-ii_const_19641121_lumengentium_en.html, diperoleh 12 Februari 2012. 62 Moss, The Christian Faith, 40.

21

berkenaan. Berikutan itu, Gereja Kristian bukan kalangan mereka yang mengaku keesaan Allah dalam penciptaan alam ini. Dengan kata lain, Gereja Kristian tidak mengaku ketawhidan Allah pada tahap atau aspek Tawd al-Rubbiyyah. Oleh itu, adalah tidak relevan sebarang guna pakai ayat tersebut kepada Gereja Kristian sebagai alasan tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Oleh itu, apabila difahami konsep Tawd al-Rubbiyyah dan ajaran ketuhanan dalam Gereja Kristian secara menyeluruh, dapat disedari bahawa kedua-dua konsep tersebut tidak selaras antara satu dengan yang lain. Konsep Tawd al-Rubbiyyah tidak termasuk dalam konsep God yang Trinity, dan demikian juga sebaliknya, konsep God yang Trinity tidak termasuk dalam konsep Tawd al-Rubbiyyah. Sehubungan itu, konsep Tawd alRubbiyyah tidak relevan untuk dijadikan alasan tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. 12. Fakta mengenai Amalan Bukan Muslim Tidak Menjadi Nilai dalam Islam Di kalangan puak Muslim yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah, fakta bahawa penamaan ini menjadi amalan orang-orang bukan Muslim, dijadikan alasan untuk mempertahankan sikap tidak menghalang tersebut. Fakta amalan ini juga disandarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang mengandungi ungkapan mesti mereka mengatakan Allah atau la-yaqlunna Allh, seperti yang dinyatakan di atas, dan ayat-ayat lain. Beberapa ayat ini dijadikan sandaran untuk menunjukkan bahawa orang bukan Muslim biasa menggunakan nama Allah.63 Selain itu, fakta sejarah juga dijadikan sandaran kepada alasan yang sama. Contohnya, diandaikan bahawa bapa Nabi Muhammad bukan Muslim, sedangkan beliau bernama Abdullh, kononnya sebagai alasan bahawa bukan Muslim juga biasa menggunakan nama Allah. Demikian juga, fakta semasa dijadikan sandaran, contohnya dengan merujuk kepada fakta bahawa banyak orang Arab Kristian yang dalam nama mereka mengandungi nama Allah, atau bahawa Bible versi bahasa Arab menggunakan nama Allah. Bertentangan dengan andaian puak Muslim pinggiran ini, perspektif pemikiran Islam tidak menjadikan fakta sebagai faktor utama dalam menentukan nilai yang patut dipegang dan diikuti. Dalam membahaskan butiran ini secara terperinci, pertama-tamanya, perlu diakui fakta mengenai amalan dan perbuatan orang-orang bukan Muslim tersebut. Pada dasar metafizik, sudah tentu kewujudan amalan ini hasil ciptaan Allah yang Maha Berkehendak. Tidak ada yang wujud dan berlaku tanpa ketentuan Allah. Ini adalah asas akidah Ahli lSunnah wa l-Jamah yang beriman dengan kemutlakan kuasa Allah.64 Namun, kewujudan sesuatu tidak bermaksud ia adalah perkara yang semestinya benar atau baik untuk manusia atau umat Muslimin.65 Dalam menjelaskan perbezaan ini, Abd al-Azz bin Isml al-Fan menulis, Tiap-tiap perkara yang diputus oleh Allah dan Rasul, tetapi tidak ada janjian apa-apa daripada pahala dan seksa, tetapi perkara itu tetap dan pasti, maka tidak dinamakan dia wajib syarak, seperti wajib mati dan wajib bangkit hidup kembali, dan sebagainya daripada perkara yang wajib berlaku, maka iaitu dinamakan dia hukum ara, ertinya

63

Muhammad Nur Manuty dan Wan Ji Wan Hussin, Polemik Isu Kalimah Allah: antara Targhib dan Tarhib (Kuala Lumpur: Ikdas, 2010), 87. 64 Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Faridatul Faraid: Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang Sejati, ed. Wan Mohd Shaghir Abdullah (Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, 2001), 42. Iradah Allah meliputi yang baik dan yang jahat, tetapi wajib atas kita beradab serta Allah Taala dengan bahawa tiada kita bangsakan segala kejahatan dan kekejian itu kepada-Nya Taala melainkan pada maqam mengajar. 65 Zainul Abidin al-Fathani, Aqidatun Najin, 73. Dalam akidah Ahli l-Sunnah wa l-Jamah, Iradat atau Kehendak Allah tidak semestinya menjadi arahanNya.

22

keputusan yang datang daripada pihak Allah Taala, bukanlah keputusan yang dituntutkan ke atas pihak kita mengerja akan dia.66 Dalam hal ini, perlu disedari bahawa kebenaran atau kebatilan dan kebaikan atau keburukan sesuatu tertakluk kepada arahan atau tegahan yang terkandung dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Sedangkan Allah sendiri adalah Zat Maha Agung yang tidak tertakluk kepada apa yang Dia tentukan untuk makhluknya. Justeru, Allah boleh sahaja mencipta atau tidak mencipta apa-apa yang bertepatan atau bersalahan dengan arahan atau tegahan dalam wahyuNya kepada manusia.67 Sebagainya contoh, Allah mencipta riba dan arak. Di sini, adalah salah untuk dipercayai bahawa manusia atau makhluk lain yang mencipta riba dan arak. Manusia tidak berupaya mencipta atau mewujudkan riba dan arak daripada tiada kepada ada. Manusia mungkin boleh memproses atau menggubah sesuatu yang telah ada menjadi riba dan arak. Namun, riba dan arak tidak akan wujud tanpa dicipta oleh Allah. Dalam pada itu, Dia telah mengharamkan riba dan arak. Memang ada manusia yang makan riba dan minum arak, tetapi ia adalah perbuatan yang batil dan salah, berdasarkan ketentuan wahyu. Sekadar adanya riba dan arak, serta adanya amalan dan perbuatan memakan riba dan meminum arak, ia bukan hujah bahawa makan riba dan minum arak benar dan baik. Justeru, dapat difahami bahawa kewujudan adalah ketentuan Allah, yang tidak tertakluk kepada arahan dan tegahanNya kepada makhluk. Sedangkan manusia yang tertakluk kepada arahan dan tegahan tersebut. Apa yang dapat dirumuskan ialah, manusia mesti mengikut nilai yang terkandung dalam wahyu. Manakala apa yang berlaku dalam kewujudan dan kehidupan ini hanyalah fakta keadaan yang tidak semestinya menjadi nilai pegangan, apabila bertentangan dengan nilai arahan dan tegahan wahyu. Sebaliknya, jika manusia menjadikan fakta kewujudan sebagai nilai, sesungguhnya ini adalah salah satu prinsip sekularisme. Dalam hal ini, George Jacob Holyoake menyatakan dalam The Principles of Secularism Illustrated bahawa, salah satu prinsip sekularisme ialah menjadikan, what is in Nature what ought to be in morals,68 atau apa yang ada dalam alam adalah apa yang patut dijadikan panduan moral. Dengan kata lain, apabila sesuatu ada dan berlaku, maka ia patut diterima sebagai nilai moral yang perlu diikuti. Contohnya, apabila riba dan arak wujud, ia patut dimakan dan diminum. Demikian juga, apabila di dunia ini ada banyak agama, maka semua agama perlu diterima sebagai benar. Sama halnya dalam konteks perbincangan ini, apabila ada sekelompok manusia menamakan God yang Trinity sebagai Allah, maka amalan ini tidak perlu dihalang. Ini adalah prinsip sekularisme yang bertentangan dengan dasar akidah dan pemikiran Islam. Oleh itu, dalam pengakuan bahawa memang menjadi fakta akan keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah, ia tidak manjadi alasan akan kebenaran perkara tersebut. Sama halnya di sini dengan pengakuan bahawa memang ada orang makan riba, minum arak, menganut pelbagai agama dan sebagainya yang seumpamanya; fakta bahawa semua perkara ini ada dan berlaku tidak menunjukkan bahawa ia benar dan baik. Sebaliknya, garis panduan untuk menilai benar atau salah dan baik atau buruk sesuatu adalah arahan dan tegahan yang terkandung dalam wahyu. Dalam konteks perbincangan ini, perspektif akidah dan pemikiran Islam menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Lanjutan daripada perbincangan di atas, perlu dijelaskan bahawa kewujudan dan berlakunya perkara-perkara yang tidak benar dan tidak baik untuk manusia, mempunyai
66

Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani, Risalah al-Misbah al-Munir fi Marifatillah al-Qadir: Lampu yang Menerang pada Mengenalkan Allah al-Qadir, dirumikan oleh Noraine Abu (Batu Caves: Al-Hidayah, 2012), 17-18. 67 Daud al-Fathani, al-Durru al-Thamin, 137. 68 George Jacob Holyoake, The Principles of Secularism Illustrated (London: Austin and Co., 1871), 11.

23

hikmah yang tersendiri. Perkara-perkara yang ditegah ini merupakan suatu ujian daripada Allah ke atas manusia, sama ada memilih untuk taat atau ingkar terhadap ajaran wahyu. Sebaliknya, jika difikirkan secara mendalam, kalaulah ciptaan Allah itu semuanya benar dan baik untuk manusia, apa guna kehidupan duniawi ini yang merupakan tempat ujian seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Jika sedemikian, tidak perlu kehidupan duniawi, lalu manusia boleh terus bersuka-ria dalam Syurga. Walau bagaimanapun, Allah telah menentukan kehidupan duniawi ini sebagai tempat ujian dengan penghujungnya sama ada di Syurga atau Neraka.69 Dalam konteks ini, dapat difahami khidmat yang makhluk-makhluk tertegah tersebut tunaikan kepada Allah, iaitu sebagai bahan ujian untuk manusia. Justeru, dapat difahami bahawa arahan dan tegahan wahyu yang menjadi nilai kepada umat Muslimin dan manusia seluruhnya, bukan laporan wahyu mengenai amalan orang-orang bukan Muslim. Memang al-Quran melaporkan bahawa Gereja Kristian menyangka Allah sebagai Nabi s, atau Nabi s sebagai anak Allah, atau sepertiga daripada konsep Trinity. Namun, semua laporan ini merupakan pernyataan mengenai fakta sejarah. Ia bukan nilai yang sepatutnya dijadikan sandaran oleh kaum Muslimin untuk tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Malah, seluruh ajaran Islam adalah arahan untuk mentawhidkan Allah, serentak tegahan daripada menisbahkan Allah kepada konsepsi yang salah dan buruk. Berlatar belakangkan kefahaman ini, patut disedari bahawa kewujudan dan berlakunya amalan mengkufurkan dan mensyirikkan nama Allah, menjadi ujian kepada umat Muslimin, sama ada memilih jalan yang tepat atau tidak. Dalam konteks perbincangan ini, jalan yang tepat ialah mengisbatkan nama Allah hanya layak bagi Allah sahaja, manakala jalan yang salah dan buruk ialah tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Oleh itu, tertolak sebarang fakta amalan bukan Muslim sebagai alasan kepada puak Muslim terpinggir ini. 13. Respons Peribadi Muslim Dalam menangani keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah, perlu disedari ada dua tahap respons yang boleh dilakukan oleh umat Muslimin, khususnya dalam konteks Malaysia. Pertamanya tahap diri perseorangan Muslim, dan keduanya pemerintah Muslim. Kesedaran terhadap dua tahap ini perlu ditonjolkan agar wacana yang dilakukan menggunakan istilah yang sesuai untuk tahap masing-masing. Pada tahap pertama, iaitu tahap diri perseorangan Muslim, perlu disedari bahawa respons Muslim pada tahap ini tidak melibatkan sebarang kuasa, sama ada untuk mengizinkan atau melarang. Hal ini disebabkan keizinan kepada atau larangan ke atas Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah hanya boleh diberikan oleh pemerintah yang mempunyai kuasa. Hanya pemerintah yang mempunyai autoriti untuk mengarahkan pihak penguat kuasa undang-undang, sama ada untuk mengizinkan atau melarang perbuatan Gereja Kristian, dengan cara mengeluarkan lesen keizinan tertentu atau menggubal undangudang larangan tertentu. Sebaliknya, diri perseorangan Muslim tidak memiliki kuasa penguatkuasaan undangundang. Secara umunya, individu Muslim mempunyai tanggungjawab pada tahap hatinya dan lidahnya. Dalam konteks ini, individu Muslim boleh memilih sama ada untuk; membenarkan, mengiakan, mengakui, menyetujui, mengesahkan, mengiktiraf, menyokong, menerima, membolehkan, mengharuskan, membiarkan (dan pelbagai istilah lain yang seumpamanya) di hatinya dan melalui lidahnya serta penanya; atau mengingkari, menidakkan, menyangkal, menolak, menghalang (dan pelbagai istilah lain yang seumpamanya) di hatinya dan melalui lidahnya serta penanya.

69

Al-Qurn, al-Ankabt (29):2-3; al-Mulk (67):2.

24

Berdasarkan dua pilihan di atas, boleh dilihat bahawa puak Muslim yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah adalah termasuk dalam kelompok yang pertama. Puak Muslim yang segelintir ini bersikap reseptif terhadap keinginan dan perbuatan Gereja Kristian. Puak Muslim ini tidak melihat sebarang masalah dalam isu ini. Malah, puak ini menggunakan beberapa ayat al-Quran dan sumber pemikiran Islam lain untuk mempertahankan sikap mereka. Contohnya, didakwa bahawa, It is clear that it is not only permissible to use the term Allah to refer to God in the Bible, it is exactly what the Quran want us to do.70 Walau bagaimanapun, respons yang bersifat reseptif tidak bertepatan dengan asas akidah dan pemikiran Islam. Ketidaktepatan ini berdasarkan fakta bahawa yang ingin dinamakan Allah tersebut ialah God yang Trinity. Telah ditunjukkan bahawa Allah adalah nama diri Zat yang Wajib Wujud. Telah ditunjukkan juga bahawa konsep ketuhanan dalam Gereja Kristian mempercayai God yang Trinity. Telah ditunjukkan juga bahawa Allah dan God yang Trinity adalah dua realiti yang berbeza. Telah ditunjukkan juga bahawa apabila dinisbahkan nama Allah kepada God yang Trinity, maka ia adalah suatu penamaan, bukan sekadar terjemahan. Oleh itu, adalah tidak tepat untuk tidak menolak penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Selain itu, bersikap reseptif terhadap penamaan God yang Trinity sebagai Allah, boleh membawa kepada berlakunya kekufuran dan kesyirikan terhadap nama Allah yang Agung. Akidah dan pemikiran Islam mengisbatkan nama Allah hanya untukNya yang Maha Esa, serentak menafikan kelayakan sesuatu yang selainNya untuk bernama dengan nama Allah.71 Ini seperti pernyataan Dwd al-Fan bahawa, Bermula Allah nama bagi Zat yang Wjib al-Wujd yang mustahak (mustaiqq, berhak) bagi segala kepujian, maka tiada menama dengan dia yang lain daripadaNya,72 dan pernyataan Zayn al-bidn al-Fan bahawa, Makna lafaz Allah itu nama bagi Zat Tuhan kita yang Wjib al-Wujd, khas ia pada lafaznya dan khas ia pada maknanya. Maka erti khas pada lafaz itu tertentulah lafaz Allah itu nama bagi Tuhan kita dan tiada harus dinamakan dengan dia akan yang lain daripada Zat Allah.73 Dalam panduan ulama di atas, tiada menama dengan dia yang lain daripadaNya, dan tiada harus dinamakan dengan dia akan yang lain daripada Zat Allah, menunjukkan sikap yang sepatutnya diambil oleh diri perseorangan setiap Muslim. Dengan kata lain, setiap Muslim mesti menidakkan penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Dari sudut berbeza, boleh diungkapkan bahawa, setiap Muslim tidak sepatutnya tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Halangan di sini sudah tentu merujuk kepada sikap dalam hati dan melalui lidah yang boleh dan dipertanggungjawabkan untuk setiap Muslim memanifestasikannya. Dalam masa yang sama, sudah tentu halangan di sini tidak bermaksud mengambil tindakan fizikal ke atas mana-mana individu atau pihak yang melakukan perbuatan menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Begitu pun, halangan sekurangkurangnya dalam bentuk kata-kata lisan mesti dizahirkan terhadap sebarang keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Sebagai contoh, sepatutnya setiap individu Muslim menyatakan, Wahai jiran kami yang beragama Kristian, God seperti yang terkonsepsi dalam Bible bukan Allah. Maka, namaNya tidak layak digunakan oleh kalian untuk menamakan God yang Trinity. Oleh itu,

70

Anas Zubedy, Can We Use Allah in the Bible? A Quranic Perspective (Kuala Lumpur: Zubedy Ideahouse, 2011), 36. 71 Al-Bjr, Tufah al-Murd, 6. 72 Dwd bin Wn Abd Allh al-Fan, Ward al-Zawhir li-ill Alf Iqd al-Jawhir (Kuala Lumpur: Khaznah al-Faniyyah, 2000), 3, baris ke-10 hingga ke-6 dari bawah. 73 Zainul Abidin al-Fathani, Aqidatun Najin, 4.

25

janganlah dipercayai konsep Trinity dan berhentilah. Pernyataan sebegini selaras dengan panduan al-Quran apabila Allah berfirman,
74

Terjemahan: Dan janganlah kamu semua berkata tiga. Berhentilah! Ia baik untuk kamu semua. Dalam wacana ini, perlu disedari bahawa pernyataan sedemikian bukan seolah-olah perbuatan menyalak kepada Gereja Kristian atau orang-orang Kristian mengenai hakikat nama Allah. Sebaliknya, pernyataan tersebut melambangkan pembabitan atau engagement Muslim dalam suatu wacana dan dialog yang sedang berlangsung. Pernyataan sedemikian melambangkan prinsip akidah dan pemikiran setiap Muslim. Lain pula situasinya jika tiada sebarang isu yang sedang dibahaskan, tetapi secara tiba-tiba ada Muslim yang terpekik melolong mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada Gereja Kristian tanpa adanya konteks yang munasabah. Namun, faktanya, perdebatan sedang berlaku, justeru setiap Muslim wajar mengambil kesempatan menegaskan prinsip akidah dan pemikiran Islam tersebut. Secara langsung, pernyataan bahawa Allah bukan God yang Trinity menjadi ungkapan dakwah kepada orang-orang bukan Muslim seluruhnya. Apabila disebut dengan jelas, pernyataan sedemikian dapat difahami oleh-orang bukan Muslim seluruhnya. Ini merupakan perspektif dakwah yang lebih tepat dalam isu nama Allah ini, iaitu berdasarkan prinsip akidah dan pemikiran Islam yang jelas. Ia berbeza dengan andaian mengenai perspektif dakwah yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah, kononnya agar bukan Muslim terbiasa dengan nama Allah. Perspektif sangkaan ini seterusnya mendakwa bahawa kebiasaan dengan nama Allah ini kemudiannya bakal membawa pengenalan kepada Allah. Perspektif sangkaan ini adalah songsang apabila disedari bahawa yang dinamakan Allah itu bukan Allah, tetapi God yang Trinity. Apabila tidak dihalang, apa yang berlaku bukan pengenalan terhadap Allah, tetapi salah faham terhadap nama Allah sebagai God yang Trinity, kalaupun tidak kekeliruan mengenai identiti Allah, kerana namaNya dinisbahkan kepada sesuatu yang lain. Dapat disedari di sini bahawa dakwah mesti berdasarkan prinsip akidah dan pemikiran Islam yang jelas. Prinsip yang jelas juga menuntut setiap Muslim agar tidak meredai sebarang kesyirikan, kekufuran, kemungkaran dan maksiat terhadap Allah. Sehubungan itu, adalah songsang suatu sikap yang tidak dihalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah, yang merupakan suatu kekufuran; sedangkan didakwa bahawa sikap tersebut menjadi suatu usaha dakwah; padahal diketahui umum bahawa ajaran Islam menentang sebarang konsep ketuhanan yang Trinity, dan menentang salah guna nama Allah. Adalah salah dan mengelirukan sikap yang tidak menghalang kekufuran pengenalan terhadap nama Allah di suatu sudut, tetapi di suatu sudut lain mendakwa sikap tersebut suatu perspektif dakwah. Jika betul sedemikian, dakwaan tersebut bukan suatu usaha dakwah, kerana tidak berdiri atas tunjang akidah dan pemikiran Islam. Selain itu, ada andaian bahawa menidakkan keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah, seolah-olah suatu paksaan terhadap orang-orang bukan Muslim. Antara lain, andaian ini menyangka, Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima Allah, walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita. Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya. Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi.

74

Al-Quran, al-Nis (4):171.

26

Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka? Tentunya tidak. Tidak ada paksaan dalam Islam.75 Andaian seperti dalam tulisan di atas menyedari bahawa konsep ketuhanan dalam Gereja Kristian salah dan buruk menurut perspektif akidah Islam. Namun, tulisan ini tetap menggalakkan penggunaan nama Allah sungguhpun yang dinamakan itu adalah God yang Trinity. Hal ini atas andaian bahawa penggunaan nama Allah tersebut membawa kepada mereka juga menerima Allah, walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna. Ini merupakan suatu dakwaan logik yang songsang. Andaian ini gagal memahami fakta bahawa Gereja Kristian tidak menerima Allah dan namaNya. Keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menggunakan nama Allah bukan untuk menamakan Allah dan menerima Allah, tetapi untuk menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Sungguhpun demikian, ketika disedari bahawa Gereja Kristian tidak berakidah dengan akidah yang benar dan baik, dengan menamakan God yang Trinity sebagai Allah, tulisan ini tetap menggalakkan penggunaan nama Allah oleh Gereja Kristian. Tambahan lagi, tulisan di atas mengandaikan sikap tidak menggalakkan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah, di samping menegaskan prinsip akidah Islam bahawa nama Allah hanya bagi Allah, seolah-olah suatu paksaan dalam beragama. Seolah-olah apabila umat Muslimin menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah, maka ia merupakan suatu paksaan agar orang-orang bukan Muslim masuk Islam. Demikian juga, seolah-olah apabila umat Muslimin menegaskan kepada Gereja Kristian bahawa nama Allah hanya bagi Allah dan tidak layak bagi God yang Trinity, maka ia merupakan suatu paksaan agar orang-orang bukan Muslim masuk Islam. Ini merupakan suatu dakwaan logik yang songsang. Andaian ini gagal memahami ajaran wahyu terhadap umat Muslimin agar menyatakan kepada kaum yang kufur bahawa; sembahan dalam Islam adalah Allah, manakala sembahan orang-orang yang kufur bukan Allah. Sehubungan itu, apabila ada keinginan dan perbuatan untuk mencampur-adukkan agama, maka umat Muslimin diajar agar menegaskan kepada orang-orang yang kufur bahawa bagi umat Muslimin adalah agama Islam, manakala bagi orang-orang yang kufur adalah agama mereka. Ini adalah ajaran al-Quran melalui surah al-Kfirn, seperti yang telah dibincangkan di atas. Menegaskan bahawa nama Allah hanya layak bagi Allah dan tidak layak bagi God yang Trinity, bukan suatu paksaan ke atas orang-orang yang kufur. Sebaliknya, ia merupakan suatu dakwah. Ia juga merupakan suatu penjelasan, secara khususnya, kepada Gereja Kristian bahawa God yang Trinity bukan Allah, lalu tidak patut dicampuraduk antara agama Islam dengan agama Kristian. Bertentangan dengan kewajaran ini, puak Muslim yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah sebaliknya mengambil sikap tidak menghalang dan reseptif terhadap keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Pertentangan antara sikap puak Muslim yang segelintir ini dengan prinsip akidah dan pemikiran Islam hanya membawa kepada satu pilihan keputusan sahaja; iaitu bahawa sikap puak Muslim yang tidak menghalang ini yang salah, bukan prinsip akidah dan pemikiran Islam. Setakat ini, makalah ini mentafsirkan prinsip akidah dan pemikiran Islam secara benar dan baik untuk menonjolkan dan menjelaskan bahawa adalah tidak bersesuaian dengan Islam akan sikap tidak menolak di kalangan sepuak Muslim terhadap penamaan God yang Trinity sebagai Allah oleh Gereja Kristian, malah menggunakan beberapa ayat al-Quran dan sumber pemikiran Islam lain untuk mempertahankan sikap mereka.

75

Dzulkefly Ahmad, Allah Untuk Semua!, (07 Januari 2010), laman sesawang Dr. Dzuls Blog, dicapai 14 Februari 2013, http://drdzul.com/2010/01/07/allah-untuk-semua/.

27

14. Respons Pemerintah Muslimin: Tiada Paksaan dalam Beragama Bukan Kebenaran untuk Kufur dan Syirik Bagi pemerintah Muslim, apabila memilih untuk mengikut Syariah, maka mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada untuk mengizinkan atau melarang keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menamakan God yang Trinity sebagai Allah. Keizinan tersebut boleh dizahirkan dengan mengeluarkan lesen penerbitan tertentu contohnya. Manakala larangan tersebut boleh dizahirkan dengan menggubal undang-undang larangan dan hukuman tertentu contohnya. Dalam memilih antara dua pilihan ini, puak Muslim yang tidak menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah memilih untuk mendakwa bahawa pemerintah mesti mengizinkan penamaan tersebut. Hal ini berikutan keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menggunakan nama Allah disangka suatu kebebasan beragama yang kononnya diakui oleh Islam. Konsep kebebasan beragama yang didakwa itu disandarkan pula kepada ayat al-Quran bahawa tiada paksaan dalam agama atau l ikrh f al-dn.76 Larangan memaksa yang difahami sebagai kebebasan beragama ini seterusnya dianggap sebagai suatu hak kepada orang-orang bukan Muslim. Termasuk dalam hak ini pula ialah penggunaan nama Allah oleh Gereja Kristian untuk menamakan God yang Trinity. Hal ini sama dengan hak bukan Muslim untuk makan riba dan minum arak contohnya, memandangkan tiada tegahan agama mereka sendiri. Tambahan pula, dikaitkan isu ini dengan ajaran Islam bahawa orangorang bukan Muslim tidak tertakluk kepada hukum syarak. Contohnya, ada yang menulis bahawa, Dalam isu Kalimah Allah, ia merupakan hak non-Muslim yang wajib diberikan. Ia perkara yang diizinkan dalam agama mereka, justeru menafikan hak mereka merupakan tindakan yang tidak berasaskan kepada Islam.77 Walau bagaimanapun, berbeza dengan sudut pandangan di atas, Islam meletakkan suatu tanggungjawab ke atas pemerintah Muslim agar memelihara Islam, sejauh memilih untuk mengikut panduan Syariah. Pemeliharaan Islam ini termasuk memelihara keimanan dan kepercayaan yang benar dan baik terhadap Islam di kalangan umat Muslimin. Di bawah urusan melaksanakan tanggungjawab memelihara Islam, adalah syari bagi pemerintah Muslim menggubal suatu undang-undang tertentu demi menghalang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Undang-undang itu pula boleh sahaja dilengkapi dengan suatu hukuman tertentu ke atas orang yang melanggarnya apabila menamakan sesuatu yang selain Allah sebagai Allah. Tindakan pemerintah Muslim menggubal dan menguatkuasakan undang-undang sedemikian adalah syari. Ia bukan suatu perbuatan yang mengharamkan apa yang Allah halalkan atau menghalalkan apa yang Allah haramkan. Larangan menamakan God yang Trinity sebagai Allah bukan suatu pemaksaan ke atas orang-orang bukan Muslim untuk menerima Islam. Larangan ini bukan paksaan ke atas orang-orang Kristian untuk mempercayai Allah yang Esa. Larangan ini bukan paksaan untuk meninggalkan kepercayaan kepada God yang Trinity. Orang yang tidak menamakan God yang Trinity sebagai Allah tidak menjadi Muslim, sekiranya orang itu masih mempercayai konsep God yang Trinity, kalaupun konsep itu dinamakan dengan nama lain. Sehubungan itu, larangan ini tidak berkaitan dengan sebarang paksaan untuk menganut Islam. Secara langsung, ini bermaksud ayat al-Quran bahawa tiada paksaan dalam agama atau l ikrh f al-dn tidak relevan untuk dijadikan alasan kepada sikap mengizinkan. Di sini, perlu difahami apa yang menjadi larangan dalam Islam daripada ayat alQuran bahawa tiada paksaan dalam agama atau l ikrh f al-dn. Larangan tersebut adalah ke atas kaum Muslimin daripada memaksa orang-orang bukan Muslim. Paksaan itu pula merujuk kepada paksaan untuk menganut Islam. Dengan kata lain, adalah haram Muslim
76 77

Al-Qurn, al-Baqarah (2):256; Nur Manuty dan Wan Ji, Polemik Isu Kalimah Allah, 35. Nur Manuty dan Wan Ji, Polemik Isu Kalimah Allah, 60, 77.

28

memaksa bukan Muslim masuk Islam. Itu sahaja. Sebaliknya, larangan tersebut bukan suatu pengiktirafan kepada konsep kebebasan beragama atau kebebasan untuk tidak beragama; dengan maksud kononnya orang-orang bukan Muslim boleh sahaja memilih untuk tidak percaya kepada Tuhan dan agama; atau boleh sahaja memilih untuk bertukar dari mempercayai suatu konsep ketuhanan dan agama kepada suatu konsep ketuhanan dan agama yang lain. Bertentangan dengan konsep kebebasan beragama, Islam menyeru semua manusia agar keimanan kepada Allah dan menganut Islam sebagai agama. Islam tidak pernah membenarkan manusia menganut apa-apa sahaja agama kerana agama selain Islam adalah tidak benar. Apa yang tidak benar dan tidak baik menurut Islam ialah perbuatan umat Muslimin memaksa bukan Muslim masuk Islam. Namun, secara tiada paksaan, Islam membenarkan malah memerintah Muslim untuk berdakwah dan menyeru semua manusia agar menganut Islam. Sebaliknya, perbuatan bebas tidak beragama, atau berpindah dari satu agama kepada agama lain, adalah tidak benar dan tidak baik, serta tidak diperintahkan dalam Islam. Sehubungan itu, kebebasan beragama bukan suatu hak kepada manusia, sama ada yang Muslim atau tidak. Malah, menurut perspektif akidah Islam, setiap mukalaf bertanggungjawab mengenal Allah, apabila berakal, cukup umur dan sampai dakwah Islam kepadanya, sama ada dilahirkan Muslim atau tidak. Berkaitan dengan taklif ini, pemerintah Muslim bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah kepada semua manusia. Tanpa dakwah, mungkin ada manusia yang terus kekal dalam kejahilan tidak mengenal Allah. Sehubungan itu, mengambil perspektif dakwah demi pengenalan Allah, pemerintah Muslim bertanggungjawab melarang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Jika tidak, penamaan yang salah dan buruk ini boleh mengakibatkan salah faham dan kekeliruan dalam mengenali Allah. Salah faham dan kekeliruan ini pula membantutkan pelaksanaan tanggungjawab dakwah demi pengenalan terhadap Allah di kalangan manusia seluruhnya. Oleh itu, adalah wajar pemerintah Muslim melarang penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Dalam masa yang sama, tanggungjawab taklif ke atas manusia untuk mengenal Allah, membezakan antara taklif ini dengan perihal bahawa orang-orang bukan Muslim tidak tertakluk kepada hukum syarak. Memang orang-orang bukan Muslim tidak tertakluk kepada hukum wajib, haram, sunat, makruh dan sunat selagi tidak mengucap dua kalimah syahadah. Walau bagaimanapun, orang-orang bukan Muslim, sebagai makhluk berakal ciptaan Allah, tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk mengenal Pencipta mereka iaitu Allah. Maka, walaupun orang-orang bukan Islam tidak boleh dikawal dengan hukum syariah oleh pemerintah Islam, mereka tetap menanggung taklif untuk mengenal Allah. Sehubungan itu, sebarang keizinan menamakan God yang Trinity sebagai Allah menyukarkan pengenalan ini. 15. Menangani Perspektif Kristian dalam Isu Nama Allah Dalam isu nama Allah ini, Gereja Kristian berpendapat bahawa penggunaan nama Allah kononnya merupakan amalan keagamaan Kristian, justeru nama Allah tidak eksklusif kepada Islam. Dalam konteks perlembagaan dan perundangan, dakwaan kononnya penggunaan ini merupakan amalan keagamaan Kristian memberi kebebasan kepada Gereja Kristian, sama ada dari sudut kebebasan beragama, mengurus agama, atau bersuara. Dengan kata lain, Gereja Kristian berpendapat penggunaan nama Allah adalah suatu hak bagi institusi dan penganut Kristian. Dalam menangani cabaran ini, sekali lagi makalah ini menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh Gereja Kristian, bukan sekadar keinginan dan perbuatan untuk menggunakan perkataan Allah atau to use the word Allah, tetapi ia adalah penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Ini adalah titik tolak bagi perspektif Islam dan Muslim dalam konteks berhadapan dengan cabaran dan dakwaan Gereja Kristian. Pendirian Islam dan

29

Muslim ini adalah realistik kerana faktanya Gereja Kristian menggunakan nama Allah bukan untuk menyatakan pernyataan yang benar seperti tiada tuhan selain Allah, atau orang Muslim beriman kepada Allah, tetapi nama Allah digunakan dalam konteks kepercayaan Kristian, seperti mengatakan bahawa kononnya Allah mengirim anakNya ke dunia untuk menyelamatkan manusia. Apa yang dimaksudkan oleh Gereja Kristian ialah God yang Trinity, bukan Allah. Jadi, ia adalah suatu penamaan sesuatu yang selain Allah sebagai Allah. Dua konteks penggunaan nama Allah yang berbeza ini, menunjukkan bahawa sifat eksklusif nama Allah hanya bagi Islam mempunyai dua konteks yang juga berbeza. Dalam konteks pertama, apabila nama Allah digunakan untuk merujuk kepada Zat yang Wajib Wujud, yang tiada anak dan tidak berinkarnasi, yang EsaNya tidak terpecah kepada personaliti yang berlainan; maka boleh dikatakan boleh nama Allah adalah tidak eksklusif, dengan maksud boleh digunakan dalam agama apa pun, asalkan nama Allah memang merujuk kepada Allah. Namun, dalam konteks kedua, apabila nama Allah digunakan untuk menamakan sesuatu yang lain; maka ia adalah eksklusif kepada Islam sahaja. Demi kejelasan, mungkin boleh dipertahankan malah dipertegaskan bahawa nama Allah memang eksklusif untuk Islam, tetapi bukan untuk Muslim. Maksudnya, nama Allah adalah eksklusif maknanya seperti menurut pegangan akidah Islam, tetapi penganut agama lain boleh sahaja menggunakan nama Allah, contohnya apabila menyebut namaNya ketika menyanyikan lagu negeri-negeri di Malaysia yang ada mengandungi sebutan namaNya. Oleh itu, dakwaan Gereja Kristian bahawa nama Allah tidak eksklusif kepada Islam mesti ditolak, kerana makna inklusif atau pluralis bagi nama Allah menyalahi hakikat penamanya. Berlatarbelakangkan landasan pemikiran Islam ini, tindakan Gereja Kristian tersebut bukan lagi bersifat pengamalan agama Kristian, tetapi suatu pencerobohan ke atas agama Islam dan umat Muslim. Ia adalah suatu pencerobohan kerana hanya Islam mengajar hakikat Allah yang betul dan benar. Ia adalah suatu pencerobohan kerana Allah hanyalah dipercayai secara betul dan benar oleh umat Muslim. Ia adalah suatu pencerobohan kerana Gereja Kristian tidak mengkonsepsikan Allah secara Esa. Ia adalah suatu pencerobohan kerana Gereja Kristian percaya kepada God yang Trinity, bukan Allah. Allah bukan God yang Trinity dan God yang Trinity bukan Allah. Kedua-duanya adalah suatu yang berbeza. Di sini, boleh dipertahankan bahawa memaksakan konsepsi sesuatu kepada sesuatu yang lain adalah suatu pencerobohan. Secara aplikasinya, memaksakan konsep God yang Trinity ke atas nama Allah adalah suatu pencerobohan. Sebaliknya, bertentangan dengan pencerobohan ini, agama Islam dan umat Muslim tidak pernah menceroboh konsep God yang Trinity. Hakikat Allah tidak pernah dinamakan dengan God yang Trinity. Walau bagaimanapun, Gejera Kristian boleh dianggap tidak menghormati perbezaan agama ini, lalu menceroboh hakikat dan ajaran ketuhanan Islam. Fakta pencerobohan ini mesti pertamanya, dimaklumkan kepada Gereja Kristian, kemudian seterusnya ditentang pencerobohan tersebut. Begitu pun, menangani perspektif Gereja Kristian memerlukan kebijaksanaan agar dapat dibezakan antara individu dan institusi yang menceroboh secara sengaja dengan yang tidak sengaja. Bagi yang tidak sengaja, sudah tentu akan berundur apabila diberitahu bahawa batasan yang sepatutnya telah diceroboh. Namun, jika selepas diberitahu, masih terus menceroboh, perbuatan buruk dan jahat seperti ini mesti dikawal oleh umat dan negara Muslim agar agama Islam tidak dicabar. Dalam pada itu, suatu hal yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa isu nama Allah ini melibatkan perspektif dua agama yang berbeza. Suatu batasan kekal yang mesti dipertahankan adalah persetujuan bersama bahawa pertelingkahan kepercayaan dan intelektual jangan membawa kepada konflik kemasyarakatan dan fizikal. Demi mengelak berlakunya masalah berterusan, adalah lebih baik jika dikekalkan perbezaan sedia ada antara

30

agama Islam dan agama Kristian. Umat Muslim boleh terus beriman dan beribadah kepada Allah, manakala Gereja Kristian dengan konsep God yang Trinity. Perjalanan menuju kepada pengekalan keharmonian hidup beragama dalam negara Malaysia yang majmuk ini, boleh dimulakan dengan kesedaran dan pengakuan oleh umat Muslim dan Gereja Kristian terhadap strategi pemeribumian atau indigenisation dan kontekstualisasi yang ada dalam gerakan Kristianisasi. 16. Penutup Makalah ini mendapati Allah adalah nama Zat yang Wajib Wujud, sedangkan konsep ketuhanan dalam Gereja Kristian adalah God yang Trinity. Oleh itu, keinginan dan perbuatan Gereja Kristian menggunakan nama Allah dilihat oleh makalah ini sebagai suatu penamaan sesuatu yang bukan Allah sebagai Allah. Akhirnya, berdasarkan kerangka akidah dan pemikiran Islam, makalah ini mendapati adalah tidak bersesuaian dengan Islam akan sikap tidak menolak dan reseptif di kalangan sepuak Muslim terhadap penamaan God yang Trinity sebagai Allah oleh Gereja Kristian, malah adalah tidak benar akan perbuatan menggunakan beberapa ayat al-Quran dan sumber pemikiran Islam lain untuk mempertahankan sikap mereka. Oleh itu, makalah ini menidakkan kebenaran dan kebaikan penamaan God yang Trinity sebagai Allah. Dalam masa yang sama, makalah ini menyeru umat Muslimin agar menegaskan, dalam hati dan melalui lidah serta pena, kepada orang-orang yang kufur dan syirik umumnya bahawa sembahan mereka bukan Allah, seperti panduan surah al-Kfirn. Serentak itu juga, makalah ini menyeru umat Muslimin untuk berdakwah, melalui lidah serta pena, kepada Gereja Kristian khususnya agar jangan lagi mempercayai konsep Trinity serta berhenti segera.

31

Anda mungkin juga menyukai